Followers

Friday, October 9, 2009

Sayangku Casper : Bab 6

Selepas habis kelas, Tia melepak di perpustakaan menyiapkan tugasannya yang tergendala. Asalnya dia mahu menyiapkannya kelmarin. Tapi sejak pagi dia asyik disuruh mencuci pinggan mangkuk dan tandas-tandas yang ada di dalam rumah besar itu. Baru dia hendak melepas penat, giliran Karin pula memerintahnya. Tia, pergi bersihkan bilik aku. Tia, dah beri makan ikan kat akuarium? Tia, jangan lupa belikan aku itu, belikan aku ini! Tia mengajuk kata-kata Karin di dalam hati.

Mulanya dia makan hati juga dengan sikap ibu dan kakak tirinya pada awal-awal dulu. Berhari-hari lamanya dia mogok lapar dengan ayahnya kerana merajuk dengan sikap Halijah. Tapi yang mendapat bala dirinya sendiri. Ketika ayahnya dan yang lain-lain enak menjamu selera di meja makan, dia pula sendirian terbaring di dalam bilik kerana sakit gastrik. Usah kata bubur nasi yang dibawa untuknya tidak disentuh, untuk mencapai gelas air pun dia tidak mampu. Sudahnya sepanjang malam dia menderita sakit kerana gastrik. Aduh! Sejak itu dia serik untuk melancarkan mogok lapar lagi. Tak beri faedah langsung! Keluh Tia sendirian.

Bosan mengadap buku-buku tebal di perpustakaan itu, Tia termenung sendiri. Fikirannya tertumpu pada soal ayahnya. Sampai hati ayah! Sudahlah pulang diam-diam, pergi juga dalam keadaan terburu-buru. Apa salah Tia, ayah? Kenapa Tia merasakan diri Tia sudah tidak bererti buat ayah? Sejak mak meninggal, ayah seperti tidak kisahkan Tia langsung. Makcik dan Karin pulak tak sudah-sudah nak membuli Tia! Rumah itu bukan lagi syurga untuk Tia, ayah! Ia tidak lagi sama seperti dulu.

Tia melepaskan keluhan sayu. Hendak balik ke rumah, dia berat hati. Malas mahu menghadap gelagat Halijah yang menyebalkan hatinya. Bagaimana kalau aku pergi jumpa Jerone? Hmm..good idea! Manalah tahu time-time ni Jerone dan kawan-kawannya tengah banging kat studio. Boleh juga dia tumpang semangkuk melihat band lelaki itu.

Cepat-cepat Tia mengemaskan barang-barangnya lalu bergegas ke arah pintu keluar perpustakaan. Beg sandangnya kembali ke bahunya. Sebelah tangannya pula mengangkat buku-buku tebal yang mahu dipulangkan ke raknya semula. Tapi entah apa silapnya, Tia tersadung langkah. Gedebuk!

Setiap pasang mata yang berada di situ mula menular ke arahnya. Tia terkedu. Bulat matanya memandang buku-buku di tangannya yang terhumban ke arah lantai. Aduh malunya! Tia menggigit hujung bibir. Dia menjeling ke arah kaunter peminjaman tidak jauh dari situ. Puan Romelah yang sedang duduk di situ sedang menjeling tajam ke arahnya. Mata singa lapar itu seolah-olah mengisyaratkan agar dia berbuat sesuatu pada buku-buku yang jatuh itu, dan bukannya terpaku seperti patung di situ.

Tia segera mengutip buku-buku yang berselerakan di atas lantai. Kepalanya dipanggung lebih rapat ke arah lantai. Malu kerana menjadi perhatian pengunjung-pengunjung di perpustakaan itu. Terasa seperti dirinya sedang menjadi tontonan para juri yang mahu memilih ratu cantik untuk dimahkotakan. Bezanya dia bukanlah calon ratu cantik, cantik pun jauh sekali. Dia hanya gadis biasa yang tidak popular ‘langsung’ di kolej serta tidak pernah berpeluang keluar dengan mana-mana lelaki pun. Malah tidak ada mana-mana lelaki pun di kolejnya yang sudi berkenalan dengannya.

Entah apa yang tak kena dengannya? Nak kata hodoh, rasanya Siti Saerah di kolejnya lagi ‘unacceptable’. Dengan gigi seperti arnab, rambut yang diikat tocang tinggi dan cermin mata ala-ala Elton John, gadis dari Kedah itu pun sudah ada teman lelaki yang sama negeri. Hanya dia yang sehingga kini masih sendiri.

“Kutip buku pun sampai berjam-jam lamanya?” Satu suara mencelah ke corong telinganya. Tia acuh tak acuh.

“Cik adik, kutip buku tu boleh cepat sikit tak? Takkan sekadar dua tiga biji buku tu sampai nak berkhemah di sini.” Suara itu seolah-olah menyindirnya.

Tia menggetapkan bibirnya. Telinganya berdesing. Kurang ajar punya orang. Apahal nak perli-perli aku pulak ni?

“Yang awak sibuk-sibuk jaga tepi kain saya ni kenapa? Nak lalu-lalu ajelah, punyalah besar perpustakaan ni, yang awak sibuk-sibuk nak celah tempat sempit ni kenapa?” Gumam Tia separuh geram. Dia mengangkat wajahnya memandang orang yang dilawannya bercakap. Namun sebaik matanya menjamah seraut wajah yang tersenyum memandangnya, dia tergaman. Fulamak, siapa ni? Handsome la pulak! Buat hati aku cair!

“Memang perpustakaan ni luas, tapi saya nak lalu kat tempat sempit awak ni. Tu..nampak tak bilik tu? Macamana saya nak ke sana kalau awak duduk mencangkung kat tengah-tengah laluan ni?” Balas si lelaki tidak mahu mengalah.

Tia terpanar. Baru dia perasan posisi duduknya agak simbolik. Cepat-cepat dia membetulkan gayanya sebelum terus disindir. Namun matanya terus terpaku pada wajah lelaki itu. Bercahayanya wajah lelaki di hadapannya kali ini! Apasal ya? Sebab beriman ke atau sebab spotlight kat dalam ni yang superb? Adoi apa-apalah, yang nyata kau tetap handsome! Canda hati kecil Tia.

“Cik adik?” Panggil lelaki itu sambil melambai-lambaikan tangannya di hadapan Tia. Melihat si gadis yang tercegat seperti patung di hadapannya tanpa apa-apa reaksi, dia didatangi perasaan cemas. Apasal dengan perempuan ni? Tiba-tiba keras semacam aje.

Perlahan-lahan gadis itu didekati lebih rapat. Renungannya singgah ke wajah gadis di hadapannya yang kelihatan bingung. Hendak ketawa pun ada dia melihat reaksi gadis itu. Tubuh kecil di hadapannya segera ditolaknya ke tepi begitu sahaja. Kau tak ke tepi, biar aku yang ketepikan kau, gumam lelaki itu nekad.

Seakan tersedar dari lamunan panjang, Tia terpegun. Bulat biji matanya memandang lelaki itu yang sudah beredar di hadapannya sambil tersenyum sinis. Sekejap sahaja tubuh lelaki itu menghilang ke dalam sebuah bilik kecil di situ.

Tia tersenyum lebar. Hmm..kiutnya mamat tu. Entah kenapa tumbuh angan-angan di hatinya untuk bertemankan lelaki kacak itu. Tak dapat di alam nyata, dalam mimpi pun jadilah! Bisik Tia berangan-angan sendiri. Buku-buku yang masih menjadi hiasan lantai dibiarkan sahaja. Langsung dia tidak sedar dirinya menjadi tumpuan Puan Romelah yang sudah bercekak pinggang memerhatikannya.

No comments:

DEDALU DI HATI - STOK TERHAD!!

DEDALU DI HATI  - STOK TERHAD!!

PESANAN NOVEL DEDALU DI HATI SEDANG DIBUKA SEKARANG!!!

Harga = RM25.90
Kos Pos = RM7 (pos laju)
Total = RM32.90

Emailkan nama dan butiran diri ke arr_nita@yahoo.com.
Pesanan sehingga stok ke 3 ini kehabisan..

NANTIKAN VENOM SURIA DI PESTA BUKU ANTARABANGSA PWTC MULAI 27 APRIL, TERBITAN BUKU PRIMA (RM25.90)

NANTIKAN VENOM SURIA DI PESTA BUKU ANTARABANGSA  PWTC MULAI 27 APRIL, TERBITAN BUKU PRIMA (RM25.90)
Suria gadis ceria dan periang, namun miliki sejarah hitam dalam kelahiran. Yang membuatkan dia diburu dan dijejaki untuk meleraikan sebuah kisah sumpahan, lalu mempertemukan dia dengan dua lelaki berbeza sifat. Izwan jenis yang dingin dan panas baran. Cakapnya harus dipatuhi atau dia akan meletup! Nazrul sentiasa cool tapi punya rahsia terpendam yang menyiksa jiwa. Seorang lelaki ditakdirkan menjadi penyelamat. Seorang lagi ditakdirkan membunuhnya. Kedua-duanya muncul tak diundang, tetapi meninggalkan kesan mendalam. Lalu bermulalah permainan cat and mouse antara mereka sehingga game over!