Followers

Wednesday, March 9, 2011

Sayangku Casper 44

            SUASANA di lapangan terbang antarabangsa Kuala Lumpur begitu sesak dipenuhi ribuan manusia yang sedang menunggu giliran penerbangan masing-masing. Tidak terkecuali Rafique yang sedang menanti pembantu-pembantu ayahnya mendaftar penerbangan mereka.
            Mereka akan menaiki penerbangan MH20 ke Paris tepat jam 11.35 malam ini. Dia melirik permukaan jam tangannya. Masih ada masa lebih kurang dua jam lagi. Sesekali dia menoleh ke arah ayahnya Tengku Adrian yang sedang berbual-bual menggunakan telefon bimbitnya. Sejurus matanya beralih arah. Memandang secara curi-curi seorang wanita yang sedang tunduk diam di samping ayahnya di bilik rehat VVIP yang sedang mereka tempati ketika ini.
            Tiba-tiba wanita itu berpaling. Rafique tersentak. Dia tidak sempat melarikan anak matanya, tatkala matanya bersabung pandang dengan sepasang mata milik Helena. Helena cuba tersenyum, namun Rafique bertindak melarikan anak matanya. Dia tidak ingin menatap kelibat wanita anggun itu. Wanita yang sudah sah menjadi isteri ayahnya. Dan dia akan menjadi lelaki paling berdosa jika terus merenung wajah yang pernah menjadi ratu di hatinya suatu ketika dahulu.
            Helena yang duduk di samping Tengku Adrian tergaman melihat Rafique memalingkan wajah. Lantas dia tunduk kembali. Sebak dan sedih dengan layanan dingin Rafique terhadapnya.
            Damn it! This is ridiculous. Why haven’t you told me before?” Bentak Tengku Adrian tiba-tiba. Setiap pasang mata yang berada di bilik rehat itu segera tertumpu ke wajah lelaki itu yang merah padam. Menyedari kata-katanya menjadi perhatian, Tengku Adrian mendengus kasar lalu bangkit dari kerusi yang didudukinya. Dia segera keluar lalu menghilangkan diri dari pintu ruangan tersebut.
            Suasana bilik itu mulai sepi. Dua individu yang ditinggalkan di situ tidak ubah seperti dua patung yang saling berhadapan, tapi tidak mampu melontarkan bicara. Helena perlahan-lahan berpaling ke arah Rafique. Seperti tadi, lelaki itu tidak mahu memandang wajahnya.
            “Rafique…” panggil Helena. Mencuba!
            Rafique tidak menunjukkan sebarang riak emosi. Helena mengeluh panjang.
            “I tahu you masih marahkan I, Rafique. Tapi dah dua tahun kita tak bercakap.” Ujar Helena memulakan bicara.
            Rafique tetap berdiam diri.
            “I sayangkan you Rafique. I do really care about you.” Luah Helena sebak.
            Rafique tersenyum sinis. Sayang? Apa ertinya kata-kata itu lagi sekarang ini? Sedangkan wanita itu langsung tidak memahami perasaannya. Bull shit!
            “Jangan sebut perkataan sayang tu kalau you tak tahu maksudnya Helena. I tak mahu dengar perkataan mengarut you tu. You yang pilih jalan itu, takkan you tak ingat.” Sindir Rafique halus.
            “Kita masih boleh jadi macam dulu Rafique. Kita masih boleh berkawan.” Pujuk Helena masih belum berputus asa.
            In your dream. I tak berminat nak berkawan dengan wanita yang mengkhianati I, lagi-lagi yang menjadi ibu tiri I. Sorry.. excuse me.” Rafique bingkas bangun lalu berjalan keluar dari bilik itu.
            Helena terpaku. Kolam airmatanya mula bertakung. Kata-kata Rafique menyengat perasaan. Dia semakin terluka dengan sikap dan perlakuan lelaki itu padanya. Malah lukanya bertambah dua kali ganda berbanding dengan layanan Tengku Adrian padanya. Tuhan! Akukah yang salah kerana memilih untuk mengahwini Adrian dan mengabaikan hati Rafique dulu?
*  *  *  *
            Rafique berjalan pantas di ruang legar kawasan lapangan terbang itu tanpa arah tujuan. Jari-jemarinya dikepal-kepal sekuat hati. Bibirnya diketap geram. Marahnya berladung. Dari dia meletupkan lahar yang sudah lama mendap di dasar hati, lebih baik dia segera angkat kaki dari terus berhadapan dengan Helena.
            Kehadiran wanita itu hanya melukakan hatinya. Dia benar-benar tidak menyangka, mereka akan sama-sama pulang ke Paris dengan penerbangan yang sama malam ini.
            Kenapa dengan kau ni Rafique? Kenapa kau selalu dikalahkan oleh perasaan? Kutuk hati kecilnya. Dia benar-benar menyesali kelemahannya ketika berhadapan dengan Helena. Sepatutnya semua ini tidak harus dibiarkan berlaku. Emosinya seharusnya dikawal rapi agar wanita itu tahu dia baik-baik sahaja, walaupun dirinya dikhianati.
            Rafique menarik nafas. Dirinya cuba bertenang sedaya upaya. Air! Aku perlu minum supaya lebih tenang, bisik hati kecilnya. Matanya mencari-cari sesuatu. Mesin minuman yang terletak di suatu sudut menarik perhatiannya. Dia segera membawa kakinya ke situ. Namun sesusuk tubuh tiba-tiba melintas di hadapannya. Langkah Rafique segera terhenti. Matanya meneliti susuk tubuh di hadapannya yang sedang menyorong sebuah beg troli. Macam kenal! Desis hati Rafique.
            Sedar tak sedar dia sudah mengekori kelibat gadis di hadapannya. Apabila gadis itu berhenti di hadapan mesin minuman yang dilihatnya sebentar tadi, dia turut berhenti. Dari jarak sejauh 100 ela, dia melihat gadis itu terkiai-kiai mencari syiling untuk digunakan. Apabila wajah itu bepaling sedikit ke arahnya, mata Rafique segera terbuka luas. Tia?
            “Tia!” Jerit Rafique tanpa disedari.
            Gadis itu menoleh. Melihat kelibat Rafique, mata si gadis juga terbeliak.
            “Rafique!” Muncul pula satu suara dari arah belakang. Rafique berpaling. Melihat kelibat ayahnya sedang menghampirinya, dia terkedu.
            “Rafique, kamu kena balik seorang diri ke Paris malam ni. Daddy masih ada urusan di sini.” Ujar Tengku Adrian.
            “Urusan apa?”
            “Sejak bila kamu suka ambil tahu urusan daddy, Rafique?” Tengku Adrian tersenyum penuh makna.
            Rafique menarik nafas panjang. Dia mengerti lelaki itu menyindirnya. Rutin Tengku Adrian yang tidak pernah berubah!
            Sepeninggalan lelaki itu, Rafique cepat-cepat berpaling. Namun kelibat Tia sudah tidak kelihatan. Dia tercengang. Mana pulak dia pergi? Takkan aku mimpi kut! Mustahil! Dia yakin dia benar-benar melihat gadis itu sebentar tadi! Rafique bermonolog sendiri di dalam hati.

No comments:

DEDALU DI HATI - STOK TERHAD!!

DEDALU DI HATI  - STOK TERHAD!!

PESANAN NOVEL DEDALU DI HATI SEDANG DIBUKA SEKARANG!!!

Harga = RM25.90
Kos Pos = RM7 (pos laju)
Total = RM32.90

Emailkan nama dan butiran diri ke arr_nita@yahoo.com.
Pesanan sehingga stok ke 3 ini kehabisan..

NANTIKAN VENOM SURIA DI PESTA BUKU ANTARABANGSA PWTC MULAI 27 APRIL, TERBITAN BUKU PRIMA (RM25.90)

NANTIKAN VENOM SURIA DI PESTA BUKU ANTARABANGSA  PWTC MULAI 27 APRIL, TERBITAN BUKU PRIMA (RM25.90)
Suria gadis ceria dan periang, namun miliki sejarah hitam dalam kelahiran. Yang membuatkan dia diburu dan dijejaki untuk meleraikan sebuah kisah sumpahan, lalu mempertemukan dia dengan dua lelaki berbeza sifat. Izwan jenis yang dingin dan panas baran. Cakapnya harus dipatuhi atau dia akan meletup! Nazrul sentiasa cool tapi punya rahsia terpendam yang menyiksa jiwa. Seorang lelaki ditakdirkan menjadi penyelamat. Seorang lagi ditakdirkan membunuhnya. Kedua-duanya muncul tak diundang, tetapi meninggalkan kesan mendalam. Lalu bermulalah permainan cat and mouse antara mereka sehingga game over!