Followers

Friday, August 21, 2009

Bunga Syurga 10

Natasya asyik menjeling Riffki yang sedang memesan makanan. Apabila lelaki itu mendongakkan wajahnya, Natasya tergelak kecil. Riffki dilihatnya terpinga-pinga tidak mengerti.
“Why? Kenapa you ketawa?” Riffki sekadar tersenyum. Lekuk di pipinya jelas kelihatan membuatkan Natasya terpegun seketika.
“Nothing, saja suka tengok you.”
Riffki merenung Natasya dalam-dalam. Matanya sangaja dijegilkan. Gadis itu membalas renungan Riffki dengan berani. Akhirnya mereka sama-sama tergelak besar. Lucu dengan sikap masing-masing.
“Jadi bila you nak adakan pameran tu? Hari tu I pergi studio you, nampak pekerja-pekerja you tengah buat renovation.” Ujar Natasya.
“Bukan pekerja I. I upah Krafria Galeria uruskan.” Balas Riffki selamba.
“Krafria Galeria? Syarikat apa tu?” Natasya mengerutkan dahinya.
“Entahlah, Daniel yang syorkan masa I jumpa dia tempohari. I tak kisah sangat, lagipun pameran tu bukan buat kat tempat lain, kat studio I jugak. They just make an arrangement, that’s all.”
“You know sayang, you should call me. I boleh tolong you. Kalau tak cukup peruntukan, father I boleh tolong.”
Riffki hanya tertawa.
“Baru-baru ni father I ada tanya fasal you tau. Kenapa you tak kerja dengan father I je? Lagipun dah lama you tutup studio tu.”
“Cik Tasya, I tolak kerja dengan ayah I, lepas tu you nak suruh I kerja dengan father you pulak? You nak suruh orang tua tu mengamuk sakan?”
Natasya tertawa. “Eleh I tahu you sebenarnya takutkan father you,” usiknya.
“Hold on second dear, ini bukan soal takut. Ini soal hormat. Takut dan hormat adalah dua perkara berbeza. I hormatkan dia, that’s all.”
“Whatever la. So, boleh I pergi rumah you malam ni?” Pinta Natasya manja.
Riffki tersenyum. Setuju tidak menolak pun tidak. Bukan dia yang memaksa, gadis itu yang datang sendiri.
“Boleh?”
“Tasya, you ingat lagi apa I cakap pada you dulu?” Mata Riffki mengarah tepat ke wajahnya. Natasya terdiam. Dia memandang Riffki, menunggu lelaki itu meneruskan kata-kata.
“Dulu kan I ada cakap, jangan sesekali you jatuh cinta dengan I sebab I takkan bagi komitmen pada you. Hubungan kita seharusnya bebas tanpa rasa cinta. You dah lupa?”
Natasya membisu. Dia masih ingat lelaki itu pernah berkata begitu. Mulanya memang dia tidak kisah. Lagipun dia sendiri suka pada kebebasan. Baginya waktu itu Riffki seorang yang mudah diajak berbicara dan berfikiran terbuka. Walaupun mereka sering keluar bersama, namun masing-masing tidak kisah jika ada pihak ketiga di antara mereka. Pada saat awalnya, segalanya berjalan lancar. Namun lama kelamaan, Natasya dapat merasakan dirinya dihimpit rasa cemburu melihat Riffki didampingi gadis lain.
Malah sewaktu bertembung dengan Riffki, dia cuba membuatkan Riffki cemburu dengan gelagat manjanya mencium pipi seorang lelaki yang baru dikenali. Tapi hasilnya dia yang sakit hati melihat Riffki hanya tersenyum sebelum berlalu pergi bersama seorang perempuan.
“Riff, kenapa you tak boleh cintakan I macam you cintakan Laila? Susah sangat ke? I sanggup serahkan segala-galanya untuk you.”
“Ada I minta you buat macam tu? Ada I paksa you?” Suara Riffki lembut.
Natasya terdiam lagi. Memanglah lelaki itu tidak pernah memaksa. Segala-gala yang dilakukannya adalah kerana rela, demi cintanya pada lelaki itu. Tapi sejak mengenali Riffki, dia tahu hatinya sudah jatuh cinta. Hanya Riffki yang dia cintai.
“Tasya, kita dah setuju hubungan kita takkan lebih atas dasar persefahaman antara kita. Kalau you dah mula mencintai I, baik kita jangan bertemu lagi.” Putus Riffki akhirnya.
“Riff, sampai hati you cakap macam tu. Baiklah, demi you, kita lupakan saja apa yang kita cakap tadi. Let’s our friendship begin with the understanding. Deal?” Natasya memandang Riffki. Lelaki itu tidak membalas. Matanya masih merenung ke arah Natasya yang kelihatan serba-salah. Dia tersenyum. Perlahan-lahan tangannya dihulurkan ke arah Natasya.
“Deal,” bisiknya membuatkan Natasya tersenyum lega. Seboleh-bolehnya dia tidak mahu hubungannya dengan Riffki berakhir begitu saja. Meskipun dia tidak mampu membuatkan Riffki mencintainya seperti lelaki itu menyayangi Nurlaila, namun dia sudah berazam untuk mencuba dan terus mencuba, menakluk sekeping hati yang tandus itu. Tanpa disedari, gerak geri Riffki diperhatikan sepasang mata yang berada tidak jauh dari situ.
* * * *
“Namanya Riffki Aidan, anak bongsu Dato’ Amiruddin Bakri. He was a professional photographer.” Ujar lelaki itu.
Matanya memandang tepat pada gambar-gambar yang telah diambil oleh pembantunya. Bebola matanya seakan tidak mahu lari dari menatap wajah lelaki dalam gambar itu. Riffki Aidan? Benar-benar mirip dengan seseorang yang pernah dikenalinya dulu.
“Who was his mother of birth?”
“Ratna Suri Tjers Suh, seorang wanita berketurunan campuran Indonesia dan Belanda.” Ujar lelaki itu.
Dia memejamkan matanya sebaik mendengar nama itu. Ratna Suri! Bagai bergelodak semula perasaannya selama berpuluh tahun selepas mendengar nama itu.
“Zainal, you may go now. And thanks for the information.”
Lelaki berkot kemas itu tunduk hormat sebelum melangkah keluar. Meninggalkan dia sendirian dengan kenangan yang tak pernah pudar selama berpuluh tahun.
“Amir, kau tolong aku..please…?” Dia merayu berkali-kali. Amiruddin tergelak besar. Hairan melihat teman yang selama ini berkeyakinan berdebat di khalayak ramai, akhirnya kalah di tangan seorang perempuan.
“Kau suka dia, kaulah yang cakap sendiri. Apahal aku pulak?”
“Tapi kau yang kerap bercakap dengan dia. Aku…aku seganlah,” dia menggaru kepala yang tidak gatal. Amiruddin hanya mampu menggelengkan kepalanya. Dia memandang gadis yang dimaksudkan. Orangnya cantik, berkulit kuning langsat tapi pemalu.
Mengenangkan dirinya yang sudah mabuk kepayang, Amiruddin akhirnya mengaturkan pertemuan antara mereka. Pertemuan itu berjaya membuahkan bibit-bibit cinta. Saban malam dia membawa Ratna bersiar-siar di tasik kecil di belakang universiti. Kadang-kala dia akan membawa gadis itu menaiki kereta kuda bersiar-siar di kawasan bandar. Indahnya saat-saat itu tak ubah seperti cinta yang terpapar dalam filem-filem romantis.
“Hazmin, mak dan ayah aku suruh aku balik ke Malaysia semasa cuti semester ni. Aku mungkin tak dapat ikut kau pergi ke Europe.” Amiruddin mengkhabarkan berita itu suatu petang.
“Kenapa?”
Wajah Amiruddin muram. “Mereka suruh aku kahwin dengan anak kawan ayah aku. Bussiness marriage.”
“What? Hei ini zaman apa ni, main kahwin-kahwin paksa?” Dia hampir tergelak mendengarnya. Amiruddin hanya diam.
Dia dan Ratna mengiringi pemergian Amiruddin di lapangan terbang. Sebaik temannya itu memasuki balai berlepas, dia berpaling menatap wajah Ratna. Ada air jernih mengalir di cerun pipi gadis itu. Mata gadis itu begitu asyik mengintai langkah Amiruddin. Hatinya tiba-tiba gementar. Entah kenapa, airmata Ratna seolah-olah memberitahunya bahawa lelaki yang dicintai Ratna sebenarnya bukan dirinya.
Namun kerana cinta, dia menutup matanya terhadap kesedihan Ratna. Tidak peduli pada riak muram di wajah Ratna. Apa yang difikirkannya hanya dirinya sendiri. Bukan dia tidak sedar, Ratna bagaikan ingin memberitahunya sesuatu. Hanya dia yang enggan mendengar. Apabila Amiruddin kembali, dia memberitahu Amiruddin rancangannya.
“Amir, aku nak kahwin dengan Ratna.” Putusnya
“Apa? Kau serius?”
Dia menggangguk.
“Aku nak melamar dia. Aku perlukan pertolongan kau…”
“Hazmin, kau tak rasa diri kau terlalu terburu-buru? Macamana ayah dan ibu kau kat kampung?”
“Aku akan beritahu mereka kemudian, tapi kau harus tolong aku.”
Dilihatnya Amiruddin tidak bersuara lagi. Dia tahu pasti temannya itu tidak mungkin bersetuju dengan rancangannya. Tapi hati mudanya mendesak. Dia harus melakukan sesuatu agar Ratna tidak terlepas ke pangkuan orang lain. Dia hampir gila memikirkan bagaimana Ratna memandang Amiruddin dengan mata yang bersinar. Amiruddin juga dilihatnya kian berubah. Lebih kerap termenung sendirian.
Akhirnya Ratna berjaya dikahwininya. Dia berjaya memiliki Ratna, namun hatinya sentiasa tidak senang. Fikirannya sentiasa mencurigai Ratna apatah lagi rumah sewa mereka hanya berada di tingkat atas bersebelahan dengan bilik Amiruddin. Dia tahu, dia pastinya sudah gila kerana memikirkan perkara yang bukan-bukan. Tapi hatinya terlalu kuat mencemburui Ratna dan Amiruddin ketika itu. Telahannya ternyata tepat.
Suatu malam sewaktu dia baru balik dari library, dia mendengar suara Ratna di dalam bilik Amiruddin. Hatinya bergelodak dan dia tidak mampu menahan darah muda yang membakar. Pintu bilik Amirudin ditendang. Dia terlihat Ratna sedang berpelukan dengan Amiruddin sambil menangis.
Amiruddin yang terkejut melihatnya kelihatan serba-salah.
“Min, this is not the way your think. Aku dan Ratna…..” Belum sempat lelaki itu mahu bersuara, dia sudah meluru ke arah Amiruddin. Kedua-duanya jatuh berguling. Sebuah penumbuk tepat singgah di muka Amiruddin menyebabkan badan lelaki itu tercampak ke dinding.
“Abang, stop it. Please…dengar cakap Ratna,” Ratna cuba menghalang. Dia yang kemarahan merenung wajah isterinya. Tanpa sedar tapak tangannya sudah bermata di pipi gebu Ratna. Gadis itu terhumban dek kerana tamparan yang agak kuat.
“Hazmin, kau dah gila ke?” Jerit Amiruddin.
“Ya, aku memang dah gila. Aku gila kerana kamu berdua.” Airmatanya menitis perlahan-lahan Dia mengetapkan bibirnya. Terasa sakit. Tapi sakit lagi hatinya. Isteri dan sahabat baiknya curang di belakangnya. Dadanya terasa panas membahang. Dia memandang Ratna yang menangis.
“This is what you want isn’ it? Then, I will divorce you.”
Ratna terpaku. Amirudin juga tergaman. Kata-kata yang terhambur keluar dari bibirnya adalah pemutus. Sebelum dia jadi gila, biarlah dia selesaikan segala-galanya malam itu juga. Dan malam itu juga dia angkat kain bajunya lalu menumpang tidur di rumah salah seorang kenalannya. Fikirannya saat itu buntu bercampur baran.
Dia menyandarkan tubuhnya di dada kerusi. Kepalanya dipejamkan. Kenangan! Aku hidup bersandarkan kenangan yang dipenuhi kepahitan. Setiap kenangan yang aku himpun, hanyalah jejak-jejak kesakitan yang mendera perasaan ini sampai ke hari ini. Mir, kedudukan kita hampir sama untuk melayakkan aku menyaingi kau. Dulu mungkin aku tidak mampu, sekarang adalah masanya Amir!

No comments:

DEDALU DI HATI - STOK TERHAD!!

DEDALU DI HATI  - STOK TERHAD!!

PESANAN NOVEL DEDALU DI HATI SEDANG DIBUKA SEKARANG!!!

Harga = RM25.90
Kos Pos = RM7 (pos laju)
Total = RM32.90

Emailkan nama dan butiran diri ke arr_nita@yahoo.com.
Pesanan sehingga stok ke 3 ini kehabisan..

NANTIKAN VENOM SURIA DI PESTA BUKU ANTARABANGSA PWTC MULAI 27 APRIL, TERBITAN BUKU PRIMA (RM25.90)

NANTIKAN VENOM SURIA DI PESTA BUKU ANTARABANGSA  PWTC MULAI 27 APRIL, TERBITAN BUKU PRIMA (RM25.90)
Suria gadis ceria dan periang, namun miliki sejarah hitam dalam kelahiran. Yang membuatkan dia diburu dan dijejaki untuk meleraikan sebuah kisah sumpahan, lalu mempertemukan dia dengan dua lelaki berbeza sifat. Izwan jenis yang dingin dan panas baran. Cakapnya harus dipatuhi atau dia akan meletup! Nazrul sentiasa cool tapi punya rahsia terpendam yang menyiksa jiwa. Seorang lelaki ditakdirkan menjadi penyelamat. Seorang lagi ditakdirkan membunuhnya. Kedua-duanya muncul tak diundang, tetapi meninggalkan kesan mendalam. Lalu bermulalah permainan cat and mouse antara mereka sehingga game over!