Followers

Wednesday, December 19, 2018

Spy Hati Dari Chantilly (Bab 10)

SURI Imani menguap lebar. Mengantuknya! Jarum jam di tepi katil dikerling. Sudah hampir pukul 7 pagi. Dia terpinga-pinga. Cepat-cepat dia bingkas bangun lalu segera mengambil wudhu.
Hari ini hujung minggu dan dia tidak merancang untuk keluar ke mana-mana. Pagi itu masanya terisi dengan sekadar menonton televisyen. Tetapi tidak ada yang menarik untuk dilihat pagi itu. Hanya beberapa rancangan televisyen yang membosankan. Matanya juga cepat layu.
Sedang dia bergelut dengan masa yang membosankan, telefon bimbitnya tiba-tiba berdering. Suri Imani mencapai telefon bimbitnya. Tetapi sebaik dia melihat nama yang terpapar di hadapan skrin, nafasnya segera turun naik. Mama!
 “Suri ke mana tadi? Puas mama tunggu Suri jawab call.” Sapa wanita itu dengan suara sayu.
“Suri tak dengar tadi. Kenapa mama call Suri ni?”
“Mama nak tanya keadaan Suri. Dah dua minggu tak dengar cerita. Suri sihat? Suri nak mama datang ke apartmen tu?”
“Suri sihat mama. Mama tak payah datang, Suri nak bersendirian.” Ujarnya.
Wanita itu terdiam sejenak. Dia mengigit bibirnya. Terasa bersalah kerana berterus-terang begitu. Tapi memang dia perlukan masa untuk bertenang. Dia perlukan ruang untuk bersendirian.
“Mama, Suri tak bermaksud..”
“Tak, mama faham. Tapi mama rindukan Suri. Selalu mama dapat bercakap sahaja dalam telefon, tapi Suria langsung tak nak jumpa mama. Oh ya, minggu depan Suri balik ya? Mama nak buat makan-makan sikit. Suri kan dah lama tak makan masakan mama.” pinta wanita itu.
Suri Imani terdiam sejenak.
“Suri rasa tak boleh la mama, Suri dah start kerja minggu depan” ujarnya serba salah.
“Suri dah dapat kerja? Alhamdulillah, lega sangat mama dengar.” Suara Puan Zarina membayangkan kegembiraan.
Suri Imani menarik nafas panjang. Terasa kesal kerana terpaksa membohongi mamanya. Tapi apa dayanya? Dia terpaksa!
“Mama jangan risaukan Suri. Suri dah dapat kerja, jadi mama tak payah bagi duit belanja pada Suri lagi. Suri okey.” Ujarnya.
Puan Zarina terdiam di talian. Agak lama hingga dia mampu mendengar bunyi deruan nafas mamanya.
“Macam tu sekali ke Suri tak perlukan mama lagi? Tak perlukan ayah dan tak perlukan Kak Lin kamu?” Sayu nada suara itu berbicara. Sebak kedengaran.
“Suri cuma nak tenangkan fikiran Suri mama. Suri tak nak susahkan sesiapa lagi,” ujar Suri Imani turut sebak. Air mata yang cuba ditahan gugur jua di pipinya.
Suri kena pergi ni mama. Suri ada kerja sikit ni.” Ujarnya. Berbicara sepatah dua lagi sebelum memutuskan panggilan telefon.
Buat seketika dia termangu-mangu kesedihan di ruang tamu. Pilu menyelubungi diri. Dia mahu beredar ke biliknya sahaja. Tetapi belum sempat kakinya menghela langkah, berita di kaca televisyen menarik perhatian.
“Pihak berkuasa sedang menggiatkan pemburuan ke atas seorang individu tidak dikenali yang menceroboh bangunan sekuriti Intra-Tech semalam. Meskipun pihak Intra-Tech tidak memberi sebarang komen mengenai pencerobohan itu tetapi dari sumber yang diperolehi, individu itu dikenali dengan nama samaran Tuan Glock yang pernah dikaitkan dengan beberapa kes kecurian berprofil tinggi sejak tiga tahun yang lalu. Beliau dikatakan turut menjadi buruan Interpol dan polis antarabangsa membabitkan beberapa kes termasuklah kes kehilangan berlian The Grand Conde beberapa tahun yang lalu serta kehilangan sebuah lukisan karya Antonio de Gertrude yang terkenal. Pihak interpol telah mengeluarkan beberapa lakaran wajah suspek tetapi tidak ada sebarang maklumat lanjut diperolehi.”
Suri Imani mengulit isi berita itu tidak berkelip. Nama The Grand Conde mengingatkan dirinya pada sesuatu. Tuan Glock! Lelaki itu berada di sinikah? Ada lakaran wajah lelaki itu di kaca televisyen. Tetapi dari lakaran itu, dia tidak fikir begitu wajah Tuan Glock yang sebenar. Meski dia tidak pernah nampak wajah lelaki itu, tetapi ada kalanya mata lelaki itu muncul di dalam mimpinya.
Dia bingkas bangun ke arah meja kecil di suatu sudut lalu mencari-cari sesuatu di dalam laci meja. Sebaik bertemu apa yang dicari, berupa sehelai buku sketch dan pensel, tanpa disuruh dia mula melakar sesuatu pada helaian kertas itu. Meskipun lakarannya berbeza sama sekali dengan lakaran di dalam kaca televisyen, tetapi itu imej lelaki itu yang pernah terakam di fikirannya tiga tahun yang lalu. Entah kenapa dia melukisnya, dia sendiri tidak tahu.
Hampir setengah jam dia melukis, dia berhenti. Matanya mengulit hasil karyanya sendiri. Tidak cantik tetapi itu gambaran sebenar Tuan Glock. Dia juga melukis dirinya yang berada di dalam pelukan Tuan Glock. Ada lima pengawal bersenjata di hadapan mereka. Dia juga melukis The Grand Conde yang masih berada di dalam kotak pameran. Kad berwarna hitam yang dipangkas dengan simbol kaligrafi cina berbentuk G yang pernah ditunjukkan pegawai polis di Chantilly dahulu turut dilakar di tepinya.
Suri Imani menarik nafas panjang. Tuan Glock! Siapa lelaki itu sebenarnya? Benarkah dia penjenayah berbahaya? Kalau lelaki itu benar-benar penjenayah, kenapa lelaki itu menyelamatkan nyawanya ketika itu dari ledakan pistol pengawal-pengawal di Musee de Conde? Ironi, jika difikirkan sejenak, bukan hanya Farid Ilham yang pernah menyelamatkan nyawanya, tapi Tuan Glock itu juga.

SUDAH lama dia berdiri di hadapan apartmen 7D itu. Sesekali dia mendaratkan cuping telinganya di dada pintu, cuba mendengar sebarang bunyi yang datangnya dari dalam. Sekali pandang dia kelihatan seperti orang gila. Menghendap jiran sebelah!
“Encik Mikey? Buat apa tu?” Muncul suatu suara dari belakangnya.
Dia tergaman. Serentak dia menoleh ke belakang lalu menemukan wajah seorang lelaki berpakaian seragam. Pak Meor rupanya! Salah seorang sekuriti di situ.
“Err..tak buat apa-apa Pak Meor, saja nak check pintu ni macam tak kukuh sangat.” Seperti orang bodoh dia mengetuk-getuk pintu di hadapannya.
Pak Meor tersengih-sengih melihat gelagat Mikey Mikhail. Sejak lelaki itu menginap di situ sejak beberapa tahun yang lalu, memang dia tidak kekok berbual-bual dengan penginap 6D yang peramah itu. Dia tahu Mikey Mikhail bukan calang-calang orang, tetapi lelaki itu tidak sombong seperti kebanyakan penginap-penginap lain di apartmen itu.
“Kenapa dengan pintu tu? Pak Meor tengok okey je.”” Ujar Pak Meor tersenyum-senyum.
“Eh mana okey, tak okey ni. Nampak, bila saya ketuk, bunyi dia lain macam sikit kan.” Terkemut-kemut Mikey Mikhail cuba menjelaskan. Usai dia menghabiskan kata-katanya, tiba-tiba pintu di hadapannya terkuak menyerlahkan seraut wajah manis.
Mikey Mikhail tergaman. Jelas di matanya gadis itu turut terkejut melihat kehadirannya. Siapa yang lebih terkejut entahlah! Yang pasti dia tidak sangka gadis yang makan tengahari bersamanya semalam, rupa-rupanya jiran sebelah rumahnya.
“Encik Mikey dah kenal dengan Cik Suri kan? Dia baru pindah ke sini tiga bulan lepas.” Tak disangka-sangka Pak Meor bersuara.
Mikey Mikhail merenung gadis yang kelihatan resah itu. Dah tiga bulan pindah? Kenapa aku tak perasan pun?
“Ada apa ya Pak Meor?” Suri Imani memandang lelaki tua itu. Dia enggan memandang Mikey Mikhail kerana dia pasti wajahnya kini menjadi tumpuan utama lelaki itu. Jangan-jangan lelaki itu sudah tahu perihal hal semalam. Aduh! Habis aku!
“Ini ada bungkusan pos laju untuk Cik Suri,” ujar Pak Meor lalu menyerahkan sesuatu pada gadis itu.
Suri Imani mengambilnya.
“Terima kasih. Buat susah-susah aje, saya boleh ambil di bawah aje,” ujar Suri Imani.
“Tak apa, lagipun kami tak dapat nak hubungi Cik Suri. Cik Suri belum beri nombor telefon pada pihak kami,” ujar Pak Meor.
Suri Imani menepuk dahinya. Ya tak ya juga! Sewaktu dia mengisi borang di kaunter sekuriti, dia terlupa mengisi nombor telefonnya di dalam borang maklumat diri.
“Tak apalah Pak Meor, nanti saya turun ke bawah dan bagi nombor telefon tu,” ujar Suri Imani.
“Kenapa tak bagi sekarang? Kasihan Pak Meor dah naik sampai ke mari.” Sampuk suatu suara.
Suri Imani melirik lelaki di hadapannya. Mikey Mikhail hanya tersengih-sengih memandangnya. Dia mengetap bibirnya. Cuak dengan lelaki itu! Mahu tak mahu dia menyebut nombor telefonnya seraya dicatat oleh Pak Meor.
Selepas Pak Meor beredar, Suri Imani turut beredar ke dalam. Namun belum sempat dia mahu menutup pintu, kaki Mikey Mikhail terlebih dahulu menghadang. Dengan selamba, lelaki itu menerpa masuk ke dalam apartmennya.
“Apa yang awak buat ni? Keluar.” Suruh Suri Imani.
Nice place. You duduk seorang?”
“Saya tak nak jawab soalan bodoh tu. Get out. Awak tak ada hak nak masuk rumah saya tanpa keizinan saya.”
“Hak? Really?” Ketawa Mikey Mikhail meletus.
“I tak boleh masuk rumah you, tapi you boleh pulak masuk rumah I, usik barang-barang I. And now you want to talk about ‘hak’ with me?” Tanya Mikey Mikhail tenang, Dia duduk di atas sofa di ruang tamu, menghadap tepat ke arah Suri Imani yang sedang bercekak pinggang. Marah sungguh gadis itu terhadapnya sehingga merah padam wajah manis itu.
“Saya bukan hadap sangat nak masuk rumah awak. Awak yang suruh saya, awak tak ingat ke?” Getus Suri Imani geram.
Mikey Mikhail terdiam. Dia sedang memikirkan kata-kata Suri Imani itu.
“Lupa ya? Siapa yang mabuk teruk dan baling kepala saya dengan tin bir?”
Mikey Mikhail tercengang-cengang.
 “Macamana you boleh masuk?” Tanya Mikey Mikhail lagi dengan dahi berkerut. Sedikit sebanyak kejadian dua malam lalu menerpa ke benaknya. Masih kabur tetapi ada  akar umbinya.
“Awak suruh saya cari kunci awak.”
Wait a second. You mean you raba I?” Mikey Mikhail membeliakkan matanya besar-besar.
Berderau darah Suri Imani dibuatnya. Gila ke apa mamat ni? Siapa entah yang selera nak meraba orang mabuk macam dia! Hatinya mengatakannya begitu, walhal wajah Mikey Mikhail ketika ini sangat memikat dan mendebarkan.
“Raba apa pulak ni? Jangan nak buat lawak boleh tak? Awak minta pertolongan saya. Awak ingat saya baik hati sangat nak bantu awak? Saya buat sebab saya menyampah tengok awak tidur depan pintu macam pengemis.” Gumam Suri Imani seraya mencebik.
Mikey Mikhail tersengih-sengih. Ialah tu! Jangan-jangan dia sengaja ambil kesempatan masa aku tak sedarkan diri. Perempuan zaman sekarang ramai yang advance. Nampak je airmuka baik, tetapi boleh tahan hebat.
“Okey, one more thing. Mana barang I yang you ambil?”  Tanya Mikey Mikhail.
“Barang apa? Mana saya ada ambil apa-apa.” Nafi Suri Imani. Walhal dia sudah berdebar-debar. Ada barang lelaki itu yang hilangkah? Macamana kalau dia dituduh mencurinya?
Where is my brandi and my champagne? Jangan cakap yang you tak tau apa-apa fasal tu. I tahu itu kerja you kan?” Perangkap Mikey Mikhail. Sengaja dia mahu melihat respon anak gadis itu.
Suri Imani mengeluh. Itu rupanya yang dicari-cari!
“Saya dah buang.” Jawab Suri Imani selamba.
What? Cakap sekali lagi?”
“Saya dah buang semua tu.” Ulang Suri Imani lebih keras.
Mikey Mikhail bersandar di dada sofa dengan wajah merah padam. Dia dah buang?
“Semuanya?”
Suri Imani mengangguk.
Are you out of your mind? Suri Imani right? You tahu tak berapa nilai semua arak-arak tu? Champagne tu hadiah dari kawan I. Ada yang diimport dari luar negara. Harga sebotol mencecah lebih dari lima ribu. What have you done?” Keluh Mikey Mikhail kesal.
“Tak kisahlah arak tu lima ribu ke lima juta ke? Awak kata awak orang melayu, tapi awak minum benda-benda haram tu. Tak malu ke?” Balas Suri Imani lancang.
Kulit wajah Mikey Mikhail semakin menegang. Kalau tadi dia mahu bercakap elok-elok dengan Suri Imani, tapi kali ini kesabarannya semakin menipis. Nak khutbah aku pulak minah ni! Damn it!
“Minta maaf dengan I sekarang. You have done a terrible mistakes young lady.” Mikey Mikhail bingkas bangun dengan wajah berang.
Suri Imani telan liur. Gugup melihat airmuka masam mencuka itu meratah wajahnya tidak berkelip. Namun dia masih degil untuk mengaku yang dia telah buat silap.
Never! Awak patut berterima kasih dengan saya sebab saya dah buang benda-benda haram dalam rumah awak. Sebaliknya awak kata saya dah buat kesilapan besar? Awak tahu tak, saya dah malas nak layan awak. Saya cuma nak awak keluar dari rumah saya sekarang sebelum saya panggil sekuriti.” Ugut Suri Imani cuba memberanikan dirinya.
“Go a head. Sebelum mereka datang ke mari, cuba fikir baik-baik apa yang I nak buat dengan you ni.” Balas Mikey Mikhail, perlahan-lahan mendekati Suri Imani.
Suri Imani tergaman. Melihat lelaki itu semakin menghampirinya, perlahan-lahan dia mengundur. Hati di dalam semakin kacau. Percaya atau tidak, dia hanya berani di luar sahaja.
“Awak berani dekat lagi, saya jerit. Ingat sikit, hari ni hari Ahad. Semua orang ada kat rumah,” ujar Suri Imani berdebar-debar. Namun amarannya seperti tidak menjadi halangan untuk Mikey Mikhail semakin mendekatinya. 
Mikey Mikhail tersenyum sinis. Sedikit sahaja lagi dan dia sudah menghimpit anak gadis itu rapat-rapat. Renungannya bertebar di wajah manis yang mula ketakutan. Tubuh Suri Imani mengigil.
“You tahu tak, kalau you jerit, tak ada siapa yang dengar pun. Di aras ni, hanya ada kita berdua aje. Jiran-jiran lain yang you katakan tu tak pernah wujud. Bangunan apartmen Desa Villa ni salah satu projek syarikat Nusa Jaya kepunyaan datuk I. Lima apartmen lain tu, semuanya milik datuk I. Kosong, tak ada penghuni lain kecuali kalau ada tetamu-tetamu perniagaannya dari luar, baru mereka menginap kat sini. Jadi Cik Suri Imani, silakanlah menjerit. I am so pleased to hear your beautiful voice, screaming out loud,” bisik Mikey Mikhail sinis.

Wajah Suri Imani semakin memucat mendengar kata-kata lelaki itu. Ya ALLAH, betulkah? Bodohnya aku ni! Patutlah selama ini tidak ada jiran lain yang keluar bila Mikey Mikhail buat bising tengah-tengah malam. Sangkanya mereka semua tidak kisah, walhal sebenarnya tidak ada jiran lain. Dia hanya berdua dengan Mikey Mikhail di aras itu. Paling teruk, dia berjiran dengan seorang lelaki yang paling teruk di dunia! 

No comments:

DEDALU DI HATI - STOK TERHAD!!

DEDALU DI HATI  - STOK TERHAD!!

PESANAN NOVEL DEDALU DI HATI SEDANG DIBUKA SEKARANG!!!

Harga = RM25.90
Kos Pos = RM7 (pos laju)
Total = RM32.90

Emailkan nama dan butiran diri ke arr_nita@yahoo.com.
Pesanan sehingga stok ke 3 ini kehabisan..

NANTIKAN VENOM SURIA DI PESTA BUKU ANTARABANGSA PWTC MULAI 27 APRIL, TERBITAN BUKU PRIMA (RM25.90)

NANTIKAN VENOM SURIA DI PESTA BUKU ANTARABANGSA  PWTC MULAI 27 APRIL, TERBITAN BUKU PRIMA (RM25.90)
Suria gadis ceria dan periang, namun miliki sejarah hitam dalam kelahiran. Yang membuatkan dia diburu dan dijejaki untuk meleraikan sebuah kisah sumpahan, lalu mempertemukan dia dengan dua lelaki berbeza sifat. Izwan jenis yang dingin dan panas baran. Cakapnya harus dipatuhi atau dia akan meletup! Nazrul sentiasa cool tapi punya rahsia terpendam yang menyiksa jiwa. Seorang lelaki ditakdirkan menjadi penyelamat. Seorang lagi ditakdirkan membunuhnya. Kedua-duanya muncul tak diundang, tetapi meninggalkan kesan mendalam. Lalu bermulalah permainan cat and mouse antara mereka sehingga game over!