Followers

Wednesday, July 9, 2014

Cinta Bukan Larangan (SC) : Bab 12


HARIL tergaman sebaik melihat Dina Azura tiba-tiba muncul di rumah sewanya petang itu.
            “Dina, apa kau buat kat sini?“ Tanya Haril tergagap-gagap.
            “Mana kau pergi? Dari semalam aku cuba hubungi kau tapi asyik tak dapat. Risau aku dibuatnya.” Rungut Dina Azura seraya melangkah masuk.
Haril terkedu melihat Dina Azura terus masuk tanpa diundang. Hish perempuan ni, kena tangkap basah nanti baru tahu! Dia menjeling ke arah bilik Diaz. Sudahkah Dina Azura tahu tentang kepulangan Diaz?
            Semalam aku outsation kat JB, ini pun baru 10 minit aku sampai rumah. Kenapa kau call aku, ada hal mustahak ke?” Soal Haril agak bimbang.
            Dina Azura berpaling ke arah Haril. Wajah lelaki itu direnung tajam, membuatkan Haril tidak senang duduk dibuatnya. Pulak dah! Mampus aku!
            Ril, beritahu aku hal sebenar. Kau tahu yang Diaz dah balik ke mari kan?” Tanya Dina Azura. Airmukanya serius!
Haril terdiam. Benarlah telahannya, Dina Azura sudah tahu.
Haril melangkah ke arah sofa sebelum duduk. Pening kepalanya memikirkan alasan apa yang perlu diberi pada gadis itu. Patutkah dia memberitahu Dina Azura segala-galanya?
            Haril, aku tahu kau dan Diaz teman baik. Kalau kau tahu tentang Diaz, tolong beritahu aku di mana dia tinggal. Aku perlu cari dia segera.” Rayu Dina Azura.
            Mata Haril membulat mendengar kata-kata Dina Azura. Dia tercengang-cengang menatap anak gadis.
“Kenapa kau nak cari Diaz?”
            Dina Azura melepaskan keluhan panjang. “Ayah. Ayah aku dah tahu fasal Diaz. Dia tahu yang Diaz ada kat Malaysia sekarang ni.” Beritahu Dina Azura seraya menarik nafas berat.
Haril kaget mendengar kata-kata gadis itu. Dia menjeling sekali lagi ke arah bilik di belakangnya. Dia sendiri tidak pasti, apakah Diaz sudah pulang atau belum. Sejak dia pulang tadi, dia terus bergegas ke biliknya untuk menunaikan solat sebelum menerima kunjungan Dina Azura.
            Aku kena cari dia Haril. Kau kenal ayah aku kan? Dia mampu lakukan apa saja yang dia mahu. Malah dia mampu cari Diaz, walau kat mana sekalipun dia cuba menyorok. Haril please... kalau kau jumpa abang aku, tell him about this. Please…” Rayu Dina Azura perlahan.
            Haril segera mengangguk. “Kau jangan risau. Kalau aku jumpa dengan Diaz, aku akan beritahu dia. Aku janji.” Balas Haril cuba menenangkan gadis itu.
            Thanks Haril, kalau macam tu aku minta diri dulu. Lagipun tak elok aku lama-lama kat sini.” Dina Azura segera beredar ke muka pintu.
            “Dina,” panggil Haril sebelum anak gadis itu menghilang.
Dina Azura berpaling. Merenung seketika ke arah Haril yang sedang tersenyum ke arahnya.
            “Kau datang ke sini mencari Diaz, semata-mata kerana hal ini sahaja ke? Aku sangka kau dan Diaz…..” kata-kata Haril terhenti begitu sahaja. Dia rasa serba-salah mahu meneruskan kata-katanya, bimbang hati Dina Azura akan terusik.
            “Haril, dia abang aku dan aku sayangkan dia walau apa pun yang berlaku. Lagipun selain aku, dia lebih tahu bagaimana orangnya ayah aku tu. Aku tak nak Diaz dapat susah nanti.“ Ujar Dina Azura sebelum melangkah pergi.
Haril terkedu mendangar kata-kata Dina Azura. Dia mengeluh kesal. Apabila dia berpaling, dilihatnya Diaz sudah pun berdiri di hadapan pintu biliknya.
            Kau dah dengar semuanya?” Tanya Haril.
            Diaz tidak menjawab. Dia menuju ke arah sofa sebelum melabuhkan dirinya. Remote control di atas meja dicapai sebelum dia mencari-cari saluran untuk ditonton.
            “Diaz, kau dengar tak apa aku cakap ni?” Suara Haril mulai meninggi, apabila melihat reaksi Diaz yang acuh tak acuh sahaja. Dengan pantas, remote control di tangan lelaki itu dirampas sebelum dia menutup televisyen tersebut.
Diaz tercengang. Tajam matanya merenung ke arah Haril.
            “Apa masalah kau ni Ril?” Getus Diaz, sedikit bengang.
            Masalah aku ialah kau. Kau dah tahu Dina datang, kenapa tak keluar dari bilik tu? Kenapa tak nak jumpa dia? Kau tahu tak yang dia benar-benar risaukan kau?”
            “Dia datang sebab nak beritahu fasal ayah aku. Dan aku dah dengar semuanya.”
            “Jadi itu saja yang kau tahu? Itu saja yang kau faham?” Hati Haril semakin membengkak. Panas hatinya tidak pernah surut setiap kali berhadapan dengan Diaz.
            “Sejak bila kau tahu membebel macam mak nenek ni Haril?”
            Haril mengeluh. Lain yang ditanya, lain pula jawabnya. Dia tidak tahu apakah Diaz sebodoh itu atau sengaja berpura-pura tidak faham dengan kata-katanya sebentar tadi.
            Diaz, aku rasa dah tiba masanya kau balik ke rumah kau.“ Putus Haril akhirnya.
            “Kau tak suka aku tinggal kat sini?”
            “Kau tahu itu bukan maksud aku Diaz. Tapi keadaan sekarang tak memihak pada kau. Sebelum ayah kau tahu kau ada kat sini, baik kau balik.” Sambung Haril lagi.
            Diaz terdiam. Dia tahu Haril tidak berniat mahu menghalaunya. Lelaki itu cuma terlalu takut pada ayahnya. Tapi walau bagaimana sekalipun, dia tetap nekad tidak mahu pulang ke rumahnya. Apatah lagi rumah itu menyimpan terlalu banyak kenangan lama yang ingin dilupakannya. Dia tidak sanggup lagi kembali ke rumah itu. Tidak!

No comments:

DEDALU DI HATI - STOK TERHAD!!

DEDALU DI HATI  - STOK TERHAD!!

PESANAN NOVEL DEDALU DI HATI SEDANG DIBUKA SEKARANG!!!

Harga = RM25.90
Kos Pos = RM7 (pos laju)
Total = RM32.90

Emailkan nama dan butiran diri ke arr_nita@yahoo.com.
Pesanan sehingga stok ke 3 ini kehabisan..

NANTIKAN VENOM SURIA DI PESTA BUKU ANTARABANGSA PWTC MULAI 27 APRIL, TERBITAN BUKU PRIMA (RM25.90)

NANTIKAN VENOM SURIA DI PESTA BUKU ANTARABANGSA  PWTC MULAI 27 APRIL, TERBITAN BUKU PRIMA (RM25.90)
Suria gadis ceria dan periang, namun miliki sejarah hitam dalam kelahiran. Yang membuatkan dia diburu dan dijejaki untuk meleraikan sebuah kisah sumpahan, lalu mempertemukan dia dengan dua lelaki berbeza sifat. Izwan jenis yang dingin dan panas baran. Cakapnya harus dipatuhi atau dia akan meletup! Nazrul sentiasa cool tapi punya rahsia terpendam yang menyiksa jiwa. Seorang lelaki ditakdirkan menjadi penyelamat. Seorang lagi ditakdirkan membunuhnya. Kedua-duanya muncul tak diundang, tetapi meninggalkan kesan mendalam. Lalu bermulalah permainan cat and mouse antara mereka sehingga game over!