Followers

Monday, December 7, 2009

Sayangku Casper : Bab 11

Apabila bas kilang itu berhenti di sebuah bas stop berhampiran sebuah taman perumahan, Tia dan lelaki itu turun. Tapi belum pun bas itu beredar, beberapa gumpalan kertas singgah di atas kepala lelaki itu.

Si lelaki mendongak. Beberapa jelingan manja dan flying kiss menerpa keluar dari dalam perut bas. Dia hanya tersengih-sengih, sedang dalam hati dia berasa lega yang amat sangat kerana dapat turun dari bas tersebut. Duduk di dalam bas itu selama 30 minit bersama hampir 32 orang perempuan merupakan pengalaman yang menakutkan. Tak fasal-fasal dia dilontar dengan gumpalan-gumpalan kertas berisi nombor telefon gadis-gadis di atas bas.

Matanya mencari kelibat Tia yang sudah mula menyusun langkah. Dia cepat-cepat menyaingi langkah gadis itu.

“Tunggu dulu.” Dia cuba menahan.

Tia menoleh. Kaget melihat lelaki itu menghalang laluannya.

“Awak nak apa ni? Kan saya dah kata tadi, lepas kita turun dari bas tu, kita buat hal masing-masing. Dekat hujung sana tu ada stesyen teksi, awak boleh naik teksi kalau nak balik.” Ujar Tia beserta keluhan kecil.

“Saya ada masalah.” Ujar lelaki itu.

Tia tercengang. Bulat biji matanya memandang ke arah lelaki itu. Seketika kemudian dia tersenyum sumbing.

“Lawak sungguh awak ni. Cuba beritahu saya, manusia mana yang tak ada masalah? Tapi maaf, saya bukan kaunter penyelesai masalah.” Habis dia berkata-kata, dia terus meneruskan langkahnya. Malas mahu melayan lelaki kerek yang berlagak sombong dengannya sepanjang hari ini.

Si lelaki tidak berpuas hati, lantas terus mengekori Tia.

“Masalahnya saya lupa kat mana saya tinggal.” Ujar lelaki itu lagi.

Tia tercengang. Lupa kat mana tinggal? Pelik tu!

“Boleh awak tolong saya?”

Tia mendengus. Tolong? Sorry! Buat apa tolong orang yang suka-suka aje mengutuk dirinya? Tak berbaloi langsung.

“Look, saya tahu saya sakitkan hati awak hari ni. Saya tengah pening kepala memikirkan masalah saya, sebab tu saya marah-marah tadi. Kalau awak tersinggung, saya minta maaf okey.” Ujar lelaki itu bagaikan tahu apa yang bersarang di kepalanya.

“Saya Rafique..nama awak?” Lelaki itu menghulurkan tangannya tanda mahu bersahabat.

Tia tidak bertindak balas. Dia masih jual mahal. Ingat lepas buat salah, senang-senang ke aku nak lembut hati? Sorry, I’m not that cheap!

“Please...?” Renungan lelaki itu menjamah kulit wajahnya. Tia terkedu. Rayuan lembut dari seorang lelaki yang handsome siot mana mungkin akan mengeraskan hatinya buat selama-lamanya. Nak salam ke tak nak ni? Tapi mana boleh salam, bukan muhrim. Tia menepuk dahi. Terlupa!

“Tia..nama saya Tia.” Ujarnya akhirnya. Sesekali mengalah tak salah!

Rafique mengangguk. “Nice name. Selamat berkenalan Tia.”

Tia mengangguk dengan wajah selamba. “Jadi betul ke awak lupa kat mana awak tinggal?”

Lelaki itu mengangguk. “Sebenarnya saya baru je sampai ke mari. Saya tak biasa sangat dengan jalan-jalan di sini. Sepatutnya saya menetap dengan kawan, tapi alamat kawan saya tu hilang. Saya pun tak ingat dia tinggal kat mana.” Rafique berbohong.

Tia mengerutkan dahinya. “Habis, awak nak saya tolong macamana?”

“Kalau awak sudi, boleh tak awak tolong saya carikan rumah sewa dekat-dekat sini?” Pinta Rafique.

“Sekarang?” Tia mengeluh.

“Kalau tak, saya tak ada tempat tidur malam ini.” Rafique bersuara perlahan. Lembut tersusun kalimahnya. Namun dalam hati, dia sudah menggerutu dengan pertanyaan Tia. Habis takkan tahun depan? Lusa aku dah nak balik.

“Kenapa awak tak tidur kat hotel aje?”

“Err..saya..saya sebenarnya tak ada duit banyak. Lelaki-lelaki yang kejar saya tu sebenarnya Ah Long. Mereka nak bunuh saya sebab ayah saya berhutang duit dengan mereka.” Dia membuat alasan. Ah belasah ajelah!

Tia terdiam. Matanya melirik ke arah Rafique dari atas ke bawah. Pakai smart macam ni pun ada hutang ke? Patutlah kelam kabut aje lari tadi sehingga aku pun diseret sekali!

1 comment:

Anonymous said...

emm...suspen~~
nak lagie...bilo e-nvl ni akn publish..nak beli la wat koleksi...

**nxt n3 plss**

DEDALU DI HATI - STOK TERHAD!!

DEDALU DI HATI  - STOK TERHAD!!

PESANAN NOVEL DEDALU DI HATI SEDANG DIBUKA SEKARANG!!!

Harga = RM25.90
Kos Pos = RM7 (pos laju)
Total = RM32.90

Emailkan nama dan butiran diri ke arr_nita@yahoo.com.
Pesanan sehingga stok ke 3 ini kehabisan..

NANTIKAN VENOM SURIA DI PESTA BUKU ANTARABANGSA PWTC MULAI 27 APRIL, TERBITAN BUKU PRIMA (RM25.90)

NANTIKAN VENOM SURIA DI PESTA BUKU ANTARABANGSA  PWTC MULAI 27 APRIL, TERBITAN BUKU PRIMA (RM25.90)
Suria gadis ceria dan periang, namun miliki sejarah hitam dalam kelahiran. Yang membuatkan dia diburu dan dijejaki untuk meleraikan sebuah kisah sumpahan, lalu mempertemukan dia dengan dua lelaki berbeza sifat. Izwan jenis yang dingin dan panas baran. Cakapnya harus dipatuhi atau dia akan meletup! Nazrul sentiasa cool tapi punya rahsia terpendam yang menyiksa jiwa. Seorang lelaki ditakdirkan menjadi penyelamat. Seorang lagi ditakdirkan membunuhnya. Kedua-duanya muncul tak diundang, tetapi meninggalkan kesan mendalam. Lalu bermulalah permainan cat and mouse antara mereka sehingga game over!