Followers

CINTA BUKAN LARANGAN - 2014 ( Limited Edition Only)

CINTA BUKAN LARANGAN - 2014 ( Limited Edition Only)
Ekslusif dan tidak dijual di kedai buku, hanya di blog dan fb penulis sahaja :untuk memesan : email arr_nita@yahoo.com/ FB : Anita Aruszi

BLURB CINTA BUKAN LARANGAN (New)

Tajuk : Cinta Bukan Larangan
Penulis : Anita Aruszi
Harga : RM32.90
Penerbit : GN Publishing
ISBN : 978-967-10425-3-3
M/s : 803ms
Genre : Cinta dan Kekeluargaan

Tagline
Cinta Ini Terlarang..
Ibarat Buah Khuldi Yang Haram Disentuh Adam…

Diaz dan Dina Azura, dua adik beradik yang membesar bersama tetapi tidak pernah sebulu. Ada sahaja yang tidak kena di hati Diaz yang terang-terangan membenci Dina Azura di dalam hidupnya. Sehingga ke satu tahap, dia cuba merogol gadis itu angkara kemarahan yang terpendam di lubuk hatinya. Namun tindakan itu telah merubah segala-galanya dalam hidup mereka. Kerana kesal dengan tindakannya, dia mengambil keputusan melarikan diri ke luar negara. Namun tindakan itu tidak mampu meluputkan setiap dosa yang dirasakannya terhadap Dina Azura.

Sepuluh tahun kemudian, Diaz pulang ke tanahair dan bekerja dengan Alma Katherine, seorang ahli perniagaan berjaya. Namun dia tidak berani berhadapan dengan Dina Azura angkara malam jahanam itu. Tapi takdir menemukan mereka semula untuk menyusun kepingan-kepingan puzzle dalam hidup mereka. Tapi masihkah ada benci di hatinya atau segala-galanya telah berubah?

Bagi Dina Azura, dia tidak pernah membenci Diaz. Malah takkan mungkin membenci lelaki itu. Sejak kecil dia mengagumi Diaz, sehinga adakala dia terseksa kerana dibenci tanpa sebab. Malah seluruh jiwanya terseksa kerana selama ini dia menyimpan rahsia yang tidak mampu diceritakan kepada sesiapa. Isi hatinya takkan mampu diluahkan lantaran dia sedar betapa besar dosanya mencintai abang sendiri.

Perkenalan Dina Azura dengan Johan telah menyemat cemburu di hati Diaz tanpa disedari. Hubungannya dengan Dina Azura adalah sebuah hubungan yang takkan mungkin. Mereka tidak mungkin bercinta. Tidak mungkin bersama sama. Tidak mungkin untuk segala-galanya. Tidak mungkin untuk selama-lamanya. Kerana itu Diaz menahan diri. Dan bila Johan hadir di antara mereka, segala-galanya yang tidak mungkin itu bukan lagi satu halangan. Diaz nekad mahu membetulkan segala-galanya. Tapi rahsia yang disimpannya selama 15 tahun itu hanya akan melukakan hati ramai orang. Bolehlah dia menjaga hati ramai orang dan membiarkan hatinya sendiri dilukai? Mampukah lagi dia menyimpan rahsia ini dari pengetahuan Dina Azura sedangkan gadis itulah yang paling mahu dilindunginya?


Abang jangan judge orang dengan hanya memandang luaran sahaja. Sekurang-kurangnya
Johan sanggup pertahankan maruah adiknya dari lelaki-lelaki tak guna tu. Dia seorang abang yang baik – DINA AZURA

Johan baik? Jadi abang lelaki jahat? – DIAZ HAFIZI

Saya cuma nak awak pilih antara saya dan Diaz. Dan berhenti menyakiti hati saya seperti ini Dina – JOHAN


Friday, April 30, 2010

Sayangku Casper : Bab 26

Davian menarik selimut sehingga menutup kepala. Puas sudah dia cuba melelapkan mata namun tak berjaya. Sekejap dia membalik ke kanan dan sekejap pula dia mengiring ke kiri. Setiap posisi yang diambil seperti ada yang tidak kena. Bosan berkeadaan begitu, akhirnya Davian bingkas bangun.

“Ni tilam ke besi ni? Keras semacam aje!” Rungut Davian. Dia benar-benar tidak mampu tidur di atas tilam yang keras dan buruk seperti itu. Bengang betul dia kerana dipaksa Rafique bermalam di situ. Sudahlah apartmen itu buruk, dinding bilik air hampir sekaki lumutnya menutup dinding sehingga dia tidak terasa langsung mahu membuang air. Jauh benar keadaan di situ berbanding apa yang dikecapinya di rumah besarnya.

“Rafique, kau dah tidur ke?” Davian bertanya seraya menoleh ke arah pintu bilik yang terbuka luas. Pertanyaannya tidak berjawab. Davian mengerutkan dahi. Mana pulak si Rafique ni pergi?

Dengan perasaan ingin tahu, Davian menolak selimut yang membungkus dirinya lalu keluar dari bilik. Matanya menjengah ke arah sofa panjang yang sudah buruk di ruang tamu. Melihat kelibat Rafique tidak ada di sofa itu, Davian tergaman. Alamak! Sejurus sebentar tadi, Rafique menyuruh dia tidur di bilik manakala lelaki itu mengatakan akan tidur di sofa sahaja. Tapi mana dia pergi pulak? Davian mengeluh panjang.

Kalau dia tahu begini punya buruk apartment yang disewa oleh temannya itu, dia lebih rela mengajak lelaki itu bermalam di rumahnya yang sepuluh kali ganda jauh lebih selesa dari tempat ini. Dahlah aircond pun takde, kipas yang berpusing langsung tak terasa anginnya lantaran dilitupi habuk tebal.

“Macamana kau boleh terfikir nak duduk rumah macam ni?” Soalnya pada Rafique sejurus mereka sampai tadi. Terkejut benar dia melihat rumah itu. Sewaktu Rafique bercerita padanya, dia menyangkakan Rafique hanya bercanda dengannya tentang kondisi rumah yang tak serupa rumah itu.

“Sementara aje. Lagipun kalau aku tinggal kat hotel atau apartment mewah, sekejap aje orang-orang daddy akan dapat cari aku.” Ujar Rafique.

“Kalau akulah, lebih baik tinggal dengan daddy kau dari duduk rumah macam ni. Dahlah jauh dari kawasan orang, tempat ni pulak buat bulu roma aku meremang.” Dia berterus-terang. Memang itulah yang dirasakannya tatkala pertama kali masuk ke dalam bangunan itu.

Sepanjang dia menaiki lift bersama Rafique, dia langsung tidak berselisih dengan sesiapa pun di situ. Jangan hendak dengar suara, bayang orang pun tidak kelihatan. Suasana di situ sunyi sepi bagaikan berada di tanah perkuburan. Kadang-kala dia terfikir sesuatu, mungkinkah hanya mereka sahaja yang berada di situ? Aduhai! Davian benar-benar merasakan bulu roma dan bulu hidungnya sudah mencacak naik. Seram!

Sedang dia mencari-cari kelibat Rafique, telinga Davian tiba-tiba menangkap satu bunyi. Dahinya segera berkerut. Bunyi suara orang bercakap di luar pintu kelihatan begitu hampir di telinganya. Dia memasang telinga, cuba mendengar dengan teliti. Sesekali suara itu kedengaran jelas bagaikan berada dekat dengannya. Tapi sesekali ia kedengaran sayup-sayup bagaikan sebatu jaraknya.

Davian memberanikan diri memulas tombol pintu di hadapannya. Dia mahu tahu siapakah yang bercakap-cakap di luar rumah sewa Rafique itu. Tapi sebaik daun pintu dikuak, mata Davian terbeliak. Seorang gadis memakai gaun berwarna merah terpacul di hadapan matanya. Gadis itu menoleh lalu memandang tepat ke arahnya. Davian ternganga. Alahai cunnya!

Gadis itu tersenyum manis ke arah Davian.

“Penyewa baru ya?” Tanya si gadis.

Davian pantas mengangguk. Hatinya terbuai dengan kecantikan gadis di hadapannya sehingga lupa mahu menutup mulut yang ternganga sedari tadi.

“Hmm.ingatkan tak ada orang nak sewa rumah di tingkat atas ni lagi.” Suara gadis itu lembut tersusun. Kali ini Davian mengerutkan dahi. Kata-kata gadis itu menarik perhatiannya.

“Kenapa?” Tanya Davian ingin tahu.

Gadis itu memandang kiri dan kanannya. Davian turut mengikut gerak-geri gadis itu. Namun dia tidak menemukan apa-apa yang aneh. Apa yang dipandang gadis itu sebenarnya?

“Awak tak nampak ke rumah-rumah kat tingkat ni bergelap aje?”

Davian memandang sekitar kawasan apartment tingkat tiga di bangunan itu. Dia mula menyedari kebenaran kata-kata si gadis. Semua apartment kelihatan bergelap sedari dia mula sampai dengan Rafique petang tadi. Mulanya dia memang ingin bertanya dengan Rafique tentang hal itu. Tapi entah macamana melihat Rafique mundar-mandir susah hati, dia membatalkan hasratnya.

“Nampak tapi apasal?” Davian pura-pura bodoh.

Gadis itu ketawa kecil. “Sebab tak ada orang lain lagi yang tinggal kat tingkat ni kecuali awak.” Ujar gadis itu.

Davian tersentak. Kata-kata gadis itu membuatkan dia terpempan. Apa yang tercuit di hatinya sebentar tadi kini disahkan oleh kata-kata gadis itu. Tubuhnya mula menggeletar bermandi peluh. Biar betul!

“Awak pulak siapa?” Davian merenung gadis itu dengan wajah gugup.

Gadis itu ketawa kecil. “Saya lalu aje kat sini. Saja nak tengok-tengok awak.” Ujar gadis itu seraya meninggalkannya dengan tawa halus separuh mengekek.

Terkulat-kulat Davian memerhatikan si gadis melangkah ke arah sebuah pintu kecemasan. Gadis itu sempat menoleh lalu tersenyum memandangnya sebelum menghilangkan diri di sebalik pintu kecemasan.

Davian ternganga. Kali ini nganganya bukan kerana terpukau dengan kecantikan gadis berpakaian serba merah itu. Tapi kerana hatinya mula merasa ada yang tidak kena dengan gadis itu. Senyuman terakhir gadis itu ke arahnya benar-benar menakutkannya. Dia cepat-cepat masuk semula lalu mengunci pintu dari dalam. Bagaimana pun debaran di dadanya langsung tidak mahu surut. Aduh! Time-time macam ni mana pulak si Rafique ni hilang? Gumam Davian separuh rungsing.

1 comment:

aqilah said...

raffique will be the prince!!!!!!

DEDALU DI HATI - STOK TERHAD!!

DEDALU DI HATI  - STOK TERHAD!!

PESANAN NOVEL DEDALU DI HATI SEDANG DIBUKA SEKARANG!!!

Harga = RM25.90
Kos Pos = RM7 (pos laju)
Total = RM32.90

Emailkan nama dan butiran diri ke arr_nita@yahoo.com.
Pesanan sehingga stok ke 3 ini kehabisan..

NANTIKAN VENOM SURIA DI PESTA BUKU ANTARABANGSA PWTC MULAI 27 APRIL, TERBITAN BUKU PRIMA (RM25.90)

NANTIKAN VENOM SURIA DI PESTA BUKU ANTARABANGSA  PWTC MULAI 27 APRIL, TERBITAN BUKU PRIMA (RM25.90)
Suria gadis ceria dan periang, namun miliki sejarah hitam dalam kelahiran. Yang membuatkan dia diburu dan dijejaki untuk meleraikan sebuah kisah sumpahan, lalu mempertemukan dia dengan dua lelaki berbeza sifat. Izwan jenis yang dingin dan panas baran. Cakapnya harus dipatuhi atau dia akan meletup! Nazrul sentiasa cool tapi punya rahsia terpendam yang menyiksa jiwa. Seorang lelaki ditakdirkan menjadi penyelamat. Seorang lagi ditakdirkan membunuhnya. Kedua-duanya muncul tak diundang, tetapi meninggalkan kesan mendalam. Lalu bermulalah permainan cat and mouse antara mereka sehingga game over!