Followers

CINTA BUKAN LARANGAN - 2014 ( Limited Edition Only)

CINTA BUKAN LARANGAN - 2014 ( Limited Edition Only)
Ekslusif dan tidak dijual di kedai buku, hanya di blog dan fb penulis sahaja :untuk memesan : email arr_nita@yahoo.com/ FB : Anita Aruszi

BLURB CINTA BUKAN LARANGAN (New)

Tajuk : Cinta Bukan Larangan
Penulis : Anita Aruszi
Harga : RM32.90
Penerbit : GN Publishing
ISBN : 978-967-10425-3-3
M/s : 803ms
Genre : Cinta dan Kekeluargaan

Tagline
Cinta Ini Terlarang..
Ibarat Buah Khuldi Yang Haram Disentuh Adam…

Diaz dan Dina Azura, dua adik beradik yang membesar bersama tetapi tidak pernah sebulu. Ada sahaja yang tidak kena di hati Diaz yang terang-terangan membenci Dina Azura di dalam hidupnya. Sehingga ke satu tahap, dia cuba merogol gadis itu angkara kemarahan yang terpendam di lubuk hatinya. Namun tindakan itu telah merubah segala-galanya dalam hidup mereka. Kerana kesal dengan tindakannya, dia mengambil keputusan melarikan diri ke luar negara. Namun tindakan itu tidak mampu meluputkan setiap dosa yang dirasakannya terhadap Dina Azura.

Sepuluh tahun kemudian, Diaz pulang ke tanahair dan bekerja dengan Alma Katherine, seorang ahli perniagaan berjaya. Namun dia tidak berani berhadapan dengan Dina Azura angkara malam jahanam itu. Tapi takdir menemukan mereka semula untuk menyusun kepingan-kepingan puzzle dalam hidup mereka. Tapi masihkah ada benci di hatinya atau segala-galanya telah berubah?

Bagi Dina Azura, dia tidak pernah membenci Diaz. Malah takkan mungkin membenci lelaki itu. Sejak kecil dia mengagumi Diaz, sehinga adakala dia terseksa kerana dibenci tanpa sebab. Malah seluruh jiwanya terseksa kerana selama ini dia menyimpan rahsia yang tidak mampu diceritakan kepada sesiapa. Isi hatinya takkan mampu diluahkan lantaran dia sedar betapa besar dosanya mencintai abang sendiri.

Perkenalan Dina Azura dengan Johan telah menyemat cemburu di hati Diaz tanpa disedari. Hubungannya dengan Dina Azura adalah sebuah hubungan yang takkan mungkin. Mereka tidak mungkin bercinta. Tidak mungkin bersama sama. Tidak mungkin untuk segala-galanya. Tidak mungkin untuk selama-lamanya. Kerana itu Diaz menahan diri. Dan bila Johan hadir di antara mereka, segala-galanya yang tidak mungkin itu bukan lagi satu halangan. Diaz nekad mahu membetulkan segala-galanya. Tapi rahsia yang disimpannya selama 15 tahun itu hanya akan melukakan hati ramai orang. Bolehlah dia menjaga hati ramai orang dan membiarkan hatinya sendiri dilukai? Mampukah lagi dia menyimpan rahsia ini dari pengetahuan Dina Azura sedangkan gadis itulah yang paling mahu dilindunginya?


Abang jangan judge orang dengan hanya memandang luaran sahaja. Sekurang-kurangnya
Johan sanggup pertahankan maruah adiknya dari lelaki-lelaki tak guna tu. Dia seorang abang yang baik – DINA AZURA

Johan baik? Jadi abang lelaki jahat? – DIAZ HAFIZI

Saya cuma nak awak pilih antara saya dan Diaz. Dan berhenti menyakiti hati saya seperti ini Dina – JOHAN


Friday, April 19, 2013

Alamak! Lagi-Lagi Dia : Bab 17


TERKELIP-KELIP mata Cika apabila mendengar bisikan budak lelaki itu. Hendak percaya ke tidak ni? Tiba-tiba sahaja budak lelaki berkulit hitam legam itu muncul entah dari mana dan menjadi penyampai pesanan tak bergaji.

“Betul ke dik?” Tanya Cika masih ragu-ragu.

“Betul kak, mak kakak yang pakai baju kebaya warna hitam tu kan?” Ujar budak lelaki itu sambil tersengih lebar.

Cika mengangguk dengan cepat. Mendengar budak lelaki itu tahu warna baju kebaya ibunya dia mulai yakin sedikit.

“Mak kakak suruh kakak balik je. Dia kata lelaki yang dia nak perkenalkan pada kakak tu tak jadi datang hari ini. Dia pulak ada hal nak pergi jumpa kawan dia.” Ujar budak lelaki itu dengan petah.

Cika terpisat-pisat sebentar. Betul ke ni? Wah! Ini sudah bagus!

“Tapi ada satu hal lagi kak.” Budak lelaki itu menyambung bicara.

Cika menoleh. Dahinya berkerut. Ada lagi?

“Upah saya kakak kena bayar.”

“Upah?”

“Upah kasi tahu kakak la. Tak mahal, RM5 je.” Ujar budak lelaki itu selamba.

Cika terkedu. Bijak budak ni! Hantar pesanan pun kena berupah. Ini mesti umi kedekut nak bagi budak ni duit! Tapi sejurus kemudian dia tersengih. Tak kisahlah, upah pun upahlah. Mujur kau bawa berita baik, kurang-kurang lega sedikit gelodak resah yang dirasainya sepanjang penantian.

“Sebab awak bawa berita baik, tak apa, kakak up sikit upah tu jadi sepuluh ringgit. Nah!” Cika segera menghulurkan not RM10 itu ke tangan budak lelaki itu. Melihat wang di tangannya, wajah itu sudah bertukar ceria.

Sebaik kanak-kanak lelaki itu beredar, bibirnya tiba-tiba tersenyum lebar. Seronoknya! Independence Day. Orang meraikan kebebasan dari jajahan musuh. Dia pula meraikan kebebasan dirinya dari belenggu yang diikat ibunya. Anyway, siapa peduli? Asal dia senang hati cukuplah. Dengan bernyanyi-nyanyi kecil, dia segera berjalan ke arah keretanya yang diparkir tidak jauh dari situ.

Nadim pula sudah sampai ke arah keretanya. Dia menoleh lalu memandang ke arah Cika yang sudah pun memasuki perut keretanya sendiri. Senyuman nakalnya bertaut di bibir. Kelakarnya dia nampak bagaimana Cika menghulurkan wang kertas pada budak yang diupahnya sebentar tadi. Cerdik betul budak tu! Sempat lagi ‘pau’ duit pada gadis itu. Dia memang kagum gila! Tapi tak kisahlah, hari ini dia gembira kerana berjaya mendajalkan gadis itu.

Ketika dia mahu memasuki perut kereta, matanya tiba-tiba terpandang sesuatu. Matanya tertarik memerhatikan sebuah buku seperti diari berkulit hitam terdampar berdekatan keretanya. Dia terus mengutip buku tersebut. Siapa punya ni? Gadis tadikah?

Didorong perasaan ingin tahu, dia segera menyelak helaian pertama buku berkulit tebal itu. Dan matanya dengan lekas tertancap pada tulisan besar di halaman pertama. Cika?

*  *  *  *

PUAN BAHYAH asyik terhendap-hendap ke dalam bilik air wanita di restoran itu. Puas menanti  di luar, akhirnya dia memaksa diri masuk ke dalam. Tapi kelibat Cika entah ke mana. Bibirnya diketap kegeraman. Budak ni memang nak kena ni! Kata tadi nak ke tandas sekejap sahaja tapi ini dah dekat setengah jam berlalu.

Dia meraba-raba beg tangannya, cuba mencari telefon bimbitnya. Alamak! Tak ada pulak! Rungut Puan Bahyah sambil cuba mengingatkan di mana dia meletakkan telefon bimbitnya. Hendak tak hendak dia terpaksa kembali ke mejanya. Namun kehadiran dua kelibat tubuh di mejanya membuatkan nafas Puan Bahyah jadi kencang. Aduh!

            “Min, dah lama sampai?” Tegur Puan Bahyah pada teman lama satu universitinya dahulu. Mereka bersalaman dan berpelukan seketika, meskipun bukan lama mana mereka tidak bertemu. Padahal baru dua hari lepas mereka terserempak di pusat beli belah sebelum berbicara tentang anak masing-masing. Dan baru semalam juga mereka saling berceloteh di dalam telefon, merancang pertemuan hari ini.

            “Baru aje sampai Yah. Sorry aku lambat. Ni ha anak bujang aku ni bersiap mengalahkan perempuan. Punyalah lama baru dapat bergerak ke mari.”
 Ujar Puan Jamilah yang cukup ceria orangnya dan bertubuh ramping meskipun sudah mencecah usia 50an.

            Puan Bahyah memandang lelaki muda di samping temannya. Idham Hariz sedang tersenyum memandangnya. Melihat anak muda itu Puan Bahyah menarik nafas panjang. Aduhai makin smart anak teruna temannya itu. Dia sendiri tidak faham kenapa Cika liat sungguh mahu diajak bertemu dengan Idham. Tengoklah Idham Hariz ini. Kacak dan kemas pakaiannya. Orangnya juga terpelajar dan berbudi bahasa. Jenis yang mana si Cika ni hendak agaknya? Keluh Puan Bahyah seraya mengigit bibir.

            “Eh mana Syafika?” Tanya Puan Jamilah sambil menjengah-jengah sekitar tempat itu mahu mencari anak gadis Puan Bahyah. Sejak tadi dia mengintai tetapi tidak bersua pandang dengan anak gadis temannya itu.

            Puan Bahyah menelan liur. Gugup dan risau seiring. Telatah anak gadisnya memang tidak makan saman. Apa yang mahu dikatakannya pada temannya itu?

            “Err sebenarnya Cika ada datang tadi. Tapi aku suruh dia balik. Budak itu entah apa yang dimakannya tiba-tiba sahaja sakit perut. Cirit-birit agaknya.” Ujar Puan Bahyah.

            “Cirit-birit? Eh bahaya tu kalau dibiarkan begitu sahaja. Kena hantar ke klinik tu.” Wajah Puan Jamilah bersalut kebimbangan. Dia mengerling seketika ke arah Idham. Anehnya wajah anak lelakinya seakan lega mendengar kata-kata Puan Bahyah.

“Err dah..aku dah suruh dia ke klinik lepas tu balik berehat. Aku minta maaf banyak-banyak Min, tak sangka pulak hal macam ni nak jadi. Agaknya dia nerveous sangat dapat jumpa Idham.” Ujar Puan Bahyah, main hentam kromo sahaja apa yang tersagat di kepalanya saat itu.

            “Tak apalah, nak buat macamana. Idham pun tak sabar-sabar nak jumpa Syafika.” Ujar Puan Jamilah sambil mengerling anak bujangnya.

            Puan Bahyah menelan liur seraya memandang ke arah Idham.

            “Maaf ya Idham, auntie tak sangka pulak nak jadi macam ni.” Ujar Puan Bahyah kesal. Wajahnya tampak tenang, namun hati di dalam seperti ingin meletup-letup. Yang pasti lepas ni dia sudah bersedia untuk balik dan meletupkan kepala Cika pula. Buat masalah sungguh anak daranya yang seorang itu.

*  *  *  *

NADIM menghempas tubuhnya ke dada sofa di ruang tamu. Segelas mug dibawa ke mulut lalu diteguk. Coklat panas pada malam-malam hari begini sudah menjadi kegemarannya. Sebaik mug berisi coklat panas itu selesai dihirup beberapa kali, dia meletakkan mug itu ke tepi sebelum mencapai sebuah buku sederhana tebal berkulit hitam di atas meja kopi.

            Dari petang tadi lagi dia cuba bersabar dari membelek buku hitam itu.  Beberapa kali dia membuka dan menutup buku tersebut. Setiap kali hendak membukanya, nalurinya melarang. Tak menghormati privasi orang langsung! Itu kata hati kecilnya. Tapi selepas dia teringatkan sesuatu tentang gadis bernama Cika itu, entah kenapa dia berminat mahu mengetahui lebih lanjut tentang gadis itu.

            Cika! Sekali lagi Nadim menyebut perkataan besar yang tertulis di laman pertama buku berkulit tebal itu. Apabila dia menyelak helaian kedua, sekeping gambar jatuh ke ribanya. Nadim mengutip lalu memandang seraut wajah yang sedang tersenyum riang di dada potret sambil memegang seekor ikan besar dan joran pancing. Di sisi gadis itu terdapat seorang lelaki tinggi lampai sedang menaikkan ibu jari di samping gadis itu.

Nadim ketawa kecil. Wah! Kaki pancing rupanya! Boleh tahan! Desis hati kecil Nadim. Dia mengecam lelaki di sebelah Cika itu. Ini pasti abangnya yang kerek itu yang tersilap memancing kasut but sewaktu di The Woods.

            Dia segera membelek-belek halaman seterusnya dan ternampak pula kad perniagaan Cika yang terselit di dalam buku hitam itu. Nadim membaca sepintas lalu. Syafika Nordin. G-Properties Sdn Bhd. Syarikat jual beli aset dan hartanah merangkap broker hartanah profesional. Nadim membaca isi kad tersebut satu persatu.

Hebat! Not bad at all. Berapa agaknya umur perempuan ni? Nadim asyik mengumpul pertanyaan demi pertanyaan. Tiba-tiba sahaja dia tidak ada kerja lain selain menyelongkar khazanah hidup seorang gadis yang tidak pernah dikenalinya selama ini.

            Apabila dia beralih ke halaman seterusnya, matanya terbuntang luas. Degupan jantungnya berlari kencang. Entah kenapa, imej yang dilakar di helaian itu membuatkan dia terkedu. Siapa tak terkejut melihat wajah sendiri dilukis dan dilakar di dalam buku milik seorang gadis yang baru beberapa kali ditemuinya. Selama ini dia mengintip aku ke? Nadim bertambah bingung.   

            Lakaran gadis itu cantik sekali. Setiap larikan pada lukisan itu menyamai apa yang ada di wajahnya. Sehinggakan dia merasa seperti memandang wajah sendiri di paparan cermin. So much alike!

            Nadim mengerutkan dahinya. Masih tertanya-tanya dan terfikir-fikir. Kenapa gadis itu melukis wajahnya? Untuk apa? Aku yang stalk diari dia, tapi dia dulu yang stalk aku rupanya! Keluh Nadim bersama kerut di dahi.

2 comments:

cik syafa said...

Ahahaha kelakar la cika dgn nadim ni. ketawa tak ingat. Like (Y) :D

mizz acu said...

like!!!
say NO to idham pleasee..

DEDALU DI HATI - STOK TERHAD!!

DEDALU DI HATI  - STOK TERHAD!!

PESANAN NOVEL DEDALU DI HATI SEDANG DIBUKA SEKARANG!!!

Harga = RM25.90
Kos Pos = RM7 (pos laju)
Total = RM32.90

Emailkan nama dan butiran diri ke arr_nita@yahoo.com.
Pesanan sehingga stok ke 3 ini kehabisan..

NANTIKAN VENOM SURIA DI PESTA BUKU ANTARABANGSA PWTC MULAI 27 APRIL, TERBITAN BUKU PRIMA (RM25.90)

NANTIKAN VENOM SURIA DI PESTA BUKU ANTARABANGSA  PWTC MULAI 27 APRIL, TERBITAN BUKU PRIMA (RM25.90)
Suria gadis ceria dan periang, namun miliki sejarah hitam dalam kelahiran. Yang membuatkan dia diburu dan dijejaki untuk meleraikan sebuah kisah sumpahan, lalu mempertemukan dia dengan dua lelaki berbeza sifat. Izwan jenis yang dingin dan panas baran. Cakapnya harus dipatuhi atau dia akan meletup! Nazrul sentiasa cool tapi punya rahsia terpendam yang menyiksa jiwa. Seorang lelaki ditakdirkan menjadi penyelamat. Seorang lagi ditakdirkan membunuhnya. Kedua-duanya muncul tak diundang, tetapi meninggalkan kesan mendalam. Lalu bermulalah permainan cat and mouse antara mereka sehingga game over!