Followers

Thursday, May 7, 2020

Sinopsis Beautiful Lie


Adriana Imaniyah terpaksa berhutang angkara si ayah, sehingga dia terpaksa menurut sahaja kehendak seorang wanita demi melunasi hutang-hutangnya. Ugutan demi ugutan Yasmin membuatkan dia terpaksa bekerja dengan seorang jutawan dan menjadi tutor demi mengajar anak bujang tuan rumah itu yang agak nakal dan pemalas.
Adham Mirza, lelaki yang tidak pernah punya cita-cita tinggi. Hidupnya banyak dihabiskan dengan berhibur seperti ayahnya. Kedua-duanya bukan seperti ayah dan anak, tetapi lebih kepada teman serumah yang  berkongsi gaya hidup kebaratan. Rumah yang didudukinya sentiasa dipenuhi dengan maksiat dan arak.Bagi Mirza, itu caranya untuk mengubati hati setelah ditinggalkan ibunya yang pergi kerana tidak tahan dengan kecurangan si ayah. Kehadiran Adriana dalam hidupnya bagaimana pun mengubah segala-galanya. Sepi yang dirasakannya kini terisi dengan kehadiran gadis itu.
Namun satu tragedi hitam meninggalkan sengsara yang berbekas di hatinya. Apabila Adriana menjadi suspek pembunuhan ayahnya Fahrin dan hilang dalam satu kemalangan jalan raya, Adham Mirza memulakan misi menjejak gadis itu demi mencari jawapan dan sebuah kepastian.
Enam tahun kemudian, Adriana muncul secara tiba-tiba. Mampukah Adham Mirza membalas dendam pada satu-satunya gadis yang tidak pernah hilang dalam hatinya sejak enam tahun lalu?

No comments:

DEDALU DI HATI - STOK TERHAD!!

DEDALU DI HATI  - STOK TERHAD!!

PESANAN NOVEL DEDALU DI HATI SEDANG DIBUKA SEKARANG!!!

Harga = RM25.90
Kos Pos = RM7 (pos laju)
Total = RM32.90

Emailkan nama dan butiran diri ke arr_nita@yahoo.com.
Pesanan sehingga stok ke 3 ini kehabisan..

NANTIKAN VENOM SURIA DI PESTA BUKU ANTARABANGSA PWTC MULAI 27 APRIL, TERBITAN BUKU PRIMA (RM25.90)

NANTIKAN VENOM SURIA DI PESTA BUKU ANTARABANGSA  PWTC MULAI 27 APRIL, TERBITAN BUKU PRIMA (RM25.90)
Suria gadis ceria dan periang, namun miliki sejarah hitam dalam kelahiran. Yang membuatkan dia diburu dan dijejaki untuk meleraikan sebuah kisah sumpahan, lalu mempertemukan dia dengan dua lelaki berbeza sifat. Izwan jenis yang dingin dan panas baran. Cakapnya harus dipatuhi atau dia akan meletup! Nazrul sentiasa cool tapi punya rahsia terpendam yang menyiksa jiwa. Seorang lelaki ditakdirkan menjadi penyelamat. Seorang lagi ditakdirkan membunuhnya. Kedua-duanya muncul tak diundang, tetapi meninggalkan kesan mendalam. Lalu bermulalah permainan cat and mouse antara mereka sehingga game over!