Followers

Thursday, July 24, 2014

Cinta Bukan Larangan (SC) : Bab 21


ALMA KATHERINE tergelak besar melihat Azira sedaya-upaya cuba menjatuhkan 3 pinballs dengan lontaran kedua. Namun usaha gadis itu itu menemui kegagalan, apabila bola yang dihantar tersasar jauh ke arah longkang. Wajah gadis itu berkerut melihat papan scoreboardnya. Matanya masih jauh ketinggalan berbanding Alma Katherine dan Diaz.

            “Alamak, tak bestlah macam ni,” rungut Azira.

            “Tak apa, kita pun main-main aje, bukannya nak masuk tournament.” Balas Alma Katherine. Matanya menjeling Diaz yang asyik melayan panggilan telefon yang baharu diterimanya.

            “Tapi tak seronoklah jadi orang terakhir yang paling kurang mata. Puan kira pandai juga main boling ni kan, tak sangka.” Puji Azira.

            “Dah lama tak main Zira. Tapi kalau you nak kata I terror main, tentulah jauh panggang dari api. Diaz tu paling terror baling bola antara kita, asyik strike saja.” Balas Alma Katherine sambil menjeling Diaz yang masih berbual menerusi telefon.

            Azira mengangguk tanda setuju. Dari jauh, matanya tak lepas-lepas memandang lelaki itu yang nampak kacak dengan t-shirt denim dan jeans.

            “Diaz setuju dengan rancangan puan tu?” Tanya Azira tiba-tiba.

            Alma Katherine tidak menjawab.

            “I mengaku Diaz memang cekap dengan kerjanya. Tapi you tak rasa ke dia masih muda untuk jawatan Ketua Arkitek tu?” Azira memandang ke arah Alma Katherine. Wanita itu sekadar tersenyum mendengar pendapat Azira.

            “Zira, umur tak ada kaitan langsung dengan posisi atau kebolehan seseorang. Yes it is true, maybe usia yang muda dikaitkan dengan pengalaman yang kurang. Tapi keupayaan dan kecekapan juga memainkan peranan penting untuk seseorang itu berjaya. Dan semua ciri-ciri itu, I nampak ada pada diri Diaz.” Jelas Alma Katherine panjang lebar.

            “I faham puan. I bukannya bermaksud nak menentang. But sometimes, I tertanya-tanya apa keistimewaan Diaz sehingga you begitu menaruh kepercayaan pada dia? I hope this is not because of that incident?”

            Alma Katherine terdiam. Dia tahu sejak dia mengura-urakan perlantikan Diaz sebagai Ketua Arkitek mereka yang baharu, sebahagian ahli lembaga pengarah menyokong keputusan itu dan ada sebahagian yang lain pula mempersoalkan rasional perlantikan itu. Namun dia tetap bertegas dengan keputusannya.

            “I tahu I terhutang budi pada Diaz. Kalau bukan sebab dia, agaknya dah lama I mati. Tapi keputusan I ni tak ada kena mengena dengan kejadian pada masa itu Zira. I nampak Diaz tu berkebolehan orangnya, bijak pula tu.” Ujar Alma Katherine.

Jika diingat semula peristiwa di Colorado beberapa bulan yang lalu, hatinya terasa ngeri. Mana dia tak terkejut apabila tiba-tiba diragut dua lelaki ketika sedang berjalan-jalan bersama Azira di Mile High Flea Market.

Mile High merupakan salah sebuah flea market yang terbesar di kawasan Denver, Colorado. Memang sudah lama dia teringin mahu ke situ. Kali terakhir dia berjalan-jalan di situ ialah semasa arwah suaminya Iqbal masih hidup. Tapi tak sangka, masa lapang yang terluang selepas dia selesai menandatangani projek usahasama di Boulder dengan sebuah syarikat tempatan di sana, mengundang nasib malangnya pada hari itu.

Mujurlah Diaz dan temannya yang kebetulan berada di situ, membantunya mengejar dua lelaki yang melarikan beg tangannya. Apatah lagi semua barang-barang pentingnya seperti telefon dan passport turut berada di dalam beg tersebut.

            “Maaf, I cuma nak pastikan khabar angin yang I dengar di pejabat sejak akhir-akhir itu tak benar. I harap puan tak marah.” Sebut Azira serba-salah.

            “Khabar angin?” Alma Katherine kelihatan hairan mendengar kata-kata Azira kali ini. Khabar angin apa pulak ni?

            Azira menelan liur. Susah dia hendak berterus-terang, bimbang hati Alma Katherina akan terluka. Namun mulut manusia bukan seperti mulut tempayan, boleh ditutup-tutup.

            “Zira?” Suara itu seperti mendesak.

            “Tentang you dan Diaz. Mereka bercakap tentang hubungan you dan Diaz.” Ujar Azira perlahan.

            “Hubungan antara I dengan Diaz? Maksud you?”

            “Puan, I bukannya kaki sibuk. Tapi bila ada mulut-mulut yang bercakap sesuatu yang tak sedap didengar, I rasa terpanggil untuk membetulkan keadaan. Staf-staf you sangka, you dan Diaz ada hubungan istimewa.” Ujar Azira serba- salah.

            “Hubungan istimewa?” Alma Katherine mengerutkan dahinya. Sejenak kemudian dia ketawa besar. Entah kenapa kata-kata yang meniti keluar dari bibir Azira kedengaran lucu sekali.

            “Zira….Zira, I ni dah tua Zira. Umur macam I ni lebih layak jadi ibu kepada Diaz. Takkan mereka begitu bodoh, menyangka yang bukan-bukan macam ni.” Alma Katherine terus-terusan ketawa gelihati.

            “Jadi perkara tu tak betullah?” Azira menarik nafas lega.

            “Mestilah tak betul. Kalau Diaz dengar perkara ni, entah apa pula yang difikirkannya. Ada-ada ajelah mereka semua ni.” Alma Katherine hanya mampu menggelengkan kepalanya.

“I dah anggap Diaz macam anak I sendiri, you juga begitu Zira. You tahukan yang I dah tak ada siapa-siapa dalam hidup I lagi? Kalau I tak menumpang kasih pada you dan Diaz, tentu hidup I lebih sepi lagi.” keluh Alma Katherine.

            “Kalaulah anak I masih ada….” Kata-kata Alma Katherine terhenti seketika. Wajahnya membayangkan kesedihan.

Azira serba-salah jadinya. Terasa bersalah kerana mengingatkan wanita itu pada kenangan lamanya.

            “Hai, apa yang dibualkan tu? Asyik sangat,” tegur Diaz yang tiba-tiba muncul. Alma Katherine segera mengubah riak wajahnya sambil menoleh ke arah Azira yang turut memandangnya.

            Tak ada apa-apa. Berbual perkara biasa saja.” Dalih Alma Katherine.

            “Lepas ni kita nak ke mana?” Soal Azira pula tiba-tiba.

            “Dah keluar ni, kita round-round ajelah mall ni. Lepas tu kita pergi makan kat mana-mana.” Usul Alma Katherine.

Azira dan Diaz tidak banyak soal, hanya menurut sahaja cadangan wanita itu.

            Sementara menanti Alma Katherine melihat-lihat pakaian di sebuah butik fesyen, Azira dan Diaz mengambil peluang berbual-bual. Sesekali kedengaran tawa keduanya meletus, membuatkan Alma Katherine terpanggil untuk menoleh. Melihat kemesraan di antara kedua-duanya, bibirnya segera mengukir senyuman.

            Sebaik dia mengalihkan pandangan, matanya tiba-tiba terperosok ke suatu arah. Darahnya segera menyirap. Sesusuk tubuh yang baru sahaja melewatinya, menarik perhatiannya untuk memandang ke suatu arah. Dia mengerutkan dahinya. Tak mungkin dia!

*  *  *  *

PUAS sudah dia cuba melelapkan matanya, namun sejak dua jam yang lalu dia hanya mampu terkial-kial merenung permukaan siling bilik. Berkali-kali dia cuba memejamkan kelopak matanya, namun setiap kali itu jugalah wajah yang menganggu emosinya siang tadir hadir tidak diundang, lalu membangkitkan keresahan yang panjang

            Bosan kerana tidak boleh tidur, Alma Katherine menyelak selimutnya. Dia turun dari katil. Kakinya menghala ke arah meja soleknya. Laci meja kecil itu ditarik keluar. Matanya dengan cepat tertancap pada sebuah diari lama yang hampir kusam warnanya. Dia membuka diari tersebut. Di dalamnya dikeluarkan sekeping potret kecil yang hampir lunyai dalam simpanan. Potret itu direnung teliti. Ingatannya tidak pernah luput pada wajah seseorang, biarpun masa begitu cepat berlalu. Dan dia yakin, orang yang ditemuinya di pusat beli belah itu adalah orang yang sama di dalam potret tersebut.

            Alma, please…tolong pujuk Iqbal. Gugurkan dakwaan itu, aku merayu pada kau.”

            “Sebab tu kau datang jumpa aku setelah bertahun-tahun? Hanya sebab dia?”

            Alma Katherine memejamkan matanya. Bagaikan baru semalam dia mendengar kata-kata rayuan dari wanita itu. Dan bagaikan baru semalam juga, dia kehilangan segala-galanya dalam sekelip mata.

            Mengingatkan sesuatu, dia segera mencapai telefon bimbitnya. Dia harus menghubungi seseorang. Ada perkara yang penting yang mahu dibincangkannya.

            Hello Zam! I nak you cari seseorang untuk I.”

            Diam.

            “Zuraini. Zurainissa Binti Adnan.” Sebut Alma Katherine, benar-benar yakin.

No comments:

DEDALU DI HATI - STOK TERHAD!!

DEDALU DI HATI  - STOK TERHAD!!

PESANAN NOVEL DEDALU DI HATI SEDANG DIBUKA SEKARANG!!!

Harga = RM25.90
Kos Pos = RM7 (pos laju)
Total = RM32.90

Emailkan nama dan butiran diri ke arr_nita@yahoo.com.
Pesanan sehingga stok ke 3 ini kehabisan..

NANTIKAN VENOM SURIA DI PESTA BUKU ANTARABANGSA PWTC MULAI 27 APRIL, TERBITAN BUKU PRIMA (RM25.90)

NANTIKAN VENOM SURIA DI PESTA BUKU ANTARABANGSA  PWTC MULAI 27 APRIL, TERBITAN BUKU PRIMA (RM25.90)
Suria gadis ceria dan periang, namun miliki sejarah hitam dalam kelahiran. Yang membuatkan dia diburu dan dijejaki untuk meleraikan sebuah kisah sumpahan, lalu mempertemukan dia dengan dua lelaki berbeza sifat. Izwan jenis yang dingin dan panas baran. Cakapnya harus dipatuhi atau dia akan meletup! Nazrul sentiasa cool tapi punya rahsia terpendam yang menyiksa jiwa. Seorang lelaki ditakdirkan menjadi penyelamat. Seorang lagi ditakdirkan membunuhnya. Kedua-duanya muncul tak diundang, tetapi meninggalkan kesan mendalam. Lalu bermulalah permainan cat and mouse antara mereka sehingga game over!