Followers

Wednesday, March 20, 2013

Alamak! Lagi-Lagi Dia : Bab 2


KETIKA mereka sampai di The Wood Resort di Ulu Yam, sudah banyak kereta-kereta yang memenuhi kawasan letak parkir. Ada yang datang seorang, ada yang datang berkumpulan dan tak kurang yang datang dengan keluarga masing-masing. Tidak jauh dari petak parkir terdapat satu kawasan lapang yang dikhaskan untuk tapak perkhemahan.

            Kolam pancing The Wood terletak di dalam kawasan pusat rekreasi dan pusat latihan The Wood yang diuruskan secara profesional oleh Institut Perkembangan Minda atau INMIND. Ia terletak di daerah Ulu Yam Perdana, Hulu Selangor dan dikelilingi dengan suasana rimba yang sunyi tetapi penuh dengan suasana kehijauan.

            “Kita pasang khemah dulu baru kita cari port memancing.” Putus Ubek seraya mengeluarkan peralatan memancing dari dalam bonet kereta.

            “Adik, tolonglah abang keluarkan peralatan khemah tu. Jangan asyik melamun aje.” Pinta Ubek.

            “Kenapa ramai sangat orang kat sini malam ni abang? Selalunya tak ada pulak ramai macam ni?” Tanya Cika ingin tahu.

            Ada pertandingan memancing. Hadiahnya dekat RM10,000.” Ujar Ubek selamba.

            Cika membulatkan matanya. Hadiah sampai RM10,000? Aduh ini kena tangkap Piranha la nampak gayanya baru boleh menang.

            “Kalau kita dapat, abang kena kongsi dengan Cika.” Cika membuat syarat lain. Ubek menjeling panjang. Amboi budak ni! Siapa yang mengajak entah, alih-alih menang pun belum lagi sudah ajak berkongsi hadiah kemenangan.

            “Adik tu kalau setakat RM10,000, pejam celik pejam celik aje. Abang ni baru betul sengkek. Kerja dengan orang pulak tu.” Ujar Ubek.

            Cika hanya tersengih. Dia bergurau sahaja sebenarnya. Dia juga tahu Ubek sebenarnya tidak kisahkan wang kemenangan itu langsung. Abangnya itu kalau tidak ada hadiah pun akan tetap berkampung di kolam pancing itu, demi menundukkan seekor dua ikan Toman dengan Tongsan. Itu ajelah bakat abangnya yang terserlah!

*  *  *  *

MEREKA duduk di tepi kolam beralaskan tikar mengkuang, di hadapan joran masing-masing. Cika sudah siap-siap menyiapkan bekalan air dan sandwich tuna untuk abangnya dan untuk dirinya juga. Kopi pekat panas di dalam termos memang sesuai digunakan buat berjaga malam. Dia sukakan kafein. Dan rasanya Ubek juga memerlukan kafein malam ini untuk berjaga malam.

            Sesekali mata Cika memerhatikan susuk-susuk tubuh yang berada berhampiran dengan mereka. Kebanyakan mereka tidak banyak bercakap, sebaliknya hanya tekun memasukkan umpan udang di mata kail. Dia memang biasa melihat kaki-kaki pancing memancing pada awal tengah malam sehingga ke pagi esok. Itu perkara biasa sebenarnya bagi kaki-kaki pancing. Lagi-lagi yang sedikit sewel seperti abangnya Ubek.

            “Pelik!” Ujar Cika seraya menggelengkan kepala.

            Ubek yang baru sahaja membetulkan kedudukan jorannya menoleh. Memandang sepintas lalu ke arah Cika yang berada di sampingnya.

            “Apa yang pelik dik?”

            You all semua la. Semata-mata sebab nak kejar ikan kat kolam ni, sanggup berkhemah kat sini dari tengah malam sehingga ke pagi. Kan pelik tu!”

            “Memancing ni seni tau dik. Beri kepuasan meskipun ada yang fikir berbaloi atau tidak. Sama macam orang yang suka merokok. Sudah tahu nikotin tu bahaya, masih juga rokok laku kat pasaran.” Hujah Ubek.

            “Huh kalau dah suka tu, macam-macam alasan.” Keluh Cika.

            Ubek hanya ketawa. Dia memandang adiknya buat seketika. Cika kelihatan sedikit muram. Sebenarnya dia hendak bertanya juga kenapa Cika sampai boleh mengikutnya ke Ulu Yam? Selalunya gadis itu hanya mengikutnya jika mereka pergi bersama-sama ke kolam pancing bersama ayah mereka. Tapi kali ini dia dan Cika pergi berdua sahaja, di tengah-tengah malam pulak tu. Apa mimpi Cika kali ini?

            “Adik kata tadi tak boleh tidur. Kenapa? Ada masalah dengan G-Properties ke?” Tanya Ubek prihatin. Dia memang sering mengambil tahu perihal Cika. Apatah lagi mereka hanya dua beradik sahaja. Kalau bukan dia, siapa lagi yang mahu mengambil tahu soal adiknya itu.

            “Bukan soal syarikat.” Ujar Cika tersenyum.

            “Habis? Abang tengok adik macam tak bersemangat aje tadi. Kenapa?” Soal Ubek lagi, tekun menyelidik.

            “Sarah, kawan Cika masa kat sekolah dulu hantar kad jemputan hari ni.”

            “Aha, ini mesti kad jemputan kahwin. Adik susah hati sebab semua kawan-kawan adik dah nak kahwin kan?” teka Ubek sebarangan.

            “Bukanlah.” Cika membeliakkan matanya besar-besar. Ada pulak macam tu!

            “Bukan? Habis itu kad apa?” Ubek berminat ingin tahu.

            “Kad jemputan reunion.” Jawab Cika lemah.

            “Hei baguslah tu. Reunion zaman sekolah lah yang paling best tau. Adik boleh jumpa kawan-kawan lama adik masa sekolah dulu. Abang ingatkan kad apa tadi sampai punyalah monyok muka tu.” Gelak Ubek. Percuma sahaja dia tertanya-tanya.

            Cika mengeluh panjang. Dia tahu Ubek langsung tidak tahu apa-apa tentang masa silamnya di sekolah. Kalau dia bercerita pun, percuma sahaja. Dia dan Ubek berbeza usia dua tahun sahaja. Sewaktu dia trauma di sekolah lamanya, Ubek sudah melanjutkan pelajaran di universiti. Jadi Ubek langsung tidak tahu apa sebenarnya yang sudah berlaku pada dirinya ketika itu.

            “Eh nak ke mana pulak ni? Joran satu lagi ni siapa nak jaga nanti?” Ubek terpinga-pinga melihat anak gadis itu tiba-tiba bingkas bangun dari situ.

            Cika mendengus kecil. “Cika nak ke khemah sekejap, ambil repellent cream sebelum satu badan Cika ni berbirat kena gigitan nyamuk.” Ujarnya lalu bergegas pergi dari situ.

            Ubek ketawa kecil mendengarnya. “Huh manja!” Bisik Ubek. Tapi sejurus kemudian, dia turut menampar lengannya. Alamak banyaknya nyamuk!

            “Adik, ambilkan untuk abang juga krim tu. Nyamuk banyak sangat ni.” Jerit Ubek pada si adik yang sudah jauh meninggalkannya.

*  *  *  *

CIKA merungut-rungut kerana lengannya sudah beberapa kali menjadi sasaran nyamuk. Mujurlah dia teringat mahu membawa bersamanya krim pencegah nyamuk yang selalu diletakkan di dalam begnya.

            Ketika dia sampai ke tapak perkhemahan di The Woods itu, suasana di situ semakin gelap. Hanya ada beberapa lampu kalimantang yang dipasang berhampiran pokok-pokok di situ.

            “Alahai, yang mana satu khemah aku ni?” Rungut Cika bingung. Dalam suasana yang gelap itu, semuanya nampak samar-samar di matanya. Malah dia gagal menentukan lokasi khemah yang dipasangnya sebentar tadi. Entah di mana!

            Tiba-tiba senyuman Cika bertebar di bibir. Dah jumpa! Rasanya yang itu sebab seingatnya ada pokok besar di tepi khemahnya. Salah satu dari ranting pokok itu pula hampir patah dan tercondong ke arah pintu khemahnya.

            Cika segera meluru ke arah khemahnya. Zip pintu khemah dibuka lalu dia meluru masuk. Poket seluarnya diseluk, sebelum dia mengeluarkan telefon bimbitnya dan menghidupkan mod lampu.

            Tiba-tiba tangannya tersentuh sesuatu yang agak panas. Dia tergaman. Apa benda ni? Wajahnya berkerut. Serentak dia mendengar bunyi hembusan nafas di belakangnya. YA ALLAH, ada orang di belakang! Dia hendak berpaling tapi urat nafasnya seakan mahu putus. Dia langsung tidak berani menoleh. Bimbang ternampak sesuatu yang bukan sepatutnya. Orang atau hantu, semuanya benda yang mahu dielakkannya.

            Cika mengerling ke arah pintu khemah yang terliuk-liuk separuh terbuka. Dia harus lari! Saat itu dia hanya mahu melakukan itu! Lari secepat mungkin!

            Tapi belum sempat dia mahu melaksanakan rancangannya, tiba-tiba sepasang tangan menangkap pergelangan tangannya. Cika terkejut besar sehinggakan telefon bimbitnya terjatuh entah ke mana. Dia mahu menjerit, tapi tangan itu lebih pantas menekup mulutnya. Dia diasak ke ke sudut khemah oleh lembaga yang sayup-sayup kelihatan.

            Lembaga itu mengambil telefon bimbitnya yang tercampak tadi lalu menyuluh ke wajahnya. Cika tergaman. Di hadapannya kini, dia terpandang seorang lelaki muda sedang merenung tajam ke arahnya.

            “Siapa awak? Kenapa awak menceroboh khemah saya? Awak nak mencuri ya?” Soal lelaki itu dengan suara meninggi.

            Pertanyaan lelaki itu membuatkan Cika terkedu sejenak. Menceroboh? Mencuri? Hello mister, ini khemah aku! Erkk…is it? Cika menarik nafas panjang. Sudah tidak yakin bahawa khemah yang baru sahaja dimasukinya adalah khemahnya sendiri. Damn it! Aku salah masuk khemah!

1 comment:

Anonymous said...

The way its going, there is no guarantee that even those who are in relatively safe positions can continue without jeopardy. Related Articles Fashion Handbags, Discount Handbags Leather Handbags for Sale at Low Price Benefits of Buying Louis Vuitton Replicas Guide to Distinguish Replica Authentic Louis Vuitton Handbags Cheap Louis Vuitton Handbags One of the first things people do in such a grim situation is to cut back their expenses. Many of us would have lived out the good times riding the credit card wave, spending more than we can afford and building up debts isabel marant sneakers. The best way to cut spending and repay debts is to wise up on expensive purchases that are entirely avoidable isabel marant sneakers. Louis Vuitton handbags have always had a timeless appeal. They have occupied a position of pride and have an enviable following of devout buyers. Every new style released by the company is lapped up by ardent fans..
http://isabelmarantsneakers86.webs.com/
One can also have lily or lotus plant in a terracotta pot or two, add cane, wrought iron, wicker or wooden benches, with floor cushions around, perfect place to unwind, relax or even party. For garden implies beautiful flowers swaying all around by the gentle sway of breeze isabel marant. The green foliage peeping in between the bright colored flowers gives you a tranquil feeling that freshens your mind and soul. It includes Aloe Vera, Asparagus, Bamboos Vulgarism, Cardamom, Carioca Papaya, Hibiscus, Manjishta, Marigold, Mulberry, Jasmine, salad leaves, red roses, tulip, with green lawn at center isabel marant shoes. For nature keeps the pollution away and imparts fresh air. The air which is important for all. Even if there is no time for walking one can walk in their terrace garden..
[url=http://isabelmarantsalescheap.webs.com/]isabel marant outlet sales[/url]
These handbags are made from highquality resources and designed delicately and elaborately to assure the top good quality. Gucci is wellrecognized for its classy and magnificent handbags and also to the higher class possessing a Gucci outlet handbag is surely a indication of fame and prosperity. Most folks are so familiar with Gucci makes since it is regarded for its large conclude merchandise all throughout the globe. Related Articles Gucci outlet offers all you need Find Cheap Gucci Sneakers For Sale Discount Gucci Shoes Outlet online Pick Guccis The Branding Fashion Trends There exists a particular superstar standing that goes alongside together with the Gucci identify. It seems that everyone from Madonna, Brittany Spears, to Julia Roberts, and countless far more individual Cheap Gucci handbags. That is a indication that you are not simply a lady with some unbelievable flavor, but additionally you have manufactured it and you also undoubtedly are a results isabel marant shoes isabel marant shoes. These bags are unbelievable on your pride and your self confidence..
[url=http://isabelmarantcheapshop.webs.com/]cheap isabel marant[/url]

The actual tanners gabardine raincoat is a bank that recognized this company above 135 in the past.
This particular unrivaled function will always make the whole world audience together with active setting. Burberry outlet Merchandise is very popular because of its different model. Burberry outlet online style retail store have for ages been used by the rich and famous. Think about engineered to be black color, bright, dreary, or perhaps deeply coloring the purple or simply environmentally friendly. Every single business listed in their own online wholesale burberry outlet store is usually extensively screenedin and permitted as being an unique designer ladies handbag middleman isabel marant shoes. Seeking out brandnew Burberry Shoes Outlet Stores trend is a touch just like finding a brand new pal it is best to decide properly you may already know they are going to be about for just a period of time isabel marant sales..
[url=http://isabelmarantsalescheap.webs.com/]isabel marant for sale[/url]

DEDALU DI HATI - STOK TERHAD!!

DEDALU DI HATI  - STOK TERHAD!!

PESANAN NOVEL DEDALU DI HATI SEDANG DIBUKA SEKARANG!!!

Harga = RM25.90
Kos Pos = RM7 (pos laju)
Total = RM32.90

Emailkan nama dan butiran diri ke arr_nita@yahoo.com.
Pesanan sehingga stok ke 3 ini kehabisan..

NANTIKAN VENOM SURIA DI PESTA BUKU ANTARABANGSA PWTC MULAI 27 APRIL, TERBITAN BUKU PRIMA (RM25.90)

NANTIKAN VENOM SURIA DI PESTA BUKU ANTARABANGSA  PWTC MULAI 27 APRIL, TERBITAN BUKU PRIMA (RM25.90)
Suria gadis ceria dan periang, namun miliki sejarah hitam dalam kelahiran. Yang membuatkan dia diburu dan dijejaki untuk meleraikan sebuah kisah sumpahan, lalu mempertemukan dia dengan dua lelaki berbeza sifat. Izwan jenis yang dingin dan panas baran. Cakapnya harus dipatuhi atau dia akan meletup! Nazrul sentiasa cool tapi punya rahsia terpendam yang menyiksa jiwa. Seorang lelaki ditakdirkan menjadi penyelamat. Seorang lagi ditakdirkan membunuhnya. Kedua-duanya muncul tak diundang, tetapi meninggalkan kesan mendalam. Lalu bermulalah permainan cat and mouse antara mereka sehingga game over!