Followers

Friday, January 21, 2011

Sayangku Casper : Bab 39

            Terkelip-kelip matanya memerhatikan gelagat Jerone yang berbisik sesuatu dengan ibunya. Sesekali Auntie Sharon berpaling ke arahnya, membuatkan dia jadi gugup. Entah apalah yang dibisikkan Jerone pada wanita berlidah pendek itu. Jangan Jerone kata dia lari dari rumah sudahlah. Tak fasal-fasal nanti Auntie Sharon mengamuk pula. Bukan dia tidak tahu, jika wanita itu mengamuk dahsyatnya tahap maut.
            Sewaktu sekolah dulu, dia pernah menyaksikan sendiri wanita itu mengejar Jerone sehingga keliling padang sekolah semata-mata Jerone sering ponteng tuisyen. Sudahlah memonteng, wang bayaran tuisyen yang diberi Auntie Sharon dikebas Jerone dan digunakan untuk  membeli speaker besar di studionya. Manalah wanita itu tak mengamuk kalau perangai anak serupa longkang.
            Mujurlah minat Jerone pada muzik akhirnya direstui wanita itu. Itupun kerana Jerone berjaya memperolehi keputusan cemerlang dalam SPM. Jerone memang mempunyai otak yang pintar seperti abangnya Judd. Bila Jerone tamat sekolah, dia masih berada di tingkatan empat. Namun Jerone masih seperti dulu. Anak muda itu sering menjemputnya di sekolah, dan selepas itu mereka sama-sama akan keluar melepak bersama di Baskin Robbin, sambil menikmati aiskrim kegemarannya Oreo Cookies dengan Cream serta Very Berry Strawberry kesukaan Jerone.
            Tia tersengih sendiri. Jerone memang sahabat yang baik!
            Bahunya tiba-tiba ditepuk. Tia terkejut. Serentak sengihannya menghilang. Dia membuang pandang ke arah Jerone dan Auntie Sharon yang terkelip-kelip memerhatikan wajahnya yang merah padam.
            “Kau senyum macam tu, sikit lagi aku ingat kau dah nak gila sebab kena kurung.” Jerone merenung tajam. Dia membeliakkan matanya. Geram dengan ulasan Jerone, lagi-lagi di hadapan Auntie Sharon.
            “Mummy aku dah setuju, kau tinggal sini buat sementara waktu sampai ayah kau balik. Dia tak kisah. Kan mummy?” Jerone melirik manja ke arah ibunya.
            “Haiya, wa tarak kisah lor..asal lu berdua manyak senang ati oo. Itu Halijah memang sadis punya perempuan. Kasi report la sama lu punya bapak Tia.” Saran Auntie Sharon dengan wajah berapi-api. Sikit lagi nak menyerupai The Fire Dragon yang baru kena tambat. Marah betul Sharon bila dapat tahu tentang Tia yang dikurung Halijah semata-mata kerana mahu memaksa Tia kahwin dengan lelaki tak dikenali. Apa punya perempuan! Gumam Sharon benar-benar simpati dengan gadis itu.
            Tia dan Jerone saling berpandangan. Sesaat kemudian senyuman kecil tersungging dari bibir kedua-duanya. Lucu melihat reaksi Auntie Sharon yang bengkeng seperti dia pula yang dipaksa kahwin.
            “Kau tidur bilik Judd, mummy aku selalu bersihkan bilik dia. Lagipun bilik ni dekat dengan bilik mummy aku. Tapi kau jangan terkejut pulak.” Jerone tersengih.
            “Apasal pulak?”
            “Mummy aku tu tidur berdengkur. Sekali dia berdengkur, jangan kata nyamuk, gajah pun tak berani nak masuk dalam rumah ni.” Bisik Jerone seraya ketawa kecil.
            Tia ketawa besar. Dasar mangkuk hayun! Mak sendiri pun dia kutuk! Gumam Tia sambil menggeleng-gelengkan kepalanya. Tapi begitulah sifat Jerone. Santai dan suka bergurau. Ketika bersama lelaki itu, perbezaan agama dan bangsa antara mereka langsung tidak terasa. Bahkan dia lebih selesa berada di dalam perlindungan Jerone dari menjerat batang tengkuknya bersama ibu tirinya.
            “Jerone, thanks.” Bisik Tia perlahan. Hatinya terharu dengan kebaikan Jerone. Kalau bukan sebab Jerone datang menyelamatkannya, tak mungkin dia boleh melepaskan dirinya dari rumah itu.
            Jerone menoleh. Senyuman kecil terhambur dari bibirnya. “Kau dah macam adik aku sendiri Tia. Aku akan buat apa sahaja untuk kau. Jangan bimbang fasal makcik kau, dia takkan tahu kau ada kat sini. Kau boleh tinggal di sini selama mana kau suka. Cuma satu aje aku bimbang…” Wajah riang Jerone berganti muram.
            Tia berpaling. Memandang Jerone yang sedang memerhatikannya.
            “Kenapa?”
            “Kalau aku ke luar negara nanti, entah siapa yang akan lindungi kau lagi. Aku berat hati Tia.” Keluh Jerone.
            Tia terdiam. Wajah Jerone yang muram ditatap dalam-dalam. Dia memahami kerisauan yang bersarang di hati Jerone. Tiba-tiba dia teringat pertengkaran mereka tempohari yang belum sempat selesai secara aman. Entah mengapa dia rasa bersalah pada Jerone. Lelaki itu berhak mengejar masa depannya sendiri. Apa haknya untuk menghalang?
            “Jerone, aku nak maaf..” Ungkapnya perlahan.
            Jerone mengerutkan dahi. Hairan mendengar bicara Tia yang gagal difahami. Untuk apa kata-kata maaf itu dipinta, sedangkan gadis itu tidak pernah berbuat salah padanya.
            “Maaf sebab aku naik angin bila kau beritahu aku fasal kau nak ke Australia tempohari. Aku tak patut naik darah. Kau berhak mengejar cita-cita kau nak belajar di oversea tu. Lagipun kau dah janji dengan Judd.” Ujar Tia sebak. Jerone tersenyum. Wajah manis Tia ditatap penuh perhatian.
            “Tia, aku sebenarnya dah telefon Judd bagitahu dia aku tangguhkan pengajian aku untuk sementara waktu. Bila aku tahu kau dalam masalah, aku tak sanggup tinggalkan kau sendirian Tia. Judd faham. Mummy aku pun faham.”
            Tia tersentak. Kelopak matanya terasa panas sebaik mendengar kata-kata Jerone. Hatinya hiba mengenangkan Jerone yang sanggup menangguhkan pengajian kerananya. Tapi sampai bila dia mahu terus bergantung hidup pada Jerone? Suatu hari nanti, Jerone akan pergi jua darinya. Lelaki itu mempunyai cita-cita dan keinginan sendiri, seperti dirinya yang mahu mengikut jejak langkah ibunya Rosmah. Tidak! Aku tak boleh bebankan Jerone lagi! Tegas Tia dalam hati.
            “Jerone, bila kau sepatutnya berangkat ke Australia?” Soal Tia seraya memandang lelaki itu. Jerone terpisat-pisat memandangnya. Lama mengambil masa, akhirnya Jerone membalas.
            “Sepatutnya dua minggu lagi.”
            “Kau patut pergi. Kasihan Judd dah uruskan segala-galanya.”
            “Tak apa, aku boleh tangguhkan pengajian aku untuk satu semester.”
            “Tak Jerone, aku nak kau pergi. Ini cita-cita kau. Soal aku, kau jangan risau, aku ada rancangan.” Ujar Tia.
            “Rancangan apa?” Jerone kelihatan bingung.
            Tia menarik nafas. Dia teringatkan perancangannya semalam untuk menggunakan tiket yang diberi ayahnya. Mungkin sudah sampai masanya dia bertegas dan menunjukkan pada ayahnya bahawa dia boleh berdikari sendiri. Meskipun tanpa ayahnya di sisi dan tanpa kehadiran Jerone dalam hidupnya.
            Dia pantas membuka zip beg sandangnya lalu mengeluarkan sekeping kertas di dalam sampul surat. Kertas tersebut diserahkan pada Jerone. Jerone membacanya sepintas lalu. Namun usai membaca, kerutan di wajah Jerone bertambah lebar.
            You’re joking right, Tia?” Jerone kelihatan sukar mahu percaya.
            “Aku serius Jerone. Aku dah fikir hal ni masak-masak. Ini sahaja peluang aku untuk lari dari mak tiri aku tu. Lagipun aku dah lama teringin nak ke sana. Mungkin ini peluang terbaik aku untuk belajar tentang fesyen macam mak aku.”
            “Bagaimana dengan pengajian kau kat sini?” Tanya Jerone.
            “Aku akan tangguhkan pengajian. Lagipun aku tak minat dengan kursus tu. Kau pun tahu cita-cita aku kan? Kalau bukan sebab ayah, aku takkan belajar Bussiness Administration. Aku mahu jadi pereka fesyen macam mak.” Ujar  Tia berharap.
            “Aku tak pasti tentang semua ini Tia. Lepaskan kau seorang diri kat Paris tu bukan benda yang sepatutnya. Aku rasa kau patut call ayah kau dan berbincang dengan dia dulu. Lagipun kita kena ke imigresen dan uruskan banyak hal berkaitan dokumen perjalanan, visa dan sebagainya.” Jerone cuba membantah dengan cara halus.
            Tia terdiam. Kalau dia boleh menghubungi ayahnya, sudah lama dia berbuat seperti saranan Jerone. Tapi ayahnya terlalu sibuk untuk diganggu. Malah panggilan-panggilannya tidak pernah disambut lelaki itu.
            Dia segera membuka zip beg sandangnya lalu menyelongkarnya di hadapan Jerone. Buku pasport, kad kredit dan dan dokumen-dokumen lain yang dikatakan Jerone sebentar tadi diletakkan satu persatu di hadapan lelaki itu.
            Jerone tercengang.
            “Aku rasa ayah aku ada kat Paris sekarang ni. Mungkin dia sengaja nak buat surprise. Sebab tu dia dah siapkan semuanya untuk aku.” Ujar Tia. Jerone terdiam. Dia sudah tidak mampu berkata apa-apa lagi.

No comments:

DEDALU DI HATI - STOK TERHAD!!

DEDALU DI HATI  - STOK TERHAD!!

PESANAN NOVEL DEDALU DI HATI SEDANG DIBUKA SEKARANG!!!

Harga = RM25.90
Kos Pos = RM7 (pos laju)
Total = RM32.90

Emailkan nama dan butiran diri ke arr_nita@yahoo.com.
Pesanan sehingga stok ke 3 ini kehabisan..

NANTIKAN VENOM SURIA DI PESTA BUKU ANTARABANGSA PWTC MULAI 27 APRIL, TERBITAN BUKU PRIMA (RM25.90)

NANTIKAN VENOM SURIA DI PESTA BUKU ANTARABANGSA  PWTC MULAI 27 APRIL, TERBITAN BUKU PRIMA (RM25.90)
Suria gadis ceria dan periang, namun miliki sejarah hitam dalam kelahiran. Yang membuatkan dia diburu dan dijejaki untuk meleraikan sebuah kisah sumpahan, lalu mempertemukan dia dengan dua lelaki berbeza sifat. Izwan jenis yang dingin dan panas baran. Cakapnya harus dipatuhi atau dia akan meletup! Nazrul sentiasa cool tapi punya rahsia terpendam yang menyiksa jiwa. Seorang lelaki ditakdirkan menjadi penyelamat. Seorang lagi ditakdirkan membunuhnya. Kedua-duanya muncul tak diundang, tetapi meninggalkan kesan mendalam. Lalu bermulalah permainan cat and mouse antara mereka sehingga game over!