Followers

Wednesday, December 26, 2012

Mencari Kiblat Cinta: Bab 26


            CAWAN kopi yang panas meruap di hadapannya dihirup beberapa kali. Namun aroma dan rasa kopi yang enak langsung tidak mampu menghindarkan rasa gelisah yang dirasainya saat ini. Sudah hampir setengah jam dia menanti di situ. Namun kelibat Filman tidak kunjung tiba. Hari ini entah kenapa dia memberanikan diri menelefon lelaki itu untuk makan tengahari bersama. Meskipun Filman tidak memberikan kata putus, namun dia menyakinkan diri sendiri bahawa lelaki itu akan datang. Lelaki itu akan mengalah padanya kali ini seperti dahulu.

            Tapi setelah setengah jam berlalu, keyakinannya ternyata goyah sama sekali. Filman tidak lagi seperti dahulu. Yang akan mengejarnya tanpa putus asa. Mungkinkah Filman sudah tidak mencintainya lagi?

            Lima tahun dahulu dia telah membuat keputusan yang tidak disenangi lelaki itu. Malah perpisahan yang mereka lalui, membuatkan airmatanya menitis tanpa henti sepanjang penerbangannya ke Milan. Bukan itu sahaja, ayahnya Tengku Husain sengaja terbang ke Milan untuk memujuknya kembali pada Filman, namun dia tetap dengan keputusannya. Ayah dan ibu mertuanya pernah menghalangnya dari bercerai dengan Filman, namun dia tetap berdegil. Ketika itu dia memang telah nekad dengan keputusannya. Keputusan yang tak mampu diterima Filman dengan baik.

            Wirda benar-benar kesal. Lima tahun dia di Milan, tiba-tiba dia merindui kebahagiaan yang pernah dirasainya suatu ketika dahulu. Entah sejak bila, dia merasa sepi dan terpinggir berseorangan di negara asing. Melia Alina sentiasa di ingatannya. Filman sentiasa hadir di lubuk fikirannya. Meskipun dia mencintai Firdaus, namun masih ada tempat untuk Filman di hatinya.

            Filman sudah melupakan kau Wirda!

            Bisikan itu hadir bersama angin. Membawa rasa duka yang keterlaluan di hatinya. Benarkah begitu? Benarkah Filman sudah tidak mencintainya? Di rumah bekas mertuanya, dia melihat sinar mata Filman yang dingin. Bebola mata lelaki itu melontarkan pandangan tajam yang mengandungi kebencian terhadapnya. Sungguh dia terluka ditatap seperti itu. Dia kembali bukan untuk dibenci. Dia kembali untuk disayangi dan dicintai.

            Satu jam berlalu. Filman masih tidak muncul. Wirda mengesat pelupuk mata yang kebasahan. Kopi yang sejuk direnung sebentar. Ternyata lelaki itu belum bersedia mahu memaafkannya. Jadi apa gunanya dia mmenanti di situ seperti orang bodoh?

            Perlahan-lahan dia menolak kerusi lalu bangun. Tas tangannya dicapai sebelum dia segera berlalu pergi dari situ. Dalam masa yang sama, di hadapan cermin kaca, seraut wajah memerhatikan gerak-geri Wirda dari luar.

Sebaik kelibat wanita itu menghilang, Filman menarik nafas panjang. Tubuhnya disandarkan pada bangunan restoran itu. Sengaja dia tidak masuk ke dalam meskipun dia sampai awal ke situ. Dia risau, jika dia masuk ke dalam dan menemui Wirda, hatinya yang rapuh akan terluka lagi. Cukuplah sekali Wirda melukainya! Dia tidak sanggup lagi menderita seperti dahulu. Lagipun dia tahu tujuan Wirda mahu menemuinya hanya kerana Melia Alina. Perbincangan mereka beberapa hari yang lalu tidak selesai lagi. Keinginan wanita itu untuk membawa Melia Alina ke Milan benar-benar tidak dipersetujuinya.

*  *  *  *

            Ragam anak-anak yang sedang bermain di taman permainan di halaman taska itu mengundang senyumannya. Kebanyakannya berusia antara 4 – 6 tahun. Ada yang bermain buaian dan ada yang bermain jongkang-jongket. Ada juga yang berlari-lari, saling kejar-mengejar di sekeliling buaian tersebut.

            Sudah lama dia berdiri di tepi pagar. Sekadar memerhatikan kanak-kanak itu, hatinya cukup gembira. Namun mata sedang mencari-cari suatu wajah yang ingin  ditatap. Wajah yang ingin dibelai dan dikucup. Di rumah Filman dia tidak mampu melakukannya. Melia juga seakan-akan takut untuk mendekatinya. Hatinya sebak bila mengenangkan anak sendiri langsung tidak mengenalinya. Malah Tengku Saida dan Filman sendiri tidak memperkenalkannya sebagai mama Melia.

            Sedang dia melamun sejenak, telinganya tiba-tiba menangkap suatu suara. Dia menoleh lalu terpandang seraut wajah manis yang sedang dipimpin seorang anak gadis bertudung. Hati Wirda bergetar. Melly!

            Ingin rasanya dia menerpa ke arah anak itu dan mengaku dirinya di hadapan Melia. Dia sudah tidak sabar mahu memeluk anak itu. Namun tindakannya tiba-tiba terhenti. Apa yang dilihatnya membuatkan dia tergaman.

            Kucupan yang diidaminya kini mendarat di permukaan pipi gadis bertudung itu. Gadis itu tertawa diperlakukan begitu. Tubuh Melia segera dirangkul dalam pelukan, membuatkan anak kecil itu ketawa senang. Wirda membalikkan tubuhnya. Fikirannya keliru sekaligus rungsing.

1 comment:

Unknown said...

nape warda terluka???itu lh jua kelukaan yg pernah u hadiah kn wat filman!so usah lh terase dihati...kerna hidup neh ibarat roda..ape yg kite laku kn pasti ALLAH beri kn imbuhan nyer..so muhasabah lh hati cermin lh diri..pasti dpt jawapan nyer...

DEDALU DI HATI - STOK TERHAD!!

DEDALU DI HATI  - STOK TERHAD!!

PESANAN NOVEL DEDALU DI HATI SEDANG DIBUKA SEKARANG!!!

Harga = RM25.90
Kos Pos = RM7 (pos laju)
Total = RM32.90

Emailkan nama dan butiran diri ke arr_nita@yahoo.com.
Pesanan sehingga stok ke 3 ini kehabisan..

NANTIKAN VENOM SURIA DI PESTA BUKU ANTARABANGSA PWTC MULAI 27 APRIL, TERBITAN BUKU PRIMA (RM25.90)

NANTIKAN VENOM SURIA DI PESTA BUKU ANTARABANGSA  PWTC MULAI 27 APRIL, TERBITAN BUKU PRIMA (RM25.90)
Suria gadis ceria dan periang, namun miliki sejarah hitam dalam kelahiran. Yang membuatkan dia diburu dan dijejaki untuk meleraikan sebuah kisah sumpahan, lalu mempertemukan dia dengan dua lelaki berbeza sifat. Izwan jenis yang dingin dan panas baran. Cakapnya harus dipatuhi atau dia akan meletup! Nazrul sentiasa cool tapi punya rahsia terpendam yang menyiksa jiwa. Seorang lelaki ditakdirkan menjadi penyelamat. Seorang lagi ditakdirkan membunuhnya. Kedua-duanya muncul tak diundang, tetapi meninggalkan kesan mendalam. Lalu bermulalah permainan cat and mouse antara mereka sehingga game over!