MARSEILA asyik mendongak ke atas,
memerhatikan bangunan di atas kepalanya yang menempatkan apartmen adiknya. Dia
sebenarnya malas mahu menjenguk adiknya, tapi kali ini terpaksa. Desakan si
ayah benar-benar melemaskan dirinya.
Apartmen yang Nadim duduki sejak dua tahun yang lalu
memang jarang-jarang dijenguknya. Selalunya kalau dia menelefon mahu datang
bertandang, Nadim akan memberi usul agar mereka bertemu di luar. Dia jarang
benar dapat melihat tempat tinggal adiknya itu. Ada sahaja alasan Nadim untuk tidak
membenarkannya masuk. Entah ada berlian agaknya di rumah tu, Marseila membuat
kesimpulan sendiri. Jangan ada perempuan sudahlah! Takut juga dia jika apa yang
kadangkala berlegar di fikirannya menjadi kenya taan. Tapi dia percaya, Nadim
bukan lelaki begitu. Adiknya itu walaupun bukan kategori oran g yang kuat beragama, tapi dia percaya
Nadim tidak akan melakukan perkara-perkara yang tidak senonoh di apartmen
peninggalan arwah ibu mereka.
Apartmen Nadim terletak di tingkat tiga di atas bangunan tujuh
tingkat tersebut. Sudah beberapa kali dia membunyikan loceng pintu, tapi tidak
ada sesiapa yang membuka pintu untuknya. Dahi Marseila berkerut sedikit. Ada ke
tidak si Nadim ni di rumah?
Tangannya terus menekan-nekan loceng pintu. Dia menanti
dengan sabar. Tapi setelah sepuluh minit tercegat seperti orang bodoh, Marseila
mengeluh panjang. Dengan segera dia menyeluk saku seluar lalu mengeluarkan segugus
anak kunci. Mujurlah dia memiliki kunci pendua apartmen tersebut. Tanpa
perasaan bersalah kerana menganggu privasi orang lain, dia segera memasukkan
anak kunci pada lubang kunci di pintu tersebut.
Namun belum sempat dia mahu memulas kunci tersebut, pintu
tiba-tiba ditolak dari dalam. Marseila tergaman. Terkelip-kelip matanya
memerhatikan wajah Nadim di sebalik pintu. Serabai sahaja adiknya kali ini.
Tidur barangkali!
Melihat Nadim merenungnya
dengan wajah serius, hendak tak hendak, dia terpaksa menayang gugus kunci yang
berada di tangannya smabil tersenyum.
* *
* *
PASPORT, visa dan
dokumen-dokumen berkaitan diletakkan di hadapan anak muda itu. Nadim hanya
memandangnya tanpa sebarang reaksi. Wajah itu selamba sahaja. Sebaliknya kopi
yang panas berasap di hadapannya yang dicapai dahulu. Lelaki itu menghirupnya
dengan tenang. Sebaliknya dia pula yang merasa serba-salah.
“Nadim, kakak harap sangat kali ini Nadim jangan membantah. Ikut sahaja
kata ayah. Ayah dah siapkan semuanya untuk Nadim. In fact, ini untuk masa depan Nadim.” Pujuk Marseila cuba
berlembut.
“Masa depan Nadim atau masa
depan ayah?” Soal lelaki itu seraya merenung wajah Marseila.
“Tentulah semua ini untuk
masa depan Nadim. Ayah tahu apa yang terbaik untuk kita.” Pujuk Marseila.
“Hidup Nadim bukan untuk
ayah tentukan kak.” Jawab Nadim.
Marseila terdiam. Dia mencapai
cawan kopinya lalu dihirup beberapa kali. Dia benar-benar perlukan kekuatan
untuk berhadapan dengan adiknya yang keras kepala itu.
“Nadim, kenapa degil sangat
ni?” Keluh Marseila.
“Patutlah ayah suruh Nadim
singgah di pejabat dia tempohari. Rupa-rupanya ini yang dia nak bincangkan. Tak
sabar-sabar dia nak suruh Nadim pergi dari sini kan ?” Nadim tersenyum tenang.
“Nadim ada ke pejabat ayah?
Bila?” Giliran Marseila pula yang tercengang.
Nadim ketawa kecil. Memang
dia ada menerima pesanan dari Rossie setiausaha ayahnya agar dia menemui lelaki
itu di pejabatnya. Tapi belum sempat dia mahu bertemu ayahnya, berlaku pula
kekecohan yang menyebabkan dia bertukar fikiran. Seharusnya dia berterima kasih
pada gadis itu kerana membuatkan dia menukar fikirannya di saat-saat akhir.
Jika tidak, pasti dia akan dihidangkan dengan perkara yang sama yang diutarakan
Marseila kepadanya hari ini.
Mujurlah ramai staf-staf
ayahnya tidak mengenalinya sebagai anak kepada Tuan Aaziz Ibrahim. Jika tidak,
pasti sukar untuknya melepaskan dirinya ketika itu.
“Nadim..” panggil Marseila.
Anak mata Nadim beredar ke
wajah kakaknya. Terkelip-kelip mata gadis itu memandangnya.
“Kenapa macam ni Nadim? Selepas mama
meninggal, Nadim dah tak macam dulu lagi. Dan kematian Naomi, buat Nadim makin
jauh dari kami. Mana Nadim yang kakak kenal dulu?”Keluh Marseila rungsing.
Nadim terdiam. Bicara Marseila
menusuk ke jiwa. Dia tahu semua orang tertanya-tanya tentang perubahan dirinya.
Tapi tidak ada seorang pun yang tahu kenapa dia jadi begini.
“Kakak baliklah. Beritahu
ayah, bukan semua benda di dunia ini mampu dikawalnya.” Dia bingkas bangun.
“Nadim..” Marseila menegah.
Memegang lengan adiknya.
“Kalau tak ada apa-apa, Nadim balik dulu kak.”
Ujar Nadim perlahan-lahan melepaskan pegangan kakaknya. Dia berlalu pergi
meninggalkan Marseila yang masih berteleku di meja itu sambil termenung
panjang.
Marseila melemparkan
pandangan kosong ke arah Nadim yang sudah melangkah pergi. Sebaik kelibat anak
muda itu menghilang di muka pintu restoran, dia hanya mampu mengeluh. Tak
tercapai juga misinya mahu memujuk anak muda itu! Ayah pun satu. Kalau nak
pujuk, pujuklah sendiri. Ini tak..aku yang tak ada skill memujuk ini juga yang harus ambil peranan. Rungut Marseila
seraya menggeleng-gelengkan kepalanya.
Nadim berhenti selang
beberapa jarak dari titik pertemuannya dengan kakaknya Marseila. Kepalanya
ditoleh ke belakang. Ada
gusar bermain di jiwa. Pertanyaan Marseila tadi seakan mengigit sukmanya.
“Selepas mama meninggal,
Nadim dah tak macam dulu lagi. Dan kematian Naomi, buat Nadim makin jauh dari
kami. Mana Nadim yang kakak kenal dulu?”
Nadim yang kakak kenal dulu
sudah mati! Jiwanya sudah lama hancur kak! Jadi jangan ditanya ke mana Nadim
Ammar yang dahulu! Bisik Nadim seraya meneruskan langkah yang tergendala
sebentar tadi. Wajah Naomi terbayang-bayang di ruang mata!
* *
* *
KETIKA dia singgah di rumah
itu, pintu hadapan sudah terbuka luas. Dia masuk tanpa berfikir panjang dan melihat
Naomi sudah mengemas bagasi-bagasinya.
“You buat apa ni?” Tanyanya bingung.
Gadis berambut keperang-perangan itu menoleh tapi hanya
sebentar. Kehadirannya seolah-olah tidak dipedulikan gadis itu memaksa dia
mendekati Naomi lebih rapat. Melihat ke arah barang-barang berselerak yang
sedang dimuatkan gadis itu ke dalam sebuah beg besar, dia semakin risau.
“Naomi, apa
makna semua ni?” Suaranya sedikit
meninggi.
Naomi berhenti mengemas. Gadis itu duduk di atas sebuah
sofa sambil memandang ke arahnya.
“I dapat call dari
CDG (Cave Diving Group) di UK
pagi tadi. Mereka jemput I sertai mereka. Mereka nak buat ujian kelayakan di Bahamas
hujung bulan ini.” Ujar Naomi merujuk kepada kumpulan penyelam dari UK
yang diktiraf dunia itu.
“Dan you nak pergi macam tu aje?” Dia merenung Naomi.
“I suka dengan laut Nadim. In fact this is my life. I rasa dengan semua masalah yang kita
hadapi sejak akhir-akhir ini, ini peluang terbaik kita untuk mencari apa
sebenarnya yang kita mahu. I tak mahu dituduh ayah you jadi penghalang diri you
untuk berjaya.” Ujar Naomi berterus terang.
“Ayah I tak ada hak ke atas kita.”
“Itu kata you. Tapi bagi dia, you satu-satunya anak
lelaki dia. I dah bosan dipersalahkan semua orang kerana you. Cakap dia betul.
I tak sepatutnya halang hidup you.”
“Wait..you ada
jumpa ayah I? Bila?”
Naomi terdiam sejenak. Wajah yang merah padam di
hadapannya direnung dengan perasaan serba salah.
“I jumpa dia kelmarin.” Ujar Naomi berterus-terang.
“Apa dia cakap Naomi?”
“Nadim.. dia..”
“Beritahu I, apa yang ayah I mahu dengan you?’ Suaranya
semakin keras. Berang dengan apa yang diketahuinya.
“Dia bagitahu I yang you sepatutnya pergi ke New York . Katanya sebab
I, you masih terperap di tempat ini. Sebab I juga, you akan korbankan masa
depan you.”
“I lakukan semua ini sebab I sayangkan you. I love you so much.”
“And I do love you
sayang. Tapi ini bukan caranya kita menyintai antara satu sama lain. Kita
bebas buat apa sahaja yang kita suka tanpa memikirkan oran g lain. Kita tak peduli pada yang lain
kecuali melakukan apa yang kita suka. Tapi itu I, sayang. This is not you. I kenal Nadim Ammar. Dia lelaki yang bijak, caring dan penuh perhatian. Believe me, I was so in love with that man.
Tapi semakin lama you begini, I hanya akan jadi penghalang untuk masa depan
you. I fikir you harus pergi ke New
York lanjutkan pelajaran.” Putus Naomi.
“Don’t do this to
me Naomi. Please.. New York
bukan satu-satunya benda penting dalam hidup I. You lebih penting.” Rayunya.
Gadis itu bingkas bangun lalu menghampirinya. Sepasang
mata Naomi yang basah menatap sayu ke arahnya.
“I dah buat keputusan. I nak pergi ke Bahamas . I akan dapatkan kelayakan
CDG tu dan you mesti sambung pengajian you di New York . Mungkin beberapa tahun dari
sekarang, kita akan bertemu semula dan waktu itu, kita akan buat keputusan
samaada mahu meneruskan hubungan ini ataupun tidak.” Ujar Naomi.
Dan gadis itu nekad mahu meninggalkannya. Dia pula akur
dengan pergi ke New York
seperti yang dimahukan ayahnya. Namun hidup di rantau orang tidak pernah
memberi ketenangan lantaran dia sudah kehilangan Naomi dan kehilangan hidupnya.
Dari jauh, khabar Naomi masih diikuti dan didahului. Khabar dari jauh meniup
berita di telinganya tentang Naomi yang kini menjadi salah seorang ahli
penyelam profesional dengan Cave Diving Group. Kadangkala gadis itu mengikuti
operasi bersama pihak penyelamat menyelamatkan mangsa-mangsa bencana yang
berkait dengan air.
Dua tahun bersama CDG, Naomi kemudiannya dihantar ke
Teluk Hope membantu mangsa kapal karam. Naomi sempat menghubunginya, sekadar
memberitahu tentang ekspedisinya ke Teluk Hope. Tapi malang tidak berbau. Dia menerima berita
buruk itu ketika sedang bermain piano di sebuah kelab. Dunia seolah-olah runtuh
saat itu. Jiwanya bergelodak dengan kepiluan yang terus merantai jiwa. Dia
terseksa, hatinya rawan dalam semangat yang kian pudar. Dan kematian Naomi
diletakkan di atas pundak ayahnya. Dia kehilangan Naomi kerana lelaki itu.
Kerana ayahnya sendiri!
“Kenapa ayah? Kenapa ayah nak pisahkan Nadim dan Naomi?”
“Dia bukan berasal dari rumpun budaya kita. Malah dia
seorang ateis. Ayah tak mahu bakal menantu ayah seorang ateis yang tidak
percayakan agama.” Ujar ayahnya.
Dia terdiam mendengar hujah ayahnya. Kata-kata lelaki itu
memang benar. Naomi seorang ateis. Lahir dari rahim seorang ibu berbangsa Cina
dan seorang lelaki Inggeris dari UK . Sejak kecil, Naomi bersendirian
setelah kedua ibu bapanya bercerai.
“Kenapa you tak percayakan tuhan?” Dia pernah
memberanikan diri bertanya kepada gadis itu.
“Entahlah. Mungkin sejak kecil I tak pernah kenal siapa
itu tuhan.” Jawab Naomi mudah.
“Tapi you percaya yang tuhan itu ada bukan?” Sekali lagi
dia menguji.
Naomi memandangnya seraya tersenyum. “I akan percaya apa
sahaja yang you percaya Nadim.” Jawab Naomi.
Dia terdiam. Tubuhnya disandarkan ke dada kerusi, seraya
merenung wajah Naomi yang sedang menjamah aiskrim di kafeteria ketika itu.
“I tak boleh paksa you terima apa yang I percaya. I nak
you sendiri yakin dengan tuhan. Hidup kita mesti ada pegangan Naomi. Dan
pegangan itu haruslah bersandarkan tuhan. Kerana ALLAH!” Dia berhujah sekadar
meletakkan sedikit asas di hati Naomi yang kontang ketika itu.
Naomi terdiam mendengar kata-katanya. Kerut di wajah
gadis itu seperti memikirkan sesuatu. Dia tahu Naomi ingin bertanyakan sesuatu,
tapi entah kenapa gadis itu tidak pernah meluahkannya. Sehinggalah ke saat-saat
akhir dia cuba mendekati
Naomi, cuba
mendekatkan gadis itu dengan ajaran Islam meskipun dia bukan orang paling layak
untuk mendidik gadis itu. Adakala apabila masuk bulan Ramadhan, Naomi akan
turut berpuasa. Meskipun dia tahu gadis itu hanya menurut apa yang
dilakukannya, tapi Naomi seperti berminat dengan Islam.
Tapi hubungannya dengan Naomi ditentang ayahnya Tuan
Aaziz Ibrahim. Lelaki itu tidak suka dia berhubungan dengan Naomi, sebaliknya
dia diperkenalkan dengan anak gadis teman lama ayahnya Emilia yang sentiasa cuba
mendekatinya.
Ke mana-mana sahaja dia
pergi, Emilia akan mengekorinya, menyelit di sampingnya meskipun Naomi ada
bersama ketika itu. Lama kelamaan hubungannya dengan Naomi jadi renggang kerana
Emilia. Banyak kali mereka bergaduh kerana soal yang remeh-temeh. Mungkin ini
juga sebabnya kenapa Naomi seakan putus asa dan tega meninggalkannya begitu
sahaja.
Semua ini salahnya! Mungkin kalau dia bertegas melarang
Naomi ke UK
dahulu, tentu gadis itu masih hidup. Masih bernafas dan tersenyum memandangnya.
Naomi, semoga kebaikan hatimu dan keluhuran dirimu diterima ALLAH di sisinya.
Nadim menarik nafas panjang. Hanya itu yang mampu didoakannya terhadap insan
yang berada di hatinya sejak sekian lama.
1 comment:
seronok baca cite ni,
saya suka,
jln cerita yg menarik.
jgn lupa next n3 ye cik anita aruszi.
tahniah n wish U gud luck.
Post a Comment