Followers

Saturday, November 13, 2010

Sayangku Casper : Bab 32

Tia benar-benar serba tidak kena dibuatnya. Gaun yang dipakainya terasa menyumbat-yumbat saluran pernafasannya. Selama ini dia mana biasa memakai gaun. Pakaian rutinnya hanyalah t-shirt dan jeans. Sesekali dia berbaju kurung tapi tidak pernah dia buang tabiat untuk memakai gaun seperti hari ini.

Tapi entah apa malang nasibnya hari ini, Halijah membawa sekotak hadiah untuknya pagi tadi. Apabila dia membuka kotak tersebut, gaun berwarna merah muda itu sudah tersimpan di dalamnya.

“Pakai gaun tu. Kejap lagi ikut aku keluar.” Ujar Halijah tanpa menjelaskan maksudnya dengan lebih mendalam.

“Kita nak ke mana makcik? Dan kenapa Tia nak kena pakai gaun ni?”

Halijah tidak jadi beredar. Sebaliknya wanita itu mencerlung tajam ke arahnya. Wajah itu masam mencuka.

“Kamu kalau tak soal aku banyak-banyak boleh tak? Jangan banyak songeh, buat aje apa yang aku suruh.” Herdik wanita itu lalu beredar meninggalkan Tia dalam keadaan terpinga-pinga. Hendak tak hendak dia terpaksa menurut kata-kata Halijah. Kalau tidak diturut, yang sakitnya nanti dia juga.

Mengingatkan kuliahnya hari ini, dia mulai risau. Wanita seperti Halijah bukan peduli samaada dia ada kelas atau tidak, asalkan hajat hatinya dipenuhi. Dia juga jadi bingung kenapa Halijah mahu membawanya keluar dengan berpakaian seperti ini? Ke mana sebenarnya hala tujuan mereka? Hendak ke parti ke? Tapi parti apa ke bendanya tengahari begini? Biasanya orang berparti pada malam hari!

Ketika Pak Amid menurunkan mereka di hadapan sebuah restoran mewah tengahari itu, perasaan hairan Tia semakin membuak-buak. Namun hendak bertanya, dia tidak berani. Bimbang wanita itu akan menempelaknya. Haru biru dia nanti!

“Hah yang tercengang-cengang tu apasal? Mari ikut aku masuk ke dalam. Ada orang nak jumpa kamu di dalam.” Suara keras Halijah mengejutkannya.

“Ada orang nak jumpa Tia? Siapa makcik? Ayah ke?” Entah kenapa saat itu dia benar-benar mengharapkan wanita itu menjawab ya pada pertanyaannya.

“Ayah kamu tu sibuk mengalahkan menteri. Tak ada maknanya dia nak buang masa dia balik ke sini semata-mata nak jumpa kamu. Kamu ingat kamu tu penting sangat ke di hati dia?” Jerkah Halijah.

Tia terdiam. Bicara Halijah mengores perasaannya. Namun dia cuba berlagak selamba dengan melemparkan senyuman. Dia tahu Halijah sengaja mahu memprovoknya agar memandang serong pada ayahnya sendiri. Tidak! Tia percaya ayah takkan lupakan Tia. Tia percaya yang Tia tetap penting di hati ayah! Bisik hati kecilnya.

“Dah! Jangan nak buang masa aku. Mari masuk ke dalam. Dah lama Datin Amra tu tunggu kamu.” Bentak Halijah lalu menyeret Tia dengan kasar masuk ke dalam bangunan restoran. Tia yang tergaman tidak mampu berbuat apa-apa. Namun mendengar nama Datin Amra meniti dari bibir ibu tirinya, dia mula merasakan ada sesuatu yang tidak kena.

Dari jauh Datin Amra yang menyedari kehadiran mereka, segera melambai-lambaikan tangannya. Mata Tia turut terpandang kelibat Saiful, anak Datin Amra yang pernah ditemuinya tempohari.

“Ingat Tia. Jaga kelakuan kamu tu baik-baik. Datin Amra tu ada hajat besar. Kalau kamu malukan aku dengan ayah kamu, siap kamu bila balik nanti.” Halijah sempat memberi amaran di telinganya.

Tia terkedu. Hajat besar? Hajat apa tu? Dia kembali memandang ke arah Datin Amra dua beranak yang tersengih-sengih memandangnya. Melihat renungan Saiful anak Datin Amra, Tia jadi semakin tidak tenang. Apakah maksud Halijah ada kaitan dengan lelaki itu?

1 comment:

aqilah said...

semakin menarik................bila nak diterbitkan novel ni???????

DEDALU DI HATI - STOK TERHAD!!

DEDALU DI HATI  - STOK TERHAD!!

PESANAN NOVEL DEDALU DI HATI SEDANG DIBUKA SEKARANG!!!

Harga = RM25.90
Kos Pos = RM7 (pos laju)
Total = RM32.90

Emailkan nama dan butiran diri ke arr_nita@yahoo.com.
Pesanan sehingga stok ke 3 ini kehabisan..

NANTIKAN VENOM SURIA DI PESTA BUKU ANTARABANGSA PWTC MULAI 27 APRIL, TERBITAN BUKU PRIMA (RM25.90)

NANTIKAN VENOM SURIA DI PESTA BUKU ANTARABANGSA  PWTC MULAI 27 APRIL, TERBITAN BUKU PRIMA (RM25.90)
Suria gadis ceria dan periang, namun miliki sejarah hitam dalam kelahiran. Yang membuatkan dia diburu dan dijejaki untuk meleraikan sebuah kisah sumpahan, lalu mempertemukan dia dengan dua lelaki berbeza sifat. Izwan jenis yang dingin dan panas baran. Cakapnya harus dipatuhi atau dia akan meletup! Nazrul sentiasa cool tapi punya rahsia terpendam yang menyiksa jiwa. Seorang lelaki ditakdirkan menjadi penyelamat. Seorang lagi ditakdirkan membunuhnya. Kedua-duanya muncul tak diundang, tetapi meninggalkan kesan mendalam. Lalu bermulalah permainan cat and mouse antara mereka sehingga game over!