Followers

Thursday, February 25, 2010

Sayangku Casper : Bab 17

“Ini awaklah punya fasal. Kalau bukan sebab awak memandai-mandai sendiri, taklah saya dimalukan di hadapan kelas tadi.” Rungut Tia seraya keluar dari dewan kuliah. Rafique mengekori dari belakang sambil diikuti oleh Davian.

“Sorry saya tak sengaja. Lagipun saya ingat kertas yang saya ambil tu assignment awak. Manalah saya tahu itu buku apa.” Rafique memohon maaf. Memang salahnya pun! Sebelum berbudi, dia langsung tidak teringat mahu menyemak isi kandungan dokumen yang dihantarnya. Tak fasal-fasal seisi dewan kuliah ketawakan gadis itu.

“Habis, tak boleh tanya saya dulu?” Jerkah Tia geram.

“Awak kan tidur.”

“Jadi kejutkanlah saya. Takkan itu pun payah.”

“Saya tak sampai hati.”

“Banyaklah awak punya tak sampai hati.” Cebik Tia.

Ketawa Rafique meletus lagi. Terasa lucu melihat Tia yang marah-marah saat itu.

“Relakslah, bukannya perkara besar pun. Lagipun awak patut bangga bila pensyarah puji buku scrap awak tu. Apa dia kata tadi? Rajin awak buat kerja menampal-nampal perca kain kat dalam tu!” Usik Rafique sengaja mahu membakar perasaan Tia. Ketawanya meletus kuat dan santai.

Gadis itu menggumam geram lalu segera mencubit isi lengannya. Rafique terpisat-pisat. Cubitan Tia terasa perit sehingga ke lubuk hati. Dia segera menggosok pergelangan tangannya seraya mendesis kesakitan.

“Padan muka!” Juih Tia seraya mengerling tajam ke arah lelaki di hadapannya.

“Sebenarnya awak buat apa kat sini? Jangan cakap kat saya yang awak ni student kat kolej ni. Awak tak macam student pun.” Sambung Tia lagi seraya mencebik.

Rafique tersengih. “Saya cari orang.”

“Cari orang? Siapa yang awak cari?” Dahi Tia berkerut.

Rafique menjeling ke arah Davian yang tersenyum-senyum.

“Err..sebenarnya saya tak kenal sangat dia.” Terpisat-pisat Rafique mahu menjelaskannya.

“Dia belajar kat sini ke?”

Rafique mengangguk. Mungkin!

“Perempuan?”

Sekali lagi Rafique mengangguk. Of course la perempuan. Kalau lelaki, dah lama aku iklankan kat suratkhabar aje. Dan tak mungkin aku akan pulang ke mari.

“Ada gambar?” Soal Tia lagi bagaikan seorang polis sedang menyelesaikan kes penting.

Kali ini Rafique tidak menjawab. Bulat biji matanya memerhatikan ke arah Tia yang kelihatan bersahaja. “Sebenarnya saya hanya ada gambar dia waktu kecil dulu. Saya tak berapa kenal dia. Tak pernah jumpa pun. Tapi saya dapat tahu dia belajar kat sini.” Rafique berterus-terang.

“Hmmm..romantiknya awak. Sweet! Saya suka.” Tia tersenyum-senyum.

Kata-kata Tia membuatkan Rafique terkedu. Dia menjeling ke arah Davian yang nyata turut tergaman mendengar kata-kata anak gadis itu. Romantik?

“Awak nak cari gadis misteri dalam hidup awak. Tak sangka awak sweet sangat.” Tia memuji separuh teruja. Davian ketawa kecil mendengarnya.

“Boleh tak awak jangan asyik sebut perkataan sweet tu? Saya dah tak tahan mendengarnya.” Keluh Rafique. Dia benar-benar alergik dipanggil begitu. I’m not sweet, I’m tough okay!

“Siapa dia tu? Girlfriend awak ya?” Tia teruja mahu tahu.

“Ni yang awak tanya banyak-banyak ni, boleh tolong ke?” Ejek Rafique bagaikan tidak yakin sahaja dengan sesi soal siasat gadis itu.

Tia mencebik. “Dah saya tanya, mestilah saya boleh tolong.”

Mata Rafique terbuka luas. “Boleh tolong? Betul ke ni?” Dia hampir tidak percaya. Davian yang tadi hanya menjadi pendengar turut teruja mendengar kata-kata Tia. Sekurang-kurangnya dah jimat masa dan tenaganya untuk mencari gadis yang dimaksudkan oleh Rafique. Senang kerja aku!

“Tak percaya? Jom ikut saya.” Pelawa Tia. Melihat langkah Tia yang menyakinkan, mahu tidak mahu Rafique terpaksa akur. Ah tak rugi mencuba. Lagipun Tia belajar di kampus ini. Mesti dia kenal dengan ramai pelajar-pelajar kat tempat ni! Fikir Rafique lalu mengekori langkah Tia menuju ke suatu arah. Davian yang tidak pasti apakah yang patut dilakukan, turut mengekori kedua-duanya.

No comments:

DEDALU DI HATI - STOK TERHAD!!

DEDALU DI HATI  - STOK TERHAD!!

PESANAN NOVEL DEDALU DI HATI SEDANG DIBUKA SEKARANG!!!

Harga = RM25.90
Kos Pos = RM7 (pos laju)
Total = RM32.90

Emailkan nama dan butiran diri ke arr_nita@yahoo.com.
Pesanan sehingga stok ke 3 ini kehabisan..

NANTIKAN VENOM SURIA DI PESTA BUKU ANTARABANGSA PWTC MULAI 27 APRIL, TERBITAN BUKU PRIMA (RM25.90)

NANTIKAN VENOM SURIA DI PESTA BUKU ANTARABANGSA  PWTC MULAI 27 APRIL, TERBITAN BUKU PRIMA (RM25.90)
Suria gadis ceria dan periang, namun miliki sejarah hitam dalam kelahiran. Yang membuatkan dia diburu dan dijejaki untuk meleraikan sebuah kisah sumpahan, lalu mempertemukan dia dengan dua lelaki berbeza sifat. Izwan jenis yang dingin dan panas baran. Cakapnya harus dipatuhi atau dia akan meletup! Nazrul sentiasa cool tapi punya rahsia terpendam yang menyiksa jiwa. Seorang lelaki ditakdirkan menjadi penyelamat. Seorang lagi ditakdirkan membunuhnya. Kedua-duanya muncul tak diundang, tetapi meninggalkan kesan mendalam. Lalu bermulalah permainan cat and mouse antara mereka sehingga game over!