Followers

Saturday, July 12, 2014

Cinta Bukan Larangan (SC) : Bab 16


DIAZ melangkah masuk, diiringi pembantu rumah yang hampir separuh abad usianya. Dia sempat meninjau-ninjau keadaan rumah itu yang nampak kemas dan menarik dengan latarbelakang warna putih dan kelabu yang senada.

            “Encik tunggu sekejap. Puan masih ada tetamu di dalam,” beritahu wanita itu. Diaz hanya mengangguk tanpa banyak soal. Dia duduk di atas sofa yang tersedia, sambil mencapai beberapa majalah ekonomi yang tersusun kemas di atas meja kopi di situ.

            Sesekali matanya melirik ke arah sebuah potret sederhana besar yang tergantung di dinding ruang tamu. Wajah lelaki yang menghiasi potret itu diperhatikan dengan penuh minat. Orangnya tampak segak sekali.

            “Makcik, boleh saya tahu gambar siapa yang tergantung kat dinding tu?” Soal Diaz pada pembantu rumah yang belum jauh menghilang.

            Oh, itu gambar suami puan.” Balas wanita itu.

            “Suami Puan Alma?”

            Wanita itu sekadar mengangguk. “Tapi suami puan sudah lama meninggal dunia.”

Diaz mengangguk. Dia sudah tahu butiran akhir itu sejak awal-awal lagi.

            “Diaz, bila you sampai?” Azira tiba-tiba muncul entah dari mana.

Diaz yang terkejut melihat kehadiran gadis itu, terpinga-pinga tidak mengerti.

            “You buat apa kat sini?” Tanyanya ingin tahu.

            “Hai takkan cepat sangat you lupa. I kan pembantu peribadi Puan Alma. Biasalah kalau you selalu nampak I kat sini.” Jawab gadis itu ketawa kecil.

            Diaz tertawa mendengar jawapan yang diberi gadis itu. Sebelum sempat dia mahu membuka mulut, pintu di hadapannya tiba-tiba dikuak dari dalam. Alma Katherine muncul bersama dua orang lelaki berpakaian segak dan kemas.

            “I harap you dapat kesan dia sampai dapat.” Ujar Alma Katherine pada salah seorang lelaki bercermin mata bulat.

            You jangan bimbang, I yakin kita akan dapat berita baik dalam dua minggu ini. Jika benar maklumat-maklumat yang you bagi itu, tentu tak ada masalah untuk kita mengesannya.” Ujar lelaki itu.

            “Terima kasih banyak-banyak Zam,” ujar Alma Katherine seraya menghantar tetamu-tetamunya ke muka pintu. Sempat dikerlingnya Diaz dan Azira yang tercegat memandang ke arahnya.

            Siapa tetamu tu?” Bisik Diaz pada Azira.

            “Itu Encik Zamri dan Encik Julian dari Zamri & Co. Mereka peguam syarikat kita,” jelas Azira.

            “Kenapa mereka ke mari?”

            “Entahlah, yang tu I tak pasti pulak. Tapi menurut Puan Alma, dia mahu menjejaki seseorang. Sudah hampir sebulan dia berurusan dengan pihak Zamri & Co.” Balas Azira lagi.

Diaz tidak berkata apa-apa lagi apabila dilihatnya Alma Katherine sedang menuju ke arah mereka.

            Dah lama sampai?” Soal Alma Katherine ditujukan pada Diaz.

            “Baru saja puan. Err.. kenapa puan panggil I ke mari?”

            “I nak ajak you makan malam bersama I dengan Zira. Sambil makan kita berbual-bual, lagipun I nak tahu lebih banyak tentang partner baru I.” Alma Katherine tersenyum tenang. Dia sempat melirik Azira dari hujung matanya.

            “Puan Alma, I rasa kita dah bincangkan tentang hal ini sejak awal-awal lagi. I rasa I masih belum layak untuk position tu.” Dalih Diaz mula digigit resah.

            Alma Katherine ketawa kecil.

“Siapa kata? Bagi I, you calon yang paling layak Diaz. You pun berpengalaman lima tahun dalam bidang ini.” Ujarnya lagi. Azira sekadar mengangguk tanda setuju. Dia sudah lama maklum tentang hasrat Alma Katherine untuk melantik Diaz sebagai salah seorang peneraju dalam Bumi Emas Holdings.

            “I harap you tak menolak Diaz, I dah siapkan semua dokumen-dokumen yang berkaitan. I bercadang nak umumkan perlantikan you sebagai Ketua Arkitek Pembangunan dan Rekabentuk dalam satu majlis yang akan diadakan tak lama lagi. Dan you akan bertanggungjawab sepenuhnya dalam Projek Techno City. I juga berniat nak jadikan you salah seorang pemegang saham Bumi Emas.” Ujar Alma Katherine, membayangkan hasrat hatinya.

Diaz terdiam. Tidak menyangka, harapan wanita itu terhadapnya benar-benar serius. Aduh! Apa yang patut dikatakannya lagi?

“Nanti apa kata orang lain kalau I dapat jawatan ni dengan mudah.” Keluh Diaz.

“Soal itu you jangan risau Diaz. Puan Alma bercadang nak ambil you jadi anak angkatnya.” Sampuk Azira pula.

Diaz terkedu. Anak angkat? Dia melemparkan pandangan ke arah Alma Katherine. Wanita itu mengangguk seraya tersenyum tenang.

            “Sebenarnya sebelum you datang lagi, I ada bercakap dengan ahli lembaga pengarah fasal you Diaz. I cakap you anak angkat I. Mereka semua tahu hal ini. Maaf kalau keputusan ni I buat tanpa bertanya pada you terlebih dahulu. Tapi you harus tahu I tak ada anak selama ini. I harus jaga kepentingan Bumi Emas untuk tempoh masa yang lama. Selama ini I tak pernah percayakan orang lain selain Azira. Tapi bila you muncul, sanggup bahayakan diri you untuk perempuan tua ini, mulai saat itu I yakin you akan jadi calon paling layak untuk menggantikan I. You dan Azira adalah orang yang I harap-harapkan untuk menerajui Bumi Emas pada masa akan datang.” Ujar Alma Katherine panjang lebar.

            Diaz terdiam. Begitu rupanya! Namun apapun alasan Alma Katherine, hatinya masih berat untuk menerima amanat yang cukup besar ini.

*  *  *  *

“KENAPA you macam berat hati nak terima pelawaan Puan Alma tu? Kalau I, dah lama I rembat peluang yang datang bergolek di depan mata,” ujar Azira pada Diaz, ketika mereka bersiar-siar menghirup udara malam di kawasan banglo dua tingkat itu.

Diaz tidak menjawab. Wajahnya masih rungsing.

Apabila bertemu kerusi rehat di kawasan taman, mereka singgah duduk melepaskan penat di situ. Azira merenung wajah Diaz penuh teliti. Dari hari ke sehari, hatinya semakin terpaut pada Diaz. Lelaki itu baginya penuh misteri tetapi ada karisma tersendiri membuatkan dia tidak mampu melupakan lelaki itu sejak pertemuan mereka di Colorado beberapa bulan yang lalu.

Entah sejak bila, dia mula menyukai lelaki itu. Meskipun bibirnya tidak pernah mengucapkannya, namun saban waktu wajah Diaz yang dahulu dicari di Bumi Emas. Jika dahulu, dia hadir ke Bumi Emas dengan perasaan kosong. Namun sejak Diaz mula hadir, dia sentiasa ternanti-nanti mahu bertemu semula lelaki itu di Bumi Emas.

“Zira, I tolong Puan Alma bukan semata-mata untuk dapatkan jawatan Ketua Arkitek tu. Nanti kalau I terima, apa pula kata ahli lembaga pengarah yang lain.”

            “Kalau itu yang you bimbangkan, you tak perlu risau Diaz. Puan Alma tahu apa yang buruk dan baik untuk syarikat. Lagipun jawatan tu dah lama kosong sejak kematian Encik Razak. Kami semua maklum dengan keputusan Puan Alma, takkan you tak nak beri muka langsung pada dia.” Balas Azira.

            “Takkan Puan Alma tu tak ada calon lain yang lebih layak selain I?”

            Azira terdiam. “You kan tahu Diaz,  Puan Alma tu dah tak ada siapa-siapa lagi di sini. Ada anak pun, hilang entah ke mana.” Keluh Azira sambil menggelengkan kepalanya.

            Anak? I tak tahu pun Puan Alma ada anak.” Diaz tercengang. Dia menyangka Alma Katherine memang tidak memiliki anak dengan arwah suaminya. Tapi dia tidak tahu langsung soal kehilangan anak wanita itu. Inilah kali pertama dia mendengar kisah ini.

            “Entahlah Diaz, I tak tahu sangat soal tu. Tapi menurut Puan Alma, anaknya hilang 15 tahun yang lalu. Sampai sekarang, Puan Alma tak tahu apa jadi pada anaknya tu. Tak lama selepas itu, suaminya Encik Iqbal pula terlibat dalam kemalangan jalan raya.” Cerita Azira ringkas.

            Diaz terdiam mendengar penjelasan Azira. Serta-merta simpatinya tumpah pada wanita itu. Selebihnya dia rasa kagum dengan ketabahan wanita bernama Alma Katherine itu. Sudahlah anak hilang entah ke mana, suami pula meninggal dunia.        Tapi ceria di wajah Alma Katherine tidak sedikit pun mengambarkan wanita itu pernah kehilangan orang-orang tersayang dalam hidupnya. Sebaliknya yang berdiri di hadapannya ketika itu, adalah wanita yang berjaya mengharungi hidup dalam dunia korporat yang serba mencabar.

No comments:

DEDALU DI HATI - STOK TERHAD!!

DEDALU DI HATI  - STOK TERHAD!!

PESANAN NOVEL DEDALU DI HATI SEDANG DIBUKA SEKARANG!!!

Harga = RM25.90
Kos Pos = RM7 (pos laju)
Total = RM32.90

Emailkan nama dan butiran diri ke arr_nita@yahoo.com.
Pesanan sehingga stok ke 3 ini kehabisan..

NANTIKAN VENOM SURIA DI PESTA BUKU ANTARABANGSA PWTC MULAI 27 APRIL, TERBITAN BUKU PRIMA (RM25.90)

NANTIKAN VENOM SURIA DI PESTA BUKU ANTARABANGSA  PWTC MULAI 27 APRIL, TERBITAN BUKU PRIMA (RM25.90)
Suria gadis ceria dan periang, namun miliki sejarah hitam dalam kelahiran. Yang membuatkan dia diburu dan dijejaki untuk meleraikan sebuah kisah sumpahan, lalu mempertemukan dia dengan dua lelaki berbeza sifat. Izwan jenis yang dingin dan panas baran. Cakapnya harus dipatuhi atau dia akan meletup! Nazrul sentiasa cool tapi punya rahsia terpendam yang menyiksa jiwa. Seorang lelaki ditakdirkan menjadi penyelamat. Seorang lagi ditakdirkan membunuhnya. Kedua-duanya muncul tak diundang, tetapi meninggalkan kesan mendalam. Lalu bermulalah permainan cat and mouse antara mereka sehingga game over!