Followers

Thursday, March 21, 2013

Alamak! Lagi-Lagi Dia : Bab 3


UBEK merenung wajah Cika yang cemberut di suatu sudut. Dia menggeleng-gelengkan kepalanya. Aiseh! Bad mood lagilah tu!

Is she okay?” Tanya lelaki muda itu seraya turut menjeling ke arah Cika yang diam sahaja sedari tadi.

Ubek berpaling semula ke arah lelaki itu seraya tersenyum. “Dia okey. Mood dia memang macam tu. Don’t worry. Dan maaf sekali lagi sebab salah faham ni.” Ujar Ubek berhemah.

“Tak apa. Mujur tak ada tok kadi kat kawasan ni. Kalau tidak, saya kena kahwin free agaknya dengan dia.” Ujar lelaki itu selamba.

Ubek terkedu mendengarnya. Kahwin free? Ubek tiba-tiba ketawa terbahak-bahak. Entah kenapa dia rasa lucu mendengar kata-kata lelaki muda itu.

Cika mengerling abangnya dari jauh. Entah apa yang lucu sangat sehingga Ubek ketawa begitu? Sejurus anak mata Cika beredar ke arah lelaki yang sedang bercakap-cakap dengan abangnya. Lelaki itu agak segak orangnya dengan rambut kemas sehingga ke paras telinga. Siapa dia agaknya? Kaki pancing seperti abangnya Ubek jugakah?

Seperti tahu dirinya diperhatikan, lelaki itu tiba-tiba menoleh ke arah Cika. Cika yang tidak sempat melarikan anak matanya mulai gugup. Aiseh! Dia pandang sini pulak! Malunya..control macho Cika. Behave yourself!

Namun pandangan lelaki itu di wajahnya hanya sebentar sahaja. Cika mengeluh panjang. Gila! Apa yang kau harapkan Syafika Nordin? Lelaki seperti itu takkan mahu memandang kau lama-lama!

*  *  *  *

“TERUK betul adik ni. Takkan tak kenal khemah kita sendiri?” Rungut Ubek seraya mahu kembali ke port memancingnya. Cika yang mengekori dari arah belakang hanya berdiam diri.

            “Macamana boleh salah masuk khemah? Mujur abang datang tadi, kalau tak teruk juga nak jelaskan pada lelaki tu tadi fasal adik. Tak fasal-fasal dia ingat adik ni nak mencuri barang-barang kat khemah dia.”

            “Yalah sangat tu. Macamlah ada benda-benda berharga kat dalam khemah dia. Cika confuse la abang, gelap sangat. Mana Cika tahu khemah kita dengan khemah dia dekat-dekat aje. Dah tu warna khemah pun lebih kurang sama.” Keluh Cika.

            “Mujur dia tak saman adik.” Senyum Ubek.

            Cika mencebik. Nak saman apa? Bukan dia rugi apa-apa pun. Aku ni yang rugi! Poyo betul mamat tu.

            “Lelaki tu bukan kaki pancing. Katanya dia datang ke mari sebab temankan abang angkatnya yang kaki pancing. Dia tengah tidur kat dalam khemah waktu adik main serbu masuk.” Jelas Ubek tersenyum-senyum.

            “Patut pun.” Cika mengeluh.  Hari ini dalam sejarah, dia tersalah masuk ke dalam khemah seorang lelaki. Mujur tengah tidur! Cuba kalau lelaki itu tengah menyalin pakaian, lagi masak dia dibuatnya. Elok-elok dapat title pencuri, terus dapat titlepervert’ pulak. Aiyoo, tak mahu!

            “Eh ada ikan!” Ubek tiba-tiba berlari ke arah joran-jorannya. Cika berpaling. Melihat lelaki itu terhegeh-hegeh berusaha mengendalikan joran-jorannya, perlahan-lahan dia melangkah ke arah abangnya.

            “Adik, cepat tolong abang. Berat ni! Abang rasa ini mesti ikan besar!” Jerit Ubek.

Cika mencebik. Ikan besar konon! Kalau ada yu sekalipun melekat pada joran abangnya itu, dia tetap tidak peduli.

“Adik, cepat ke mari, tolong abang!” Jerit Ubek lagi separuh geram.

Cika tersentak. Cepat-cepat dia berlari ke arah abangnya. Ubek memang tidak berbohong. Joran abangnya itu memang berat. Kelam kabut mereka cuba menarik mata kail itu ke atas. Buat seketika port mereka menjadi perhatian orang sekitar yang turut tertarik mahu tahu apa yang telah memakan umpan mata kail Ubek.

*  *  *  *

DARI jauh matanya ralit memerhatikan gelagat dua adik beradik yang kelihatan gila-gila itu. Mana tidak gila kalau suka-suka hati sahaja masuk ke dalam khemah orang lain tanpa memeriksanya terlebih dahulu.

 “Siapa awak? Kenapa awak menceroboh khemah saya? Awak nak mencuri ya?” Dia mengemukakan pertanyaan yang agak kasar. Sengaja berlagak seperti seorang polis menyoal penjenayah. Tapi penjenayah di hadapannya itu seorang gadis yang cantik dan kelihatan polos!

            “Sa..saya tersalah masuk khemah.” Itu jawapan gadis itu.

            “Salah masuk khemah? Itu jawapan paling baik yang awak boleh sediakan?”

            “Betul saya tak bohong, saya memang salah masuk khemah. Saya ingat ini khemah saya.” Ujar si gadis lagi.

            “Awak siapa? Apa awak buat kat sini?”

            “Err..saya temankan abang saya memancing.”

            “Mana dia?”

            Ada kat kolam pancing.”

            Dia mendengus keras. Jawapan gadis itu benar-benar lurus kedengaran. Hendak ketawa pun ada. Dia percaya alasan gadis itu. Tapi entah kenapa melihat wajah itu takut-takut, dia merasa seronok pula mempermainkan gadis itu. Wajahnya sengaja diseriuskan! Biar gadis itu kecut perut melihatnya.

            Please..lepaskan saya ya? Saya cakap benda betul. Saya memang tak sengaja masuk ke khemah ni. Lagipun kalau saya tahu ada orang, takkan saya nak masuk juga.” Ujar gadis itu.

            “Saya belum sepenuhnya percaya pada awak. Zaman sekarang ni, jangan katakan seorang gadis kaki tipu, nenek yang usia 70an tu pun boleh mencuri.” Dia merenung wajah di hadapannya.

            “Kalau awak tak percaya, saya boleh panggilkan abang saya.”

            Dia terdiam sejenak. Tiba-tiba dia terfikirkan sesuatu. Tanpa disedari, dia sebenarnya sedang ‘berkhalwat’ dengan seorang gadis di dalam khemahnya. Bukanlah secara langsung, tapi dengan berdua-duaan lebih lama dengan gadis itu, dia sebenarnya sedang menjerat dirinya sendiri. Silap-silap haribulan dia boleh kena tangkap basah. No way! Dia masih muda, belum masanya untuk dia mendirikan rumahtangga. Lagi-lagi kahwin basah seperti ini! Hell not!

            Memikirkan sebarang kemungkinan yang mungkin berlaku, akal warasnya mula bertindak spontan. Dia segera menarik tubuh gadis itu keluar dari khemahnya. Si gadis agak terkejut tapi kelihatan lebih lega dari tadi. Dia mahu menyambung soal siasatnya, tapi suara seorang lelaki muncul dan mematikan hasratnya. Tak semena-mena abang gadis itu muncul di situ. Kelakarnya mereka bertiga saling renung-merenung seakan suspicious untuk beberapa minit, sebelum masing-masing cuba menyelesaikannya secara berdiplomasi.

            Dia ketawa kecil. Lucu! Insiden itu memang lucu dirasakannya. Mujur sahaja abang si gadis percaya dengan penjelasannya.

            “Hai senyum sorang-sorang ni kenapa?” tegur suatu suara.

            Dia menoleh. Seorang lelaki bertubuh tegap dan tinggi lampai muncul di situ.

            “Banyak dapat ikan?” Tanyanya tanpa menjawab pertanyaan itu.

            Lelaki itu hanya ketawa. “Tak ada seekor pun. Agaknya semuanya tahu kita semua pakat nak datang ramai-ramai malam ini. Itu fasal ikan-ikan semuanya bersembunyi dalam lubuk.” Jawab Jak seraya ketawa kecil.

            Dia tersenyum mendengar jawapan Jak.

            “Susah-susah sangat, beli aje ikan kat pasar. End of the story!”

            Jak ketawa besar mendengarnya. Brilliant idea!

            “Kalau kau tak minat memancing, yang kau setuju ikut abang ke mari kenapa?” Soal Jak seraya duduk di sampingnya.

            “Saja je ikut, kumpul pengalaman.”

            “Orang kumpul pengalaman dengan memancing, tapi kau cuma tidur dalam khemah. Macamana nak dapat ikan kalau begitu.” Sindir Jak.

            “Duduk dalam khemah pun kalau bernasib baik, dapat juga ikan. Ikan yang comel lagi.” Ujarnya seraya ketawa kecil.

            Dahi Jak berkerut. Ternyata lelaki itu gagal memahami maksud tersiratnya. Dia menyambung ketawa tanpa ada niat mahu menjelaskan apa-apa pada Jak tentang apa yang telah berlaku di khemah mereka sebentar tadi.

Sekali lagi matanya mencuri pandang ke arah gadis itu dan abangnya yang baru sahaja mengangkat naik joran yang dihujungnya terdapat kasut but getah yang melayang-layang di mata kail. Sekali lagi dia ketawa besar, lucu melihat muka si gadis mencuka dan wajah si abang yang terduduk lemah. Penat tapi tak ada hasil! Damn! They are funny!

No comments:

DEDALU DI HATI - STOK TERHAD!!

DEDALU DI HATI  - STOK TERHAD!!

PESANAN NOVEL DEDALU DI HATI SEDANG DIBUKA SEKARANG!!!

Harga = RM25.90
Kos Pos = RM7 (pos laju)
Total = RM32.90

Emailkan nama dan butiran diri ke arr_nita@yahoo.com.
Pesanan sehingga stok ke 3 ini kehabisan..

NANTIKAN VENOM SURIA DI PESTA BUKU ANTARABANGSA PWTC MULAI 27 APRIL, TERBITAN BUKU PRIMA (RM25.90)

NANTIKAN VENOM SURIA DI PESTA BUKU ANTARABANGSA  PWTC MULAI 27 APRIL, TERBITAN BUKU PRIMA (RM25.90)
Suria gadis ceria dan periang, namun miliki sejarah hitam dalam kelahiran. Yang membuatkan dia diburu dan dijejaki untuk meleraikan sebuah kisah sumpahan, lalu mempertemukan dia dengan dua lelaki berbeza sifat. Izwan jenis yang dingin dan panas baran. Cakapnya harus dipatuhi atau dia akan meletup! Nazrul sentiasa cool tapi punya rahsia terpendam yang menyiksa jiwa. Seorang lelaki ditakdirkan menjadi penyelamat. Seorang lagi ditakdirkan membunuhnya. Kedua-duanya muncul tak diundang, tetapi meninggalkan kesan mendalam. Lalu bermulalah permainan cat and mouse antara mereka sehingga game over!