Followers

Thursday, May 7, 2020

Beautiful Lie (Bab 7)


MIRZA asyik meneguk minuman keras itu sejak dua jam yang lalu. Bartender yang melayannya sesekali melarang, risau melihat lelaki itu semakin mabuk.
                Mirza, stop it. Banyak sangat yang kau minum ni.” Larang Toi, bartender tersebut. Toi pernah bersekolah bersama Mirza dahulu dan selepas SPM, dia terus bekerja di bar tersebut.
                “Bagi aku Toi.” Pinta Mirza menghulurkan gelasnya.
                Toi mengeluh. Hendak tak hendak dia terpaksa menuang white whiskey ke gelas anak muda itu. Melihat Mirza rakus meneguk minuman tersebut, Toi hanya mampu mengeluh.
                “Kau ni kenapa sebenarnya Mirza? Masalah apa yang kau hadapi sampai nak mabuk-mabuk macam ni? Aku tengok kau ni dahlah anak orang kaya, duit banyak, perempuan pulak keliling pinggang. Lainlah macam aku ni, sengkek.” Keluh Toi.
                Mirza ketawa kecil mendengarnya.
                “Itulah masalahnya. Aku ada semuanya kecuali satu.” Dia mengangkat gelasnya yang kosong di hadapan Toi, mengharapkan Toi menambahkan isinya.
                “Apa yang satu tu?” Kerut Toi ingin tahu.
                Mirza tidak menjawab. Dia hanya ketawa seperti orang sasau.
                “I need more drinks.” Pintanya.
                Toi menggeleng.
                No, aku tak boleh beri lagi. Baliklah Mirza. Kau nak aku panggilkan kau teksi ke Grab ke?” Tanya Toi.
                “Kawan apa kau ni Toi? Aku nak bantu perniagaan tempat ni, tapi kau pulak yang tak mahu. Tak apa, aku boleh balik sendiri.” Mirza bangun agak terhuyung-hayang.
                “Kejap, aku call Grab untuk kau.” Ujar Toi.
                “Tak payah, aku bawa motor.” Mirza terpisat-pisat meraba-raba kunci motorsikalnya di atas bar. Melihat kunci tersebut, Toi cepat-cepat mengambilnya.
                “Jangan nak buat gila Mirza. Kau dah mabuk ni. Macam nilah, aku telefon Grab, kau tunggu kat luar. Kunci ni aku pegang, esok datang cari aku.” Ujar Toi, prihatin dengan keadaan lelaki itu. Kalau dibiarkan Mirza menaiki motorsikalnya dalam keadaan begini, harus-harus lelaki itu akan menjadi tajuk akhbar keesokan harinya.
                “Whatever.” Gumam Mirza lalu berjalan terhuyung-hayang ke arah pintu bar. Toi hanya mampu mengeluh melihat lelaki itu. Dua tiga menjak ini, Mirza semakin banyak menghabiskan masa di bar tempatnya bekerja. Sudah beberapa kali dia terpaksa menghantar lelaki itu pulang dengan teksi. Entah apa masalah si Mirza ni agaknya? Keluh Toi lalu menghubungi teksi untuk temannya itu.
                Beberapa minit kemudian, Toi tergerak hati mahu menjenguk Mirza di luar. Tapi melihat kelibat lelaki itu sudah tidak ada di luar, hati Toi segera bimbang. Aduh! Mana pulak budak ni pergi? Menyusahkan aku betullah! Getus Toi cemas.
*  *  *  *
DIA berjalan terhuyung-hayang sepanjang denai batu merah yang dilaluinya. Sesekali dia terserempak beberapa pasangan yang sedang melalui tempat itu, tapi kesemuanya mengelak darinya bagaikan dia menjijikkan.
                Mirza melepaskan penatnya di kerusi batu berhampiran. Dia duduk di situ sambil meraup wajah. Saat demi saat berlalu. Dan dari pelupuk matanya, beberapa titis airmata mengalir tanpa dipinta.
Ada sesuatu yang terbuku lama di hati. Dan walaupun dia memilih untuk mabuk, tapi ia tidak cukup untuk melupakan sengsara yang bersemi di jiwanya.
Mama! Apa yang patut Mirza lakukan supaya mama kembali? Mirza tahu Mirza bukan anak yang baik selama ini. Tapi Mirza jadi begini sebab mama. Tak bolehkah mama baca derita yang ada di hati anak mama sendiri?
Bunyi mesej di telefonnya kedengaran. Mirza bangun lalu mengesat airmata yang bersisa di pipi. Dia membelek-belek telefon bimbitnya.
Mirza, kau ada kat mana tu? Mama macamana? Dia sihat? Dia ada tanyakan aku?
Mesej abangnya Drew membuatkan dia mengeluh panjang. Drew kata tidak kisah, tapi dia tahu abangnya juga diam-diam rindukan wanita itu.
I hate her.
Mirza? Apa kau cakap ni? Kenapa?
I really hate our mom Drew.
Tak baik cakap macam tu.Tell me what happen.
Dia tidak mampu menaip baris-baris ayat untuk Drew lagi. Hakikat ini terlalu menyakitkan hatinya. Dia serius bila dia mengatakan pada Drew yang dia membenci ibunya. Memang dia berhak untuk membenci apabila wanita itu hidup bahagia dengan jalan yang dipilihnya sedangkan dia menderita. Ya, wajar sahaja dia membenci wanita bernama Seri Iliya al-Idrus itu.
Drew, aku penat. Kita cakap fasal ni lain kali ya.
Drew seakan mengerti dan tidak mengirimkan teks lagi untuknya. Dia membetulkan posisi duduknya pada kerusi kayu itu. Puas meluruskan pandangan, dia menoleh pula ke kanan. Muncul seorang gadis mengheret langkah lemah lalu duduk di salah sebuah bangku kayu berhampirannya. Gadis itu seolah-olah tidak menyedari kehadirannya di situ.
Dia merenung penuh minat gerak-geri gadis itu. Aneh! Wajah itu cantik tetapi penuh kesuraman. Sepasang mata milik gadis itu melontarkan pandangan kosong dengan wajah diselubungi kelabu.
Dari tempat duduknya dia melihat anak gadis itu mendongak ke atas. Pandangannya bertahta lama di atas langit.
Mirza mengerutkan dahinya. Apa yang dipandang anak gadis itu sebenarnya? Apa yang menariknya di atas sana. Tanpa disedari dia turut mendongak ke atas langit. Melihat wajah pekat malam yang bertaburan bintang-bintang indah. Buat seketika dia terpukau. Ralit sendiri membilang aneka bintang-bintang di langit yang menjadi peneman bulan.
Sejurus menyedari gadis itu turut membilang bintang-bintang di langit, dia mengalihkan pandangan ke arah kerusi berhampirannya. Wajah itu sekali lagi dipandang dari tepi. Ada sesuatu pada wajah itu yang membuatkan dia jadi leka. Entah kenapa!
Si gadis tiba-tiba bangun dari kerusi yang didudukinya lalu berjalan ke arahnya. Mirza terus memandang tidak berkelip. Seraut wajah itu membuatkan dia terpempan tanpa disedari. Cantik! Bisik hati kecilnya.
Dia mengharapkan gadis itu sekurang-kurangnya akan menoleh ke arahnya walaupun sekali. Tapi harapannya tidak tertunai. Jangan kata mahu menoleh, gadis itu seperti tidak nampak dia langsung.
Mirza ketawa kecil. Lucu! Gila pun ya. Macamanalah dia boleh berharap gadis itu akan menoleh ke arahnya? Tak masuk akal langsung. Buta agaknya perempuan tu. Dia yang bukan main segak lagi dan menjadi rebutan gadis-gadis keliling pinggang langsung tidak dipandang? What a day! Atau mungkin juga gadis itu buat-buat tidak nampak dirinya. Lagipun malam ini dia bukan lagi jejaka idaman sesiapa tetapi hanya sekadar pemabuk di tepi jalan.
Sebuah motorsikal tiba-tiba berhenti di hadapannya. Dia terpisat-pisat memandang si penunggang yang memakai helmet. Bukan penunggang itu yang menarik perhatiannya tapi motorsikal itu sendiri. Macam motor aku! Bisik hati kecilnya.
Si penunggang membuka helmetnya lalu menyerlahkan wajah Toi, kawannya dari bar tadi.
“Toi, kau rupanya.” Mirza tersenyum lega melihat lelaki itu.
“Aku dah agak dah kau ada kat sini. Mari aku hantar kau balik. Aku terpaksa minta habis kerja awal malam ni sebab kau. Kalau dibiarkan, sampai esok pagi kau tidur kat atas bangku tu.” Keluh Toi.
Mirza tersengih-sengih. Hendak tak hendak dia melangkah ke arah Toi. Lelaki itu sudah menghulurkan sebuah helmet untuknya.
“Nah! Pakai ni, aku pinjam helmet kawan aku.” Ujar Toi.
“Kau duduk belakang, biar aku bawa.”
“Kau gila ke apa? Aku tak nak mati lagi, aku belum kahwin lagi tau.” Toi mencemik. Permintaan Mirza tak diendahkan langsung. Haru biru dia jadinya nanti.

No comments:

DEDALU DI HATI - STOK TERHAD!!

DEDALU DI HATI  - STOK TERHAD!!

PESANAN NOVEL DEDALU DI HATI SEDANG DIBUKA SEKARANG!!!

Harga = RM25.90
Kos Pos = RM7 (pos laju)
Total = RM32.90

Emailkan nama dan butiran diri ke arr_nita@yahoo.com.
Pesanan sehingga stok ke 3 ini kehabisan..

NANTIKAN VENOM SURIA DI PESTA BUKU ANTARABANGSA PWTC MULAI 27 APRIL, TERBITAN BUKU PRIMA (RM25.90)

NANTIKAN VENOM SURIA DI PESTA BUKU ANTARABANGSA  PWTC MULAI 27 APRIL, TERBITAN BUKU PRIMA (RM25.90)
Suria gadis ceria dan periang, namun miliki sejarah hitam dalam kelahiran. Yang membuatkan dia diburu dan dijejaki untuk meleraikan sebuah kisah sumpahan, lalu mempertemukan dia dengan dua lelaki berbeza sifat. Izwan jenis yang dingin dan panas baran. Cakapnya harus dipatuhi atau dia akan meletup! Nazrul sentiasa cool tapi punya rahsia terpendam yang menyiksa jiwa. Seorang lelaki ditakdirkan menjadi penyelamat. Seorang lagi ditakdirkan membunuhnya. Kedua-duanya muncul tak diundang, tetapi meninggalkan kesan mendalam. Lalu bermulalah permainan cat and mouse antara mereka sehingga game over!