Followers

Sunday, July 11, 2010

Dedalu Di Hati : Bab 23

MALAM itu Aliya terpaksa menghadiri satu mesyuarat kolej bertempat di dewan makan. Selaku setiausaha kelab tersebut, terpaksalah dia menghadirkan diri meskipun perasaan malasnya menyerang. Mujurlah bukan tangan kanannya yang cedera, jika tidak macamana dia mahu mencatat minit mesyuarat? Temannya Mazura menawarkan diri untuk membantu, tapi dia menolak.

Dia tergelak besar apabila ada teman-temannya mengatakan yang dia nampak cantik dengan tangan berbalut begitu. Heroin patah tangan, usik Radhi, presiden persatuan. Berkumpul punyalah lama tapi bukannya hal persatuan yang dibincangkan, sebaliknya mereka sibuk membincangkan hal Aliya pula. Tak putus-putus dia dikerumuni teman-temannya yang mahu melihat tangannya yang berbalut.

“Aliya, ada orang nak jumpa kat luar,” bisik Saiful, salah seorang juniornya yang memang agak rapat dengannya.

“Kakak, Saiful…Kak Aliya.” Aliya membetulkan panggilan Saiful yang muda beberapa tahun darinya. Entah sudah berapa puluh kali diberitahu kepada anak muda itu supaya memanggilnya kakak.

“Tak biasalah,” jawab Saiful lalu ketawa kecil. Tergelak Aliya mendengar jawapan berterus-terang Saiful. Dia memandang ke arah Mazura.

“Zura, ambilalih ya. Aku ada hal kat luar.” Dia memberitahu.

“Beres.” Mazura mengangguk lalu tersengih.

Apabila dia sampai di luar dewan makan kolejnya, dilihatnya Haikal asyik berulang-alik di hadapan pejabat hal ehwal pelajar. Apabila Haikal melihatnya, anak muda itu terus menghampirinya.

“Saya ada datang petang tu nak jenguk Aliya, tapi papa kata Aliya dah keluar hospital. Kenapa tak beritahu saya?” Tanya Haikal. Matanya merenung lama ke arah tangan Aliya yang berbalut. Wajahnya tergambar resah.

“Haikal, saya tak apa-apa. Luka kat tangan ni tak serius pun, tak lama lagi okeylah.” Sahut Aliya seraya tersenyum. Tak disangkanya Haikal datang bertemunya hari itu sekadar mahu bertanya khabar.

“Ini semua salah saya.” Raut wajah anak muda itu kian muram.

“Bukan salah siapa-siapa. Perkara dah nak jadi. Saya yang sepatutnya ucapkan terima kasih pada Haikal kerana selamatkan saya tempohari. Kalau bukan sebab Haikal, tentu saya tak berdiri depan Haikal hari ni. Jadi jangan salahkan diri sendiri,” pujuk Aliya lagi.

Dia tahu anak muda itu berasa serba salah dengan kejadian yang menimpanya. Tapi dia sedikit pun tidak berniat mahu menyalahkan Haikal dalam hal ini. Tiada sekelumit pun perasaan marah terhadap Haikal timbul di hatinya.

“Betul Aliya tak marahkan saya?”

“Betul,” Aliya mengiyakan. Kasihan juga dia melihat Haikal yang tak putus-putus menyalahkan diri sendiri dengan kejadian yang menimpanya.

“Aliya!” Suatu suara memanggilnya. Aliya segera berpaling. Dilihatnya Mazura sedang menggamitnya dari pintu dewan makan.

“Hmm.. Haikal, sorrylah sebab saya tak boleh berbual panjang. Ada meeting exco kolej. Nanti kita berbual lagi okey.” Aliya tersenyum seraya berlari-lari anak meninggalkan Haikal yang terpinga-pinga.

Sebaik pulang dari perjumpaan, Aliya bergegas ke bilik mandi. Seharian dia sibuk dengan urusannya sampai makan pun dia tidak sempat. Habis kuliah siang tadi, dia terus berkurung di library bersama timbunan buku-buku rujukan. Kajian tesisnya telah mencapai tahap akhir. Dia terpaksa menyiapkan tesisnya sebelum minggu ulangkaji bermula.

Sejak dua minggu yang lalu, hampir tiap-tiap hari dia di library. Mujurlah segala tugasan tutorial dan assingment-assingment lain telah disiapkan sejak awal-awal lagi. Kalau tidak, tentu dia kesuntukan masa dengan tarikh penghantaran tesis dan minggu peperiksaan yang bakal menjelang tak lama lagi. Itupun kalau tesisnya tidak ada masalah dan tidak perlu diperbetulkan lagi.

Setelah dia selesai mandi dan berpakaian, Aliya terus membuka laptopnya. Dia menjenguk YM namun ID orang yang ditunggu tidak pula muncul. Sudah hampir dua minggu daddynya tidak online. Hatinya tercuit perasaan hampa. Sibuk sangatkah lelaki itu sejak akhir-akhir ini?

Tapi apabila memikirkan Doktor Badrul dan daddynya orang yang sama, Aliya tiba-tiba merasa resah. Dia tidak tahu apakah yang hendak dibualkan lagi dengan lelaki itu. Segala-galanya jadi kekok selepas dia menemui Doktor Badrul tempohari. Apakah benar Doktor Badrul itu ayah angkatnya? Apakah lelaki itu daddy? Entah kenapa, semuanya benar-benar mengelirukan.

Dia amat pasti lelaki itu mengenalinya. Mengingati siapa dia. Namun kenapa pertemuan hari itu seolah-olah pertemuan dua orang asing yang tidak mengenali antara satu sama lain? Reaksi Doktor Badrul tempohari benar-benar mengecewakannya.

No comments:

DEDALU DI HATI - STOK TERHAD!!

DEDALU DI HATI  - STOK TERHAD!!

PESANAN NOVEL DEDALU DI HATI SEDANG DIBUKA SEKARANG!!!

Harga = RM25.90
Kos Pos = RM7 (pos laju)
Total = RM32.90

Emailkan nama dan butiran diri ke arr_nita@yahoo.com.
Pesanan sehingga stok ke 3 ini kehabisan..

NANTIKAN VENOM SURIA DI PESTA BUKU ANTARABANGSA PWTC MULAI 27 APRIL, TERBITAN BUKU PRIMA (RM25.90)

NANTIKAN VENOM SURIA DI PESTA BUKU ANTARABANGSA  PWTC MULAI 27 APRIL, TERBITAN BUKU PRIMA (RM25.90)
Suria gadis ceria dan periang, namun miliki sejarah hitam dalam kelahiran. Yang membuatkan dia diburu dan dijejaki untuk meleraikan sebuah kisah sumpahan, lalu mempertemukan dia dengan dua lelaki berbeza sifat. Izwan jenis yang dingin dan panas baran. Cakapnya harus dipatuhi atau dia akan meletup! Nazrul sentiasa cool tapi punya rahsia terpendam yang menyiksa jiwa. Seorang lelaki ditakdirkan menjadi penyelamat. Seorang lagi ditakdirkan membunuhnya. Kedua-duanya muncul tak diundang, tetapi meninggalkan kesan mendalam. Lalu bermulalah permainan cat and mouse antara mereka sehingga game over!