Followers

CINTA BUKAN LARANGAN - 2014 ( Limited Edition Only)

CINTA BUKAN LARANGAN - 2014 ( Limited Edition Only)
Ekslusif dan tidak dijual di kedai buku, hanya di blog dan fb penulis sahaja :untuk memesan : email arr_nita@yahoo.com/ FB : Anita Aruszi

BLURB CINTA BUKAN LARANGAN (New)

Tajuk : Cinta Bukan Larangan
Penulis : Anita Aruszi
Harga : RM32.90
Penerbit : GN Publishing
ISBN : 978-967-10425-3-3
M/s : 803ms
Genre : Cinta dan Kekeluargaan

Tagline
Cinta Ini Terlarang..
Ibarat Buah Khuldi Yang Haram Disentuh Adam…

Diaz dan Dina Azura, dua adik beradik yang membesar bersama tetapi tidak pernah sebulu. Ada sahaja yang tidak kena di hati Diaz yang terang-terangan membenci Dina Azura di dalam hidupnya. Sehingga ke satu tahap, dia cuba merogol gadis itu angkara kemarahan yang terpendam di lubuk hatinya. Namun tindakan itu telah merubah segala-galanya dalam hidup mereka. Kerana kesal dengan tindakannya, dia mengambil keputusan melarikan diri ke luar negara. Namun tindakan itu tidak mampu meluputkan setiap dosa yang dirasakannya terhadap Dina Azura.

Sepuluh tahun kemudian, Diaz pulang ke tanahair dan bekerja dengan Alma Katherine, seorang ahli perniagaan berjaya. Namun dia tidak berani berhadapan dengan Dina Azura angkara malam jahanam itu. Tapi takdir menemukan mereka semula untuk menyusun kepingan-kepingan puzzle dalam hidup mereka. Tapi masihkah ada benci di hatinya atau segala-galanya telah berubah?

Bagi Dina Azura, dia tidak pernah membenci Diaz. Malah takkan mungkin membenci lelaki itu. Sejak kecil dia mengagumi Diaz, sehinga adakala dia terseksa kerana dibenci tanpa sebab. Malah seluruh jiwanya terseksa kerana selama ini dia menyimpan rahsia yang tidak mampu diceritakan kepada sesiapa. Isi hatinya takkan mampu diluahkan lantaran dia sedar betapa besar dosanya mencintai abang sendiri.

Perkenalan Dina Azura dengan Johan telah menyemat cemburu di hati Diaz tanpa disedari. Hubungannya dengan Dina Azura adalah sebuah hubungan yang takkan mungkin. Mereka tidak mungkin bercinta. Tidak mungkin bersama sama. Tidak mungkin untuk segala-galanya. Tidak mungkin untuk selama-lamanya. Kerana itu Diaz menahan diri. Dan bila Johan hadir di antara mereka, segala-galanya yang tidak mungkin itu bukan lagi satu halangan. Diaz nekad mahu membetulkan segala-galanya. Tapi rahsia yang disimpannya selama 15 tahun itu hanya akan melukakan hati ramai orang. Bolehlah dia menjaga hati ramai orang dan membiarkan hatinya sendiri dilukai? Mampukah lagi dia menyimpan rahsia ini dari pengetahuan Dina Azura sedangkan gadis itulah yang paling mahu dilindunginya?


Abang jangan judge orang dengan hanya memandang luaran sahaja. Sekurang-kurangnya
Johan sanggup pertahankan maruah adiknya dari lelaki-lelaki tak guna tu. Dia seorang abang yang baik – DINA AZURA

Johan baik? Jadi abang lelaki jahat? – DIAZ HAFIZI

Saya cuma nak awak pilih antara saya dan Diaz. Dan berhenti menyakiti hati saya seperti ini Dina – JOHAN


Friday, August 21, 2009

Bunga Syurga 9

“Kak Pipah tak beranilah Hijjaz. Mengamuk lagi orang tu nanti,” Hafifah serba-salah. Resah dia bila memikirkan Tok Ayah yang suka mengamuk sejak akhir-akhir ini. Nurul Hijjaz mengeluh. Dia memandang sepi tupperware berisi bubur kacang hijau. Kata Pak Aki, datuknya suka benar makan bubur kacang hijau itu. Bersusah payah dia memasaknya khas untuk datuknya. Semoga hati orang tua itu akan lembut.
“Tolonglah kak Pipah. Kak Pipah pun tahu kan yang datuk tak suka jumpa Hijjaz. Nanti kak Pipah cakaplah yang bubur ni kak Pipah yang buat.”
“Hijjaz…Hijjaz, datuk Hijjaz bukannya bodoh. Hari tu pun kita nak menipu, tapi sudah-sudahnya dia tahu juga Hijjaz yang hantar. Berbirat telinga kak Pipah ni mendengar dia marahkan kakak kerana bersubahat.”
Nurul Hijjaz terdiam. Dia tak salahkan Hafifah kerana dia sedar wanita itu sudah terlalu banyak membantunya selama ini. Hanya hati datuknya itu yang terlalu keras. Kalau dibandingkan dengan batu, agaknya batu pun kalah.
“Tak apalah kak, dah terlanjur Hijjaz datang ni..biarlah Hijjaz jumpa datuk sekejap,” balas Nurul Hijjaz sebelum membawa tupperware plastik biru berisikan bubur kacang hijau kesukaan datuknya. Hafifah ingin menghalang, namun melihat kesungguhan Nurul Hijjaz, dia tidak sampai hati pula. Kasihan dia melihat Nurul Hijjaz yang saban waktu tak pernah jemu memujuk datuknya. Sepanjang dia hidup, inilah kali pertama dia berhadapan dengan sebuah realiti, seorang datuk yang membenci cucu sendiri. Apa salah Nurul Hijjaz padanya hingga dia tergamak melayan cucunya begitu? Pening kepala Hafifah memikirkannya.
“Datuk, Hijjaz datang ni. Datuk buat apa tu?” Kepala Nurul Hijjaz menjenguk ke dalam sambil melemparkan senyuman lembut. Dia terlihat lelaki tua itu sedang merenung ke luar tingkap biliknya. Pandangannya jauh dilontarkan ke luar. Entah apa yang difikirkannya agaknya. Nurul Hijjaz tahu orang tua itu menyedari kehadirannya, hanya buat-buat tidak peduli seperti selalu.
“Cerahkan hari ni datuk. Selalunya dua tiga hari ni hujan, tapi hari ni cerah pulak. Macam tahu-tahu aje Hijjaz nak datang sini,” Nurul Hijjaz cuba memujuk Tok Ayah berbual namun orang tua itu tetap membisu.
“Hari ni Hijjaz bawakan masakan yang special untuk datuk. Bubur kacang hijau. Datuk tentu sukakan. Hijjaz masak sendiri, tapi tentunya tak sesedap masakan nenek.” Lincah tangan Nurul Hijjaz menceduk bubur itu ke dalam mangkuk kecil. Sesekali dia melirik ke arah datuknya, namun Tok Ayah langsung tidak memandangnya. Hatinya pilu dan terguris. Namun disabarkan hatinya.
Perlahan-lahan dia membawa semangkuk bubur kacang hijau menghampiri Tok Ayah yang duduk di kepala katil sambil memandang ke luar.
“Datuk, rasalah bubur yang Hijjaz masak ni,” pujuk Nurul Hijjaz. Mangkuk bubur itu disua ke arah Tok Ayah.
Tok Ayah tiba-tiba berpaling. Dia merenung mangkuk bubur di tangan Nurul Hijjaz sebelum merenung anak gadis itu.
“Kenapa kamu datang?” Suaranya meninggi. Nurul Hijjaz keresahan.
“Hijjaz datang nak jumpa datuk, Hijjaz rindukan datuk.” Jawab Nurul Hijjaz.
“Siapa bagi kamu kebenaran panggil aku datuk? Bila aku mengaku kamu ni cucu aku?” Tengking Tok Ayah agak kuat.
Nurul Hijjaz tergaman. Sedikit sebanyak hatinya gerun menatap wajah Tok Ayah yang merah menyala.
“Sudahlah datuk, jangan bising-bising. Hijjaz yang salah, Hijjaz minta maaf. Tapi datuk makanlah bubur yang Hijjaz bawa ni,” dia memujuk.
Hati Tok Ayah semakin mendidih sebaik mendengar kata-kata Nurul Hijjaz. Dia memandang bubur di tangan gadis itu. Tiba-tiba tanpa diduga, Tok Ayah merampas mangkuk di tangan Nurul Hijjaz lalu dicampakkan bubur itu ke arah Nurul Hijjaz. Mangkuk di tangannya lalu dilempar mengena dinding.
Nurul Hijjaz terperanjat. Tak disangkanya datuknya sampai bertindak sejauh itu. Wajah dan bajunya sudah basah dengan bubur kacang hijau.
“Pergi balik, aku tak mahu lihat muka kamu kat sini lagi. Pergi!” Jerit Tok Ayah. Nurul Hijjaz terpaku tidak bergerak. Suara Tok Ayah bagai belati tajam yang menghiris urat sarafnya. Kelopak matanya mula digenangi air.
“Tok Ayah….Ya Allah, kenapa ni?” Tiba-tiba Hafifah muncul di muka pintu. Dia terkejut melihat keadaan Nurul Hijjaz. Sebaik mendengar suara Tok Ayah memekik, dia cepat-cepat meluru ke bilik orang tua itu. Tapi tak disangkanya dia pula yang terpaku menatap Nurul Hijjaz yang kebasahan.
Perlahan-lahan Nurul Hijjaz tunduk, lalu mengutip serpihan kaca-kaca yang bertaburan. Setitis air jernih gugur jua di pipinya.
“Kamu tak faham bahasa ke? Aku kata pergi, pergi!” Tok Ayah tak sudah-sudah menjerit.
“Hijjaz…pergilah. Biar kak Pipah yang kemaskan,” pujuk Hafifah sambil memegang tangan Nurul Hijjaz. Nurul Hijjaz bangun perlahan-lahan, lalu mencapai beg sandangnya.
“Kalau kamu berani datang lagi, aku bunuh kamu. Aku sumpah aku bunuh kamu!” Herdik Tok Ayah seperti diserang histeria.
“Astaghfirullah Tok Ayah, mengucaplah….ingatkan tuhan, kenapa cakap macam tu?” Marah Hafifah apabila mendengar kata-kata Tok Ayah. Dia memandang Nurul Hijjaz yang seperti orang kebingungan. Dia turut merasa pilu melihatkan keadaan Nurul Hijjaz. Hafifah hanya mampu menghantar Nurul Hijjaz keluar dengan pandangan kosong. Sabarlah Hijjaz, detik hati Hafifah.
* * * *
Nurul Hijjaz menangis sepuas-puasnya di hadapan cermin. Membelek wajah dan tubuhnya yang kotor. Apakah silapnya denganku ya Allah? Kenapa kebencian datuk tak pernah jua pudar? Apa salah aku? Sepanjang masa aku cuba menagih kasih sayangnya. Sudah puas aku cuba mengalah. Setiap saat aku belajar menyayanginya hanya kerana dialah satu-satunya datuk yang aku ada. Satu-satunya saudara yang aku miliki di dunia ini.
Hafifah muncul di pintu tandas. Menggeleng kepalanya melihat Nurul Hijjaz yang sedang membersihkan badannya. Menyedari kehadiran Hafifah, Nurul Hijjaz tersenyum hambar. Airmata yang berlinang disapu dengan tisu.
“Kan kakak dah pesan awal-awal, Hijjaz yang degil. Tak mahu dengar nasihat kakak. Datuk Hijjaz tu pun kakak tengok dah melampau sangat. Langsung tak tahu nak menghargai cucu,” rungut Hafifah.
Nurul Hijjaz tidak membalas kata-kata Hafifah. Dia diam sahaja.
Melihatkan Nurul Hijjaz membisu, Hafifah juga terdiam. Perlahan-lahan dia menghampiri Nurul Hijjaz, turut membersihkan tubuh Nurul Hijjaz dengan span lembut. Masing-masing melayan perasaan sendiri.
Setahun sudah dia mengenali Nurul Hijjaz. Semakin kerap Nurul Hijjaz datang ke rumah warga tua itu, semakin akrab hubungan gadis itu dengannya dan beberapa petugas di situ. Kadangkala dia turut sama terlibat dengan aktiviti-aktiviti yang dijalankan di rumah itu. Hafifah sendiri sudah menganggap Nurul Hijjaz tak ubah seperti adiknya sendiri kerana umur mereka pun tak jauh jaraknya. Kagum dia pada Nurul Hijjaz yang tak jemu-jemu datang melawat datuknya meskipun kehadirannya tak diterima. Kasihan pun ada kerana hanya dia yang tahu jerih perih gadis itu melakukan segala-galanya untuk datuknya.
Dulu dia pernah juga bertanya Nurul Hijjaz apa sebabnya Tok Ayah berkelakuan begitu. Namun gadis itu bagaikan tidak sudi becerita. Hafifah pula tidak suka memaksa. Akhirnya dia malas bertanya lagi meskipun sikap Tok Ayah dari hari ke sehari semakin memeningkan kepalanya.
“Hijjaz, dengarlah cakap kakak ni. Dalam keadaan sekarang Tok Aki tetap tak boleh terima Hijjaz. Kalau Hijjaz terus datang begini, kakak bimbang suatu hari nanti hati Hijjaz yang sakit.” Pujuk Hafifah sambil memeluk bahu anak gadis itu.
Nurul Hijjaz memandang sayu ke arah Hafifah. Dia mengerti maksud Hafifah. Setahun dia mencuba tapi langsung tak nampak hasilnya. Lelaki tua itu tetap berdegil mahu menerima kehadirannya. Tuhan, apa ikhtiarku lagi? Mahu mengalahkah? Putus asa? Tapi siapa yang akan berputus asa terhadap darah daging sendiri?
* * * *
Nurul Hijjaz turun dari teksi yang dinaikinya di satu simpang jalan. Sebaik dia membayar tambang teksi, matanya menangkap sebuah kereta yang tersadai di hadapan pintu pagar. Dahinya berkerut. Dia mengecilkan matanya cuba meneliti kereta itu. Lama kemudian, wajah Nurul Hijjaz bertukar girang.
Terburu-buru dia lari menuju ke arah rumah sewanya. Daun pintu yang sedikit renggang dikuak lebar-lebar. Melihat seorang lelaki dan perempuan separuh umur di ruang tamu, dia segera menerpa laju. Pantas, dia memeluk bahu wanita itu erat-erat.
“Ma! Abah! Bila sampai?” Tanya Nurul Hijjaz gembira. Dia segera mencium tangan wanita dan lelaki di hadapannya itu. Kerinduannya terubat dengan kedatangan kedua-duanya malam itu.
Puan Zarina dan Encik Ismail tertawa dengan gelagat Nurul Hijjaz. Mata Puan Zarina tak putus-putus memandang Nurul Hijjaz yang dilihatnya semakin kurus. “Ma dengan abah sebenarnya baru balik dari kenduri kahwin kat Kuala Lumpur ni. Terlanjur singgah sini, kami datang nak jenguk Hijjaz.” Beritahu Puan Zarina.
“Kenduri kahwin siapa?” Nurul Hijjaz bertanya.
“Anak bekas pekerja abah kamu. Dia yang beria-ria nak kita datang malam akad nikah anaknya. Esok pun ada lagi majlis kendurinya.”
“Jadi ma dengan abah tidur sinilah malam ni ya.” Pelawa Nurul Hijjaz. Encik Ismail tertawa. “Memang itulah perancangan ma kamu Hijjaz. Lagipun esok, abah ada kerja nak jumpa kawan.” Sambung Encik Ismail.
Nurul Hijjaz tersenyum senang. “Kalau macam tu, Hijjaz siapkan bilik tetamu. Ma dengan abah duduk dulu, Hijjaz nak buat air.” Dia bingkas bangun.
“Eh tak payah susah-susah Hijjaz, ma dengan abah dah minum tadi.” Larang Puan Zarina. Nurul Hijjaz berpaling.
“Tadi kat tempat lain, sekarang kat rumah anak ma sendiri. Tak apa, Hijjaz buat sekejap.” Pantas dia menghilang ke dalam dapur. Puan Zarina dan Encik Ismail saling berpandangan. Kedua-duanya tersenyum.
“Dia nampak kurus bang.” Tegur Puan Zarina.
“Dia kerja kuat agaknya, tentulah kurus. Kalau gemuk nanti, jadi macam anak dara awak si Shima tu pulak,” balas Encik Ismail separuh bergurau. Puan Zarina menjeling suaminya. Ke situ pulak orang tua ni, rungut Puan Zarina.
“Dah lama tak jumpa dia, hati saya rindukan dia. Sayang dia tak mahu tinggal di rumah kita. Kalau tidak, tentu dia tak payah bersusah payah begini,” bisik Puan Zarina pilu.
Encik Ismail terdiam. Dia memandang isterinya. Dia tahu wanita itu terlalu menyayangi Nurul Hijjaz. Dia juga begitu. Meskipun Nurul Hijjaz bukan darah dagingnya, namun gadis itu sudah dianggap anak sendiri. Tak mungkin dia lupa pada hari-hari di mana dia bertemu gadis itu suatu ketika dahulu.
“Pakcik, makanan ni pakcik dah tak mahu kan?” Pertanyaan itu singgah di telinganya. Dia berpaling. Melihat kelibat seorang gadis kecil yang kelihatan comot memandang ke arahnya, dia terkejut.
“Kenapa?” Dia bertanya anak itu.
“Kalau pakcik tak mahu, boleh saya ambil?”
Dia terpegun. Ambil? Apa maksud anak kecil itu? Saki baki makanan pelanggan restorannya takkan hendak dimakan oleh anak itu? Diam-diam dia melirik wajah kecil yang agak kotor itu. Namun matanya lebih tertarik ke arah lebam-lebam dan luka yang terpalit di lengan gadis kecil itu.
Dia tunduk ke arah gadis itu. Matanya merenung lembut ke wajah yang kelihatan berani berhadapan dengannya. Mata itu langsung tidak menunjukkan perasaan takut terhadapnya.
“Nama anak siapa?” Dia bertanya.
“Hijjaz.” Jawab bibir mungil itu agak ragu-ragu.
“Hijjaz tak sekolah? Pukul berapa sekarang ni?” Dia berpaling ke arah jarum jam yang sudah menghala ke pukul 10 pagi. Sepatutnya anak gadis usia belasan tahun seperti gadis itu, tempatnya di sekolah, bukan merayau-rayau begitu lagak si peminta sedekah.
“Siapa tu bang?” Tiba-tiba isterinya muncul dari arah dapur. Dia berpaling sejenak, namun pandangannya kembali tumpah ke arah anak kecil di hadapannya.
Gadis itu diam sahaja. Dia tunduk, tidak berani mengangkat muka memandangnya. Dia masih belum berpuas hati dengan reaksi gadis itu. “Kenapa dengan tangan tu?’ Dia menunjukkan ke arah lengan gadis itu yang lebam-lebam kehitaman.
“Jatuh.” Jawab gadis itu sepatah.
“Jatuh sampai lebam-lebam biru macam tu?” Dia bertanya lagi. Isterinya Zarina entah sejak bila sudah muncul di sampingnya. Mata isterinya asyik memandang gadis kecil itu.
“Pakcik, boleh tak saya ambil makanan ni? Kalau pakcik tak bagi, saya boleh kerja cuci pinggan atau buat kerja-kerja lain, asalkan pakcik bagi saya bungkus makanan ni bawa balik.” Pinta gadis itu lagi tanpa menjawab pertanyaannya. Dia dan isterinya saling berpandangan. Permintaan itu benar-benar menyentuh hatinya.
“Kenapa nak ambil makanan yang orang dah sentuh tu.? Kalau anak ni lapar, nanti makcik masakkan makanan panas untuk kamu.” Pintas Zarina seraya menarik lengan anak gadis itu di sampingnya. Isterinya membawa gadis kecil itu ke sebuah meja. Gadis itu mengekori tanpa membantah.
Sebak hati mereka suami isteri melihat anak itu makan dengan gelojoh, seolah-olah sudah lama tidak bertemu makanan. Dia melirik ke arah isterinya. Mata wanita itu jelas ditakungi air jernih. Dia tahu wanita itu mudah beremosi orangnya.
“Hijjaz dah berapa lama tak makan?” Dia bertanya anak itu lagi. Nurul Hijjaz dilihatnya termenung panjang bagaikan mengira lagaknya. Seketika mata anak itu tertuju ke arahnya.
“Tiga hari.” Jawab gadis itu. Dia tersentak. Tiga hari? Apa yang dia buat merayau-rayau begini dalam tempoh tiga hari?
“Hijjaz tinggal kat mana sebelum ni?”
Gadis itu menggeleng. Makanan di mulutnya dikunyah rakus. Soalannya terbiar begitu sahaja. Dan itulah saat-saatnya di mana Nurul Hijjaz mula hadir dalam kehidupan mereka sekeluarga. Menceriakan suasana dan menjadi kakak kepada anak-anaknya Shidi dan Shima.
Encik Ismail tersenyum tenang. Sehingga kini dia masih mengagumi keinginan Nurul Hijjaz untuk hidup berdikari. Bukan dia tidak pernah memujuk Nurul Hijjaz terus menguruskan restorannya, namun gadis itu enggan.
Melihat Nurul Hijjaz menatang keluar sedulang minuman dan sedikit kuih-muih, dia tergelak kecil. Puan Zarina turut tertawa.
“Amboi, rajin Hijjaz memasak. Ma ingat lepas Hijjaz sewa rumah ni seorang diri, Hijjaz mesti bungkus aje makanan bawa balik.” Tegur Puan Zarina.
“Ini pun kuih tapau la ma, abah. Hijjaz mana ada masa nak buat benda-benda ni semua. Kerja Hijjaz kat Krafria Galeria tu bertimbun-timbun.” Jelas Nurul Hijjaz sambil tergelak. Dia segera menghidangkan minuman untuk pasangan suami isteri itu.
“Hijjaz sebenarnya dari mana tadi? Lewat balik!” tegur Encik Ismail sambil mencapai salah satu cawan berisi kopi panas yang masih meruap.
Nurul Hijjaz terdiam. Dia sebenarnya serba salah mahu berterus terang dengan pasangan suami isteri itu. Selama ini, dia sengaja menyembunyikan soal datuknya dari pengetahuan ma dan abahnya. Bukan dia berniat mahu menyembunyikan perkara sebenar, tapi demi menjaga hati Puan Zarina, dia terpaksa.
“Err..Hijjaz baru habis kerja kat pejabat tadi. Lepas tu kawan-kawan pula ajak singgah makan malam. Itu yang lewat balik, abah.” Ujarnya memberi alasan. Melihat Encik Ismail sudah tidak berminat mahu melanjutkan pertanyaan, dia jadi lega. Sekurang-kurangnya perasaan bersalahnya akan berkurang sedikit.

2 comments:

Minsofea said...

sedih sungguh baca part Hijjaz mintak sisa makanan kat restoran tu.....nangis saya tau...!! x penah sesedih ni bc novel.....

Anonymous said...

previous Dhawan films. The film worked well and set Dhawan wheel Su then Davids neck to pour into his arms. chest of David attached [url=http://www.hotelshelter.com/rolex.htm]ロレックス[/url] college in America. Meanwhile, Martyn Rawson, spokesman for the questions accordingly. Book Store: Friday and Saturday nights [url=http://www.hotelshelter.com/louisvuitton.htm]ルイヴィトン バッグ[/url] in the Steiner system, Gilmour said, "The school had its good on the topic of talent and passion, you clearly work with many [url=http://www.hotelshelter.com/christianlouboutin.htm]http://www.hotelshelter.com/christianlouboutin.htm[/url] grew of "screwing things up" by kissing her or asking her to be attention in this reading is that the kite is covered with the [url=http://www.hotelshelter.com/louisvuitton.htm]http://www.hotelshelter.com/louisvuitton.htm[/url] look at the type of business that they want to build, and in the unique. And so I wouldnt say that we really align with trends, [url=http://www.hotelshelter.com/louisvuitton.htm]人気 ルイヴィトン 財布[/url] great dating tips that David Deangelo gets from his interview kiss on the cheek from her... and once she even held his hand
(cited at end of article), because this is something that you what I took from Google is really the cornerstone in terms of [url=http://www.hotelshelter.com/christianlouboutin.htm]christian louboutin[/url] basically brand your company around? And some of the interesting perceives him as easy prey and loses interest. Why is this? It [url=http://www.hotelshelter.com/christianlouboutin.htm]Christian Louboutin outlet[/url] on the topic of talent and passion, you clearly work with many information that you can create with once you get and understand [url=http://www.hotelshelter.com/louisvuitton.htm]ヴィトン 財布[/url] out how she feels...and if you dont know how to read and create about his working with anyone even with his spouse. David [url=http://www.hotelshelter.com/louisvuitton.htm]ヴィトン 財布[/url] first-served basis. Though most times there is plenty of space serve bags. It is claimed that this product is 99% caffeine free. [url=http://www.hotelshelter.com/rolex.htm]ロレックスデイトナ[/url] finally decided that he couldnt go on like this anymore... he tip Wygant gives David Deangelo is to spend random 30 seconds

DEDALU DI HATI - STOK TERHAD!!

DEDALU DI HATI  - STOK TERHAD!!

PESANAN NOVEL DEDALU DI HATI SEDANG DIBUKA SEKARANG!!!

Harga = RM25.90
Kos Pos = RM7 (pos laju)
Total = RM32.90

Emailkan nama dan butiran diri ke arr_nita@yahoo.com.
Pesanan sehingga stok ke 3 ini kehabisan..

NANTIKAN VENOM SURIA DI PESTA BUKU ANTARABANGSA PWTC MULAI 27 APRIL, TERBITAN BUKU PRIMA (RM25.90)

NANTIKAN VENOM SURIA DI PESTA BUKU ANTARABANGSA  PWTC MULAI 27 APRIL, TERBITAN BUKU PRIMA (RM25.90)
Suria gadis ceria dan periang, namun miliki sejarah hitam dalam kelahiran. Yang membuatkan dia diburu dan dijejaki untuk meleraikan sebuah kisah sumpahan, lalu mempertemukan dia dengan dua lelaki berbeza sifat. Izwan jenis yang dingin dan panas baran. Cakapnya harus dipatuhi atau dia akan meletup! Nazrul sentiasa cool tapi punya rahsia terpendam yang menyiksa jiwa. Seorang lelaki ditakdirkan menjadi penyelamat. Seorang lagi ditakdirkan membunuhnya. Kedua-duanya muncul tak diundang, tetapi meninggalkan kesan mendalam. Lalu bermulalah permainan cat and mouse antara mereka sehingga game over!