Followers

CINTA BUKAN LARANGAN - 2014 ( Limited Edition Only)

CINTA BUKAN LARANGAN - 2014 ( Limited Edition Only)
Ekslusif dan tidak dijual di kedai buku, hanya di blog dan fb penulis sahaja :untuk memesan : email arr_nita@yahoo.com/ FB : Anita Aruszi

BLURB CINTA BUKAN LARANGAN (New)

Tajuk : Cinta Bukan Larangan
Penulis : Anita Aruszi
Harga : RM32.90
Penerbit : GN Publishing
ISBN : 978-967-10425-3-3
M/s : 803ms
Genre : Cinta dan Kekeluargaan

Tagline
Cinta Ini Terlarang..
Ibarat Buah Khuldi Yang Haram Disentuh Adam…

Diaz dan Dina Azura, dua adik beradik yang membesar bersama tetapi tidak pernah sebulu. Ada sahaja yang tidak kena di hati Diaz yang terang-terangan membenci Dina Azura di dalam hidupnya. Sehingga ke satu tahap, dia cuba merogol gadis itu angkara kemarahan yang terpendam di lubuk hatinya. Namun tindakan itu telah merubah segala-galanya dalam hidup mereka. Kerana kesal dengan tindakannya, dia mengambil keputusan melarikan diri ke luar negara. Namun tindakan itu tidak mampu meluputkan setiap dosa yang dirasakannya terhadap Dina Azura.

Sepuluh tahun kemudian, Diaz pulang ke tanahair dan bekerja dengan Alma Katherine, seorang ahli perniagaan berjaya. Namun dia tidak berani berhadapan dengan Dina Azura angkara malam jahanam itu. Tapi takdir menemukan mereka semula untuk menyusun kepingan-kepingan puzzle dalam hidup mereka. Tapi masihkah ada benci di hatinya atau segala-galanya telah berubah?

Bagi Dina Azura, dia tidak pernah membenci Diaz. Malah takkan mungkin membenci lelaki itu. Sejak kecil dia mengagumi Diaz, sehinga adakala dia terseksa kerana dibenci tanpa sebab. Malah seluruh jiwanya terseksa kerana selama ini dia menyimpan rahsia yang tidak mampu diceritakan kepada sesiapa. Isi hatinya takkan mampu diluahkan lantaran dia sedar betapa besar dosanya mencintai abang sendiri.

Perkenalan Dina Azura dengan Johan telah menyemat cemburu di hati Diaz tanpa disedari. Hubungannya dengan Dina Azura adalah sebuah hubungan yang takkan mungkin. Mereka tidak mungkin bercinta. Tidak mungkin bersama sama. Tidak mungkin untuk segala-galanya. Tidak mungkin untuk selama-lamanya. Kerana itu Diaz menahan diri. Dan bila Johan hadir di antara mereka, segala-galanya yang tidak mungkin itu bukan lagi satu halangan. Diaz nekad mahu membetulkan segala-galanya. Tapi rahsia yang disimpannya selama 15 tahun itu hanya akan melukakan hati ramai orang. Bolehlah dia menjaga hati ramai orang dan membiarkan hatinya sendiri dilukai? Mampukah lagi dia menyimpan rahsia ini dari pengetahuan Dina Azura sedangkan gadis itulah yang paling mahu dilindunginya?


Abang jangan judge orang dengan hanya memandang luaran sahaja. Sekurang-kurangnya
Johan sanggup pertahankan maruah adiknya dari lelaki-lelaki tak guna tu. Dia seorang abang yang baik – DINA AZURA

Johan baik? Jadi abang lelaki jahat? – DIAZ HAFIZI

Saya cuma nak awak pilih antara saya dan Diaz. Dan berhenti menyakiti hati saya seperti ini Dina – JOHAN


Saturday, July 25, 2009

Sayangku Casper : Prolog

HUJAN yang lebat, kian menggila membasahi bumi Paris. Dari luar teksi, dia membuang pandangan ke luar. Merenung titisan-titisan hujan yang merenek di kaca tingkap teksi itu. Sepertimana lebatnya hujan itu, hatinya juga sedang menangis. Namun dia yakin dia sudah melakukan segala-galanya untuk orang yang dicintainya.

“Don’t’ go. Don’t leave me here.” Jeritan wanita itu membuatkan kelopak matanya terpejam rapat. Suara sayu wanita itu terhimbau-himbau di fikirannya. Rayuan wanita itu sengaja dipekakkan, sedang hatinya sedang dimamah pilu. Airmata yang cuba ditahan gugur jua satu persatu. Dia kalah dengan emosi. Jika diikutkan hati dia ingin berpatah balik, namun ada sesuatu yang menghalangnya.

Matanya mencerun. Wajah manis anak kecil yang tertidur keletihan di ribanya membuatkan dia membantutkan hasratnya. Lagipun dia tidak ingin mencetuskan apa-apa kekecohan lagi. Sebelum dia dihumban keluar dari negara itu, dia terpaksa mengalah dan berundur pergi. Itu perjanjian yang harus dipatuhinya!

“Mummy…” suara anak itu kedengaran. Wajah kecil itu mencemik-cemik. Dia merapatkan anak kecil itu di pangkuannya lalu dipeluk. Dia tahu anak itu sedang mengigau.

“Syy..daddy’s here. Ne pleure pas.” Pujuknya supaya anak kecil itu tidak terus merengek-rengek begitu. Mereka semakin hampir dengan lapangan terbang antarabangsa Paris-Charles de Gaulles. Dia harus segera keluar dari situ.

Mulai saat ini, bumi Perancis hanya akan menjadi salah satu kenangan terindahnya. Dan mulai saat ini juga dia tidak akan menjejakkan kakinya ke Paris lagi. Kota yang pernah dijajah oleh empayar Rom itu hanya akan menjadi sejarah dalam hidupnya. Semuanya akan terkubur sepertimana cintanya yang diperlakukan dengan cara yang paling kejam. Revoir..Paris. Revoir my love. Bisiknya seraya menitiskan airmata duka.

3 comments:

Princess said...

best...klakar la dngn karin n mak dye tuh..hahaha

Hanya Aku Dihatimu.. said...

Satu permulaan kesah cenderilla...tia..selamat menulis nita..

Carrienna Subri said...

suke giler dgn jalan cerita novel nie...serius..berangan nak jadi watak tia adila...

DEDALU DI HATI - STOK TERHAD!!

DEDALU DI HATI  - STOK TERHAD!!

PESANAN NOVEL DEDALU DI HATI SEDANG DIBUKA SEKARANG!!!

Harga = RM25.90
Kos Pos = RM7 (pos laju)
Total = RM32.90

Emailkan nama dan butiran diri ke arr_nita@yahoo.com.
Pesanan sehingga stok ke 3 ini kehabisan..

NANTIKAN VENOM SURIA DI PESTA BUKU ANTARABANGSA PWTC MULAI 27 APRIL, TERBITAN BUKU PRIMA (RM25.90)

NANTIKAN VENOM SURIA DI PESTA BUKU ANTARABANGSA  PWTC MULAI 27 APRIL, TERBITAN BUKU PRIMA (RM25.90)
Suria gadis ceria dan periang, namun miliki sejarah hitam dalam kelahiran. Yang membuatkan dia diburu dan dijejaki untuk meleraikan sebuah kisah sumpahan, lalu mempertemukan dia dengan dua lelaki berbeza sifat. Izwan jenis yang dingin dan panas baran. Cakapnya harus dipatuhi atau dia akan meletup! Nazrul sentiasa cool tapi punya rahsia terpendam yang menyiksa jiwa. Seorang lelaki ditakdirkan menjadi penyelamat. Seorang lagi ditakdirkan membunuhnya. Kedua-duanya muncul tak diundang, tetapi meninggalkan kesan mendalam. Lalu bermulalah permainan cat and mouse antara mereka sehingga game over!