Followers

Wednesday, January 1, 2014

Lelaki Itu...Syurgaku - Bab 4


MILAN CATHEDRAL atau dipanggil Piazza Duomo oleh orang-orang tempatan, memang antara objek tumpuan pelancong yang cukup indah di bandar Milan. Tidak ada apa yang mampu diungkapkan oleh bibir Orked tatkala dia berdiri tegak di hadapan gereja gothic berusia hampir 200 tahun itu. Matanya mendongak ke arah bangunan berwarna putih krim itu.

Di atas bumbung cathedral itu terdapat beratus-ratus spires berwarna putih yang menambahkan keunikan bangunan tersebut. Manakala di dinding-dinding luar cathedral itu pula, terdapat banyak ukiran berupa patung-patung pada era Gothic Italy yang kelihatan cukup unik setiap satunya. Menurut Sarah, semua scruptures   pada dinding cathedral itu berjumlah hampir 3000 semuanya.

“Cantik kan?” Ujar Sarah yang entah sejak bila berada di sampingnya.

Dia menoleh ke arah Sarah. Dengan bibir yang tersenyum, dia mengangguk setuju. Memang cantik! Sama seperti yang Idlan gambarkan ketika bercerita tentang salah satu gereja tertua di Lombardy itu.

Duomo ni merupakan gereja ke empat tertua di dunia. Nak membinanya sahaja kena ambil masa 6 abad.” Sambung Sarah seraya melemparkan pandangan ke arah cathedral itu.

“Enam abad? Lamanya.” Komen Orked.

Sarah ketawa besar. “Kebanyakan bangunan-bangunan di Itali ni memang antara bangunan-bangunan tertua di dunia. Tapi nak bercerita satu-persatu, kakak sendiri tak arif sangat. Kalau abang Daud tu mungkin boleh jelaskan pada Orked. Dia memang arif dengan semua bangunan-bangunan bersejarah kat sini.”

Orked tersenyum. Dia sendiri tidak tergamak mahu menyusahkan Sarah dengan bertanya banyak soalan. Lagipun tujuannya datang ke situ sekadar mahu melawat tempat-tempat yang pernah Idlan ceritakan padanya dahulu.

“Orked tak naik ke atas?”

“Ke atas?”

“Kalau nak kita boleh mendaki tangga ke atas. Dari atas kita boleh tengok pemandangan kawasan sekitar. Tapi kena panjat banyak anak tangga la kalau nak sampai ke atas.” Ujar Sarah.

“Berapa anak tangga semuanya?”

“Dekat 200 anak tangga kut.” Sarah tersengih.

Dia terpempan. Banyaknya!

“Tapi kalau tak nak pun tak apa. Kita boleh naik lift aje ke atas.” Sambung Sarah lagi seraya ketawa terkeheh-leheh. Orked turut menyimpul tawa lantaran dia menyedari wanita itu sedang bercanda dengannya.

“Kalau kat atas kita boleh tengok Madonnina dengan lebih jelas.”

Orked terdiam mendengar kata-kata Sarah. Madoninna?

“Di atas bangunan Duomo tu ada sebuah puncak yang paling tinggi. Kat situlah terletaknya patung Madoninna yang menjadi lambang kemegahan Duomo. Ada orang kata Madonnina dah jadi ikon iklim kat Lombardy.” Suara Idlan hadir lagi mengusik kenangan lamanya.

 Kalau nak tengok bagaimana keadaan cuaca kat tempat tu, tengok aje patung Madoninna tu. Kalau puncak Madoninna tu tak kelihatan, bermakna cuaca kat situ tengah lembab. Kalau cuaca elok, puncak tu akan bersinar-sinar dari jauh.” Cerita Idlan tidak pernah habis. Mata lelaki itu sentiasa bercahaya setiap kali berbicara tentang sesuatu. Itu yang paling dirinduinya tentang lelaki itu.

“Kenapa Orked senyum?” Sarah menegur separuh hairan.

Orked tersentak. Hilang sudah lamunannya diragut suara Sarah yang agak lantang. Terkelip-kelip dia memerhatikan wanita itu.

“Err.. tak ada apa-apalah Kak Sarah. Orked cuma terkenangkan seseorang.” Ujarnya beralasan.

“Siapa? Idlan?” Sarah menduga.

Dia terkedu. Tak menyangka tekaan Sarah kali ini tepat. Mahu tak mahu dia mengangguk.

 “Kalau Orked tak keberatan, boleh kakak tahu kenapa Idlan meninggal?” Tanya Sarah ingin tahu. Wajah Orked yang tidak berseri dan muram membuatkan dia berminat mahu mendengar cerita gadis itu. Hatinya teringin benar mahu tahu bagaimanakah lelaki yang berjaya membuatkan anak gadis seperti Orked merantau jauh ke mari seorang diri.

Orked menarik nafas panjang. Permintaan Sarah itu berat mahu ditunaikan. Pandangannya tenggelam sayu. Wajah lelaki itu kini melambai-lambai di ingatannya. Ternyata, kenangan lalu tetap mengecewakannya. Tak sangka dia akan terluka sebegini teruk selepas pemergian Idlan.

No comments:

DEDALU DI HATI - STOK TERHAD!!

DEDALU DI HATI  - STOK TERHAD!!

PESANAN NOVEL DEDALU DI HATI SEDANG DIBUKA SEKARANG!!!

Harga = RM25.90
Kos Pos = RM7 (pos laju)
Total = RM32.90

Emailkan nama dan butiran diri ke arr_nita@yahoo.com.
Pesanan sehingga stok ke 3 ini kehabisan..

NANTIKAN VENOM SURIA DI PESTA BUKU ANTARABANGSA PWTC MULAI 27 APRIL, TERBITAN BUKU PRIMA (RM25.90)

NANTIKAN VENOM SURIA DI PESTA BUKU ANTARABANGSA  PWTC MULAI 27 APRIL, TERBITAN BUKU PRIMA (RM25.90)
Suria gadis ceria dan periang, namun miliki sejarah hitam dalam kelahiran. Yang membuatkan dia diburu dan dijejaki untuk meleraikan sebuah kisah sumpahan, lalu mempertemukan dia dengan dua lelaki berbeza sifat. Izwan jenis yang dingin dan panas baran. Cakapnya harus dipatuhi atau dia akan meletup! Nazrul sentiasa cool tapi punya rahsia terpendam yang menyiksa jiwa. Seorang lelaki ditakdirkan menjadi penyelamat. Seorang lagi ditakdirkan membunuhnya. Kedua-duanya muncul tak diundang, tetapi meninggalkan kesan mendalam. Lalu bermulalah permainan cat and mouse antara mereka sehingga game over!