Followers

Sunday, November 17, 2013

Cinta Bukan Larangan (SC) : Bab 10


APA khabar Cik Dina? Saya Roslan, pengurus kanan di Bumi Emas.” Lelaki itu terlebih dahulu menghulurkan tangannya. Dina Azura segera menyambut salam tersebut seraya tersenyum.

            “Dina Azura.” Sahutnya ringkas.

            “Maaf sebab kelmarin bila Cik Dina datang ke mari, saya pulak tak ada. Ada sedikit masalah di salah sebuah tapak pembinaan kami. Harap Cik Dina boleh maafkan saya.” Ujar Roslan.

            “Tak apa, Puan Alma dah jelaskan pada saya. Saya faham dengan situasi Encik Roslan. Jadi boleh kita berbincang sekarang?”

            Yup, right away! Mari kita berbincang di bilik saya,” pelawa Roslan.

Dina Azura mengangguk. Langkahnya dihela mengekori tubuh gempal lelaki itu ke suatu  arah. Apabila dia melintas sebuah bilik yang terbuka luas, mata Dina Azura sempat mengerling ke dalam bilik tersebut.

Dia terpandang kelibat seorang lelaki, sedang membelakanginya begitu asyik merenung ke luar jendela. Langkah Dina Azura terhenti. Matanya dikecilkan. Entah kenapa ada sesuatu yang menarik perhatiannya di situ.

            “Cik Dina?” Roslan memanggil perlahan.

Dina Azura menoleh. Roslan kelihatan hairan memandangnya. “Cik Dina tak apa-apa?” Soal Roslan.

            “Err..tak. Maafkan saya Encik Roslan.” Dina Azura sedikit gugup. Matanya berpaling sekali lagi ke arah lelaki itu sebelum beredar dari situ.

            Sejurus gadis itu menghilang, lelaki itu tiba-tiba menoleh. Dia seperti terdengar-dengar suara yang dikenalinya.

            “Kenapa Diaz?“ Tanya Azira yang sedang menyemak beberapa dokumen penting di bilik tersebut. Hairan melihat lelaki itu seperti tercari-cari sesuatu sahaja.

            Nothing.“ Balas Diaz seraya menggelengkan kepala.

            Azira kembali menumpukan perhatiannya pada dokumen yang berada di hadapannya. Diaz ralit memerhatikan gadis itu.

            “I patut minta maaf fasal hal kelmarin. Sorry sebab tak dapat temankan you lunch.“ Ujar Diaz tiba-tiba. Menyedari dia masih belum meminta maaf dari Azira.

            Azira mendongakkan wajahnya. “It’s okay. I don’t mind.“

            “How about lunch today? My treat.“ Pelawa Diaz.

            “Tak boleh Diaz. Hari ni I kena temankan Puan Alma bertemu dengan seorang klien. Next time okay?“ Ujar Azira seraya tersenyum.

            Diaz hanya mengangguk. Memahami rutin kerja Azira yang agak sibuk sebagai pembantu peribadi Alma Katherine.

            Sesekali Azira menjeling ke arah Diaz. Dia sebenarnya teringin mahu tahu siapa gadis yang dilihatnya bersama Diaz tempohari. Kerana gadis itulah, temujanji makan tengaharinya bersama lelaki itu terpaksa dibatalkan. Tapi melihat lelaki itu seperti tidak ada mood sahaja, dia terpaksa melupakan hasratnya. Wajah lelaki itu saat ini seperti membendung satu masalah yang amat berat.

*  *  *  *

DINA AZURA sibuk berbincang dengan Roslan di bilik lelaki itu, sehingga tidak menyedari dirinya diperhatikan dari luar bilik. Sesekali tingkah laku Dina Azura yang kelihatan ceria mengundang senyuman di bibirnya.

            Hai, apa yang asyik sangat tu?” Tegur suatu suara.

Diaz tersentak lalu berpaling.

Alma Katherine tersenyum simpul. Dia menoleh ke arah cermin kaca di hadapannya. Melihat Dina Azura sedang sibuk berbincang sesuatu dengan Roslan, Alma Katherine seakan memahami sesuatu. Wajah lelaki di sampingnya kembali dipandang. Diaz kelihatan serba salah.

            “Dia cantik kan?” Alma Katherine bertanya.

            “Maaf, I tak faham maksud puan.” Balas Diaz.

            Alma Katherine tergelak kecil mendengar jawapan Diaz.

            “Itu Dina Azura dari Layar Tristar Advertising. Dia bertanggungjawab dalam urusan promosi dan pengiklanan projek kita.” Beritahu Alma Katherine.

Diaz terdiam.

            “Orangnya bijak. Very talented. You nak I perkenalkan you dengan dia?” Alma Katherine melirik anak muda itu dengan senyuman nakal.

            “Eh, apa ni Puan Alma? I tak pernah terfikir pulak sampai ke situ. I cuma lalu saja di sini tadi. Ingatkan nak jumpa Roslan, tak tahu pula dia ada tetamu.” Diaz memberi alasan.

            “Tapi I tengok you asyik sangat menonton dari luar, sampai tak berkelip mata tu. Kalau hati dah berkenan, I boleh tolong you Diaz.” Pelawa Alma Katherine.

            Diaz terdiam. Dia tahu, wanita itu tidak tahu menahu hubungan antaranya dengan Dina Azura. Bibirnya segera mengorak senyuman, sesuatu yang tidak dapat difahami oleh Alma Katherine. Matanya sekali lagi mengerling ke arah Dina Azura yang masih sibuk membentangkan sesuatu pada Roslan. Melihat Dina Azura tampil berkeyakinan seperti itu, dia bagaikan melihat orang lain. Bukan Dina Azura yang cengeng dan manja seperti yang terbayang-bayang di fikirannya selama ini.

            “Manis!” Komen Alma Katherine.

Diaz sekadar tersenyum memandang wanita itu. Mata Alma Katherine asyik memandang ke arah Dina Azura. Dia akui kata-kata Alma Katherina ada benarnya. Dina Azura semakin ayu, semakin pandai bergaya. Cantik!

Dahulu, gadis itu juga comel pada pandangan matanya. Meskipun hati kecilnya mengakui hakikat itu, namun sedaya upaya dia cuba memadamkan semua keistimewaan Dina Azura yang terserlah hari demi hari. Entah kenapa, dia semakin takut berhadapan dengan semua ciri-ciri Dina Azura itu. Bukan dia tidak tahu, Dina Azura sering menjadi perhatian di sekolah mereka dahulu. Gadis itu sering menerima usikan nakal dari pelajar-pelajar lelaki di sekolah mereka, dan ada di antaranya ialah teman-teman rapatnya sendiri.

“Diaz, adik kau tu lawalah. Kenalkan pada aku boleh tak?”

“Diaz, kirim salam kat Dina. Aku nak ajak dia keluar tengok wayang hujung minggu ni.”

Mendengar bicara teman-temannya itu, paling kurang dia hanya mencebik. Memang dia tidak suka Dina Azura menerima perhatian seperti itu. Setiap kali melihat Dina Azura berbual-bual dengan  pelajar-pelajar lelaki di sekolah, dengan segera dia akan menjauhkan Dina Azura dari mereka semua.

“Sejak bila kau jadi perempuan miang macam ni?” Matanya mencerlung tajam wajah Dina Azura yang serba-salah. Namun gadis itu diam saja. Jarang menjawab setiap kali dimarah atau diherdiknya.

“Yang kau nak marah sangat ni kenapa? Ingat sikit, Dina tu adik kau bukannya peminat-peminat kau yang keliling pinggang tu. Kalau ya pun sayangkan adik, janganlah asyik nak kontrol hidup dia sampai nak berkawan pun susah,” marah Haril suatu ketika dulu, terusik kembali di ingatannya.

Sayang? Diaz mengerutkan dahinya. Sayangkah dia pada Dina Azura? Kalau dia menyayangi gadis itu, kenapa hubungan mereka selama ini tidak pernah aman? Kenapa hubungan mereka tidak seperti hubungan antara abang dan adik? Sebaliknya dia sentiasa terseksa setiap kali berhadapan dengan Dina Azura. Dia sentiasa membenci dirinya sendiri kerana membiarkan gadis itu wujud dalam hidupnya sebagai seorang adik!

No comments:

DEDALU DI HATI - STOK TERHAD!!

DEDALU DI HATI  - STOK TERHAD!!

PESANAN NOVEL DEDALU DI HATI SEDANG DIBUKA SEKARANG!!!

Harga = RM25.90
Kos Pos = RM7 (pos laju)
Total = RM32.90

Emailkan nama dan butiran diri ke arr_nita@yahoo.com.
Pesanan sehingga stok ke 3 ini kehabisan..

NANTIKAN VENOM SURIA DI PESTA BUKU ANTARABANGSA PWTC MULAI 27 APRIL, TERBITAN BUKU PRIMA (RM25.90)

NANTIKAN VENOM SURIA DI PESTA BUKU ANTARABANGSA  PWTC MULAI 27 APRIL, TERBITAN BUKU PRIMA (RM25.90)
Suria gadis ceria dan periang, namun miliki sejarah hitam dalam kelahiran. Yang membuatkan dia diburu dan dijejaki untuk meleraikan sebuah kisah sumpahan, lalu mempertemukan dia dengan dua lelaki berbeza sifat. Izwan jenis yang dingin dan panas baran. Cakapnya harus dipatuhi atau dia akan meletup! Nazrul sentiasa cool tapi punya rahsia terpendam yang menyiksa jiwa. Seorang lelaki ditakdirkan menjadi penyelamat. Seorang lagi ditakdirkan membunuhnya. Kedua-duanya muncul tak diundang, tetapi meninggalkan kesan mendalam. Lalu bermulalah permainan cat and mouse antara mereka sehingga game over!