Followers

Wednesday, April 3, 2013

Alamak! Lagi-Lagi Dia : Bab 9


EMILIA menghentak kaki masuk ke pejabat ayahnya. Wajahnya masam mencuka sahaja. Tindak-tanduk Emilia mencetus kehairanan di wajah Tan Sri Jabbar. Apa yang tak kena dengan anak gadisnya kali ini?

            “Kenapa ni? Monyok sangat daddy tengok?” Tegur Tan Sri Jabbar.

            “Nadim daddy, dia sakitkan hati Emy.” Emilia mengadu domba.

            “Nadim lagi?” Keluh Tan Sri Jabbar. Tak habis-habis anak muda itu membuat onar.

            Ada ke patut dia kata dia tak nak kahwin dengan Emy.” Emilia memandang wajah ayahnya dengan kerut resah.

            Tan Sri Jabbar menarik nafas panjang lalu duduk di atas sofa empuk di biliknya, berhadapan dengan anak gadisnya. Wajah Emilia menjadi santapan matanya.

            “Kamu dah bertunang. Suka atau tidak, dia harus kahwin dengan anak daddy ni.” Pujuk Tan Sri Jabbar, cuba meredakan kegelisahan di hati anak gadisnya.

            “Emy tak rasa Nadim akan kahwin dengan Emy, daddy. Sampai sekarang dia tak boleh lupakan Naomi.” Keluh Emilia.

            “Apa dia masih ingat pada perempuan tu?” Soal Tan Sri Jabbar dengan wajah menyinga. Tak sangka, sehingga mati pun, Naomi masih menjadi saingan anak gadisnya sendiri. Sangkanya dengan menghindarkan Naomi Lee Schubert dari hidup Nadim Ammar akan melembutkan hati anak muda itu menerima Emilia. Tapi ternyata semua ini langsung tidak berupaya mengubah perasaan anak muda itu.

            “Apa dia masih kerja di Jumbo Jeep tu?” Soal Tan Sri Jabbar.

            Emilia sekadar mengangguk.

            Tan Sri Jabbar mengeluh. Degilnya budak itu! Nadim langsung tidak menyerupai ayahnya Aaziz Ibrahim. Anak muda itu sukar dilenturkan hatinya. Banyak kali mereka memujuk Nadim Ammar balik ke New York, tapi lelaki itu lamgsung tidak ambil peduli!

            “Emy jangan risau sayang, daddy akan pastikan Nadim kahwin dengan Emy seperti yang dah dirancang.” Putus Tan Sri Jabbar dengan suara yang cukup yakin,

            “Kalau dia tak mahu?” Emilia mengesat pelupuk matanya yang berair.

            Don’t worry, he will.” Tegas Tan Sri Jabbar. Sekalipun anak muda itu membantah mahu dikahwinkan dengan Emilia, Nadim tidak akan mampu melakukan apa-apa pun. Dia masih memegang sekeping kad taruhan yang pasti akan membuatkan Tuan Aaziz Ibrahim mahupun Nadim Ammar sendiri mengikut cakap-cakapnya. Itu dia pasti!

No comments:

DEDALU DI HATI - STOK TERHAD!!

DEDALU DI HATI  - STOK TERHAD!!

PESANAN NOVEL DEDALU DI HATI SEDANG DIBUKA SEKARANG!!!

Harga = RM25.90
Kos Pos = RM7 (pos laju)
Total = RM32.90

Emailkan nama dan butiran diri ke arr_nita@yahoo.com.
Pesanan sehingga stok ke 3 ini kehabisan..

NANTIKAN VENOM SURIA DI PESTA BUKU ANTARABANGSA PWTC MULAI 27 APRIL, TERBITAN BUKU PRIMA (RM25.90)

NANTIKAN VENOM SURIA DI PESTA BUKU ANTARABANGSA  PWTC MULAI 27 APRIL, TERBITAN BUKU PRIMA (RM25.90)
Suria gadis ceria dan periang, namun miliki sejarah hitam dalam kelahiran. Yang membuatkan dia diburu dan dijejaki untuk meleraikan sebuah kisah sumpahan, lalu mempertemukan dia dengan dua lelaki berbeza sifat. Izwan jenis yang dingin dan panas baran. Cakapnya harus dipatuhi atau dia akan meletup! Nazrul sentiasa cool tapi punya rahsia terpendam yang menyiksa jiwa. Seorang lelaki ditakdirkan menjadi penyelamat. Seorang lagi ditakdirkan membunuhnya. Kedua-duanya muncul tak diundang, tetapi meninggalkan kesan mendalam. Lalu bermulalah permainan cat and mouse antara mereka sehingga game over!