Followers

Sunday, August 23, 2009

Sayangku Casper : Bab 3

DAVIAN tertinjau-tinjau dari pintu masuk Arrival Hall. Sejak dua jam yang lalu dia menanti-nantikan ketibaan seseorang. Namun malangnya, penerbangan yang sepatutnya tiba dua jam yang lepas, tertangguh kerana masalah cuaca yang tidak mengizinkan.

Mata Davian tiba-tiba tertinjau seorang gadis bertopi lebar yang lewat di hadapannya. Melihat lengguk tubuh yang seksi menghayun langkah, dia menelan liur. Fuh seksinya! Kasut tumit tinggi yang dipakai gadis itu memang nampak anggun dan sepadan dengan kaki panjang si gadis. Davian mula berangan-angan. Kalaulah aku dapat awek tu, sumpah aku tak pandang yang lain. Usai berbisik begitu, gadis itu tiba-tiba berpaling ke arahnya.

Davian terkejut. Melihat gadis itu berpatah balik dan melangkah ke arahnya dengan senyuman menawan, dia telan liur. Tapi harapan yang menggunung tinggi dalam hati musnah sebaik gadis itu hanya lalu di tepinya begitu sahaja. Dia yang berkira-kira mahu memperkenalkan dirinya langsung tidak mempunyai peluang tatkala melihat gadis itu berpelukan dengan seorang lelaki.

Keluhannya meniti keluar. Hmm..dah ada pakwe rupanya! Tak ada can aku nak mengayat! Dia tunduk dengan wajah muram, namun bahunya tiba-tiba dicuit dari belakang. Davian berpaling. Melihat seraut wajah memakai kaca mata hitam tersengih memandangnya, hendak tak hendak dia turut sama tersenyum.

“Hmm..flight kau lambat sungguh tiba.” Getusnya separuh merungut. Lelaki di hadapannya hanya ketawa kecil.

“Apa nak buat, cuaca tak berapa elok. Kau sihat?” Soal lelaki itu.

“Jangan tanya soalan yang kau tahu jawapannya kawan.” Davian tergelak besar. Bahu temannya ditepuk-tepuk.

“Jom kita pergi makan. Aku teringin nak makan masakan kampung.” Ujar si lelaki sambil mengheret bagasinya. Davian mengangguk. Namun belum sempat mereka mahu beredar, gadis yang dilihat Davian sebentar tadi melintasi mereka sambil berpegangan tangan dengan seorang lelaki. Si gadis menoleh ke arah mereka. Melihat kedua-dua lelaki itu, gadis itu tersenyum lalu mengenyitkan matanya.

Davian terbatuk-batuk. Tergaman melihat gadis itu mengenyitkan mata ke arah temannya yang baru sampai dari jauh. Lelaki di sampingnya hanya ketawa kecil

“Kau tengok dia? Ada pakwe di sebelah pun, masih berani kenyitkan mata pada kau. Perempuan pada zaman sekarang memang dah lain.” Rungut Davian.

“Apa yang lainnya? Kau cemburu sebab dia kenyit mata pada aku dan bukan pada kau ya?” Lelaki itu mengusik sambil tergelak besar. Davian segera memasamkan mukanya.

“Kalau setakat perempuan yang harap body saja cantik, tapi tak setia buat apa. Aku nak makwe yang boleh aku bawa jumpa mak ayah aku. Yang sopan santun, yang baik budi pekerti.” Davian mencanang satu persatu.

“Tapi aku nampak air liur kau meleleh masa renung perempuan tu tadi. Kau tengah buat apa tadi? Buat analisis psikologi?” Lelaki itu tersengih nakal.

Davian terkedu. Gugup! Alamak! Sejak bila mamat ni perhatikan aku sebenarnya? Belum sempat dia mahu bersuara, tiba-tiba muncul dua lelaki berpakaian kot hitam di hadapan mereka. Wajah kedua-duanya kelihatan serius.

“Tengku Rafique, kami pegawai peribadi ayahanda tengku. Kami disuruh menjemput tengku pulang ke istana lama almarhum nenda tengku.” Ujar salah seorang dari lelaki itu.

Davian memandang lelaki di sampingnya. Wajah Rafique bersahaja, langsung tidak menunjukkan tanda-tanda terkejut dengan kehadiran dua lelaki itu.

“Kalau saya tak mahu?”

Kedua-dua lelaki itu saling berpandangan sesama sendiri.

“Tengku Rafique arahkan kami bawa tengku secara paksa.” Ujar lelaki itu.

Rafique ketawa kecil. Nak paksa aku ikut? Ingat mudah ke?

“Aku ikut. Tapi siapa yang nak bawa bagasi aku ni?” Soalnya seraya memandang ke arah bagasinya yang jelas tidak membebankan langsung. Kedua-dua lelaki itu menatapnya tidak berkelip. Salah seorangnya tunduk mahu mengambil bagasinya. Rafique tersengih. Umpannya mengena!

Secara drastik dia menolak lelaki yang baru menyentuh pangkal bagasinya. Tolakan yang agak kuat menyebabkan lelaki itu terhumban ke arah temannya yang seorang lagi. Kedua-duanya segera jatuh mencium lantai. Rafique bersorak gembira. Davian yang kelihatan gaman menjadi sasaran matanya.

“Davy, tunggu apa lagi? Cabutlah!” Laung Rafique lalu membuka langkah seribu. Davian yang terpisat-pisat seperti cicak tertelan kapur hendak tak hendak terpaksa menurut kelibat lelaki itu. Dia sempat mengambil bagasi Rafique lalu menjeling kedua-dua lelaki yang terkiai-kiai cuba bangun.

“Gila kau! Awal-awal lagi dah buat aku marathon keliling airport ni!” Rungut Davian dengan nafas tercungap-cungap menahan penat. Rafique ketawa kecil lalu mengenakan cap menutupi kepalanya.

“Kenapa kau lari dari bodyguard ayah kau?” Soal Davian lagi ingin tahu.

Rafique terdiam. Dia sendiri tidak tahu bagaimana ayahnya tahu dia pulang ke Kuala Lumpur hari itu. Apakah lelaki itu juga tahu tujuan kedatangannya kali ini?

“Saja. Lagipun aku nak berseronok sikit hari ni.” Ujar Rafique selamba.

“Seronok kepala hotak kau. Sebab seronok kaulah, aku dapat penat tau tak.” Gumam Davian sambil menyeka peluh di dahi.

“Kau bawa kereta hari ni?” Tanya Rafique.

“Mestilah bawak, takkan kita nak naik shuttle bus pulak.” Jawab Davian.

“Good! Let me drive.” Ujar Rafique lalu menadah tangannya. Davian terkesima. Hatinya ragu-ragu mahu menyerahkan kunci keretanya pada lelaki itu. Not this time!

“Raf, kau ingat lagi kan kereta Audi aku yang warna kuning tu?” Tanya Davian seraya menjeling lelaki itu.

Rafique mengangguk. “Yup, nice car. Kau bawa kereta tu ke?”

Davian menggaru kepala tidak gatal. Gerak-geri Rafique seperti tidak ingat apa yang sudah berlaku pada kereta sport miliknya yang kini sudah jadi arwah. Semuanya angkara Rafique yang suka memandu melebihi had laju dan melanggar apa sahaja yang menjadi penghadang jalan. Akibatnya, baru lima bulan dia mendapat kereta itu dari ayahnya, badan Audi R8 itu sudah calar balar dan kemik. Dua belah tayar di hadapannya juga botak. Sekarang lelaki itu datang dan mahu merosakkan Aston Martinnya pula? No way!

2 comments:

misz nana said...

sape dak laki tu?
hero cite ni ke? *mata yg bersinar2*

Unknown said...

Makin menarik..*mata yg bersinar2*...

DEDALU DI HATI - STOK TERHAD!!

DEDALU DI HATI  - STOK TERHAD!!

PESANAN NOVEL DEDALU DI HATI SEDANG DIBUKA SEKARANG!!!

Harga = RM25.90
Kos Pos = RM7 (pos laju)
Total = RM32.90

Emailkan nama dan butiran diri ke arr_nita@yahoo.com.
Pesanan sehingga stok ke 3 ini kehabisan..

NANTIKAN VENOM SURIA DI PESTA BUKU ANTARABANGSA PWTC MULAI 27 APRIL, TERBITAN BUKU PRIMA (RM25.90)

NANTIKAN VENOM SURIA DI PESTA BUKU ANTARABANGSA  PWTC MULAI 27 APRIL, TERBITAN BUKU PRIMA (RM25.90)
Suria gadis ceria dan periang, namun miliki sejarah hitam dalam kelahiran. Yang membuatkan dia diburu dan dijejaki untuk meleraikan sebuah kisah sumpahan, lalu mempertemukan dia dengan dua lelaki berbeza sifat. Izwan jenis yang dingin dan panas baran. Cakapnya harus dipatuhi atau dia akan meletup! Nazrul sentiasa cool tapi punya rahsia terpendam yang menyiksa jiwa. Seorang lelaki ditakdirkan menjadi penyelamat. Seorang lagi ditakdirkan membunuhnya. Kedua-duanya muncul tak diundang, tetapi meninggalkan kesan mendalam. Lalu bermulalah permainan cat and mouse antara mereka sehingga game over!