Followers

Sunday, March 13, 2011

Sayangku Casper : Bab 45

            TIA mengurut dadanya perlahan-lahan. Lega kerana berjaya melesapkan dirinya dari pandangan Rafique. Dia benar-benar risau bertembung lelaki itu sebentar tadi. Seboleh-bolehnya dia tidak mahu ada orang lain tahu tentang pemergiannya malam ini. Segala-galanya mesti dirahsiakan agar Halijah tidak dapat menghidunya.
            Rafique pun satu! Kenapalah lelaki itu selalu muncul secara tiba-tiba di hadapannya? Macam dah tak ada muka lain lagi dah! Time aku darurat, time ini juga dia muncul. Padahal tempohari mereka sudah saling mengucapkan selamat tinggal. Konon-kononnya!
            Dia mengeluh kecil. Hajat hati mahu mencari minuman tin untuk menghilangkan hausnya tidak kesampaian. Sebaliknya dia merungut kerana kehadiran Rafique yang merosakkan niatnya. Kerek punya lelaki!
            Jerone pun satu. Entah mana lelaki itu menghilangkan diri sejak tadi? Kata tadi nak temankan aku kat sini, rungut Tia. Dia menarik troli begnya yang agak berat. Kalau Jerone tidak ada, terpaksalah dia check in dahulu tanpa kehadiran lelaki itu. Matanya memandang ke arah pergelangan tangannya. Masa dah sampai!
            Selesai menguruskan begnya, Tia menyimpan boarding pass itu baik-baik di dalam saku jaketnya. Wajahnya berkerut. Tak disangkanya dia akan duduk di kabin first class. Begitulah yang diberitahu oleh pegawai MAS yang menguruskan tiketnya. Dia mengeluh kecil! Terasa hampa kerana tidak dapat duduk di kelas ekonomi seperti yang diharapkannya. Dengan cara itu dia boleh melihat pelbagai ragam manusia.
            Di tempat duduk kelas pertama, dia hanya akan menemui wajah-wajah bosan yang diam tidak berkutik. Kebanyakan penumpang yang menaiki kabin kelas pertama akan menghabiskan sepanjang perjalanan dengan membaca dan bermain laptop, sedangkan dia lebih suka mendengar perbualan orang-orang di sekelilingnya. Tapi apa nak buat, terima ajelah! Keluh Tia seraya tersengih.
            Sedang dia leka termenung, satu tepukan singgah di bahunya. Tia menoleh serta-merta. Melihat Jerone di belakangnya, dia tercengang. Anak muda itu kelihatan termengah-mengah bagaikan baru berlari 100 meter.
            “Kau ke mana tadi? Puas aku cari. Aku ingatkan kau dah balik.” Ujar Tia.
            “Aku kan dah cakap suruh tunggu aku. Yang kau tinggalkan tempat tadi tu kenapa? Puas aku cari kau seluruh bangunan ni.” Rungut Jerone sambil menarik nafas panjang. Penat meredah kawasan itu untuk mencari Tia segera surut sebaik dia memandang gadis itu.
            “Sebenarnya aku keluar sebab nak cari benda ni tadi.” Satu bungkusan sederhana besar diserahkan pada gadis itu.
            Tia memandang bungkusan yang sudah beralih ke tangannya. Wajah Jerone dicari. Anak muda itu tersengih-sengih menatap wajahnya.
            “Apa ni?” Tanya Tia hairan. Jangan bom sudahlah!
            “Bukalah tengok.” Suruh Jerone.
            Tanpa bertangguh, Tia akur. Bungkusan yang berbalut kemas itu dirabik dengan perasaan tidak sabar. Apabila dia melihat isi di dalam bungkusan itu, wajahnya segera berubah. Alamak! Dia segera melontarkan pandangan ke arah Jerone yang kelihatan ceria menanti reaksinya.
            So? Do you like it?” Tanya Jerone dengan wajah teruja.
            Dictionary? Dalam banyak-banyak benda yang kau boleh bagi aku, kau cuma bagi aku kamus English-France ni?” Tia menggaru kepala.
            “Kamus ni berguna apa untuk kau sepanjang kau kat sana nanti. Lagipun kau kena ingat sikit, penduduk Perancis bukan seperti penduduk-penduduk Eropah yang lain. Mereka tidak mengagung-agungkan bahasa Inggeris. Sebanyak 86 peratus penduduk France berbahasa ibunda mereka. Dua peratus menggunakan dialek Germanic dan dua peratus lagi berbahasa Arabic. Selebihnya lebih suka berbahasa Italian, Spanish dan Portugis. Tentu sukar kau nak berkomunikasi dengan mereka di sana tanpa kamus aku ni.” Ujar Jerone panjang lebar.
            Tia mengeluh panjang. Jerone, kalaulah kau tahu…saat ini aku lebih suka kalau kau hadiahkan aku setin air buat penghilang haus aku ni!
            “Kenapa dengan muka kau tu? Poyo semacam aje aku tengok.” Tegur Jerone lantas mengerutkan dahinya.
            “Tak. Takde poyo pun. Aku sedih ni.”
            “Sedih sebab apa?”
            “Sebab dah nak berangkat tak lama lagi.” Keluhnya.
            “Ala emo pulak kau ni Tia. Don’t worry, Australia dengan France tu dekat je. Nanti aku datang lawat.” Jerone tersenyum.
            Tia terkedu. Dekat? Hui patutlah budak Jerone ni fail geografi masa SPM dulu. Dalam bijak dia ada juga yang bangang! Gasak kau lah Jerone, asal bahagia! Sekarang giliran aku pula mahu mencari kebahagiaan aku sendiri!
            Tia melirik ke arah jam tangannya. Sudah sampai waktu untuknya masuk ke balai berlepas. Dia segera memandang ke arah Jerone.
            “Jerone, thanks for everything.” Bisik Tia. Memang betul kata-kata Jerone sebentar tadi. Semakin dia dekat dengan perpisahan, semakin dia menjadi emosi. Kesedihan mula bertaut di hati.
            Jerone memandang sayu ke arah gadis itu. “Aku doakan semuanya baik-baik saja di sana. Kalau kau dah puas kat sana, balik aje ke mari. Simpan nombor telefon yang aku bagi tu. Kalau ada apa-apa masalah, telefon aku atau Judd. Judd pun selalu tanya fasal kau.” Tutur Jerone.
            Tia ketawa kecil mendengar kata-kata Jerone. Apahal pula Judd tanya fasal aku? Pandai aje si Jerone ni buat lawak.
            “Ingat tu, ada masalah call aku atau Judd. Kami akan terus datang bantu kau bila-bila masa aje kau perlukan kami.” Tegas Jerone berkali-kali.
            “Apa kau ingat kau orang kerdil dan aku ni Snow White ke Jerone?” Usik Tia cuba berlawak. Dalam suasana sedih begini, dia harus menceriakan wajahnya sebelum semua orang yang menaiki penerbangan sewaktu dengannya, takut dengan wajahnya yang bersememeh dengan air mata.
            I’m not joking Tia. Aku memang dwarf yang sedia membantu bila-bila masa kau perlukan aku. Sebab dalam hati aku, kau adalah Snow White kesayangan aku.” Bisik Jerone lalu mencuit hujung hidungnya.
            Tia tersenyum senang mendengar istilah Jerone. Mungkin! Dia sememangnya Snow White yang sedang dizalimi ibu tirinya. Dan Jerone benar-benar dwarf yang selalu membantunya. Tapi siapa pula yang akan menjadi Prince Charming dalam kisah hidupnya?
*  *  *  *
            Seorang pramugari yang mempunyai senyuman yang cukup manis baru sahaja menunjukkan tempat duduknya. Tia segera melabuhkan punggung. Tempat duduk yang agak selesa dan luas itu akan dinikmatinya sepanjang perjalanan nanti.
            Jauh di sudut hati, dia sebenarnya merasa agak risau dengan perjalanan yang bakal ditempuhinya nanti. Entah apa patut dia buat bila sampai ke sana nanti? Siapa yang patut dihubunginya? Meskipun ada alamat yang dikepilkan bersama dokumen perjalanannya, namun dia masih ragu-ragu. Lagipun dia sendiri tidak kenal  siapa pemilik alamat itu. Takkan tiba-tiba sahaja dia mahu singgah dan mengucapkan salam. Tak fasal-fasal nanti dia dikatakan gila pulak! Lagipun dia mana reti berbahasa perancis. Masak aku nanti! Keluh Tia. Kamus di tangannya direnung sejenak.
            Semalam dia cuba menghubungi ayahnya tapi masih gagal bercakap dengan lelaki itu. Kata pekerja ayahnya, lelaki itu sudah berangkat ke daerah pedalaman di Cina yang sukar mahu dijejaki dengan talian telefon.
            Dia meletakkan gagang telefon dengan wajah hampa. Sukarnya mahu bercakap dengan ayahnya bagaikan mahu mencari Perdana Menteri. Agaknya nak menghubungi pemimpin negara itu pun tidak sesukar ini. Malah Auntie Khalida, pembantu ayahnya juga gagal dihubunginya. Dia sebenarnya hanya mahu bertanyakan tentang alamat pada kertas memo itu. Mungkinkah alamat itu alamat kenalan ayahnya di Paris? Lagipun dia tahu, ayahnya pernah belajar di negara European Union itu suatu ketika dahulu.
            Here you seat sir, have a pleasant journey.” Suara seorang pramugari singgah di corong telinganya. Tia yang leka termenung pantas melarikan wajahnya. Seorang lelaki baru sahaja lewat di hadapannya seraya melabuhkan diri tidak jauh dari situ. Tia hanya acuh tak acuh memandang kelibat di hadapannya yang tidak jelas kerana dilindungi oleh susuk tubuh pramugari yang ramping bagaikan biola. Biola pun tidak seramping itu! Tia tersengih sendiri.
            Could you please tight your belt sir, we’ll be departing at any minute.” Ujar pramugari itu lagi.
            Tia segera mencapai tali pinggang keselamatan lalu memakainya. Pesanan pramugari itu walaupun bukan ditujukan padanya, tapi menyedarkannya bahawa dia masih belum mengikat tali pinggangnya sendiri.
            Ketika dia meluruskan pandangan, matanya segera terpandang susuk tubuh di hadapannya. Matanya dikecilkan. Ternyata lelaki yang baru duduk selang tiga buah kerusi di hadapannya menjamah perhatiannya. Macam aku kenal je orang tu! Fikir Tia hairan. Namun apabila lelaki itu membetulkan posisi tubuhnya, mata Tia segera terbeliak. Mulutnya melopong. Oh no! Not him again! Alamak!
            Macamana Rafique boleh ada dalam satu penerbangan dengannya? Di kabin kelas pertama pulak tu! Tia mula keresahan. Bermati-matian dia cuba melarikan diri dari Rafique sebentar tadi. Tapi alih-alih di dalam perut kapal terbang juga mereka bertemu. Apa kes?
*  *  *  *
            Sudah dua jam dia menahan sakit perut sambil menahan mual yang tiba-tiba menyerang. Ini mesti sebab gastrik! Padahal dia sudah melantak nasi goreng ayam bersama Jerone di kedai mamak sebelum berangkat ke airport sebentar tadi.
            Perutnya semakin kuat memulas. Tergerak hatinya mahu ke tandas, tapi satu sahaja masalahnya. Jika dia mahu mendapatkan tandas, sudah pasti dia harus melewati Rafique terlebih dahulu. Sah-sah lelaki itu akan melihatnya nanti.
            Miss, are you okay? Do you need anything?” Seorang pramugari tiba-tiba menegur. Mungkin wanita itu perasan dengan kelakuannya yang serba tidak kena dengan tangan yang asyik menekan-nekan perut.
            Tia memandang pramugari yang rupawan itu dengan wajah tersengih menahan sakit. Yes I need a bathroom. Urgent! Dia mengguman di dalam hati.
            I’m okay. Thanks you.” Dia tersengih lagi. Damn you Tia..you are not okay. Hati kecilnya berbisik. Macamana ni? Apa patut aku buat supaya Rafique tak perasan? Dahinya berkerut seribu tanda sedang tekun berfikir. Bukan mudah nak  mencari idea dengan perut yang memulas-mulas. Come on Tia! Fikir dalam-dalam. Mesti ada caranya!
            Tiba-tiba Tia tersengih. Yes got it! Dia cepat-cepat melambai ke arah pramugari yang belum jauh meninggalkannya. Sebaik wanita itu mendatanginya, dia segera meminta sekeping beg kertas.
            Dengan wajah hairan, wanita itu menurut. Sebentar sahaja wanita itu kembali dengan beg kertas di tangannya. Tia merenung beg kertas itu dengan wajah ceria. Selesai satu masalah! Bisiknya gembira.
            Beberapa minit kemudian, pramugari itu menoleh ke arah tempat duduk Tia semula. Melihat seorang gadis memakai beg kertas di kepalanya dengan menebuk lubang pada bahagian mata dan hidung, si pramugari terpempan. What the hell?
            Perlahan-lahan Tia melangkah ke hadapan. Dia sempat mengawasi kelibat Rafique yang sedang membaca buku di tempat duduknya. Di dalam hati dia berdoa, janganlah lelaki itu cam siapa dia. Ya Allah, bagi aku lalu dengan aman dan selamat ke destinasi yang paling penting saat ini iaitu tandas. Tandas terbang, here I come!
            Tapi baru dua tiga langkah Tia ke hadapan, kapal terbang itu tiba-tiba bergoncang agak kuat. Dia panik lalu segera mencari tempat berpegang. Tapi sasarannya melencong apabila dia gagal menyeimbangkan diri lalu menghempap seseorang. Aduh!
            Darahnya berderau naik ke muka. Dia merenung peha yang menjadi bantal pelapik kepalanya. Merasakan ada sepasang mata sedang memandang ke arahnya, berlahan-lahan dia berpaling. Dan apabila matanya berpapasan dengan renungan Rafique, Tia terkejut besar. Alamak! Salah landing! Hampir mahu luruh jantungnya tatkala menyedari dia terjatuh di atas riba Rafique. Damn it! Antara banyak-banyak riba di kabin itu kenapa riba Rafique juga yang kau cari?
            Lelaki itu sedang mencerlung tajam ke arahnya. Kepala lelaki itu terdorong  ke arah wajahnya yang sedang ditutupi dengan beg kertas. Cuba mengintai di celah-celah lubang mata dan hidung yang tersorok.
            Do you have any contagious disease or something?” Soal lelaki itu sinis.
            Dia tercengang. Wajah Rafique yang semakin rapat ke arahnya membuatkan dia terpaku. Dadanya berdebar kencang.
            Rafique terus memandang wajah bertutup beg kertas di hadapannya. Hendak ketawa pula dia melihat rupa orang di hadapannya. Pelik pun ada. Buang tebiat ke apa, sampai sorok muka dalam beg kertas?
            “Ish perempuan ni, sampai bila nak lapik kepala atas peha aku ni?” Rungut Rafique perlahan.
            Mendengar kata-kata lelaki itu, Tia cepat-cepat bangun lalu membetulkan posisi tubuhnya. Dia segera beredar dari situ lalu menuju ke arah tandas yang kebetulan baru sahaja dikosongkan oleh seorang lelaki.
            Melihat gadis itu menghilangkan diri ke dalam perut tandas, Rafique ketawa kecil. Gila agaknya perempuan tu! Dia tunduk ke arah buku yang sedang dibacanya. Pembacaannya yang tergendala sebentar tadi segera bersambung. Tapi tumpuannya hanya sekejap pada buku tersebut tatkala dia terpandang sesuatu. Matanya mengecil ke arah buku kecil berkulit merah gelap yang terperosok di celah-celah tempat duduknya. Pasport! Siapa punya ni?
            Tiba-tiba dia teringatkan gadis berkepala beg kertas yang jatuh ke arahnya sebentar tadi. Jangan-jangan pasport ni milik perempuan tu tak! Rafique membuat kesimpulan sendiri.
            Dia segera memandang ke arah pintu tandas yang masih tertutup rapat tidak jauh dari situ. Timbul keinginannya untuk melihat pasport itu. Dengan perasaan teruja, Rafique segera menyelak helaian pasport yang berada di tangannya. Namun perasaan terujanya bertukar nightmare tatkala melihat wajah dan nama Tia Adila terpapar pada pasport tersebut. Mulutnya melopong.
            Mata Rafique sekali lagi merenung pintu tandas yang berada tidak jauh dari tempat duduknya. Mustahil! Tak mungkin gadis yang baharu sahaja jatuh ke arahnya sebentar tadi itu Tia!

No comments:

DEDALU DI HATI - STOK TERHAD!!

DEDALU DI HATI  - STOK TERHAD!!

PESANAN NOVEL DEDALU DI HATI SEDANG DIBUKA SEKARANG!!!

Harga = RM25.90
Kos Pos = RM7 (pos laju)
Total = RM32.90

Emailkan nama dan butiran diri ke arr_nita@yahoo.com.
Pesanan sehingga stok ke 3 ini kehabisan..

NANTIKAN VENOM SURIA DI PESTA BUKU ANTARABANGSA PWTC MULAI 27 APRIL, TERBITAN BUKU PRIMA (RM25.90)

NANTIKAN VENOM SURIA DI PESTA BUKU ANTARABANGSA  PWTC MULAI 27 APRIL, TERBITAN BUKU PRIMA (RM25.90)
Suria gadis ceria dan periang, namun miliki sejarah hitam dalam kelahiran. Yang membuatkan dia diburu dan dijejaki untuk meleraikan sebuah kisah sumpahan, lalu mempertemukan dia dengan dua lelaki berbeza sifat. Izwan jenis yang dingin dan panas baran. Cakapnya harus dipatuhi atau dia akan meletup! Nazrul sentiasa cool tapi punya rahsia terpendam yang menyiksa jiwa. Seorang lelaki ditakdirkan menjadi penyelamat. Seorang lagi ditakdirkan membunuhnya. Kedua-duanya muncul tak diundang, tetapi meninggalkan kesan mendalam. Lalu bermulalah permainan cat and mouse antara mereka sehingga game over!