Followers

Wednesday, April 17, 2013

Alamak! Lagi-Lagi Dia Bab 16


CIKA tidak ada pilihan lain selain mengikut sahaja aturan ibunya. Hendak melarikan diri, dia dikawal rapi seperti banduan dengan warden penjara. Hendak buat agenda terancang bersama Ubek tentulah sia-sia sahaja jika Ubek sudah dikasi warning sama ibunya agar tidak mendekatinya.

Sejak pagi tadi dia disuruh bersiap cantik-cantik. Pakai lipstick biar tebal dari biasa. Baju mestilah sopan santun dan kemas. Jangan selekeh seperti hendak ke pasar. Kasut biarlah bertumit sedikit, bukan selipar jepun yang selalu dipakainya kalau hendak memancing bersama Ubek. Itu pesan Puan Bahyah yang tak habis-habis diulang dengar di telinganya sehingga dia naik muak.

 “Hai yang buat muka macam cicak tertelan kapur tu kenapa? Kan umi dah cakap kelmarin. Sekarang ni umi yang akan heret awak jumpa dengan anak Auntie Jamilah awak tu. Awak suka atau tak, awak kena ikut cakap umi.” Tegas Puan Bahyah.

“Alah umi, takkan umi nak ikut sekali. Malulah Cika.” Dia merengek-rengek dengan lagak manja. Harapannya menggunung tinggi agar ibunya tidak pergi bersama kali ini. Tentu lebih mudah untuk dia melepaskan diri jika wanita itu tidak ada.

“Jangan nak banyak songeh. Cepat pergi bersiap, kejap lagi kita nak ke sana.” Sergah wanita itu tanpa mempedulikannya.

            Hendak tak hendak dia terpaksa memilih salah satu pakaian yang ada di dalam almarinya. Wajahnya sekadar dimekap tipis. Lipstick dioles sedikit ke bibir. Dia bersiap seadanya. Tak kuasa nak jumpa Idham Hariz! Bencinya!

            Tahun 2000, dia berada di dalam Tingkatan 4 ketika itu. Hidupnya normal. Normal dalam ertikata lain dia hanya tahu ke sekolah, balik ke rumah, berborak dengan Ubek yang baru lepas sekolah, esoknya ke sekolah lagi dan begitulah rutin hidupnya sepanjang tahun. Dua bulan kemudian, muncul Idham Hariz yang tinggi lampai, segak dan memiliki karisma yang digilai pelajar-pelajar perempuan di sekolahnya. Tidak terkecuali dirinya sendiri.

            Tapi Idham tidak pernah mahu memandangnya. Dia sendiri lebih maklum bagaimana dengan rupanya sewaktu berusia 16 tahun. Wajah hodohnya ketika itu tak mungkin akan menarik perhatian Idham Hariz. Malah usikan lelaki itu dari hari ke sehari semakin melampau apabila dia dimalukan di Malam Bakat sekolah.

            Dia sendiri tidak tahu kenapa dia dijadikan sasaran lelaki itu. Semuanya kerana surat cinta Gina yang ditujukan kepada Idham. Gina pun satu! Kalau nak tulis surat pun, sekurang-kurangnya tulislah nama sendiri di surat itu. Barulah orang lain tidak salah sangka dan menyangka dia tuan empunya surat tersebut. Sejak kes surat cinta itulah, satu sekolah memandang serong padanya. Malah setiap hari ada sahaja ejekan dan makian dari peminat-peminat Idham yang menggelarnya perempuan tidak sedar diri.

            Idham pula seperti bengang dengannya dan tidak putus-putus memalukannya. Selalunya dia buat muka tidak kisah. Tapi di Malam Bakat itu perbuatan Idham benar-benar melampaui batas. Ramai orang tahu dia suka menyanyi meskipun suaranya seperti katak puru. Dengan nada suara sumbang itu, dia tetap jua menyanyi apatah lagi hanya dia satu-satunya calon pelajar tingkatan 4 yang sudi menampilkan diri membuat persembahan.

            Tapi tanpa disedari, Idham dan teman-temannya mencuri baju yang akan dipakai di malam persembahannya lalu membuat sedikit alteration pada pakaian tersebut. Tanpa menyedari dirinya dikenakan, dia terus menyarung pakaian tersebut tanpa mengesyaki apa-apa. Namun sebaik dia berada di pentas sekolah, semua pelajar-pelajar di sekolahnya mengetawakannya. Dia tercengang, tidak pasti kenapa dirinya diketawakan sebegitu rupa. Sehinggalah dia melihat sendiri bagaimana rupa gaun hitam yang dijahit ibunya dengan labuci kini tertulis dengan perkatan LOSER di hadapan baju. Dan ironinya perkataan itu sendiri dijahit dengan menggunakan labuci-labuci yang sama di pakaiannya.

            Kejadian itu membuatkan dia jatuh sakit dan tidak datang ke sekolah hampir dua minggu. Dan selama dua minggu itu juga dia membuat pelbagai kerenah agar dia ditukarkan ke sekolah lain. Pilihan sekolahnya ialah sekolah tempat ibunya mengajar. Terpaksa! Bukan dia hendak sangat bersekolah di sekolah yang sama ibunya berada. Tapi itu lebih baik dari dia berhadapan dengan pelajar-pelajar di sekolahnya terutama Idham sendiri.

Puas Gina memujuk agar dia melupakan kejadian malam itu. Tapi Gina cakap memang senang! Bukan gadis itu yang berada di tempatnya. Bukan Gina yang perlu menanggung parah hati yang berkecai apabila dimalukan sebegitu rupa. Malangnya hasrat hatinya tidak kesampaian. Ibunya langsung tidak mahu melayan permintaannya untuk bertukar sekolah.

            Sejak malam itu dia semakin alergik mendengar nama Idham Hariz. Malah mahu mengingati wajah lelaki itu juga dia tidak mahu. Tapi ALLAH lebih berkuasa, maka didatangkan seorang wanita di rumahnya pada suatu hari. Puan Jamilah rupa-rupanya kenalan lama ibunya sejak di universiti. Dan lebih ironi Idham adalah anak tunggal wanita itu. Anehnya Idham pura-pura tidak mengenalinya ketika itu. Membuatkan dia bertambah bengang dan geram dengan lelaki itu. Idham berlagak seperti tidak rasa bersalah langsung. Kerana itu dia memutuskan untuk melupakan segalanya termasuklah wajah Idham dari ingatannya. Mujurlah selepas habis SPM, Idham menyambung pelajaran ke luar negara. Maklumlah anak ahli perniagaan terkenal katakan.

            “Hai padanlah umi tunggu lama, rupanya awak sedap-sedap termenung kat sini.” Suara ibunya mencelah masuk ke gegendang telinganya. Dia terpegun. Mendongak wajah memandang si ibu yang sudah mencerlung tajam. Baru dia perasan dia masih berada di biliknya, sedang terkenangkan peristiwa pahit yang berkait dengan orang yang akan ditemuinya nanti.

            “Ni baju apa awak pakai ni Cika? Macam berkabung sahaja umi tengok. Mekap tu biarlah cantik sikit, ini comot aje macam hantu opera.” Ibunya menggeleng kepala melihat penampilannya hari itu.

            “Umi, Cika tak berapa sihat la.” Dia memandang ibunya dengan wajah berkerut. Cuba memohon simpati dari ibu sendiri.

            “Dah jangan nak bersandiwara dengan umi. Umi yang lahirkan awak. Umi tahu benar ragam awak tu. Sudah, pergi tukar baju yang elok sedikit. Nanti lari pula si Idham tu kalau tengok awak begini.” Suruh Puan Bahyah.

            Dengan wajah mencuka, Cika terpaksa mematuhi kata-kata ibunya. Sudah azali begitu. Kata ibunya mesti dipatuhi atau kepala harus dipancung! Sambil dia menukar pakaian yang lebih senonoh menurut pandangan ibunya, mulutnya tak habis-habis mengomel. Geram kerana dipaksa bertemu dengan Puan Jamilah dan Idham yang mahu dielakkannya.

* *  *  *

“DAH besar panjang si Idham tu Cika. Handsome orangnya, ada pendidikan yang baik, kerja yang bagus. Umi rasa antara banyak-banyak calon yang umi carikan untuk awak tu, Idham yang paling bagus. Sesuai sangat untuk awak.” Puan Bahyah tersenyum-senyum membayangkan hasrat hati. Gembira benar dia apabila bercakap tentang anak sahabat baiknya itu.

            “Dua bulan lepas Auntie Jamilah awak ada call umi, fasal awak. Umi kata awak tu jenis liat nak kahwin. Terus dia cadangkan awak dipertemukan dengan si Idham tu. Tapi umi ingat dia mesti tak serius, jadi umi pertemukan awak dengan yang lain-lain. Tak sangka betul Idham tiba-tiba nak balik ke sini.” Cerita ibunya sekadar mengulang cerita yang sama sejak beberapa hari yang lalu. Cika sendiri sudah muak mahu mendengar cerita yang sama diperdengarkan berulangkali. Mahu muntah darah dia kalau mendengar nama Idham disebut-sebut lagi. Aduh umi! Cukuplah tu!

            “Orang belajar kat oversea takkan tak ada calon pilihan sendiri kut.” Cika mencebik, perlahan sahaja suaranya.

            Puan Bahyah mengerling ke arah si anak. Melihat wajah Cika yang tidak ada mood, dia hanya mampu mengeluh panjang.

            “Idham tu anak kesayangan ibunya. Takkanlah dia nak cari calon isteri yang bukan-bukan. Awak tu janganlah asyik nak buruk sangka dengan orang, tak baik.”

            “Umi, Cika tak buruk sangka. Cika cakap yang betul ni.”

            “Sudah! Awak memang banyak songeh tahu Cika. Pening Umi tengok awak ni. Rasanya tak ada mana-mana lelaki pun dalam dunia ni yang boleh handle awak macam umi.” Marah Puan Bahyah.

            “Umi, please…Cika..Cika tak sukalah dengan Idham tu.” Cika mengeluh.

            “Tak suka? Aik, jumpa pun jarang. Apa benda yang awak tak suka fasal dia? Umi tengok Idham tu baik, kacak orangnya, berpendidikan tinggi pulak tu. Apa yang tak kena dengan dia?” Soal Puan Bahyah.

            Cika terdiam. Ringan mulutnya mahu bercerita dengan ibunya tentang Idham. Tapi sejurus kemudian dia merasa tidak wajar  pula dia membuka pekung 12 tahun yang lalu. Lagipun hal itu sudah lama berlalu! Hal dah lama, tapi sakit hati masih kekal di dalam!

            Tanpa disedari, perbualan Cika dan Puan Bahyah mencuri masuk ke gegendang telinga seorang lelaki yang duduk membelakangi Cika. Sudah lama dia duduk di situ apabila kedua beranak itu muncul dan mengambil meja di belakangnya. Mendengar perbualan itu, entah kenapa bibirnya tersenyum lebar. Lucu! Di zaman moden ini, masih ada lagi kes kahwin kerana pilihan keluarga?

            “Kenapa kau senyum-senyum tu?” Jak bertanya. Hairan melihat si teman yang tersengih-sengih seperti ada sesuatu yang mencuit hati.

            Nadim berpaling ke arah Jak yang sudah muncul dan duduk di hadapannya. Dia sekadar menggelengkan kepala.

            “So macamana dengan offer abang tu? Kau setuju ke tidak ni?” Jak kembali ke pokok persoalan yang masih belum selesai dibincangkan.

            “Berapa lama?” Soalnya.

            “Lebih kurang dua minggu. Fasal salary, kau jangan risau. Abang jamin memang lumayan.” Jak tersengih.

            “Dua minggu tu lama sangat.” Komennya separuh mengeluh.

            Come on Nadim. Abang tak rasa itu masalah besar untuk kau. Lagipun antara banyak-banyak orang, abang rasa kau yang paling layak.” Pujuk Jak.

            Nadim tidak terus memberi jawapan. Dia mahu berfikir dahulu sebelum memberi kata putus. Tiba-tiba sahaja dia teringatkan pasport dan tiket kapal terbang yang diserahkan kakaknya malam semalam. Tarikh penerbangannya di tiket tersebut bertarikh dua minggu dari sekarang. Patutkah aku ke New York? Atau patutkah aku terima sahaja kerja yang Jak tawarkan? Entah kenapa, Nadim rungsing memikirkannya.

            Sedang dia tenggelam dalam persoalan yang memeningkan dirinya, dia merasakan ada sesuatu yang melanggar kerusinya. Gadis di belakangnya bingkas bangun. Perhatian Nadim beralih.

            “Nak ke mana pulak ni?” Dia terdengar wanita di samping gadis itu bertanya.

            “Ke rest room. Cika nak betulkan make up.” Jawab si gadis.

            “Jangan nak mengarut. Mekap awak dah cantik dah tu.” Tegah si ibu.

            “Sekejap la umi. Perut Cika memulas sangat ni.” Balas si gadis pula lalu bergegas pergi dari situ. Nadim sempat berpaling lalu terpandang kelibat tubuh itu yang bersarung gaun berwarna pink muda dan kasut tumit tinggi yang sempurna dengan bentuk badannya.

            “Kenapa Nadim?” Jak tiba-tiba bertanya. Hairan melihat Nadim asyik merenung ke arah seorang gadis yang berlenggang-lenggok pergi ke suatu arah.

            Nadim hanya menggelengkan kepala.

            “Soal tadi, INSYA ALLAH saya akan berikan jawapannya esok. Bagi saya satu hari untuk berfikir.” Pinta Nadim.

            Jak menarik nafas panjang. Sejurus dia mengangguk. Menyetujui permintaan Nadim yang bukan keterlaluan.

            Sepeninggalan Jak, Nadim masih termenung di kerusinya. Pergi ke tak pergi ni? Kalau dia pergi, sekurang-kurangnya dia dapat lari dari ayahnya dan Emilia. Mungkin ini peluang terbaik untuknya berehat dan menenangkan fikiran.

            Ketika dia mahu beredar, dia baru perasan gadis itu masih belum kembali ke tempat duduknya. Dia sempat mengerling wajah si ibu yang kelihatan gelisah. Namun dia malas mahu mengambil tahu perihal yang tidak ada kena mengena dengannya. Langkahnya diatur ke arah keretanya.

            Namun belum panjang langkahnya, tiba-tiba dia terhenti. Nun jauh di hadapannya terdapat seorang gadis sedang bersandar di badan Toyota Prius miliknya. Wajahnya berkerut, memerhatikan gadis itu. Pakaian gadis itu kelihatan cantik dengan dress labuh berwarna pink muda dan kasut tumit tinggi yang senada dengan warna pakaian. Melihat pakaian gadis itu, entah kenapa Nadim tiba-tiba teringatkan sesuatu. Gadis di restoran tadikah?

            Tiba-tiba gadis itu menoleh, menyerlahkan seraut wajah yang membuatkan Nadim tergaman. Wajah itu semakin mencuri tumpuan. Gadis itu lagi! Gadis yang ditemui di tandas wanita di Jumbo Jeep. Kali kedua sewaktu dia menyelamatkan gadis itu dari hampir jatuh di balkoni pejabat ayahnya. Dan hari ini dia menemui semula gadis itu bagaikan putaran roda. Seolah-olah mereka mempunyai ikatan dengan Jumbo Jeep itu.

            Melihat gadis itu mengalihkan pandangan, dia berasa lega sedikit. Ternyata arah pandangan mata gadis itu bukan tertumpu ke arahnya. Tapi satu hal yang menjadi masalah besar ialah bagaimana dia mahu menuju ke arah keretanya jika gadis itu seolah-olah mahu berkampung di situ. Hendak menegur dan bertanya khabar tentulah janggal dirasakannya apatah lagi mereka baru sahaja berperang dingin beberapa hari yang lalu. Silap-silap haribulan, dia boleh kena penampar! Aduh tak sanggup!

Melihat kelibat seorang budak lelaki berkulit hitam, berusia dalam belasan tahun, Nadim didatangi idea. Dia segera menggamit budak lelaki itu supaya menghampirinya. Sambil menyeluk saku seluar dan mengeluarkan sekeping not RM5, dia membisikkan sesuatu ke telinga kanak-kanak itu.

            “Boleh?” Tanyanya ingin tahu.

            “Beres bang.” Jawab budak lelaki itu sambil menaikkan ibu jarinya sebelum berlalu ke arah gadis di keretanya. Nadim hanya ketawa kecil. Dia sendiri tidak tahu kenapa dia melakukan jenaka sebegini terhadap gadis itu. Yang pasti ini tentunya menarik! Balas dendam? Entah, dia tidak pasti. Yang nyata dia mahu mengenakan gadis yang poyo itu.

3 comments:

cik syafa said...

alahai curiousnya. nak lagi nak lagi.^^

Madam Lola said...

alhamdulillah.. dah habis baca... thumb up..

Nana Mohd Yasin said...

alamak....
apa di buat Nadim tu ekk...
saspen tu.....
next n3...... plzz...
jeng jeng jeng.....

DEDALU DI HATI - STOK TERHAD!!

DEDALU DI HATI  - STOK TERHAD!!

PESANAN NOVEL DEDALU DI HATI SEDANG DIBUKA SEKARANG!!!

Harga = RM25.90
Kos Pos = RM7 (pos laju)
Total = RM32.90

Emailkan nama dan butiran diri ke arr_nita@yahoo.com.
Pesanan sehingga stok ke 3 ini kehabisan..

NANTIKAN VENOM SURIA DI PESTA BUKU ANTARABANGSA PWTC MULAI 27 APRIL, TERBITAN BUKU PRIMA (RM25.90)

NANTIKAN VENOM SURIA DI PESTA BUKU ANTARABANGSA  PWTC MULAI 27 APRIL, TERBITAN BUKU PRIMA (RM25.90)
Suria gadis ceria dan periang, namun miliki sejarah hitam dalam kelahiran. Yang membuatkan dia diburu dan dijejaki untuk meleraikan sebuah kisah sumpahan, lalu mempertemukan dia dengan dua lelaki berbeza sifat. Izwan jenis yang dingin dan panas baran. Cakapnya harus dipatuhi atau dia akan meletup! Nazrul sentiasa cool tapi punya rahsia terpendam yang menyiksa jiwa. Seorang lelaki ditakdirkan menjadi penyelamat. Seorang lagi ditakdirkan membunuhnya. Kedua-duanya muncul tak diundang, tetapi meninggalkan kesan mendalam. Lalu bermulalah permainan cat and mouse antara mereka sehingga game over!