WIRDA menghabiskan masa sendirian berkurung
di sebuah apartmen di kawasan bukit tinggi di Bangsar. Sejak dia balik dari
bertemu Filman tadi, dia terus mengunci diri dalam kamar apartmennya.
Perasaannya entah kenapa berat. Bagaikan ada sebiji batu besar sedang menghempap
seluruh jiwa dan perasaannya ketika ini. Kata-kata Filman padanya benar-benar
melukakan hatinya.
“Kenapa
Wirda ke mari?” Soal Filman dingin.
“Salah
ke Wirda balik jumpa Fil? Jumpa anak kita?”
“Setelah
lima tahun baru
nak tunjuk muka?”
Dia
terdiam seketika. Kata-kata Filman bagaikan memerlinya.
“Wirda
rindukan Melly, Fil.”
“Thanks to you, dia tak pernah ingat rupa
mamanya. Wirda sangka, setelah Wirda lepaskan semuanya lima tahun dahulu, dan kini senang-senang
Wirda balik ke mari seolah-olah tak ada apa yang berlaku?” Soal Filman serius.
Persoalan
demi persoalan yang dibangkitkan oleh Filman membuatkan dia merasa dirinya
seperti dihujani panah beracun. Setiap satu panahan menikam tepat di
jantungnya. Lukanya terasa sakit dan perit, sama seperti apa yang dirasakannya
enam tahun yang lalu sewaktu dia dibawa ayahnya Tengku Hussain ke bilik
pemeriksa perubatan.
“Kenapa
kita kat sini babah?” Tanyanya ingin tahu.
Tengku
Hussain tidak menjawab. Namun lengannya dipaut lelaki itu memasuki sebuah
bilik. Di muka pintu, matanya menangkap kelibat tubuh Tengku Amar. Lelaki itu
sedang ditenangkan oleh beberapa orang lelaki yang tidak dikenali. Ada di antaranya yang
berpakaian seragam polis.
Dahinya
berkerut menatap lesu yang terpapar pada wajah lelaki itu. Sejurus kemudian,
pandangannya dialihkan. Di ruang tengah bilik itu, terdapat sekujur tubuh terlentang
di atas troli dilindungi sehelai kain penutup. Sebelah tangan terjulur keluar
dari celah-celah kain penutup tersebut.
Dia mengerling wajah si ayah dengan pandangan
keliru. Tengku Hussain hanya memandangnya serba-salah.
“Siapa
yang meninggal tu babah?” Soalnya dengan nada curiga. Perasaan hairan mula
bertapak di jiwa, disertai rasa resah yang tiba-tiba mengulit diri.
“Wirda,
dengar cakap babah ni baik-baik. Wirda kena tabah sayang. Wirda kena banyak
bersabar dan anggap perkara ni sebagai ujian tuhan untuk kita.” Ujar Tengku
Hussain seraya memegang kedua-dua belah bahunya. Namun anak matanya langsung
tidak mampu berkalih dari mayat yang terbujur kaku di hadapannya.
“Kenapa
babah cakap macam ni? Siapa yang meninggal tu babah?” Ulangnya kian gelisah.
Entah kenapa kehadiran Tengku Amar tambah mengusutkan fikirannya. Dia tahu ada
sesuatu yang buruk sedang berlaku. Nalurinya dapat merasakan sesuatu, tapi
untuk membuat andaian, dia benar-benar tidak mampu. Bimbang apa yang dirasakannya saat ini
benar-benar berita buruk yang ingin dielakkannya.
“Wirda,
Firdaus sudah meninggal.” Bisik ayahnya dengan wajah simpati.
Dia
tersentak. Kata-kata lelaki itu bagai angin semilir merasuk ke hati. Tubuhnya
bergetar mendengar nama itu disebut. Dia melemparkan pandangan tajam ke arah
Tengku Hussain.
“Apa
babah merepek ni?” Soalnya dengan suara meninggi.
Dia
melihat mata ayahnya beredar ke arah Tengku Amar. Kedua-duanya saling memandang
bagai sedang berkongsi rahsia. Sejurus mata Tengku Amar beralih pula ke
wajahnya. Renungan lelaki itu tampak sayu.
“Wirda,
babah cakap betul. Firdaus dah tak ada lagi sayang. Dia dah tinggalkan kita.”
Bisik Tengku Hussain lagi.
Dia
menggeleng. Tak mungkin! Lelaki itu tak mungkin sudah mati! Mereka sudah
berjanji untuk bertemu malam ini dan menyambut anniversary percintaan mereka. Firdaus takkkan sesekali mungkir
janji!
“Tak!
Babah bohong!” Dia bagai hilang pedoman diri.
“Wirda..”
“Orang tu tak mungkin Fir. Dia tak mungkin tinggalkan
Wirda macam tu aje.” Usai berkata demikian, dia terus meluru ke arah troli di
hadapannya. Kain penutup mayat segera dirungkai menyerlahkan seraut wajah yang
kelihatan tenang biarpun berlumuran darah. Wajahnya terbeliak, membayangkan
kejutan yang tak diduga.Tubuhnya hampir terjelupuk. Mujurlah ayahnya sempat
menyambutnya.
“Wirda…” keluhan Tengku Hussain berlanjutan. Namun dia
sudah tidak mampu berkata apa-apa. Dia mengongoi bagai anak kecil. Hilang semua
bahagia yang dirasakannya dalam sekelip mata, bila matanya terpandang wajah
lelaki itu. Lelaki yang dicintainya sejak lima belas tahun yang lalu.
Wirda mengesat air mata yang berpupuk di birai mata. Enam tahun lamanya dia menangisi pemergian lelaki itu. Meratap
duka sekeping hatinya yang tercalar kerana kehilangan cinta. Namun yang
ditemukan kembali hanyalah kenangan yang tidak pernah pudar. Dan kerana itulah
dia merasa berdosa pada Filman. Lelaki itu seorang yang baik. Yang memahami
sebahagian dari dirinya, meskipun dia tidak pernah mengharapkan begitu. Yang
sanggup menerima dirinya seadanya meskipun dia insan yang berdosa! Fil! Maafkan
aku!
“Kalau
Wirda nak bawa Melly ke Milan ,
lupakan saja. Tapi kalau Wirda nak jenguk dia, datang aje kat rumah. Fil tak
sangka Wirda masih boleh ingat jalan ke mari.”
Sindiran
itu menusuk ke sanubarinya. Dia masih terkesan dengan layanan Filman padanya. Selama
ini Filman tidak pernah berkasar padanya. Tidak walaupun sekali! Namun kali ini
Filman benar-benar tidak sudi menyerahkan Melia dalam jagaannya walaupun
sebentar. Takut benar lelaki itu dia membawa lari Melia ke Milan . Dan bagaimana dengan aku? Sampai bila
aku dan Melly akan hidup terpisah begini? Melly! Mama rindukan Melly! Mama
bukan bermaksud mahu meninggalkan Melly. Tapi mama terpaksa tinggalkan tempat ini lima
tahun yang lalu. Ketika itu fikiran mama terlalu kusut. Mama takut jika mama
tak tinggalkan tempat ini, maka mama akan jadi gila memikirkan semua kesilapan
yang mama lakukan pada papa Melly. Maafkan mama Melly! Bisik Wirda seraya
mengesat tubir matanya yang bergenang air jernih.
1 comment:
akak suke andai filman ngan danira di pertemu n perjodoh kan..biar lah wirda jadi kisah silam wat filman!!!
Post a Comment