Followers

CINTA BUKAN LARANGAN - 2014 ( Limited Edition Only)

CINTA BUKAN LARANGAN - 2014 ( Limited Edition Only)
Ekslusif dan tidak dijual di kedai buku, hanya di blog dan fb penulis sahaja :untuk memesan : email arr_nita@yahoo.com/ FB : Anita Aruszi

BLURB CINTA BUKAN LARANGAN (New)

Tajuk : Cinta Bukan Larangan
Penulis : Anita Aruszi
Harga : RM32.90
Penerbit : GN Publishing
ISBN : 978-967-10425-3-3
M/s : 803ms
Genre : Cinta dan Kekeluargaan

Tagline
Cinta Ini Terlarang..
Ibarat Buah Khuldi Yang Haram Disentuh Adam…

Diaz dan Dina Azura, dua adik beradik yang membesar bersama tetapi tidak pernah sebulu. Ada sahaja yang tidak kena di hati Diaz yang terang-terangan membenci Dina Azura di dalam hidupnya. Sehingga ke satu tahap, dia cuba merogol gadis itu angkara kemarahan yang terpendam di lubuk hatinya. Namun tindakan itu telah merubah segala-galanya dalam hidup mereka. Kerana kesal dengan tindakannya, dia mengambil keputusan melarikan diri ke luar negara. Namun tindakan itu tidak mampu meluputkan setiap dosa yang dirasakannya terhadap Dina Azura.

Sepuluh tahun kemudian, Diaz pulang ke tanahair dan bekerja dengan Alma Katherine, seorang ahli perniagaan berjaya. Namun dia tidak berani berhadapan dengan Dina Azura angkara malam jahanam itu. Tapi takdir menemukan mereka semula untuk menyusun kepingan-kepingan puzzle dalam hidup mereka. Tapi masihkah ada benci di hatinya atau segala-galanya telah berubah?

Bagi Dina Azura, dia tidak pernah membenci Diaz. Malah takkan mungkin membenci lelaki itu. Sejak kecil dia mengagumi Diaz, sehinga adakala dia terseksa kerana dibenci tanpa sebab. Malah seluruh jiwanya terseksa kerana selama ini dia menyimpan rahsia yang tidak mampu diceritakan kepada sesiapa. Isi hatinya takkan mampu diluahkan lantaran dia sedar betapa besar dosanya mencintai abang sendiri.

Perkenalan Dina Azura dengan Johan telah menyemat cemburu di hati Diaz tanpa disedari. Hubungannya dengan Dina Azura adalah sebuah hubungan yang takkan mungkin. Mereka tidak mungkin bercinta. Tidak mungkin bersama sama. Tidak mungkin untuk segala-galanya. Tidak mungkin untuk selama-lamanya. Kerana itu Diaz menahan diri. Dan bila Johan hadir di antara mereka, segala-galanya yang tidak mungkin itu bukan lagi satu halangan. Diaz nekad mahu membetulkan segala-galanya. Tapi rahsia yang disimpannya selama 15 tahun itu hanya akan melukakan hati ramai orang. Bolehlah dia menjaga hati ramai orang dan membiarkan hatinya sendiri dilukai? Mampukah lagi dia menyimpan rahsia ini dari pengetahuan Dina Azura sedangkan gadis itulah yang paling mahu dilindunginya?


Abang jangan judge orang dengan hanya memandang luaran sahaja. Sekurang-kurangnya
Johan sanggup pertahankan maruah adiknya dari lelaki-lelaki tak guna tu. Dia seorang abang yang baik – DINA AZURA

Johan baik? Jadi abang lelaki jahat? – DIAZ HAFIZI

Saya cuma nak awak pilih antara saya dan Diaz. Dan berhenti menyakiti hati saya seperti ini Dina – JOHAN


Friday, November 30, 2012

Mencari Kiblat Cinta : Bab 19


            DANIRA menyedari, ada sebuah kenderaan berhenti betul-betul di hadapan pagar taska itu. Dia baru hendak menutup pintu dan grill setelah Lynn dan Umaira pulang hampir setengah jam yang lalu. Melihat lelaki yang baru keluar dari perut kereta itu adalah Filman,  Danira terkedu. Kenapa pula lelaki itu ada di  sini? Apa mahunya? Hatinya tertanya-tanya separuh hairan. Bukankah dia sudah menghantar Melia pulang sebentar tadi?

            Filman menoleh ke arahnya dengan wajah gusar, sebelum tergesa-gesa menutup pintu kereta.

            “Assalamualaikum.” Sapa lelaki itu apabila dilihatnya Danira sedang memandangnya dari muka pintu. Danira hanya menjawab salam itu di dalam hati. Lelaki itu tidak menghulurkan senyum seperti biasa. Malah Filman kelihatan panik.

            “Kenapa Encik Filman ada kat sini?” Soal Danira ingin tahu. Dia hairan melihat kemunculan lelaki itu secara tiba-tiba. Apa urusan Filman datang petang-petang begini? Mahu bertemu Kamilakah?

            “Danira, Melly ada kat sini?” Pertanyaan lelaki itu membuatkan Danira terpempan. Apa maksud lelaki itu bertanya tentang Melia? Bukankah aku sudah menghantar anaknya pulang sebentar tadi?

            “Encik Filman datang nak ambil Melly?” Dia menyoal separuh gugup. Lelaki itu mengangguk.

            “Tadi Encik Filman kata yang Encik Filman ada meeting penting hari ni, tak dapat ambil Melly.” Dia mengingatkan lelaki itu. Filman terdiam.

            “Betul, tapi mesyuarat saya berakhir lebih awal dari biasa. Sebab itu saya ke sini nak jemput Melly.” Jelas lelaki itu.

            Tapi saya dah hantar Melly pulang tadi. Dah dua jam dah.” Ujar Danira.

Filman kaget mendengar penjelasan Danira.

            “Saya ada telefon ke rumah tadi. Tapi tak ada seorang pun yang angkat telefon. Betul ke Danira dah hantar Melly pulang?” Soal Filman bagaikan tidak percaya. Hati Danira seperti hendak meledak mendengar pertanyaan Filman itu.

Lelaki itu segera mengeluarkan telefon bimbitnya. Wajah itu nampak cemas menekan nombor-nombor pada keypad telefon bimbitnya. Gagang telefon bimbitnya segera dilekap ke telinga. Beberapa saat kemudian, mata Filman kembali mencari wajah Danira.

“Tak ada orang angkat telefon. Tak apalah, saya balik dulu. Mungkin Melly tertidur di rumah agaknya.” Lelaki itu tersenyum hambar seraya tergesa-gesa meninggalkan Danira yang seakan bingung. Namun belum sempat Filman mahu memasuki kereta, telefon bimbitnya berdering minta diangkat. Dia terburu-buru menjawab panggilan.

“Hello.”

“Abang, Naj ni. Lupa nak beritahu abang, Naj dengan Aliff bawa Melly keluar pergi jalan-jalan kat MidValley. Sebelum maghrib nanti kami balik.” Suara Najla kedengaran di corong telefon. Filman tersentak.

“Abang dengar tak ni?” Najla mengeraskan suara. Filman menarik nafas panjang. Hilang rasa gusarnya berganti lega yang menggebu-gebu di jiwa.

“Naj dah buat abang panik tadi tahu tak. Abang ingat Melly dah hilang.” Keluh Filman. Serentak tubuhnya berpaling ke arah rumah yang masih belum jauh ditinggalkan. Kelibat Danira masih kelihatan di muka pintu.

Najla ketawa kecil. “Maaflah bang, tiba-tiba kami rasa nak makan Kenny Rogers. Tapi takkan nak tinggalkan Melly sorang-sorang kat rumah, jadi kami bawalah dia sekali.” Ujar Najla.

Namun Filman hanya membisu. Telinganya sudah tidak mendengar kata-kata Najla seterusnya. Sebaliknya matanya terpaku ke suatu arah. Sepasang matanya bagaikan terpempan melihat wajah Danira yang kelihatan sedih. Sesekali gadis itu dilihat mengesat pipinya. Dia menangiskah? Filman tertanya-tanya di dalam hati.

Apakah gadis itu bersedih kerana menyangkakan Melly sudah hilang? Salahnya juga kerana terlalu terburu-buru bergegas ke taska itu. Filman benar-benar menyesal kerana tidak usul periksa berkejar ke situ tanpa berfikir panjang.

“Abang, abang dengar tak Naj cakap apa ni?” Suara Najla kembali. Filman tersentak. Dia baru menyedari Najla masih belum meletakkan gagang telefon.

“Tak apalah Naj, nanti Naj bawa Melly pulang awal sikit ya. Abang pun dah nak balik dah ni.” Ujar Filman lalu memutuskan panggilan. Sekali lagi matanya mencari kelibat Danira di muka pintu. Namun alangkah hampa hatinya apabila menyedari, gadis itu sudah tidak ada di situ. Pintu taska itu juga kini tertutup rapat.

*  *  *  *

              Sudah lama dia berada di situ. Tubuhnya sengaja disandarkan pada kerusi rehat di beranda biliknya. Minuman sejuk yang diambilnya dari peti sejuk tadi,  langsung tidak diteguk. Fikirannya melayang jauh. Dia tidak tahu kenapa dengan tiba-tiba sahaja dia terkenangkan Danira. Lebih-lebih lagi bila dia menatap wajah sedih gadis itu siang tadi.

              Filman benar-benar dihantui rasa bersalah. Perasaannya jadi tidak enak. Tentu Danira risau mengenangkan kata-katanya siang tadi. Ah tapi aku kan tidak sengaja! Lagipun semua ayah di dunia ini pasti akan kelam kabut jika anak kesayangannya tiba-tiba hilang tak dapat dikesan. 

              Tiba-tiba Filman tersenyum sendiri. Wajah Danira yang malu-malu, serta  tidak yakin dengan diri sendiri, entah kenapa sering bertamu di fikirannya sejak akhir-akhir ini. Ada sesuatu pada gadis itu yang membuatkan hati lelakinya bergetar. Kemanisan wajah Danira yang bertudung litup, membuatkan perasaannya terbuai-buai.

            Bunyi riuh rendah di tingkat bawah mematikan khayalan singkat Filman. Wajah Danira menghilang sebentar. Dia memasang telinga. Suara Melia kedengaran melaung-laung namanya dari tingkat bawah. Filman tersenyum lantas segera bangkit dari kerusi yang didudukinya.

            Sebaik dia turun ke tingkat bawah, Melia sudah berlari-lari anak ke arahnya. Tubuhnya dirangkul kemas membuatkan dia hampir jatuh terduduk. Gelagat anak kecil itu menggamit tawanya.

“Hmm..dah balik pun anak papa ni. Pergi ke mana hari ni dengan Pak Su Aliff dan Mak Su Naj?” Soal Filman seraya mengendong tubuh kecil Melia ke ribanya. Anak gadisnya dipeluk penuh kasih sayang lalu dikecup bertalu-talu.

            “Seronok papa, Pak Su belanja Melly makan aiskrim. Mak Su Naj pulak belikan mainan dan baju baru untuk Melly. Tengok, cantik tak papa baju ni?” Melia memperagakan tubuhnya yang sudah siap bersarung pakaian baru berupa gaun kembang berwarna biru serta bereben di belakang. Filman tersenyum lebar.

            “Cantik. Anak papa ni pakai apa pun tetap cantik.” Puji Filman. Matanya sempat ditala ke arah Aliff dan Najla yang hanya tersengih. Kedua-duanya memang suka benar memanjakan Melia.

            Sorry bang, Aliff tak sempat nak beritahu abang tadi.” Ujar Aliff ketika duduk di samping lelaki itu.

            “Tak apalah Aliff, abang syukur sebab Melly selamat. Tapi tadi abang gugup juga bila tak ada orang angkat telefon di rumah. Mak Mah pun tak jawab telefon, entah mana dia pergi tadi.” Ujar Filman.

            “Mak Mah ikut ma ke rumah Mak Long.” Sampuk Najla yang asyik membelek-belek plastik barang yang dibelinya di pusat beli belah tadi.

            “Buat apa?” Tanya Filman ingin tahu. Padanlah rumahnya sunyi sepi sahaja sehingga ke Maghrib.

            “Mak Long kan nak terima menantu tak lama lagi. Adalah tu benda yang dia nak bincang dengan ma.” Balas Najla.

            “Kahwin juga si Khairun tu ya.” Filman tersengih sebaik teringatkan Khairun Bariyah, sepupunya yang baru tamat pengajian kedoktoran dan kini sedang menjalankan praktikal di sebuah hospital universiti.

            “Yalah, dah sampai jodohnya. Takkan dia nak tunggu abang pulak.” Sengih Najla.

Filman berpaling. Wajah gadis itu nakal memandangnya. Filman menjegilkan biji matanya. Najla ketawa besar. Dia faham Filman tidak suka digosipkan dengan sepupu mereka. Apatah lagi Mak Long mereka pernah berhasrat mahu menjodohkan anak perempuannya dengan Filman selepas abangnya bercerai dengan bekas isterinya dahulu.

            “Tadi siapa hantar Melly balik?” Soalan Filman sebenarnya ditujukan pada Aliff yang kelihatan ralit melayan Melia yang seronok bermain-main dengan anak patung barbie yang baru dibeli. Sengaja dia bertanya begitu, meski dia sudah maklum Danira yang menghantar anaknya pulang petang tadi.

            “Kakak hantar.” Sampuk Melia sebelum sempat Aliff mahu menjawab.

            “Kak Danira?” Soal Filman. Melia memandangnya sebentar sebelum mengangguk.

            “Melly ada ajak kakak masuk?”

            “Kakak yang tak mahu. Kak Nira kata dia kena balik cepat.” Jawab Melia.

Filman terdiam. Dia termenung seketika sehingga tidak sedar empat pasang mata sedang pegun memandangnya. Rupa-rupanya Aliff dan Najla sedang ralit memerhatikan ke arah Filman yang tiba-tiba berubah sikap.

            “Ehemm…” Aliff sengaja berdehem. Najla juga sudah mula mengukir senyuman. Filman yang mula menyedari dirinya menjadi perhatian, terpinga-pinga memandang kedua-duanya silih berganti.

“Kenapa?” Tanya Filman hairan.

            Ada sesuatu yang abang lupa nak beritahu kami?” Najla cuba mencungkil cerita. Dia benar-benar ingin tahu siapakah ‘kakak’ yang dimaksudkan Filman dan Melia sebentar tadi. Cara kedua-duanya berbual bagaikan tidak wujud orang lain di situ.

            “Maksud Naj?” Filman tercengang.

            Najla tidak bersuara. Sebaliknya mata gadis itu beralih ke arah Melia yang turut memandang ke arahnya. “Melly, siapa kakak yang papa cakap tu?” Najla mula memasang perangkap. Melia yang menjadi sasarannya. Wajah Filman sudah mula merah padam.

            “Naj…” Tegur Filman.

            “Kak Nira. Kakak tu cantik tau Mak Su.” Cerita Melia ceria.

            “Cantik macamana? Macam mama?” Usik Najla lagi.

Melia tidak menjawab. Matanya kembali mencari wajah si ayah yang kelihatan murung sebaik mendengar usikan Najla yang terlepas kata. Aliff yang menyedari perubahan pada wajah Filman pantas menyiku lengan Najla. Najla memandang abangnya Filman. Lelaki itu turut memandang ke arahnya.

            “Maaf bang, Naj terlepas cakap. Sorry kalau abang tak suka.” Ujar Najla serba salah. Filman tidak menunjukkan sebarang reaksi. Najla semakin gelisah. Alamak, habislah dia kalau Filman tersinggung nanti.

            Filman tiba-tiba ketawa besar. Aliff juga ikut tertawa. Hanya Najla yang masih terpinga-pinga tidak mengerti.

“Naj dah mula takut tu bang…” Aliff bersuara seraya memandangnya. Najla mula memahami situasi sebenar. Tak habis-habis kedua lelaki itu berpakat mahu menyakatnya. Serentak cubitan Najla singgah di lengan Aliff. Lelaki itu mengaduh kesakitan.

            “Sakitlah Naj…” keluh Aliff seraya menggosok-gosok pehanya.

            Padan muka, siapa suruh Aliff main-mainkan Naj.” Najla menarik muka empat belas. Filman pula masih melempiaskan tawa. Serentak dia mengerling ke arah Melia yang ikut tertawa meskipun anak kecil itu tidak mengerti apa-apa.

3 comments:

NoRiZaN MoHd NOoR said...

hmmm...makin sronok cite ni....,adakah firman sudah sukakan danira? :-) .x sbr nk tahu ksudahanya... Kakkkk...smbung lagiiii..!!!

norihan mohd yusof said...

filman nape yer...leh lh plak ujud danira dlm minda!!hehe soal hati sape leh tahu...kekdg tuan punye diri pun leh tk sedar...bile hati dh mula terbuka pd sidia...

BloG Z said...

wahhh ..double N (norihan & norizan)
pminat setia MKC nii ..


*jgn mara hehe

DEDALU DI HATI - STOK TERHAD!!

DEDALU DI HATI  - STOK TERHAD!!

PESANAN NOVEL DEDALU DI HATI SEDANG DIBUKA SEKARANG!!!

Harga = RM25.90
Kos Pos = RM7 (pos laju)
Total = RM32.90

Emailkan nama dan butiran diri ke arr_nita@yahoo.com.
Pesanan sehingga stok ke 3 ini kehabisan..

NANTIKAN VENOM SURIA DI PESTA BUKU ANTARABANGSA PWTC MULAI 27 APRIL, TERBITAN BUKU PRIMA (RM25.90)

NANTIKAN VENOM SURIA DI PESTA BUKU ANTARABANGSA  PWTC MULAI 27 APRIL, TERBITAN BUKU PRIMA (RM25.90)
Suria gadis ceria dan periang, namun miliki sejarah hitam dalam kelahiran. Yang membuatkan dia diburu dan dijejaki untuk meleraikan sebuah kisah sumpahan, lalu mempertemukan dia dengan dua lelaki berbeza sifat. Izwan jenis yang dingin dan panas baran. Cakapnya harus dipatuhi atau dia akan meletup! Nazrul sentiasa cool tapi punya rahsia terpendam yang menyiksa jiwa. Seorang lelaki ditakdirkan menjadi penyelamat. Seorang lagi ditakdirkan membunuhnya. Kedua-duanya muncul tak diundang, tetapi meninggalkan kesan mendalam. Lalu bermulalah permainan cat and mouse antara mereka sehingga game over!