Followers

Friday, August 13, 2010

Dedalu Di Hati : Bab 28

“ALIYA MURNI IBRAHIM.” Dia memberitahu seorang lelaki yang berada di meja pertama yang ditemuinya.

“Oh Aliya. Cantiknya nama.” Balas lelaki itu sambil tersenyum. Gadis di hadapannya dipandang dari atas ke bawah. Anak gadis itu sedikit resah. Menyesal rasanya dia tak ikut Kak Rehan naik tadi. Apabila sampai di depan pintu lift, tiba-tiba sahaja dia gugup. Perutnya bergelodak seperti mahu terkeluar isi perut. Cepat-cepat dia mencari tandas. Sebelum itu Kak Rehan sempat berpesan supaya dia melaporkan diri ke bahagian sumber manusia di tingkat 7.

“Adik ni nak apa dik?” Lelaki itu bertanya akhirnya.

“Saya datang nak laporkan diri. Saya baru mula praktikal hari ni.” Beritahu Aliya.

“Oh budak baru ke? Hei Umar, ada ke budak praktikal nak masuk hari ni?” Lelaki itu menjerit pada temannya yang hanya duduk selang tiga meja. Bingit telinga Aliya dibuatnya.

“Entahlah, itu kena tanya Kak Hasnah. Aku tak pasti.” Jawab lelaki bernama Umar itu.

“Beginilah dik, adik nampak tak bilik kat sebelah sana tu? Itu bilik ketua jabatan sumber manusia. Nama dia Hasnah Rahmat. Adik jumpa dia okey.” Suruh lelaki itu sambil menunjuk ke suatu arah.

Tanpa membuang masa, Aliya terus melangkah ke bilik yang dimaksudkan. Pintu di hadapannya diketuk perlahan. Selang beberapa ketika, dia mendengar suatu suara menyuruhnya masuk.

Tanpa membuang masa, Aliya segera menolak daun pintu di hadapannya. Seorang wanita dalam lingkungan 40an sedang sibuk bercakap menggunakan telefon. Namun sebelah tangannya mengisyaratkan supaya Aliya masuk.

Aliya akur dan sabar menunggu sehingga perbualan wanita itu selesai. Sempat juga dia meninjau ruang pejabat yang agak luas itu. Tak banyak hiasan dalam pejabat wanita itu, hanya beberapa buah frame tergantung di dinding. Di sebelahnya terdapat jam dinding berbentuk moden yang jarum panjangnya awal sepuluh minit. Di meja wanita itu hanya ada komputer flat dan timbunan fail-fail yang memenuhi ruang di atas mejanya.

“Yes what can I do for you?” Soal wanita itu selepas menamatkan perbualannya. Bulat matanya memandang Aliya dari atas ke bawah.

“Saya datang untuk lapor diri.” Jawab Aliya teragak-agak.

“Lapor diri? Oh yang nak buat paktikal tu ya?”Mata wanita itu asyik membelek-belek sehelai kertas yang baru dikeluarkan dari failnya.

“Aliya Murni? Tahun akhir major Ekonomi.” Wanita itu membaca isi kandungan kertas di tangannya.

Aliya sekadar menggangguk, mengiyakan nama yang disebut oleh wanita itu.

“Okey, Aliya boleh panggil saya Kak Hasnah. Bangunan ni namanya Wisma Al-Gibran, ibu pejabat Perkasa Budi Enterprise. Ada sebanyak 15 tingkat. Bilik pihak pengurusan tertinggi ada di tingkat 13. Bahagian sumber manusia kat tingkat 7. Jabatan Perakaunan, Marketing, Assessment, Conference Room ada kat tingkat-tingkat sebelah bawah. Nanti akak bagi satu brochurer. Aliya boleh semak sendiri okey.” Ujar wanita itu panjang lebar.

“Baik, terima kasih kak.”

Tiba-tiba terjengul kepala seorang lelaki dari luar ruangan itu. “Kak Hasnah, bos besar mintak maklumat...” Kata-kata itu terhenti sebaik melihat Aliya berada di situ.

“Siapa ni?” Lelaki itu bertanya, entah ditujukan pada siapa. Kak Hasnah hanya tersenyum.

“Encik Ikram, perkenalkan ini pelajar yang nak buat praktikal kat sini, Aliya Murni Ibrahim. Aliya, ini Encik Ikram Mahmud, Pengurus Besar merangkap eksekutif projek kat syarikat ni.” Kak Hasnah memperkenalkan.

“Praktikal? Alamak, saya lupalah Kak Hasnah. Minta maaf ye cik… apa tadi?”

“Aliya.”

“Ya Cik Aliya, saya lupa awak nak masuk hari ni. Jadi dah lapor diri pada Kak Hasnah kan? Kalau sudah, jom kita naik ke bahagian pengurusan.” Pelawa lelaki itu.

Aliya segera mengekori lelaki itu ke tingkat 13. Sempat dia berpapasan dengan Kak Rehan, teman serumahnya di pintu lift. Wanita berusia awal 30an itu tersenyum lebar memandangnya.

“Okey, Aliya masuk dulu dalam pejabat saya. Kejap lagi saya datang.” Arah lelaki itu sambil menunjukkan ke suatu arah. Tanpa banyak soal Aliya segera masuk ke ruang pejabat yang terbuka luas. Sempat dikerlingnya tag nama tertulis Ikram Mahmud, Pengurus Besar di hadapan muka pintu.

“Sorry kerana buat Cik Aliya menunggu. Nak minum apa-apa?” Sapa lelaki itu yang tiba-tiba muncul semula dari suatu arah. Aliya sekadar mengelengkan kepalanya.

“No thanks.”

“Emm saya dengar Cik Aliya pelajar cemerlang di universiti.” Ikram tersenyum memandang gadis itu.

“Taklah cemerlang Encik Ikram. Biasa saja.” Balas Aliya merendah diri.

“Mengapa Cik Aliya pilih syarikat ni untuk buat praktikal? Any reason?” Ikram sudah kembali ke kerusinya.

Alamak panjang pula celoteh lelaki berkumis nipis ni! Gerutu Aliya di dalam hati.

“Ini semua dorongan dari pensyarah saya. Beliau yang galakkan saya untuk ambil latihan industri ni untuk tambahkan pengalaman.” Ujar Aliya berterus-terang.

“Oh begitu. Beginilah Cik Aliya, buat masa ni saya tak nak bagi kerja banyak pada Cik Aliya, cuma saya harapkan Cik Aliya boleh jadi pembantu saya buat sementara. Baru-baru ni saya sibuk dengan projek baru. Pembantu saya Kelly pula tengah sarat mengandung. Boleh Cik Aliya bantu saya?” Pinta Ikram.

Aliya segera mengangguk.

Ikram kemudian memberi briefing padanya tentang tugas-tugas yang akan dipangkunya nanti. Penerangan lelaki itu disulami kelucuan apabila Ikram sering mengatakan sesuatu yang membuatkannya tak kering gusi. Dengan cepat dia menyukai sikap lelaki di hadapannya itu. Ramah tamah dan menyenangkan!

* * * *

“Kau dah jumpa budak baru tu?” Soal Ikram sebaik sahaja melabuhkan diri di hadapan Hazril. Namun Hazril buat endah tak endah sambil asyik menatap dokumen-dokumen di tangannya yang harus disemak.

“Ril, kau dengar tak ni?”

Hazril mengalihkan pandangannya ke arah Ikram. Fail di tangannya diletakkan di atas meja.

“Ada apa-apa masalah ke?”

“Aku tanya kau, kau dah jumpa ke budak yang buat praktikal tu?”

“Belum. Kenapa?”

“Hmm lawa orangnya, padanlah Aidit beria-ria benar syorkan dia masuk ke sini. Aku dah tugaskan dia bantu aku sementara Kelly habis cuti. Lagipun projek Taman Alam tu tak boleh tangguh lagi. Banyak hal nak diuruskan nanti.” Ujar Ikram.

“Kat mana kau tempatkan dia?”

“Buat sementara ni aku letakkan dia kat tingkat bawah sehingga Kelly mula bercuti minggu depan. Kau tak kisah kan?”

“Not at all. Buatlah apa sahaja yang kau fikirkan perlu.”

“Okay then, kalau macam tu aku keluar dulu. Aku masih ada kerja yang nak disiapkan.” Ikram bingkas lalu berjalan keluar. Sampainya di muka pintu, langkah Ikram terhenti sejenak. Tubuhnya dibalikkan menghadap ke arah Hazril.

“Ril?”

“What?”

“Aku hairan kenapa kau tak tanya tentang dia langsung? Bukankah kau kenal dia?”

“That’s why I ask nothing, Ikram.” Hazril tersenyum.

“Right!” Ikram tertawa kecil sebelum berlalu pergi.

Hazril mengeluh kecil. Sebenarnya dia nampak Aliya di bilik Ikram tadi. Gadis itu nampak manis dengan blaus putih bercorak hitam yang dipadankan dengan skirt labuh. Hiasan skaf nipis di leher jinjang gadis itu nampak padan dengan pakaian yang dikenakan. Ringan mulutnya hendak menyapa Aliya sebentar tadi. Tapi bila difikirkan kembali, tiba-tiba dia diserang keraguan. Bimbang gadis itu terkejut melihatnya berada di situ.

No comments:

DEDALU DI HATI - STOK TERHAD!!

DEDALU DI HATI  - STOK TERHAD!!

PESANAN NOVEL DEDALU DI HATI SEDANG DIBUKA SEKARANG!!!

Harga = RM25.90
Kos Pos = RM7 (pos laju)
Total = RM32.90

Emailkan nama dan butiran diri ke arr_nita@yahoo.com.
Pesanan sehingga stok ke 3 ini kehabisan..

NANTIKAN VENOM SURIA DI PESTA BUKU ANTARABANGSA PWTC MULAI 27 APRIL, TERBITAN BUKU PRIMA (RM25.90)

NANTIKAN VENOM SURIA DI PESTA BUKU ANTARABANGSA  PWTC MULAI 27 APRIL, TERBITAN BUKU PRIMA (RM25.90)
Suria gadis ceria dan periang, namun miliki sejarah hitam dalam kelahiran. Yang membuatkan dia diburu dan dijejaki untuk meleraikan sebuah kisah sumpahan, lalu mempertemukan dia dengan dua lelaki berbeza sifat. Izwan jenis yang dingin dan panas baran. Cakapnya harus dipatuhi atau dia akan meletup! Nazrul sentiasa cool tapi punya rahsia terpendam yang menyiksa jiwa. Seorang lelaki ditakdirkan menjadi penyelamat. Seorang lagi ditakdirkan membunuhnya. Kedua-duanya muncul tak diundang, tetapi meninggalkan kesan mendalam. Lalu bermulalah permainan cat and mouse antara mereka sehingga game over!