Followers

Sunday, November 1, 2009

Sayangku Casper : Bab 8

KETIKA Tia sampai di kedai muzik itu, dia sempat menegur Auntie Sharon yang kelihatan sedang asyik melayan seorang pelanggan. Wanita itu menoleh lalu melambai ke arahnya. Tia hanya mampu tersengih. Tak sanggup pula dia nak kacau auntie ‘amoi’ yang selalu gempak dressingnya walapun sudah berumur dalam lingkungan 40an.

“Tia, kalau lu mau jumpa sama itu Jerone, ada pintu sana belakang aa….” Jerit Auntie Sharon, macamlah jarak kaunter itu dengan pintu depan sebatu jauhnya.

Tia hampir mahu ketawa mendengar bahasa melayu auntie Sharon yang tunggang langgang. Pintu..sana..belakang? Kikiki…three magical words! Sekadar untuk memberitahunya bahawa Jerone berada di bilik belakang.
“Beres auntie, wa chow yuen fatt dulu ek…” Tia melaung sambil mengangkat tangannya.

Terkebil-kebil wanita itu dan customernya menatap ke arah kelibat tubuh Tia yang menghilang di sebalik pintu kecil di belakang. Chow Yuen Fatt?

Di belakang pintu yang dimasukinya, Tia berjalan beberapa langkah lagi sebelum bertemu sebuah pintu lain yang merupakan sebuah bilik sederhana besar. Di sekeliling bilik itu terdapat beberapa bekas sarang telur yang sengaja disusun berderet menutup dinding. Tia tersengih setiap kali menatap bekas sarang telur itu. Ada memori lucu ketika dia dan Jerone mengutip sarang-sarang telur itu dari satu restoran mamak ke satu restoran yang lain.

Idea itu dia yang cadangkan pada Jerone beberapa tahun yang lalu apabila Jerone berhasrat untuk mengaktifkan semula band lamanya ketika zaman sekolah dulu. Dan sebagai menunjukkan keseriusan tahap bergandanya, Jerone menjadikan bilik stor belakang kedai muzik milik ibunya Sharon sebagai studio untuk kumpulan muziknya. Di bilik itulah mereka berlatih muzik hampir berjam-jam lamanya setiap petang.

Tapi kerana kerap sangat mendapat aduan tentang pencemaran bunyi yang dilakukan oleh kumpulan band Jerone, maka mereka membuat satu mesyuarat tergempar. Agenda mesyuarat itu cuma satu, macamana nak menjadikan sebuah bilik biasa kalis bunyi tanpa mengeluarkan sesen duit pun. Maklumlah ketika itu Jerone tidak berani meminta duit pada ibunya yang agak berkira. Lagipun dengan gaji sekadar bekerja dengan ibu sendiri, Jerone memang pokai!

Tiga jam bermesyuarat, semua orang dah blurr! Jangan kata satu cadangan, zero cadangan pun tak ada. Jerone pun silap! Ada ke minta idea dari member-member dia yang memang otak dah separuh rosak sebab asyik fikir fasal muzik aje. Cuba sesekali minta idea dengan orang yang selalu memikirkan tentang urusan negara dan alam sekitar. Contohnya dia!

Dan orang yang mencadangkan idea bernas yang tak makan belanja itu dialah. Tia Adila! Satu-satunya gadis dalam kumpulan band Jerone, meskipun dia sebenarnya haram jadah langsung tak reti main muzik.

“Betul ke boleh ni Tia?” Jerone seakan ragu-ragu dengan cadangannya.

“Betullah, apa pulak tak betul. Aku selalu nampak kat tempat-tempat karaoke benda alah ni. Kau ingat dia orang tu ada modal besar sangat ke nak buat bilik kalis bunyi macam dalam TV tu? Dia orang sebenarnya pakai bekas telur tu aje tau.”

“Ye ke?” Cube si jejaka yang langsung tak cute pemain keyboard utama kumpulan Jerone yang berambut alfa romeo, ternganga besar memandangnya. Yang lain-lain tahap melopong usah cakaplah. Seolah-olah ideanya ketika itu memang benar-benar genius bagi otak-otak udang seperti mereka.

“Kalau macam tu, hari ni juga kita pergi cari bekas telur tu. Amacam?” Cadang Jerone sudah mula bersemangat.

Dia terkebil-kebil mendengarnya! Apek ni pantang betul kalau dengar idea baik punya. Mesti tahap excited tu extravaganza habis. Kut ya pun pandai-pandailah tengok jam sudah pukul berapa.

“Besok jelah kita cari. Hari ni kan dah petang. Kau nak aku kena sound dengan mak tiri aku kat rumah tu ke?” Herdiknya separuh geram.

Jerone ketawa kecil lalu menggaru-garu kepalanya. “Hehe.. sorry Tia, aku lupa kau kena kuarantin di rumah dengan Centre Control Disease.” Sahut Jerone.

Dia menjeling Jerone dan teman-temannya yang asyik tersengih. Badigol punya kawan, kau lupa ke siapa yang bagi idea baik ni? Gumamnya di dalam hati.

Keesokkan harinya, band Jerone bercuti satu hari semata-mata kerana mahu mengumpulkan bekas-bekas telur itu. Habis satu kedai mamak di sekitar Cheras itu mereka geledah. Asyik mengutip bekas-bekas itu, tiba-tiba mereka dikejutkan dengan satu jeritan.

“Pencuri! Pencuri! Kejar dia sampai dapat!” Jerit satu suara diikuti suara ramai yang riuh rendah. Dia dan Jerone yang ketika itu ralit memasukkan bekas telur yang dikumpul ke dalam karung sampah segera berpaling. Dari jauh sekumpulan orang ramai sedang meluru ke arah mereka sambil tangan masing-masing memegang kayu dan batu.

“Alamak Tia, diaorang kejar kita.” Jerone sudah pucat lesi. Dia juga mengigil. Lemah seluruh badan melihat kumpulan orang ramai itu. Adui..takkan sebab mereka ambil bekas telur pun sampai macam ni punya reaksi orang-orang ramai tu?

“Kau tunggu apa lagi Jerone? Cabutlah! Nak mati ke?” Bekas-bekas kotak itu segera dicampakkan lantas dia cabut lari terlebih dahulu. Jerone yang terpinga-pinga ditinggalkannya, turut angkat langkah seribu. Sekejap aje, Jerone dapat menyaingi kelajuan lariannya.

“Tia, apasal diaorang kejar kita?” Jerit Jerone.

“Fasal apa lagi? Fasal bekas telur tu la.” Aiseh apalah Jerone ni? Takkan itu pun tak tahu! Gumamnya separuh geram. Tengah lari pun sempat lagi nak ajak berchatting. Takkan Jerone tak tahu nyawa mereka sedang dalam bahaya sekarang ni!

“Habis apasal aku nampak mamat depan kita tu pun lari macam kita?” Jerone menjuih ke hadapan. Dia turut melontarkan pandangan. Seorang lelaki berkulit hitam legam turut marathon di hadapan mereka. Di tangan lelaki itu terdapat sebuah tas tangan berwarna coklat keemasan. Takkan lelaki pakai beg tangan kut! Fikirannya mula bertindak waras. Dia segera berhenti berlari. Jerone yang tersasar ke depan turut berhenti. Lelaki itu berpaling dengan nafas tercungap-cungap kepenatan.

“Woi Tia, apasal kau berhenti?” Jerone bertanya.

Dia tersengih lalu berpaling ke belakang. Langkah orang-orang ramai di belakang mereka semakin menghampiri. Jerone semakin kecut perut. Mata lelaki itu terpejam rapat. Minta-mintalah bukan mereka yang dikejar lelaki-lelaki itu sebenarnya. Melihat kelibat-kelibat lelaki yang semakin hampir dengan kayu panjang tergenggam di tangan, dia menarik nafas. Berserah pada takdir!

Serentak kelibat lelaki-lelaki itu mula melewati mereka. Dia merasakan lega yang teramat sangat ketika itu. Sah, bukan mereka yang jadi sasaran. Salah seorang pakcik berkopiah bulat dalam kumpulan tersebut sempat berpaling ke arahnya. “Yang hangpa berdua pi lari tu apasal?” Jerit pakcik itu walaupun dengan nafas termengah-mengah.

Dia hanya mampu tersengih mendengarnya. Aiseh malu! Pandangannya dilempar ke arah Jerone. Melihat anak muda itu sedang mencangkung di hadapannya sambil menutup muka, dia ketawa kecil. Penakut pula si apek ni! Desis hatinya. Dia meluruskan pandangannya. Kelibat kumpulan lelaki yang mengejar kini sayup-sayup di hadapan mereka. Mungkin sedang terus mengejar lelaki berkulit hitam yang mencuri tas tangan seorang perempuan.

Tia tersengih sendiri. Lucunya mereka ketika itu sehingga tersilap sangka lalu turut bersama marathon di belakang bangunan itu. Macam orang gila pun ya! Lagi kelakar ketika itu apabila melihat airmuka Jerone yang pucat lesi macam baru nampak hantu.

“Ni yang tersengih depan pintu aku ni apasal?” Tiba-tiba pintu di hadapannya dikuak dari arah dalam. Tia tergaman. Hilang semua kenangan lucunya ketika mengingatkan bekas telur yang melekat di dinding luar bilik studio itu. Dia memandang ke arah Jerone yang terkelip-kelip memerhatikannya sambil bercekak pinggang.

“Aku nak tengok koranglah. Takkan datang sini nak belajar kalkulus pulak.” Tempelak Tia seraya tersengih.

“Kitaorang dah siap practice. Hari ni habis awal sikit. Keddo nak balik rumah, celebrate birthday party nenek dia.” Jelas Jerone turut sama tersengih.

“Ala… aku baru ingat nak lepak sini habiskan masa sebelum balik.” Tia mengeluh panjang. Boringnya! Menyesal aku datang. Lepak perpustakaan habiskan assignment lagi bagus!

“Kalau macam tu, ikut aku pergi minum. Aku ada berita baik nak bagitahu kau ni.” Ajak Jerone. Wajah Tia yang muram kembali berseri-seri apabila mendengar pelawaan Jerone. Cepat sahaja dia menganggukkan kepala. Langkah Jerone yang menghala keluar diekori dari belakang dengan senyuman.

1 comment:

yunix77 said...

errr....haram jadah????
hahaha
biar betul kak nita yang tulis?
ganah mung!

wakakaka

DEDALU DI HATI - STOK TERHAD!!

DEDALU DI HATI  - STOK TERHAD!!

PESANAN NOVEL DEDALU DI HATI SEDANG DIBUKA SEKARANG!!!

Harga = RM25.90
Kos Pos = RM7 (pos laju)
Total = RM32.90

Emailkan nama dan butiran diri ke arr_nita@yahoo.com.
Pesanan sehingga stok ke 3 ini kehabisan..

NANTIKAN VENOM SURIA DI PESTA BUKU ANTARABANGSA PWTC MULAI 27 APRIL, TERBITAN BUKU PRIMA (RM25.90)

NANTIKAN VENOM SURIA DI PESTA BUKU ANTARABANGSA  PWTC MULAI 27 APRIL, TERBITAN BUKU PRIMA (RM25.90)
Suria gadis ceria dan periang, namun miliki sejarah hitam dalam kelahiran. Yang membuatkan dia diburu dan dijejaki untuk meleraikan sebuah kisah sumpahan, lalu mempertemukan dia dengan dua lelaki berbeza sifat. Izwan jenis yang dingin dan panas baran. Cakapnya harus dipatuhi atau dia akan meletup! Nazrul sentiasa cool tapi punya rahsia terpendam yang menyiksa jiwa. Seorang lelaki ditakdirkan menjadi penyelamat. Seorang lagi ditakdirkan membunuhnya. Kedua-duanya muncul tak diundang, tetapi meninggalkan kesan mendalam. Lalu bermulalah permainan cat and mouse antara mereka sehingga game over!