Followers

Thursday, January 21, 2010

Tiada Sepertimu 8

ZARA bersesak-sesak di hadapan arrival hall, menanti ketibaan ibunya dari Jakarta. Entah apa mimpi ibunya meminta menjemputnya di situ. Padahal selalunya, ibunya akan dihantar pulang menaiki van MAS terus ke Kuala Lumpur sehingga di hadapan pintu rumah mereka.
Lama dia menanti di situ, namun kelibat ibunya tidak kunjung tiba. Zara mula bosan. Dia mengerling pergelangan jam tangannya. Hampir sejam dia menanti, dia mula keresahan. Matanya galak memerhatikan kerenah seorang anak kecil yang mahu lepas dari dukungan ibunya, Nakal si anak kecil itu mencuri perhatiannya. Sabar si ibu juga membuatkannya kagum, lantas membuatnya terkenang pada ibunya sendiri.

Tumpuan Zara terhadap wajah lincah anak kecil itu, terganggu sebaik menerima panggilan telefon. Dia segera mengusik poket beg sandangnya, lalu dikeluarkan sebuah telefon bimbit dari salah satu saku beg itu. Melihat nama yang tertera pada telefon, Zara mengeluh lega.
“Mama kat mana ni? Dah sejam Zara tunggu mama.”
“Sorry sayang, mama ada hal tak boleh balik lagi. Tapi mama nak minta Zara tolong mama.” Suara wanita itu seolah merayu.
“Tolong apa?”
“Begini sayang, anak kawan mama dari Filiphina nak datang malam ni. Flight dia sampai pukul 9 malam. Boleh tak Zara ambil dia dan hantarkan dia ke hotel tempat dia menginap?” Pinta wanita itu. Zara tergaman.
“What? Jadi mama sengaja minta Zara jemput mama ni sebab nak ambil dia?”
“Ala bolehlah sayang, memang kalau boleh mama nak ajak kita bertiga makan sama-sama malam ni. Tapi bos mama panggil. Urgent meeeting antara staff.” Pujuk wanita itu.
Zara menarik nafas panjang. “Habis macamana Zara nak kenal dia? Rupa dia macamana?” Dia terpaksa mengalah tanpa rela.
“Mama suruh dia tunggu depan kaunter check-in dekat pintu masuk. Nama dia Gabriel. Okeylah sayang, bos mama dah panggil tu. Nanti kita jumpa kat rumah ya. Mama beli banyak ole-ole dari Jakarta untuk Zara.”
Klik! Panggilan itu terputus. Zara merenung skrin telefon bimbitnya. Bibirnya mengguman geram. Hidup-hidup dia ditipu ibunya kali ini. Kalau bukan sebab mahu menjemput wanita itu, malas rasanya dia mahu memandu selama hampir sejam menuju ke KLIA.
Dia memandang jam tangannya lagi. Jarum jam hampir mencecah pukul 9.30 malam. Agaknya dah sampai kut. Dia melangkah perlahan menuju ke arah kaunter check-in. Dari jauh dia terpandang kelibat seorang lelaki memakai cap dan berkemeja T putih sedang asyik membelek-belek akhbar Star di tangannya. Zara tak putus-putus memandang wajah yang terselindung oleh topi dan cermin mata hitam. Diakah orang yang dimaksudkan oleh mama? Perlahan-lahan Zara merapati lelaki itu.
“Ehem!!” Dia mengumpul tenaga lalu berdehem. Cubaan kali pertamanya gagal. Lelaki itu kelihatan begitu ralit membelek-belek akhbar di tangannya. Zara mengeluh panjang. Pulak dah dia ni! Habis aku nak buat apa? Takkan nak menjerit kat tepi telinga dia!
Tiba-tiba lelaki itu berpaling, seolah-olah menyedari kehadirannya. Zara tergaman namun dengan lekas tersenyum simpul memandang lelaki itu. “Excuse me. Are you Gabriel?” Dia menyoal.
Lelaki itu tidak menjawab. Cermin kaca hitam yang dipakainya ditanggalkan menampakkan sepasang mata yang sederhana besar, berwarna coklat. “Who wants to know?” Dia membalas pertanyaan itu dengan pandangan curiga.
“Actually my mother had sent me to pick you up.”
“Auntie Ruby?”
Zara mengangguk. Rubiah Hani memang nama ibunya. Gabriel tiba-tiba ketawa membuatkan Zara terpinga-pinga tidak mengerti. “Wow! I didn’t know that she had such a lovely daughter. Glad to meet you, Zara.”
Zara terpempan apabila lelaki itu lancar menyebut namanya. Ah barangkali mama yang memberitahunya, detik hati kecilnya, malas mahu memikirkan benda yang remeh-temeh. Diam-diam dia melirik lelaki berketurunan Filiphina itu. Rupanya seperti orang melayu, cuma tinggi lampai dan berkulit sawo matang. Rupanya juga kacak sama seperti lelaki-lelaki Filiphina lain yang sering ditontonnya melalui telenovela.
“So Gabriel, where do you want to go after this?”
“Actually, I have a booking room for tonight. But first, just call me Gaby.”
Zara mengangguk. Dia hendak mengangkat bagasi-bagasi Gabriel. Namun lelaki itu terlebih dahulu mengambilnya. Mereka segera menuju ke arah tempat letak kereta. Beberapa minit kemudian kedua-duanya sudah berada di dalam perut kereta, menuju ke bandaraya Kuala Lumpur.
Mulut Gabriel tak henti-henti memuji kecantikan pemandangan malam di negara itu. Zara hanya diam. Entah kenapa dia tiada mood mahu berbual-bual dengan Gabriel. Ingatannya ketika itu tertumpu pada seraut wajah. Entah kenapa….
* * * *
MENDENGAR bunyi tombol pintu dipulas perlahan-lahan, Zara berpaling ke arah daun pintu. Bebola matanya mengecil di situ. Volume televisyen yang sedang ditontonnya sengaja dikecilkan.
Beberapa ketika, wajah ibunya muncul di sebalik pintu. Wanita itu masih memakai seragam lengkap pramugari MAS sambil membimbit troli bagasinya. Melihat Zara sedang memandangnya, Rubiah tersenyum panjang.
“Belum tidur sayang? Zara tunggu mama ya.” Sapanya pada si anak.
“Kenapa lambat sangat balik? Dah pukul berapa ni?” Rungut Zara sambil mendongak pada jarum jam yang menunjukkan pukul 1.00 pagi. Rubiah tidak menjawab. Badannya dihempaskan ke atas sofa di hadapan Zara. Terkelip-kelip Zara memandang ibunya.
“Mama dari mana sebenarnya ni?” Soalnya seakan curiga.
“Lepas perjumpaan tadi, mama jumpa kawan mama. Kami pergi makan sama-sama,” jelas wanita itu sambil menyelak anak rambut yang menutup matanya.
“Kawan tempat kerja?”
Rubiah menggeleng. Dia tersenyum simpul. “Kawan baru mama. Zara tak kenal,” ujarnya mudah. “Mama tengok kereta Zara tak ada kat tempat parking. Zara pergi ambil Gabriel tadi pakai apa?” Soal wanita itu.
“Zara guna kereta mama. Kereta Zara rosak. Besok Zara nak ambil kat Fitness Club.” Ujarnya.
“Fitness Club? Kenapa kat situ?” Rubiah mengerutkan dahi. Hairan dengan jawapan si anak.
“Panjang kalau nak cerita. Siapa Gabriel tu mama?” Giliran Zara pula menyoal ibunya. Dia memang benar-benar ingin tahu tentang lelaki yang dijemputnya di airport malam tadi.
“Gabriel tu anak kawan lama mama. Dia ditukarkan kerja kat sini selama setahun. Besok mama nak bawa dia pergi tengok apartment yang mama carikan untuk dia. Zara nak ikut?” Pelawa Rubiah.
“Tak. Zara kerja esok. Gabriel tu betul ke orang Filiphina? Tak nampak sangat pun. Rupa melayu adalah.” Pertanyaan tentang Gabriel masih belum habis.
“Ala Filiphina pun pernah jadi rumpun melayu dulu. Muka diaorang ni dengan kita lebih kurang aje. Lagipun Gaby tu anak kacukan Melayu-Filiphina. Ayahnya orang Filiphina. Maknya kawan lama mama dulu. Dia bekas stewardess dengan MAS juga dulu. Dulu kan dia pernah datang ke mari. Zara tak ingat dengan auntie Ramlah?”
“Auntie Ramlah?” Dia memandang ibunya. Puas sudah dia cuba mengingati nama yang disebut ibunya, tapi akhirnya dia mengalah. Ternyata dia memang agak lembab soal mengingati sesuatu, terutama wajah seseorang.
“Apalah Zara ni, dulu Ramlah tu suka sangat dukung Zara. Masa tu kalau dia balik bercuti dari Filiphina, dia akan singgah rumah kita main-main dengan Zara. Zara dengan Gabriel pun bukannya jauh sangat beza umur. Dua tahun aje.” Ujar Rubiah. Tersenyum dia seketika apabila teringatkan kisah lamanya bersama temannya itu.
“Dahlah Zara, mama penat sangat ni. Mama pergi masuk tidur dulu ya sayang. Zara pun jangan tidur lewat sangat. Kesihatan tu jaga,” ujar Rubiah seraya bingkas bangun dari sofa yang didudukinya. Dahi anak gadisnya dikucup lembut sebelum dia mengheret bagasinya menuju ke bilik.
Zara hanya mampu memerhatikan langkah ibunya tanpa sebarang kata. Nafas yang ditarik terasa berat. Kasihan mama, dalam usia melebihi 40an pun masih terpaksa bekerja keras. Sepatutnya pada usia begitu, wanita itu seharusnya berada di rumah dan berehat. Bukannya berkejar ke sana ke mari beberapa kali seminggu terbang di awan biru. Tapi kalau dia bercakap pun, bukannya wanita itu mahu dengar. Kata mamanya, kerja sebagai stewardesss sudah sebati dengan dirinya.
“Bukan mama tak mahu berhenti, tapi pihak MAS yang minta mama teruskan tugas.” Dia teringat kata-kata Rubiah beberapa bulan yang lalu. “Zara ingat mama tak sedar yang diri mama ni dah tua?” Senyuman wanita itu melebar. Dia merenung ibunya.
“Ya ke mama dah tua? Zara tak nampak pun? Mana kedut-kedut mama tu?” Dia bersuara lebih kepada mengusik. Rubiah tergelak besar. Segera pipi gebunya ditarik wanita itu. Dia mengaduh keperitan.
“Naughty girl. Itulah sayang, mama pun terasa nak berhenti. Tapi mama nak tunggu Zara kahwin dulu. Nanti kalau mama berhenti, mama boleh tinggal di rumah jaga cucu-cucu mama. Taklah mama bosan sangat.” Rubiah seolah membayangkan impian yang masih terhampar kosong.
“That’s weird, mama cakap tentang cucu yang mana ni?” Dia pura-pura tidak tahu apa yang dimaksudkan wanita itu. Rubiah sekadar tersenyum nakal. Tawa kecil meletus di sebalik senyuman wanita itu.
Source pic : link

No comments:

DEDALU DI HATI - STOK TERHAD!!

DEDALU DI HATI  - STOK TERHAD!!

PESANAN NOVEL DEDALU DI HATI SEDANG DIBUKA SEKARANG!!!

Harga = RM25.90
Kos Pos = RM7 (pos laju)
Total = RM32.90

Emailkan nama dan butiran diri ke arr_nita@yahoo.com.
Pesanan sehingga stok ke 3 ini kehabisan..

NANTIKAN VENOM SURIA DI PESTA BUKU ANTARABANGSA PWTC MULAI 27 APRIL, TERBITAN BUKU PRIMA (RM25.90)

NANTIKAN VENOM SURIA DI PESTA BUKU ANTARABANGSA  PWTC MULAI 27 APRIL, TERBITAN BUKU PRIMA (RM25.90)
Suria gadis ceria dan periang, namun miliki sejarah hitam dalam kelahiran. Yang membuatkan dia diburu dan dijejaki untuk meleraikan sebuah kisah sumpahan, lalu mempertemukan dia dengan dua lelaki berbeza sifat. Izwan jenis yang dingin dan panas baran. Cakapnya harus dipatuhi atau dia akan meletup! Nazrul sentiasa cool tapi punya rahsia terpendam yang menyiksa jiwa. Seorang lelaki ditakdirkan menjadi penyelamat. Seorang lagi ditakdirkan membunuhnya. Kedua-duanya muncul tak diundang, tetapi meninggalkan kesan mendalam. Lalu bermulalah permainan cat and mouse antara mereka sehingga game over!