Followers

Friday, December 28, 2018

Spy Hati Dari Chantilly (Bab 12)

Tiga tahun yang lalu…

“DOKTOR, ini pelajar-pelajar dari Universiti Kebangsaan Malaysia. Mereka sudah diagih untuk membantu kita di sini selama seminggu,” ujar seorang matron yang bertanggungjawab menyelia perjalanan bantuan yang diberikan.
Farid tersenyum lebar memandang setiap wajah anak-anak gadis di hadapannya. Antara tujuh orang yang berada di situ, entah kenapa matanya lebih tertumpu pada seraut wajah manis yang asyik tersenyum memandangnya. Wajah itu cukup ceria, cukup menyenangkan hati sesiapa yang memandang. Malah si gadis begitu ringan tulang membantunya apa sahaja. Jika dia tidak dapat memanggil jururawat yang sepatutnya membantunya, gadis itulah galang gantinya.
“Doktor perlukan apa-apa lagi?” Lembut suara itu bertanya.
Dia hanya menggeleng seraya tersenyum.
“Lepas habis sesi ni, saya belanja awak makan ya. Sebab awak banyak membantu hari ni.” Pelawanya. Memang dia tidak ada niat apa-apa. Dia ikhlas mahu membelanja anak gadis itu tanda terima kasihnya yang tidak terhingga. 
Your treat?” Wajah itu bersinar-sinar kegembiraan.
Dia hanya ketawa melihat respon tak diduga itu.
“Mestilah saya yang belanja, apa sahaja untuk Cik Suri Imani,” ujarnya tergelak.
“Kita berdua sahaja?”
Dia mengerutkan dahinya.
“Suri nak bawa sesiapa lagi? Okey, tak ada masalah.”
“Eh tak, just two of us.” Gadis itu cepat-cepat memintas cakap-cakapnya.
Dia hanya mampu menggeleng kepala. Kenakalan gadis itu entah kenapa menghiburkan hatinya.
You know what, wajah Suri ni macam familiar sangat. Macam saya pernah jumpa dulu,” ujarnya sebaik memandang anak gadis itu lebih lama. Sepasang mata yang redup itu entah kenapa seperti pernah dilihatnya sebelum ini.
Suri Imani terkelip-kelip memandang ke arahnya.
“Mungkin kita pernah jumpa, hanya doktor sahaja yang tak ingat,” ujar Suri Imani.
Gilirannya terdiam.
You don’t remember me do you?”
Dahinya semakin berkerut lebar. Hairan sekaligus terasa aneh dengan pertanyaan itu. Malah rasa membuak-buak ingin tahu apakah selama ini Suri Imani mengenalinya?
“Awak kenal saya?” Tanyanya berhati-hati.
Suri Imani mengangguk seraya tersenyum.
“Siapa yang boleh lupakan orang yang pernah selamatkan saya,” ujar si gadis.
Dia terpinga-pinga. Apa maksud gadis itu?
Suri Imani tiba-tiba menyelak helaian rambutnya, lalu menunjukkan parut sepanjang 3.5 cm di atas dahinya, tersembunyi antara celahan anak-anak rambut yang berjuntai.
Dia memandang gadis itu. Terkejut. Serta-merta ingatannya tumpah pada seorang anak gadis yang bertarung nyawa untuk hidup dua tahun yang lalu. Gadis itu dilanggar kereta, dan  koma hampir dua minggu lamanya selepas pembedahan. Ketika itu dia seorang doktor residen di hospital itu. Si gadis bukan pesakitnya, tetapi masa lapangnya banyak dihabiskan untuk gadis itu, bercakap-cakap dengan sekujur tubuh yang lemah longlai tidak sedarkan diri.
Matanya kembali ke arah Suri Imani yang sedang tersenyum. Mula mengulit wajah di hadapannya. Dan saat matanya bersatu dengan sepasang mata milik gadis itu, segala-galanya semakin jelas di fikiran.
“Gadis yang koma tu Suri ya?” Tanyanya hampir tidak percaya.
“Ingat saya sekarang?”
Dia hanya mampu ketawa lalu mengangguk. Aneh bagaimana takdir mempertemukan mereka. Beberapa tahun lalu dia menjadi ‘babysitter’ anak gadis itu, dan kini wajah yang riang gembira muncul di hadapannya. Gadis yang sama yang mempunyai parut kecil di dahinya.
“Gambar dia?” soal suatu suara. Dia tergaman lalu berpaling. Muncul Doktor Syafiq di muka pintu, tercegat memerhatikannya.
Dia lekas-lekas menyimpan gambar lama Suri Imani dan dirinya ketika ia diambil semasa program Bakti Siswa tiga tahun yang lalu.
“Jangan asyik tengok gambar sahaja kawan. Call dia, minta maaf. Semuanya akan selesai. Aku dah pernah jumpa Darlina. Dia bukan gadis yang keras hati. Kau pujuk dia, lambat laun okeylah tu,” ujar Syafiq prihatin.
Farid terdiam tanpa sebarang komen. Dia tahu Syafiq menyangka yang dia sedang merenung gambar Darlina Husna, walhal sebenarnya gambar Suri Imani yang sedang dilihatnya.
“Darlina tak nak jumpa aku, atau bercakap dengan aku. Hatinya dah shut down untuk aku.” Keluh Farid.
“Kalau dia shut down, then kau turn on la balik hati dia. Come on Farid, aku tahu kau cintakan Darlina. Tapi pelik sungguh dengan keadaan kau ni. Aku masih tak faham kenapa adik ipar kau tu buat macam ni. Dia memang ada hati dengan kau sejak bila?” soal Syafiq ingin tahu.
Farid menggeleng. Hatinya tercalar sedikit mendengar pertanyaan Syafiq yang agak terus-terang itu. Itulah pertanyaan yang turut diajukan ayah dan ibunya sendiri tentang hubungannya dengan Suri Imani.
Do you have any feelings for her? Tell me now.”
“No pa, it’s not like that.”
“Then what is going on?”
I don’t know. Please pa, jangan tanya Farid apa-apa lagi. Farid tak tahu apa lagi yang harus Farid jawab. Farid tak ada apa-apa hubungan dengan Suri. Darlina yang Farid cintai, bukannya Suri.”
“Tapi dia mengaku dia sayang kamu. Dan kamu sendiri pernah cerita dengan papa yang kamu kenal Darlina melalui Suri. Takkan selama ini kamu hanya main-mainkan perasaan Suri sahaja.” Tuduh Doktor Maliki.
“Pa, Suri tu pesakit yang Farid pernah jaga. Farid ambil berat fasal dia, tapi itu bukan perasaan cinta.” Dia cuba menyakinkan ayahnya.
Are you sure Farid? Seorang gadis takkan berani bertindak seperti Suri Imani, jika dia yakin dia hanya bertepuk sebelah tangan selama ini.” Doktor Maliki beramaran.
Dia hanya mampu terdiam mendengar kata-kata si ayah itu. Ya Tuhan, apakah selama ini aku telah memberi harapan pada Suri Imani tanpa disedari?


No comments:

DEDALU DI HATI - STOK TERHAD!!

DEDALU DI HATI  - STOK TERHAD!!

PESANAN NOVEL DEDALU DI HATI SEDANG DIBUKA SEKARANG!!!

Harga = RM25.90
Kos Pos = RM7 (pos laju)
Total = RM32.90

Emailkan nama dan butiran diri ke arr_nita@yahoo.com.
Pesanan sehingga stok ke 3 ini kehabisan..

NANTIKAN VENOM SURIA DI PESTA BUKU ANTARABANGSA PWTC MULAI 27 APRIL, TERBITAN BUKU PRIMA (RM25.90)

NANTIKAN VENOM SURIA DI PESTA BUKU ANTARABANGSA  PWTC MULAI 27 APRIL, TERBITAN BUKU PRIMA (RM25.90)
Suria gadis ceria dan periang, namun miliki sejarah hitam dalam kelahiran. Yang membuatkan dia diburu dan dijejaki untuk meleraikan sebuah kisah sumpahan, lalu mempertemukan dia dengan dua lelaki berbeza sifat. Izwan jenis yang dingin dan panas baran. Cakapnya harus dipatuhi atau dia akan meletup! Nazrul sentiasa cool tapi punya rahsia terpendam yang menyiksa jiwa. Seorang lelaki ditakdirkan menjadi penyelamat. Seorang lagi ditakdirkan membunuhnya. Kedua-duanya muncul tak diundang, tetapi meninggalkan kesan mendalam. Lalu bermulalah permainan cat and mouse antara mereka sehingga game over!