Followers

Monday, March 21, 2011

Sayangku Casper : Bab 47

            MUKA Tia muncung sedepa sambil mengigit Baquette yang dipesannya. Ketika ditarik Rafique memasuki sebuah restoran, dia enggan mengikut pada mulanya. Tapi mengenangkan begnya dibawa lari oleh pemandu teksi yang lahabau itu, dan dia pula langsung tidak memiliki sebarang pengenalan diri, hendak tak hendak tawaran Rafique kelihatan menarik. Lagipun Rafique sepatutnya bertanggungjawab terhadap dirinya kerana kalau bukan angkara lelaki itu, tak mungkin dia akan kehilangan bagasi-bagasinya.
            “Janganlah marah lagi Tia. Saya dah minta maaf dengan awak dekat 17 kali dah tadi.” Pujuk Rafique.
            “Ah saya tak kira! Selagi bagasi saya tu tak jumpa, saya ada hak tujuh petala langit nak marah kat awak.” Balas Tia dengan wajah mencuka. Geram benar dia dengan peristiwa di airport tadi. Bikin gua mereng!
            “Tak apa, nanti saya minta kawan saya tolong carikan bagasi tu. Kalau pemandu teksi tu jujur, mungkin kita akan dapat semula bagasi tu nanti.” Pujuk Rafique.
            “Encik Rafique, awak tahu tak apa ada dalam bagasi saya tu? Bukan pakaian aje ada dalam beg saya tu, malah beg duit, pasport, alamat yang ada dalam beg sandang saya pun dah diangkut sekali. Awak ingat senang ke nak dapat? Malam ni saya nak tidur kat mana? Macamana saya nak menginap di hotel kalau saya tak ada duit walau satu sen pun?” Jerkah Tia dengan suara manja-manja harimau.
            Rafique sekadar tersengih. Gerak-geri Tia yang berangin menjadi santapan matanya. Comel pulak budak ni bila marah-marah! Bisik hati kecil Rafique. Suara rungutan Tia tenggelam timbul dalam fikirannya.
            “Hello!” Satu jentikan singgah di hadapan mukanya. Rafique terpanar. Kus semangat! Dia memandang Tia yang sedang merenung tajam ke arahnya.
            “Awak dengar tak apa cakap saya tadi Rafique?” Soal Tia semakin berang.
            “Yang awak bising-bising ni kenapa? Sakit telinga saya ni tau. Dah jangan nak membebel lagi. Fasal tempat tidur, awak jangan bimbang. Sehingga beg awak tu kita temukan, awak duduk rumah saya aje.” Putus Rafique seraya bangun dari kerusi yang didudukinya.
            Serentak baguette yang ada di tangan Tia segera melurut jatuh. Tia memandang lelaki di hadapannya dengan wajah terkesima. Matanya terkulat-kulat memandang ke arah Rafique.
            “Ulang semula apa yang awak baru cakap tadi Rafique?”
            “Saya kata malam ni awak tidur rumah saya.”
            Splash! Rafique terkejut beruk. Seisi restoran itu turut terkejut melihat wajah dan tubuh Rafique yang sudah bersimbah air. Tia bingkas bangun sambil bercekak pinggang. Merenung ke arah Rafique dengan wajah berang.
            “Awak jangan ingat boleh main-mainkan saya tau Rafique. Saya paling benci dengan orang yang sengaja nak ambil kesempatan. Tidur rumah awak konon!” Jerkah Tia.
            So what’s wrong with that? Baru kejap tadi awak kata tak ada duit. Bagitahu saya hotel mana nak terima orang tak berduit macam awak? Jangan kata hotel lima bintang, hotel takde bintang pun reject.” Gumam Rafique.
            “Habis awak ingat saya ni siapa? Bohsia?”
            Rafique terdiam. Kata-kata Tia membuatkan dia tercengang. Bohsia? Bila masa aku kata dia bohsia? Sejurus kemudian, Rafique mula tersenyum. Alahai miss communication lagi!
            “Cik Tia, awak dah salah faham ni. Maksud ke rumah saya tu bukan rumah saya seorang. Ada ramai lagi orang kat rumah tu. Orang rumah saya lima kali ganda lagi ramai dari orang kat rumah awak tu.” Jelas Rafique.
            Tia terdiam. Dia masih ragu-ragu mahu menerima tawaran Rafique. Tapi kalau tak diterima, malam ni takkan dia nak tidur di tepi jalan kut. Mampus aku kalau ayah tahu!
            “Rafique, awak..awak takkan jual saya kan?” Tergagap-gagap Tia bersuara.
            Rafique terkedu. Budak ni betullah! Apa kau ingat aku ni bisnes human trafficking ke?
            “Dah jangan nak songeh lagi. Habiskan baquette tu dulu, lepas tu ikut saya. Saya tunggu kat luar.” Ujar Rafique lalu segera beredar. Telinganya berdesing mendengar pertanyaan bodoh Tia itu. Tapi dalam hati dia juga hendak ketawa.
            Tia menggaru kepala selepas ditinggalkan Rafique. Dia termenung panjang. Nak pergi rumah Rafique? Dia ada rumah ke di Paris ni? Tempohari Rafique mengaku dirinya miskin dan berhutang. Kerana itu dia dikejar along. Lepas itu tak disangka-sangka dia bertemu pula dengan lelaki itu di dalam kapal terbang. Dan kini mereka sama-sama berada di tengah-tengah Kota Paris. Kalau Rafique berhutang dengan along, macamana pula dia boleh sampai ke mari? Ah jangan-jangan Rafique lari dari Malaysia ke mari kerana nak mengelakkan diri dari along barangkali! Teka Tia sebarangan.
            Cepat-cepat dia menyudahkan makannya lalu segera keluar dari restoran itu. Di luar pintu restoran, Rafique sudah menanti dengan sebuah kereta Porsche berwarna merah hati yang menjalar di tepi jalan. Mata Tia terbeliak. Porsche? Aik sejak bila teksi yang mereka naiki dari airport tadi boleh bertukar jadi Porsche pulak?
            “Dah siap? Boleh kita bertolak sekarang?” Tanya Rafique seraya membuka pintu kereta untuk Tia yang termangu-mangu seperti orang bodoh.
*  *  *  *
Ketika kereta yang dipandu Rafique meredah signboard tertulis Foch Avenue, Tia sudah menjeling-jeling ke arah Rafique. Wajah lelaki itu nampak selamba, langsung tidak menunjukkan tanda-tanda gusar sepertinya. Dia kembali melencongkan perhatian ke luar jendela. Merenung rumah-rumah besar yang dilewatinya sepanjang perjalanan.
Lima belas minit kemudian, Rafique berhenti di hadapan sebuah pintu gerbang yang kelihatan antik tapi besar. Seorang lelaki tua separuh umur terkocoh-kocoh membuka pintu pagar tersebut lalu menjenguk ke arah tingkap di sisi Rafique yang separuh terbuka.
Bienvenue à la maison, monsieur.” Tegur lelaki itu sambil tersenyum. Kepalanya tunduk sedikit tanda hormat.
            Merci, Grady.” Balas Rafique.
            Mata lelaki itu menjunam ke arah Tia yang berada di samping Rafique. Tia cuba tersenyum, namun wajah lelaki tua itu terkelip-kelip memandangnya.
            Qui est elle?”
            Elle était un ange même du ciel.” Ujar Rafique lalu menghalakan jari telunjuknya ke atas. Orang tua itu tergelak kecil. Lucu mendengar kata-kata lelaki itu. Tinggal Tia yang menggaru kepala sendiri. Ketawa lelaki berdua itu membuatkan dia diterpa curiga. Apalah yang kome borakkan tu? Satu apa pun aku tak faham daa..
            Setelah berbual seketika dengan lelaki tua itu, Rafique segera membawa masuk keretanya ke dalam. Tia sempat membaca signboard yang tertulis di tepi jalan. Villa La Casper. The Private Property. Dahinya segera berkerut.
            “Kita dah sampai.” Ujar Rafique.  
            Tia meluruskan pandangan. Menyedari terdapat sebuah vila tersergam indah di hadapannya, dia terpempan. Mulutnya tanpa disedari melopong. Betul ke ni? Takkanlah rumah besar tu rumah Rafique kut! Hati Tia seperti dilanda badai tsunami. Matanya tak putus-putus meneliti vila besar di hadapannya. Kawasan di sekitar vila dianggarkan seluas hampir 90,000 kaki persegi. Besar beb!
            “Tak nak keluar ke?” Tanya Rafique menjenguk ke arahnya. Entah sejak bila lelaki itu sudah keluar dari perut kereta. Tia tergaman. Cepat-cepat dia keluar dari kereta lalu mendekati Rafique.
            “Rafique, cakaplah betul-betul. Ini rumah siapa?” Soal Tia ingin tahu. Masak dia kalau lelaki itu berbuat yang bukan-bukan. Takkan orang yang banyak hutang boleh tinggal di rumah besar macam istana. Tak logik sungguh dek akal.
            “Ini rumah saya. Well technically..ini rumah granny saya. Tapi saya dah tinggal di sini sejak saya kecil. So this is my home too.” Ujar Rafique.
            “Tapi awak kata awak berhutang dengan along?” Tanya Tia lagi. Hairan!
            Rafique tersengih. Ingat lagi budak ni cerita karut-marut tu. Dia cuba menggulung hujah. Memikirkan penjelasan terbaik yang boleh diberikannya pada Tia tentang cerita-cerita dongengnya. Tiba-tiba kelibat seorang lelaki muncul dari suatu arah. Rafique tersenyum gembira.
            “Uncle Louis.” Dia segera menerpa ke arah lelaki itu lalu memeluknya.
            “Kamu apa khabar? Ujar lelaki itu dalam pelat bahasa melayu.
            “Rafique sihat uncle. Granny mana?” Tanya Rafique ingin tahu.
             “Dia ada di Versailles sekarang.”
            “Kenapa uncle tak ikut?”
            “Uncle tak dibenarkan ikut. Lagipun madame selalu bersendirian waktu-waktu begini. You know her right?” Louis tersenyum.
            Rafique mengangguk. Dia memang menyedari rutin Madame Marianne tidak pernah berubah. Versailles adalah tempat pertemuan wanita itu dengan suaminya Pierre. Dan selepas Pierre meninggal, dia inginkan pengebumian di tempat itu. Di sebuah tanah perkuburan Islam yang dimiliki oleh keluarga Casper. Kerana itu setiap sebulan sekali Madame Marianne akan bersendirian di pusara Pierre.
            “Siapa dia?” Pertanyaan Louis mematikan lamunan singkat Rafique. Dia berpaling. Kerut lebar di wajah Louis cukup untuk membuatkan dia ketawa kecil.
            “Adelie?” Tanya Loius lagi sambil meneliti raut wajah di hadapannya. Tia serba-salah. Malu direnung begitu. Macamlah dia tak cukup sifat!
            “Panjang ceritanya.” Keluh Rafique. Dia sendiri tidak tahu hendak bermula dari mana.
            I have my whole life to listen to you, Rafique.” Sahut Louis tanpa mengalihkan matanya dari wajah Tia yang kelihatan serba tidak keruan.
            Rafique memandang Tia sekilas lalu. Sejurus matanya berlari ke wajah Louis. Perlahan-lahan dia merapati lelaki separuh umur itu lalu berbisik sesuatu di telinga Louis. Seperti yang diduga, Louis tergaman mendengar kata-katanya.
            “Kamu pasti?”
            Rafique sekadar mengangguk.
             “Rafique tak tahu bagaimana nak ceritakan semua ini pada granny, uncle. Granny akan sedih, itu sudah pasti. Tapi kita tak boleh selama-lamanya sembunyikan hal ini.” Keluh Rafique.
            She’s not feeling well right now. Perkara seperti ini tidak patut disembunyikan, tapi kita tak boleh abaikan kesihatan madame.” Ujar Louis memberi buah fikiran.
            Rafique mengangguk. Dia juga sependapat dengan Louis. Matanya dilarikan ke arah Tia yang terpinga-pinga mendengar perbualan mereka.
            “Jom kita masuk ke dalam dulu. Sejuk berada di luar lama-lama.” Usul Louis sambil melirik ke arah Tia yang kelihatan takut-takut. Pandangannya singgah lama di wajah gadis itu. Ada sesuatu terlintas di fikirannya. Sesuatu yang sukar mahu dilafazkan dengan kata-kata. Namun wajah gadis itu, benar-benar mirip dengan Adelie sewaktu kecil.

2 comments:

WITHOUT A SOUND said...

sy ska...^^
smbung agi plzz..

Anonymous said...

harap dapat dibukukan dgn segera :)

DEDALU DI HATI - STOK TERHAD!!

DEDALU DI HATI  - STOK TERHAD!!

PESANAN NOVEL DEDALU DI HATI SEDANG DIBUKA SEKARANG!!!

Harga = RM25.90
Kos Pos = RM7 (pos laju)
Total = RM32.90

Emailkan nama dan butiran diri ke arr_nita@yahoo.com.
Pesanan sehingga stok ke 3 ini kehabisan..

NANTIKAN VENOM SURIA DI PESTA BUKU ANTARABANGSA PWTC MULAI 27 APRIL, TERBITAN BUKU PRIMA (RM25.90)

NANTIKAN VENOM SURIA DI PESTA BUKU ANTARABANGSA  PWTC MULAI 27 APRIL, TERBITAN BUKU PRIMA (RM25.90)
Suria gadis ceria dan periang, namun miliki sejarah hitam dalam kelahiran. Yang membuatkan dia diburu dan dijejaki untuk meleraikan sebuah kisah sumpahan, lalu mempertemukan dia dengan dua lelaki berbeza sifat. Izwan jenis yang dingin dan panas baran. Cakapnya harus dipatuhi atau dia akan meletup! Nazrul sentiasa cool tapi punya rahsia terpendam yang menyiksa jiwa. Seorang lelaki ditakdirkan menjadi penyelamat. Seorang lagi ditakdirkan membunuhnya. Kedua-duanya muncul tak diundang, tetapi meninggalkan kesan mendalam. Lalu bermulalah permainan cat and mouse antara mereka sehingga game over!