Followers

Sunday, February 28, 2010

Sayangku Casper : Bab 18

SEORANG lelaki berambut alfa romeo yang kembang seperti David Arumugam sedang tertidur di hadapan komputer apabila Tia melangkah masuk ke dalam sebuah bilik bersama Rafique dan Davian.

Tia tersengih apabila melihat lelaki itu. Dia sempat berpaling ke arah Rafique dan Davian seraya mengisyaratkan agar kedua-duanya masuk. Pintu di bilik itu sengaja ditutup kuat.

Serentak tubuh lelaki itu bergerak-gerak sambil menggosok-gosokkan matanya. Rafique dan Davian terkedu memandang lelaki muda berkulit hitam manis dan berambut mengerbang itu. Lagi-lagi melihat bibir lelaki itu yang bersememeh dengan air liur basi.

“Good morning Blast.” Teriak Tia.

“Huh morning.” Balas lelaki itu separuh mamai.

“Woi mangkuk, morning apa benda ni? Dah pukul 2 petang dah ni.” Herdik Tia lalu menepuk bahu lelaki itu agak kuat. Lelaki yang dipanggil Blast itu membeliakkan biji matanya. Menjegil ke arah Tia yang cepat-cepat beredar setelah mengejutkannya dengan cara yang cukup berhemah.

“Badigol kau Tia, buat aku karan aje.” Rungut Blast seraya mencapai cermin mata besar berbingkai putih tidak jauh dari situ. Serentak matanya memancung perhatian ke arah Rafique dan Davian yang tercegat di satu sudut.

“Ni siapa mamat dua ekor yang kau bawak ni?” Blast bertanya dengan wajah selamba.

Davian yang terkejut mendengar budi bahasa Blast terjojol biji matanya memandang lelaki yang kelihatan aneh dengan rambut mengerbang tinggi itu. Dia mengerling ke arah Rafique yang kelihatan lebih tenang berbanding dirinya.

“Ini kawan-kawan aku. Diaorang nak cari orang.” Ujar Tia acuh tak acuh. Dia duduk di hadapan Blast lalu mula membelek sebuah majalah komik yang bersepah di bilik lelaki itu.

“Cari orang? Kenapa tak cari kat balai polis je? Report orang hilang agaknya dah setebal Yellow Pages.” Blast ketawa besar.

Rafique mula naik angin dengan telatah Blast yang tidak serupa orang itu. Dia berbisik ke arah Tia. “Ini ke orang yang awak kata boleh tolong saya? Betul ke dia boleh tolong?” Bisik Rafique bengang.

“Relaks. Dia memang macam tu kalau dia lepas baru bangun tidur. Kejap lagi okeylah tu. Dia ni genius komputer kat sini. Usah kata orang, hantu pun dia boleh tolong carikan.” Balas Tia dengan wajah bersahaja.

Kata-kata gadis itu membuatkan Rafique mengetap bibir perlahan. Sabar Rafique, jangan ikutkan perasaan. Sabar banyak-banyak! Hati kecilnya memujuk lembut. Cuba mendamaikan sekeping hatinya yang semakin panas. Menyesal pula rasanya dia mengikut gadis itu ke mari.

“Blast, diaorang ni nak minta tolong kau cari seorang budak kolej ni. Kau kan pandai godam sistem maklumat pelajar. Tolonglah cari budak tu.” Pujuk Tia.

“Kau nak cari siapa?” Tanya Blast seraya berpaling ke arah Rafique dan Davian silih berganti. Tia turut berpaling ke Rafique.

“Awak duduk sini dengan Blast. Saya nak pergi dulu.” Ujar Tia minta diri.

“Nak ke mana?” Pantas Rafique bertanya.

“Lepas ni saya ada kelas lagi. Jangan bimbang, Blast boleh tolong awak cari orang yang awak nak cari tu.” Ujar Tia lalu meluru keluar dari bilik itu sebelum sempat Rafique mahu menghalang.

Sepeninggalan Tia, Rafique berpaling semula ke arah Blast yang sudah memandang ke arahnya.

“Ha sekarang bagitahu aku siapa nama budak yang kau nak cari tu?”

“Err sebenarnya aku tak pasti dia guna nama apa sekarang ni.” Rafique jadi ragu-ragu mahu menyebut nama Adelie. Lagipun dah lima belas tahun. Masihkah gadis itu menggunakan nama yang sama?

Dahi Blast berkerut.

“Tapi nama keluarga dia Casper.” Rafique cepat-cepat menyambung apabila dilihatnya muka Blast sudah mahu meletup. Kecut juga hatinya melihat lelaki itu.

“Apa fasal lu ni bro? Cari orang tapi nama tarak tahu. Itu orang lelaki ke perempuan?” Soal Blast.

“Perempuan.” Davian menyampuk. Rafique menjeling Davian yang tersengih-sengih.

“Makwe ke?”

“Bakal jadi.” Sekali lagi Davian menyampuk. Wajah Rafique sudah membiru mendengar kata-kata Davian. Ada juga aku hempuk kepala tu karang, gumam Rafique.

“Oh ini kes ngorat tengah jalan la ya. Patutlah nama pun tak tahu. Takpe bro, aku kalau soal-soal jadi jambatan emas antara dua hati ni aku no hal. Mesti tolong punya!” Blast tersengih.

Dia segera mengadap komputernya lalu menekan-nekan papan kekunci. Seperti disuruh-suruh Rafique dan Davian sudah menghampiri Blast dari belakang. Mata kedua-duanya begitu asyik memerhatikan kepakaran Blast cuba menggodam sistem maklumat pelajar di kolej itu.

“Kau dah lama ke involve dalam bidang godam-menggodam ni?” Rafique bertanya cuba menyemarakkan suasana yang tiba-tiba terasa cukup sepi. Hanya tik tok tik tok sahaja yang kedengaran. Pantasnya tangan Blast menekan papan kekunci itu membuatkan kedua-duanya terpegun.

“Lama dah, sejak aku sekolah rendah lagi.” Jawab Blast.

“Nama kau memang Blast ke?”

“Tak, nama aku Abu Bakar Bin Salleh. Masa kecil orang panggil aku Burn. Dah besar-besar nak glamour punya fasal aku pakailah nama Blast pulak. Budak tu nama Casper kan?” Dalam menjelaskan salasilahnya, Blast sempat lagi bertanya.

Rafique hanya mengangguk. Bibirnya terjungkit senyuman nipis yang cuba disorok dari pandangan lelaki itu. Ceh nama Abu Bakar, alih-alih tukar Blast pulak! Dia menjeling Davian yang turut tersenyum simpul.

“Nama macam mat saleh, orang putih ke dia ni?” Soal Blast sambil matanya meratah skrin 42 inci di hadapannya.

“Nama keluarga dia Casper. Keturunan dia separuh melayu separuh orang putih.” Jelas Rafique.

“Woi mesti lawa kalau dah campur-campur macam ni.” Komen Blast lagi.

Kali ini Rafique hanya diam. Malas mahu bersoal jawab dengan Blast lagi.

“Tak ada pun nama Casper dalam sistem pelajar. Kau yakin ke nama dia Casper?” Blast tiba-tiba menoleh.

Rafique terdiam. Mungkin nama itu tidak digunakan oleh gadis itu di sini. Lagipun gadis itu bukan lagi sebahagian dari keluarga Casper setelah apa yang berlaku dulu.

“Kau ada gambar dia?” Tanya Blast lagi.

“Ada tu ada, tapi gambar dia masa kecil.” Keluh Rafique. Tentu wajah masa kecil seseorang takkan sama seperti sekarang. Hakikat bahawa mereka gagal menemukan gadis itu benar-benar mematahkan semangat Rafique.

“Mana gambar tu? Bak sini aku tengok.” Pinta Blast.

Hendak tak hendak Rafique terpaksa menyelongkar poketnya lalu menyerahkan gambar itu pada Blast.

“Alahai cekonet betul budak dalam gambar ni. Comel melampau-lampau.” Tilik Blast seraya tersengih. Tapi Rafique faham, senyuman Blast tanda memerli. Dia pura-pura tidak faham maksud Blast.

Blast segera meletakkan gambar itu pada mesin scanner. Sebentar sahaja gambar kanak-kanak perempuan berusia 5 tahun itu sudah terpampang di hadapan skrin.

“Sebenarnya aku ada satu program yang aku baru cipta sebiji macam yang digunapakai oleh FBI dan CIA. Program perisian ni aku namakan, fix and match atau FAM. Kalau kau letak gambar budak ni dan daftarkan dalam program FAM, kemudian hubungkan dengan sistem pelajar, dalam masa beberapa minit aje, sistem FAM ni akan cari wajah semua pelajar perempuan kat kolej ni untuk dipadankan dengan wajah budak perempuan ni. Yang paling hampir akan direkod sebagai padanan yang sepadan. Manalah tahu cara ni berjaya.” Jelas Blast panjang lebar. Tangannya sudah beraksi menekan papan kekunci dengan wajah teruja.

Rafique dan Davian saling berpandangan sesama sendiri. Penjelasan Blast telah menyemarakkan semula harapan yang tadinya luntur. Masing-masing sudah tidak sabar menanti keputusan dari si genius Blast.

“Tapi satu je masalahnya.” Blast tiba-tiba bersuara sambil berpaling.

Rafique dan Davian tergaman. Pulak dah! Tadi confident sangat boleh berjaya, sekarang dah out balik?

“Kenapa Blast? Tak boleh buat ke?” Rafique bingung.

“Boleh tu boleh, cuma…”

“Cuma apa?” Sergah Davian sudah tidak sabar.

Lelaki itu tersengih lebar. “Cuma aku tak boleh buat kerja kalau aku lapar.” Ujar lelaki itu dengan wajah selamba. Rafique dan Davian tercengang. Alahai budak ni! Banyak songeh pulak! Keluh Rafique. Dia menjeling ke arah Davian.

“Davy, kau pergi beli makanan. Lepas tu bawak kat sini.” Suruh Rafique lebih kepada arahan. Davian mengeluh panjang. Hmm..aku juga yang disusahkan. Mahu tak mahu Davian beredar ke muka pintu dengan wajah cemberut.

“Air sekali ya. Aku nak air sirap bandung.” Blast sempat melaung sebelum kelibat Davian menghilang. Davian berpaling. Wajahnya sudah merah menyala. Budak IT sengal!

1 comment:

aqilah said...

tia yg kena jerit, pak amid yg tersungkur.....apa da.............

DEDALU DI HATI - STOK TERHAD!!

DEDALU DI HATI  - STOK TERHAD!!

PESANAN NOVEL DEDALU DI HATI SEDANG DIBUKA SEKARANG!!!

Harga = RM25.90
Kos Pos = RM7 (pos laju)
Total = RM32.90

Emailkan nama dan butiran diri ke arr_nita@yahoo.com.
Pesanan sehingga stok ke 3 ini kehabisan..

NANTIKAN VENOM SURIA DI PESTA BUKU ANTARABANGSA PWTC MULAI 27 APRIL, TERBITAN BUKU PRIMA (RM25.90)

NANTIKAN VENOM SURIA DI PESTA BUKU ANTARABANGSA  PWTC MULAI 27 APRIL, TERBITAN BUKU PRIMA (RM25.90)
Suria gadis ceria dan periang, namun miliki sejarah hitam dalam kelahiran. Yang membuatkan dia diburu dan dijejaki untuk meleraikan sebuah kisah sumpahan, lalu mempertemukan dia dengan dua lelaki berbeza sifat. Izwan jenis yang dingin dan panas baran. Cakapnya harus dipatuhi atau dia akan meletup! Nazrul sentiasa cool tapi punya rahsia terpendam yang menyiksa jiwa. Seorang lelaki ditakdirkan menjadi penyelamat. Seorang lagi ditakdirkan membunuhnya. Kedua-duanya muncul tak diundang, tetapi meninggalkan kesan mendalam. Lalu bermulalah permainan cat and mouse antara mereka sehingga game over!