TAK
FASAL-FASAL
dia kena cuti dua hari gara-gara Ubek. Tapi bagusnya ibunya tidak lagi bertanya
tentang ke mana dia menghilang hari itu. Dan soal Idham seperti tenggelam terus
dari bibir ibunya. Tiba-tiba juga dia dilayan seperti puteri raja dari cerita
dongeng. Awesome!
Lebam di bawah mata diperhatikan melalui cermin. Dengan
sekali sapuan, lebam itu menghilang dengan mudah. Inilah yang dinamakan efek
khas. Nak berlakon kena ada CGI. Tapi CGI dia pakai berus dan eyeshadow sahaja. Dengan sekali sapuan
dan calitan, maka wujudlah lebam biru yang ketara di bawah mata serta di
pipinya. Lebam yang dikatakan akibat dipukul penyamun, sedangkan hakikatnya itu
hanyalah pembohongan yang dilakukannya
berkat idea bernas abangnya.
Sebentar tadi Gina ada menelefonnya bertanyakan khabar.
Kononnya satu pejabat sudah kecoh tentang dirinya yang disamun. Sekali lagi dia
terpaksa berlakon.
Berlakon sunat katakan!
“Kau rehat cukup-cukup, nanti semua kerja kau kat sini biar
aku yang uruskan.” Ujar Gina, prihatin dengan nasib temannya.
“Thanks Gina.
Mujur ada kau, kalau tidak entah apa aku nak buat.”
“Dah kewajipan aku.Lagipun kita kan rakan kongsi, memang patut pun aku take over kerja kau. Tapi kalau boleh
cuti tu jangan lama-lama sangat, aku ni bukan pandai sangat melayan klien-klien
kita tu. Buta aku jadinya kalau kau tak ada.” Ujar Gina.
“Insya Allah, esok aku cuba datang office. Lagipun tak kuasa aku nak lama-lama atas katil ni. Sehari
lagi aku dalam bilik ni boleh naik gila aku dibuatnya.” Dia merungut pada Gina.
Gadis itu ketawa terkeheh-keheh sahaja mendengar kata-katanya.
Tiba-tiba Cika teringatkan sesuatu. Dia segera mencapai
beg tangannya lalu mencari-cari sesuatu di dalamnya. Namun melihat apa yang
dicari tidak ada di dalam beg, wajah Cika berkerut. Tak ada? Biar betul!
Ke mana perginya plannernya?
Buku itu penting dan memuatkan banyak contact
number klien. Malah dia juga mencatat
semua jadual-jadual kerjanya di dalam buku hitam tersebut. Aduh! Parah kalau begini!
Wajah Cika resah. Kalau tanpa buku hitam itu, dia seperti
orang buta kehilangan tongkat. Setahunya dia tidak pernah meletakkan buku itu
sebarangan selain dari dalam tas tangannya. Takkan buku hitam itu boleh
meloncat sendiri dari dalam tas tangannya pulak. Impossible!
* *
* *
HAMPIR satu jam lamanya dia
menyelongkar mejanya. Namun apa yang dicari belum terlihat oleh pancaindera.
Sudahnya dia menyapu keringat di dahi sambil mengeluh panjang. Aduh mana pulak
perginya ni?
Gina yang baru sahaja melintasi bilik itu tercengang
melihat kelibat Cika yang sedang menyepahkan barang-barang di atas meja yang
sudah sedia bersepah. Aik? Baru satu jam yang lalu dia berbicara dengan anak
gadis itu. Alih-alih muncul di sini pulak. Sudah sihatkah dia? Dia singgah sebentar
lalu memerhatikan anak gadis itu yang kelihatan kelam-kabut serba tidak kena.
“Apa yang kau buat tu?” Tanya Gina ingin tahu.
Cika mengangkat mukanya sebentar sebelum menyambung
pencariannya. “Kau ada nampak planner
aku tak? Yang warna hitam kulit tebal tu.” Cika memberi deskripsi antara acuh
tak acuh.
“Tak ada. Kenapa? Hilang?”
“Ahah..puas aku cari tak jumpa-jumpa jugak. Entah mana
perginya buku tu. Buat spoil mood aku
je pagi-pagi begini.” Rungut Cika bengang. Sudahlah dia teringat dia ada mesyuarat
penting di sebuah syarikat pemaju perumahan awal pagi esok. Tapi dia gagal
mengingati tarikh dan masa mesyuarat tersebut. Kerana dia seorang yang pelupa,
maka dia mencatatkan semuanya dalam buku berisi semua maklumat-maklumat dan
tarikh-tarikh penting. Dan buku itu selalunya sentiasa berada di dalam beg
tangannya.
“Kau salah letak kut.” Suara Gina muncul kembali.
Agaknya! Cika mengeluh panjang tanpa berkata apa-apa
lagi.
“Kau datang office ni
dah sihat ke sebenarnya?” Suara Gina ternyata ragu-ragu. Cika yang mahu
meneruskan pencarian buku hitamnya bungkam seketika. Alamak! Lupa pulak! Dengan
wajah tak bersalah dia tersengih.
“Sorrylah Gina,
sebenarnya aku tak sakit pun. Ini semua rancangan Ubek gara-gara nak
mengelakkan aku kena marah dengan umi.” Dia berterus-terang.
“What? Kau biar
betul. Jangan-jangan fasal kau kena samun tu pun tipu jugak?” Gina tercengang.
Cika hanya mengangguk gelihati. Tipu sunat, kawan!
“Gila kau! Satu pejabat ni tahu kau kena samun tahu. Awal
pagi lagi umi kau announce pada si
Darren tu. Kau tahulah mamat lembut tu mana reti nak duduk diam. Habis semua
orang dia beritahu fasal kau cedera sebab baru kena samun.”
“Ala
relakslah Gina. Satu pejabat tahu apalah sangat,” Cika membalas acuh tak acuh.
Gina menggelengkan kepalanya sambil bergerak mendekati
meja Cika. Dia memandang Cika sambil tersengih.
“Cik Syafika, bila aku kata semua orang, I mean everyone.” Ujar Gina lalu menekan
punat pada telefon di atas meja Cika. Sebentar kemudian muncul satu suara.
“Hello Cika, ini I Datuk Fakhri. I dengar dari staf you
yang you kena samun. Betul ke? Kalau betul I nak you call I immediately. I
benar-benar risaukan keadaan you. Hope
you will get well soon.”
“Cika, Fitzerald
here. Have been heard about that new. I’m really worried. Lain kali kalau
nak keluar jangan sorang-sorang, ajak I temankan. Take care ya.”
“Cika, Datuk Fakhri again. I tak senang duduk kalau tak
tahu keadaan you. Kenapa off telefon,
susah I nak call.”
Klik! Gina mematikan sistem perakam telefon sambil
memandang Cika yang sudah terlongo dengan muka blur.
“See what I mean?”
Gina tersengih.
“Ah lantaklah. Malas aku nak layan lelaki dua orang tu.
Sekarang ni yang lebih penting ialah planner
aku tu. Esok aku ada mesyuarat kat pejabat Maju Construction dekat M.” Ujar
Cika.
Mata Gina membulat. “M? Fitzerald?” Gadis itu tersengih
nakal.
“Yang kau sebut Fitzerald ni kenapa pulak? Aku ada meeting dengan staf bahagian promosi MC,
bukan dengan Fitzerald.” Keluh Cika.
“Yalah, alang kepalang kau dah ada kat sana , apa salahnya kau cari Fitzerald. Bukan
jauh mana pun Maju Construction tu
dengan M, dalam satu bangunan sahaja. Ajaklah dia minum dan borak-borak. Dia
pun syok gila kat kau.” Gina mula cucuk jarum.
“Eh tak ada maknanya aku nak buat begitu. Kirim salam.
Kalau kau berkenan sangat dekat Fitzerald tu, kaulah yang ayat dia.” Cika
menyelar.
“Kalau dia sukakan aku, dah lama aku mengorat dia.
Masalahnya Cik Syafika, lelaki tu sukakan kau. Itulah siapa suruh kau pergi ke sana dan marah-marah fasal
line telefon kau yang kena curi tu?” Usik
Gina lantas ketawa mengingatkan peristiwa Cika ketika mula-mula bertemu dengan
Fitzerald dahulu.
Ketika itu Cika mengajaknya
menemaninya ke Syarikat Telekomunikasi M, kerana mahu membuat aduan tentang line telefonnya yang kena hack. Tak pakai tapi kena bayar sampai
beribu! Siapa tak hot! Kalau dia pun
tentu bengang tahap kronik. Tapi dia tidak adalah seperti Cika yang nekad
marah-marah di tempat itu. Muncul Fitzerald yang mendengar aduannya dan cuba
menyelesaikan masalahnya. Kelakarnya mereka semua ingat Fitzerald tu juruteknik
telefon. Rupa-rupanya lelaki itu senior
engineer di situ. Dan dari situ perkenalan Cika dan Fitzerald semakin
berkembang.
Fitzerald lelaki dari Amerika
yang boleh bertutur bahasa melayu dengan sangat fasih. Orangnya juga boleh
tahan handsome. Siapa yang melihat
pasti cair termasuk dia dan ramai lagi staf-staf di G-Properties. Semuanya sepakat
memujuk agar Cika sudi bertemujanji dengan lelaki itu, malangnya Cika acuh tak
acuh sahaja.
“Jangan nak mengarut. Dari kau asyik sebut Fitzerald,
baik kau tolong aku cari planner aku
ni. Esok aku nak meeting.” Gesa Cika.
Mabuk darah dia kalau terus menyebut atau berbicara tentang Fitzerald yang
sangat romantik hingga ada kala macam nak demam-demam dia mendengar ayat
bunga-bunga lelaki itu. Hui kalah lelaki melayu tipikal. Ayat bunga-bunga
Fitzerald lagi mengancam.
“Dah macam padang jarang padang tekukur kau geledah
bilik kau ni, aku rasa memang dah tak ada tu. Mesti kau tercicir kat mana-mana
ni.” Ujar Gina separuh malas mahu ikut campur.
Cika berhenti mencari. Dia terduduk lemah. Bila kali
terakhir aku pegang buku tu? Dia berfikir dalam. Seingatnya dia ada memegang
buku tersebut sewaktu dia menanti ibunya ketika di Jumbo Jeep tempohari.
Maklumlah ketika itu dia bosan dengan bebelan ibunya lalu keluar untuk mengambil
angin di luar. Jangan-jangan kat situlah dia tercicirkan bukunya. Cika
lekas-lekas mencapai beg tangannya lalu berlari ke luar ke muka pintu. Gina yang
memandang terpinga-pinga.
“Kau nak ke mana tu?” Laung Gina ingin tahu. Namun
kelibat Cika menghilang dengan pantas. Belum
sempat Gina mahu ikut keluar dari bilik Cika, bunyi panggilan telefon dari atas
meja temannya itu menarik perhatian. Hendak tak hendak gagang telefon itu
segera diangkat.
“Hello.”
“Hello Cika, ini Idham cakap. Idham Hariz.”
Gina terpempan. Idham Hariz?
Tiba-tiba pintu bilik itu dikuak kasar. Gina terkejut
lalu cepat-cepat meletakkan gagang telefon. Kelibat Cika muncul di muka pintu.
Gadis itu merenungnya satu macam membuatkan dia gugup tanpa disedari.
“Kau ni kenapa? Pucat semacam aje aku tengok.” Cika
mengerutkan dahinya. Hairan melihat wajah Gina yang pucat lesi. Dia melangkah
masuk menuju ke arah mejanya lalu mengutip kunci kereta yang tertinggal.
“Okeylah, aku keluar dulu. Kau uruskanlah apa-apa yang
patut. Aku nak pergi cari planner aku
tu. Entah kat mana aku cicirkannya.” Rungut Cika lalu segera beredar pergi.
Gina menarik nafas panjang. Dia melemparkan pandangan ke
arah gagang telefon yang sudah diletakkannya. Suara lelaki itu masih kelihatan
sama seperti dulu. Suara itu pernah menggetarkan naluri perempuannya. Dia
pernah angau dan gila bayang terhadap Idham Hariz, sehinggalah dia sedar Idham
Hariz lelaki yang tidak punya perasaan. Tidak ada hati peru t!
Apa sebenarnya lelaki itu mahu dengan Cika?
Mahu menyakiti hati Cika lagikah? Tidak! Aku tak boleh biarkan Cika berjumpa
dengan lelaki itu. Takkan!
No comments:
Post a Comment