Followers

Thursday, September 3, 2009

Sayangku Casper : Bab 4

Melihat lauk-pauk yang terhidang di atas meja di hadapan mereka, Davian ternganga. Ayam gulai kampung, terubuk bakar, udang masak lemak kuning, sayur nangka serta ulaman-ulaman yang bercecahkan sambal belacan menjadi pilihan Rafique. Lelaki itu memang sukakan masakan kampung. Malah menu yang sama akan dipesannya tanpa ragu-ragu.

“Tunggu apa lagi? Jom kita makan. Aku dah lapar sangat ni.” Tanpa menunggu balasan, Rafique menjadi perasmi pertama. Kuah gulai ayam kampung di hadapannya disenduk ke dalam pinggan nasinya yang masih berasap.

“Fuh sedapnya. Masakan makcik ni memang sedap. Nasib baik warung dia buka lagi.” Bisik Rafique. Davian hanya diam. Dia merenung lauk-pauk di hadapannya. Entah kenapa dia tidak berselera mahu menjamah makanan kali ini.

“Kenapa kau tak makan? Lidah kau dah biasa makan keju ya?” Rafique mengusik. Dia selalu bergurau dengan Davian yang kurang gemar makan nasi berbanding dirinya. Lelaki itu lebih gemar menjamah makanan-makanan barat seperti spaghetti, pizza dan burger. Padahal Davian anak melayu jati yang lahir di Malaysia, sedangkan dia dibesarkan di luar negara sejak kecil lagi.

Davian tidak mempedulikan usikan Rafique. Sebaliknya pandangannya tajam menjamah wajah Rafique yang bersahaja. Ada sesuatu belum terungkai di mindanya sejak temannya itu menelefonnya dua malam lalu.

“Davy, I need your help.” Dia masih ingat rentak bicara mereka dua malam yang lalu.

“Apa dia?”

“Aku nak ke Kuala Lumpur lusa. Nanti aku bagitahu.”

Kata-kata Rafique cukup sukar untuk difahami. Hairan pun ada kerana Rafique memerlukan pertolongannya. Dua malam dia jadi insomnia kerana Rafique. Bimbang ada sesuatu yang buruk menimpa lelaki itu. Tapi kebimbangannya seolah-olah tidak berasas sama sekali. Tengok dari cara Rafique makan bertambah sehingga dua pinggan, tak mungkin lelaki itu ada masalah berat. Tak mungkin!

“Sebenarnya kenapa kau balik tiba-tiba aje ni? Dalam telefon kau kata kau perlukan pertolongan aku. Apa dia?” Soal Davian sudah tidak sabar ingin tahu.

Rafique tiba-tiba berhenti makan. Wajah Davian ditatap lama. Jaket kulitnya yang tergantung di kepala kerusi diambil. Dari saku jaketnya, dia mengeluarkan sekeping gambar lalu menyerahkannya pada Davian.

Wajah Davian berkerut. Kepingan gambar itu ditatap lama. Wajah seorang gadis kecil bermain basikal roda tiga di hadapan pohon pine menjadi tumpuannya. Sejurus Davian melarikan pandangan.

“Siapa ni? Adik tiri kau?” Tanya Davian lurus bendul.

Wajah Rafique segera berubah. Kerutannya menjengah tajam ke wajah Davian. Davian segera gugup. Opss, salah cakap! Dia cuba tersengih menutup rasa bersalah kerana andaiannya yang melulu kali ini.

“Aku nak cari orang dalam gambar ni. Kalau boleh secepat yang mungkin.” Ujar Rafique dengan wajah serius.

“Siapa dia ni?” Soal Davian ingin tahu.

Rafique tidak terus menjawab. Fikirannya tenggelam sejenak pada suatu permintaan. Permintaan yang diselubungi dengan harapan dan impian, mana mungkin akan ditolaknya begitu sahaja!

“Tolong granny cari dia Rafique. Granny hanya mempercayai kamu seorang. Hanya kamu satu-satunya harapan granny untuk menemui Adelie. Cari dia sebelum ayah kamu menemuinya.”

Dahinya berkerut. Cari dia sebelum ayah kamu? Kata-kata granny kedengaran aneh. Lagi aneh apabila dia disuruh mencari seseorang yang menghilangkan diri sejak lima belas tahun yang lalu.

No comments:

DEDALU DI HATI - STOK TERHAD!!

DEDALU DI HATI  - STOK TERHAD!!

PESANAN NOVEL DEDALU DI HATI SEDANG DIBUKA SEKARANG!!!

Harga = RM25.90
Kos Pos = RM7 (pos laju)
Total = RM32.90

Emailkan nama dan butiran diri ke arr_nita@yahoo.com.
Pesanan sehingga stok ke 3 ini kehabisan..

NANTIKAN VENOM SURIA DI PESTA BUKU ANTARABANGSA PWTC MULAI 27 APRIL, TERBITAN BUKU PRIMA (RM25.90)

NANTIKAN VENOM SURIA DI PESTA BUKU ANTARABANGSA  PWTC MULAI 27 APRIL, TERBITAN BUKU PRIMA (RM25.90)
Suria gadis ceria dan periang, namun miliki sejarah hitam dalam kelahiran. Yang membuatkan dia diburu dan dijejaki untuk meleraikan sebuah kisah sumpahan, lalu mempertemukan dia dengan dua lelaki berbeza sifat. Izwan jenis yang dingin dan panas baran. Cakapnya harus dipatuhi atau dia akan meletup! Nazrul sentiasa cool tapi punya rahsia terpendam yang menyiksa jiwa. Seorang lelaki ditakdirkan menjadi penyelamat. Seorang lagi ditakdirkan membunuhnya. Kedua-duanya muncul tak diundang, tetapi meninggalkan kesan mendalam. Lalu bermulalah permainan cat and mouse antara mereka sehingga game over!