Followers

CINTA BUKAN LARANGAN - 2014 ( Limited Edition Only)

CINTA BUKAN LARANGAN - 2014 ( Limited Edition Only)
Ekslusif dan tidak dijual di kedai buku, hanya di blog dan fb penulis sahaja :untuk memesan : email arr_nita@yahoo.com/ FB : Anita Aruszi

BLURB CINTA BUKAN LARANGAN (New)

Tajuk : Cinta Bukan Larangan
Penulis : Anita Aruszi
Harga : RM32.90
Penerbit : GN Publishing
ISBN : 978-967-10425-3-3
M/s : 803ms
Genre : Cinta dan Kekeluargaan

Tagline
Cinta Ini Terlarang..
Ibarat Buah Khuldi Yang Haram Disentuh Adam…

Diaz dan Dina Azura, dua adik beradik yang membesar bersama tetapi tidak pernah sebulu. Ada sahaja yang tidak kena di hati Diaz yang terang-terangan membenci Dina Azura di dalam hidupnya. Sehingga ke satu tahap, dia cuba merogol gadis itu angkara kemarahan yang terpendam di lubuk hatinya. Namun tindakan itu telah merubah segala-galanya dalam hidup mereka. Kerana kesal dengan tindakannya, dia mengambil keputusan melarikan diri ke luar negara. Namun tindakan itu tidak mampu meluputkan setiap dosa yang dirasakannya terhadap Dina Azura.

Sepuluh tahun kemudian, Diaz pulang ke tanahair dan bekerja dengan Alma Katherine, seorang ahli perniagaan berjaya. Namun dia tidak berani berhadapan dengan Dina Azura angkara malam jahanam itu. Tapi takdir menemukan mereka semula untuk menyusun kepingan-kepingan puzzle dalam hidup mereka. Tapi masihkah ada benci di hatinya atau segala-galanya telah berubah?

Bagi Dina Azura, dia tidak pernah membenci Diaz. Malah takkan mungkin membenci lelaki itu. Sejak kecil dia mengagumi Diaz, sehinga adakala dia terseksa kerana dibenci tanpa sebab. Malah seluruh jiwanya terseksa kerana selama ini dia menyimpan rahsia yang tidak mampu diceritakan kepada sesiapa. Isi hatinya takkan mampu diluahkan lantaran dia sedar betapa besar dosanya mencintai abang sendiri.

Perkenalan Dina Azura dengan Johan telah menyemat cemburu di hati Diaz tanpa disedari. Hubungannya dengan Dina Azura adalah sebuah hubungan yang takkan mungkin. Mereka tidak mungkin bercinta. Tidak mungkin bersama sama. Tidak mungkin untuk segala-galanya. Tidak mungkin untuk selama-lamanya. Kerana itu Diaz menahan diri. Dan bila Johan hadir di antara mereka, segala-galanya yang tidak mungkin itu bukan lagi satu halangan. Diaz nekad mahu membetulkan segala-galanya. Tapi rahsia yang disimpannya selama 15 tahun itu hanya akan melukakan hati ramai orang. Bolehlah dia menjaga hati ramai orang dan membiarkan hatinya sendiri dilukai? Mampukah lagi dia menyimpan rahsia ini dari pengetahuan Dina Azura sedangkan gadis itulah yang paling mahu dilindunginya?


Abang jangan judge orang dengan hanya memandang luaran sahaja. Sekurang-kurangnya
Johan sanggup pertahankan maruah adiknya dari lelaki-lelaki tak guna tu. Dia seorang abang yang baik – DINA AZURA

Johan baik? Jadi abang lelaki jahat? – DIAZ HAFIZI

Saya cuma nak awak pilih antara saya dan Diaz. Dan berhenti menyakiti hati saya seperti ini Dina – JOHAN


Monday, March 15, 2010

Sayangku Casper : Bab 21

Ketika gadis itu keluar dari fitting room dengan memakai blouse berwarna putih berbunga pink dan berjeans denim, Rafique terkedu memerhatikan gadis itu. Sekejap sahaja penampilan selekeh gadis itu berubah anggun. Malah Tia bukanlah gadis yang terkategori hodoh. Tidak sama sekali!

“Macamana? Okey tak?” Tia bertanya. Tapi sebaik dia melihat tiada jawapan dari Rafique, dia jadi gelisah. Lagi-lagi mata lelaki itu memandangnya tidak berkelip.

“Kan bagus kalau awak selalu pakai macam ni.” Ujar Rafique tiba-tiba.

Tia terdiam. Bagus? Bala adalah!

“Perempuan sepatutnya pakai pakaian yang lebih feminin dan cantik. Jeans dengan T-shirt biasa tak sesuai dengan awak Tia.” Rafique melahirkan pendapatnya. Matanya tak sudah-sudah menilik penampilan baru Tia. Tubuh Tia walaupun tidak tinggi sangat namun nampak kena dengan blouse yang dipilihnya.

Tia tersenyum sendiri. Bukan dia suka memakai pakaian-pakaian yang cantik. Bagitahu dia gadis mana yang tidak suka kelihatan cantik? Tapi dia tidak boleh. Kalau dia berpakaian lebih cantik dari Karin, gadis itu akan naik marah dan melenting. Semua baju-baju barunya akan dibuang Karin ke dalam tong sampah. Kerana itu dia lebih selesa mengenakan T-shirt dan jeans denim. Rambutnya pula sekadar diikat ekor satu.

“Awak suka blouse tu? Saya belikan ya!” Ujar Rafique.

Tia tersentak. Rafique nak belikan? Biar betul!

“Eh tak payahlah Rafique, membazir aje. Kalau awak nak tahu saya boleh jahit blouse yang lebih cantik dari yang ini.” Dia berbisik ke telinga Rafique. Rafique mengerling. Tiba-tiba dia teringatkan scrapbook jahitan yang dimiliki oleh Tia.

“Awak minat menjahit?” Tanyanya ingin tahu. Entah kenapa dia berminat mahu tahu jawapan anak gadis itu.

“Suka sangat. Arwah mak saya yang ajar saya menjahit. Dulu mak ada sebuah butik pakaian. Tapi selepas dia meninggal, ayah serahkan butik tu pada salah seorang pekerja mak.” Cerita Tia seraya tersenyum. Entah kenapa dia menceritakan semua ini pada Rafique pun dia tidak pasti. Yang pasti dia rasa selesa berbicara dengan lelaki itu tentang dirinya.

Rafique terdiam. Dia yakin ini semua bukannya satu kebetulan. Bakat menjahit memang bakat diwarisi turun temurun dari keluarga Casper. Apakah Tia gadis yang dicari-carinya selama ini?

“Err..awak, saya rasa tak payahlah awak belikan. Awak pun bukannya ada banyak duit sangat.” Suara Tia membuatkan Rafique berpaling.

“Kalau orang nak belanja tu ambil ajelah.” Ujar Rafique lalu mengangguk pada seorang jurujual yang asyik tersenyum ke arahnya sejak tadi. Naik rimas pula dia melihat gelagat jurujual wanita itu yang tergedik-gedik. Mak oii ampun!

Dia mengeluarkan kad kreditnya lalu meletakkannya di hadapan kaunter bayaran. Sengaja dia melarikan wajahnya dari terus menatap Tia yang kelihatan menawan dengan blouse yang dipakainya. Ketika gadis itu berdiri di sampingnya, dia juga menahan diri dari menoleh ke arah Tia.

“Wah awak pakai kad kredit. Betul ke ni?” Tia tiba-tiba menjengah ke arahnya. Tergaman melihat Mastercard yang sedang dipegang oleh jurujual itu. Rafique yang sempat menangkap kata-kata Tia terkedu. Hampir dia lupa pada status dirinya di mata Tia ketika ini. Aku kan kena kejar along bodoh! Getus Rafique kesal.

“Saya ada sikit lagi baki dalam kad kredit tu. Cukuplah buat beli baju awak. Tapi hutang kad kredit saya banyak tahu. Entah manalah saya nak cekau duit banyak tu nak membayarnya nanti.” Dia berpura-pura berkeluh kesah. Terpaksalah dia tipu sunat, kalau mahu dekat dengan gadis itu.

Tia terdiam. Kasihan pula dia melihat Rafique yang bermurah hati mahu membantunya meskipun poket lelaki itu compang–camping.

“Tak apalah Rafique, nanti saya bayar balik duit awak tu. Kasihan awak.” Ujar Tia dengan wajah simpati. Langsung dia tidak perasan sekelumit senyuman Rafique sedang meleret di bibir.

2 comments:

agent_sesat said...

x mungkin...rasanya ayah tia dah plan benda nie...
isshh....kak nita nie penuh ngan misteri e-novel nie..
x sabar lak nak tahu...next chapter please.. :)

aqilah said...

akak pun rasa, agak-agaklah....yg orang yg rafique cari adalah tia!!!! betulkan!!!! apapun, akak followwwwwwwwww

DEDALU DI HATI - STOK TERHAD!!

DEDALU DI HATI  - STOK TERHAD!!

PESANAN NOVEL DEDALU DI HATI SEDANG DIBUKA SEKARANG!!!

Harga = RM25.90
Kos Pos = RM7 (pos laju)
Total = RM32.90

Emailkan nama dan butiran diri ke arr_nita@yahoo.com.
Pesanan sehingga stok ke 3 ini kehabisan..

NANTIKAN VENOM SURIA DI PESTA BUKU ANTARABANGSA PWTC MULAI 27 APRIL, TERBITAN BUKU PRIMA (RM25.90)

NANTIKAN VENOM SURIA DI PESTA BUKU ANTARABANGSA  PWTC MULAI 27 APRIL, TERBITAN BUKU PRIMA (RM25.90)
Suria gadis ceria dan periang, namun miliki sejarah hitam dalam kelahiran. Yang membuatkan dia diburu dan dijejaki untuk meleraikan sebuah kisah sumpahan, lalu mempertemukan dia dengan dua lelaki berbeza sifat. Izwan jenis yang dingin dan panas baran. Cakapnya harus dipatuhi atau dia akan meletup! Nazrul sentiasa cool tapi punya rahsia terpendam yang menyiksa jiwa. Seorang lelaki ditakdirkan menjadi penyelamat. Seorang lagi ditakdirkan membunuhnya. Kedua-duanya muncul tak diundang, tetapi meninggalkan kesan mendalam. Lalu bermulalah permainan cat and mouse antara mereka sehingga game over!