Followers

Tuesday, December 18, 2018

Spy Hati Dari Chantilly (Bab 4)

Tiga tahun kemudian - Kuala Lumpur…

SUDAH dua hari dia berkurung di apartmen itu. Keluar tidak, makan pun tidak. Bekalan maggi dan spageti di dalam kabinet dapur itu sudah habis dilahap olehnya. Tetapi dia masih belum ada hati untuk keluar menjenguk matahari dan menambah bekalan makanannya yang semakin susut.
Sejak tadi perutnya berkeroncong tak mampu lagi ditahan-tahan. Dengan perasaan malas, dia bangun lalu bersiap-siap. Teringat di selekoh bangunan apartmen  Desa Villa yang ditempatinya, ada sebuah bangunan pasaraya kecil. Manalah tau untung-untung dia boleh keluar membeli roti atau telur untuk dibuat alas perutnya.
Ketika dia keluar dari apartmen 7Dnya, matanya segera terpandang kelibat seorang lelaki sedang sedap-sedap tidur di luar pintu apartmen 6D. Dia tercengang-cengang jadinya. Siapa pulak ni?
Ketika dia mendekati lelaki itu, bau arak begitu kuat menusuk ke hidungnya. Suri Imani cepat-cepat menghindar. Cis! Drunker rupanya. Macamana pihak sekuriti apartmen ni boleh benarkan sesiapa sahaja masuk?
Dia meneruskan langkahnya, tetapi tiba-tiba sesuatu menghentam kepalanya dari belakang.
“Ouch!” Wajah Suri Imani berkerut. Dia menggosok-gosok kepalanya lalu terpandang tin bir itu tergolek di kakinya. Dia berpaling dengan wajah merah padam. Entah kenapa dia cukup pasti tin bir itu kepunyaan lelaki mabuk itu.
Mata lelaki itu terbuka sedikit. Suri Imani tergaman. Tak jadi nak marah sebaliknya kaku melihat sepasang mata itu sedang merenung ke arahnya.
Hey you, datang sini.” Suruh lelaki itu dengan wajah mamai.
Suri Imani tidak berganjak. Hey you? Kau ingat aku nak ikut arahan kau? No way!
“Tak faham bahasa ke? I kata mari sini,” ujar lelaki itu lagi seraya menggamitnya.
Suri Imani menggetap bibirnya. Amboi sedapnya bahasa!
“Kalau awak nak nombor sekuriti, ada kat dinding atas kepala awak tu,” ujar Suri Imani hambar. Enggan melayan lelaki itu lagi.
“I need help. Please?” Pinta lelaki itu separuh merayu.
Suri Imani terdiam. Dia berpaling ke arah lelaki itu.
Tolong macamana?” Dia curiga.
“Tolong bawa I masuk ke dalam and you may leave,” ujar lelaki itu separuh meracau.
Suri Imani mengeluh. Bencinya!
“Saya call sekuriti untuk awak.” Putusnya.
Please?
Dia terdiam. Belum pernah sehayat hidupnya dia membantu manusia mabuk arak seperti lelaki itu. Selalunya dia benci dengan bau arak dan lelaki-lelaki yang kuat berpeleseran dan pulang mabuk-mabuk. Cukup dia pantang!
Dia tunduk ke arah lelaki itu. Matanya mencari-cari sesuatu.
“Mana kad kunci awak?” Tanyanya agak kasar.
Tidak ada suara kedengaran. Mata si lelaki tertutup rapat. Suri Imani tercengang-cengang. Aik? Tidurkah? Dia menjenguk ke wajah lelaki itu. Rambut lelaki itu kusut masai, tetapi wajah di hadapannya itu masih kelihatan menarik. Dia ragu-ragu mahu mencari kunci pada badan lelaki itu. Silap-silap haribulan dikatakan meraba pula. Tapi…ah cubalah!
Dia merenung sebentar tubuh lelaki itu yang masih bersarung kemeja putih. Cuba menelah dan meneka di mana biasanya seorang lelaki menyimpan kunci rumahnya. Dia tidak mahu meraba-raba sebarangan tanpa hala tujuan. Tak kuasa!
Setelah mengagak, jari-jemarinya segera menyeluk poket seluar lelaki itu. Sekejap sahaja dia menemukan kad kunci apartmen 6D. Dia segera membuka pintu apartmen lelaki itu, cuma satu sahaja masalahnya. Tubuhnya kecil, tetapi bagaimana dia mahu mengangkat lelaki itu masuk ke dalam? Aduh! Masalah besar! Bagaimanapun mengenangkan hanya dia seorang berada di situ ketika ini, dia menggagahkan dirinya. Kolar baju lelaki itu ditarik sekuat hati sehingga tubuh itu bergerak. Ada masa-masanya kepala lelaki itu terhantuk pada pintu, tapi dia buat-buat tidak nampak sahaja. Padan muka!
Sebaik lelaki itu berjaya dihumban ke arah sofa di ruang tamu, nafasnya sudah termengah-mengah. Matanya sempat meneliti ruang apartmen lelaki itu yang agak kemas dan bersih. Semuanya rapi dan sedap dipandang, kecuali satu sahaja. Melihat deretan botol-botol arak tersusun di atas kaunter dapur, nafasnya mendesah tidak keruan. Wajah lelaki yang sedang tertidur pulas itu sekali lagi diperhatikan. Melayukah dia? Kalau melayu, kenapa jauh sangat lelaki itu terpesong?
Melihat ruang apartmen yang nampak mewah itu, dia menggagak lelaki itu bukan sebarangan orang. Pasti berjawatan tinggi atau bergaji besar. Sayang seribu kali sayang. Lelaki itu cukup segala-galanya, tapi kenapa masih tersesat arah?
Ah! Suri Imani! Kau sibuk-sibuk fasal lelaki itu, bagaimana dengan diri sendiri? Bukankah kau juga sedang tersesat arah? Jika tidak masakan kau bersembunyi senyap-senyap di sini! Dia mengeluh panjang, teringatkan masalah diri sendiri yang belum selesai-selesai.
Perutnya berkeroncong lagi. Dia segera mengusap perut. Baru teringat tujuan dia keluar dari apartmennya sebentar tadi. Tapi tiba-tiba sahaja dia terasa malas mahu keluar. Bagaimana kalau dia tengok-tengok apa yang dalam peti ais lelaki itu. Manalah tau ada sedikit makanan yang boleh dimakan sementara dia menunggu esok hari.
Peti ais sebesar almari itu dibuka. Tak ada apa-apa di dalam kecuali buah-buahan dan minuman sejuk. Ada beberapa tin bir di dalamnya seperti yang dijangka. Suri Imani mengeluh panjang. Kalau ada Pizza Hut pun best, boleh juga dia panaskan. Dari peti sejuk, dia beralih pula ke arah kabinet dapur. Melihat isi di dalamnya, matanya bersinar-sinar kekaguman. Not bad! Ada makanan dalam tin, ada kacang panggang, tuna, biskut dan macam-macam lagi.
Dia mengigit bibir seraya tersenyum. Tak salah kan kalau dia mengambil sedikit makanan-makanan lelaki itu. Esok bila lelaki itu sedar dari pengsannya, dia akan memberitahu lelaki itu atau kalau perlu membayar harga makanan yang disentuhinya.  Yes! Misi selesai!


No comments:

DEDALU DI HATI - STOK TERHAD!!

DEDALU DI HATI  - STOK TERHAD!!

PESANAN NOVEL DEDALU DI HATI SEDANG DIBUKA SEKARANG!!!

Harga = RM25.90
Kos Pos = RM7 (pos laju)
Total = RM32.90

Emailkan nama dan butiran diri ke arr_nita@yahoo.com.
Pesanan sehingga stok ke 3 ini kehabisan..

NANTIKAN VENOM SURIA DI PESTA BUKU ANTARABANGSA PWTC MULAI 27 APRIL, TERBITAN BUKU PRIMA (RM25.90)

NANTIKAN VENOM SURIA DI PESTA BUKU ANTARABANGSA  PWTC MULAI 27 APRIL, TERBITAN BUKU PRIMA (RM25.90)
Suria gadis ceria dan periang, namun miliki sejarah hitam dalam kelahiran. Yang membuatkan dia diburu dan dijejaki untuk meleraikan sebuah kisah sumpahan, lalu mempertemukan dia dengan dua lelaki berbeza sifat. Izwan jenis yang dingin dan panas baran. Cakapnya harus dipatuhi atau dia akan meletup! Nazrul sentiasa cool tapi punya rahsia terpendam yang menyiksa jiwa. Seorang lelaki ditakdirkan menjadi penyelamat. Seorang lagi ditakdirkan membunuhnya. Kedua-duanya muncul tak diundang, tetapi meninggalkan kesan mendalam. Lalu bermulalah permainan cat and mouse antara mereka sehingga game over!