Followers

Wednesday, November 13, 2013

Cinta Bukan Larangan (SC): Prolog


PROLOG

TERGESA-GESA lelaki itu mengangkat sekujur tubuh kecil yang kelihatan kaku masuk ke dalam sebuah rumah kosong tidak jauh dari pinggir Tasik Hillsdale. Anak kecil itu kemudian dibaringkan di atas sebuah katil kayu yang sudah using dan beralaskan daun-daun kering.

            Matanya tertumpu pada liang luka pada dahi anak itu. Darah pekat membasahi sebahagian besar kepala anak itu. Dia melihat nafas anak kecil itu turun naik. Barangkali sedang berperang dengan mautnya sendiri, bisik lelaki itu di dalam hati. Langkahnya segera dihela ke arah pintu. Dia ingin cepat-cepat keluar dari situ.

            Mom…..” suara kecil itu singgah di gegendang telinganya. Dia terpaku. Perlahan-lahan tubuhnya dibalikkan. Mata anak itu terkebil-terkebil hampir terbuka. Melihat keadaan itu, dia jadi mati kutu. Bagaimana kalau anak itu terjaga dan melihat wajahnya?

            “Kalau dia sedar, bunuh dia saja. Jangan sampai dia cam kita pulak,” suara lelaki itu kembali bergema dalam kepalanya. Dia terkedu sejenak, namun memandangkan hutangnya dengan lelaki itu belum langsai, ditambah dengan ugutan demi ugutan, dia terpaksa juga melakukan seperti apa yang disuruh.

            Tangannya sudah menghunus pisau tajam yang diselit di belakang tali pinggang. Anak kecil itu terus meracau-racau tidak tentu arah. Dia sudah bersedia. Jika saja anak itu melihatnya, dia terpaksa menghapuskan anak itu. Namun memandang raut wajah yang manis itu, nalurinya seakan-akan tidak mengizinkan. Hati kecilnya tersentuh. Tegakah hatinya mahu meragut nyawa anak kecil yang tidak berdosa itu? Sanggupkah dia?

No comments:

DEDALU DI HATI - STOK TERHAD!!

DEDALU DI HATI  - STOK TERHAD!!

PESANAN NOVEL DEDALU DI HATI SEDANG DIBUKA SEKARANG!!!

Harga = RM25.90
Kos Pos = RM7 (pos laju)
Total = RM32.90

Emailkan nama dan butiran diri ke arr_nita@yahoo.com.
Pesanan sehingga stok ke 3 ini kehabisan..

NANTIKAN VENOM SURIA DI PESTA BUKU ANTARABANGSA PWTC MULAI 27 APRIL, TERBITAN BUKU PRIMA (RM25.90)

NANTIKAN VENOM SURIA DI PESTA BUKU ANTARABANGSA  PWTC MULAI 27 APRIL, TERBITAN BUKU PRIMA (RM25.90)
Suria gadis ceria dan periang, namun miliki sejarah hitam dalam kelahiran. Yang membuatkan dia diburu dan dijejaki untuk meleraikan sebuah kisah sumpahan, lalu mempertemukan dia dengan dua lelaki berbeza sifat. Izwan jenis yang dingin dan panas baran. Cakapnya harus dipatuhi atau dia akan meletup! Nazrul sentiasa cool tapi punya rahsia terpendam yang menyiksa jiwa. Seorang lelaki ditakdirkan menjadi penyelamat. Seorang lagi ditakdirkan membunuhnya. Kedua-duanya muncul tak diundang, tetapi meninggalkan kesan mendalam. Lalu bermulalah permainan cat and mouse antara mereka sehingga game over!