Followers

CINTA BUKAN LARANGAN - 2014 ( Limited Edition Only)

CINTA BUKAN LARANGAN - 2014 ( Limited Edition Only)
Ekslusif dan tidak dijual di kedai buku, hanya di blog dan fb penulis sahaja :untuk memesan : email arr_nita@yahoo.com/ FB : Anita Aruszi

BLURB CINTA BUKAN LARANGAN (New)

Tajuk : Cinta Bukan Larangan
Penulis : Anita Aruszi
Harga : RM32.90
Penerbit : GN Publishing
ISBN : 978-967-10425-3-3
M/s : 803ms
Genre : Cinta dan Kekeluargaan

Tagline
Cinta Ini Terlarang..
Ibarat Buah Khuldi Yang Haram Disentuh Adam…

Diaz dan Dina Azura, dua adik beradik yang membesar bersama tetapi tidak pernah sebulu. Ada sahaja yang tidak kena di hati Diaz yang terang-terangan membenci Dina Azura di dalam hidupnya. Sehingga ke satu tahap, dia cuba merogol gadis itu angkara kemarahan yang terpendam di lubuk hatinya. Namun tindakan itu telah merubah segala-galanya dalam hidup mereka. Kerana kesal dengan tindakannya, dia mengambil keputusan melarikan diri ke luar negara. Namun tindakan itu tidak mampu meluputkan setiap dosa yang dirasakannya terhadap Dina Azura.

Sepuluh tahun kemudian, Diaz pulang ke tanahair dan bekerja dengan Alma Katherine, seorang ahli perniagaan berjaya. Namun dia tidak berani berhadapan dengan Dina Azura angkara malam jahanam itu. Tapi takdir menemukan mereka semula untuk menyusun kepingan-kepingan puzzle dalam hidup mereka. Tapi masihkah ada benci di hatinya atau segala-galanya telah berubah?

Bagi Dina Azura, dia tidak pernah membenci Diaz. Malah takkan mungkin membenci lelaki itu. Sejak kecil dia mengagumi Diaz, sehinga adakala dia terseksa kerana dibenci tanpa sebab. Malah seluruh jiwanya terseksa kerana selama ini dia menyimpan rahsia yang tidak mampu diceritakan kepada sesiapa. Isi hatinya takkan mampu diluahkan lantaran dia sedar betapa besar dosanya mencintai abang sendiri.

Perkenalan Dina Azura dengan Johan telah menyemat cemburu di hati Diaz tanpa disedari. Hubungannya dengan Dina Azura adalah sebuah hubungan yang takkan mungkin. Mereka tidak mungkin bercinta. Tidak mungkin bersama sama. Tidak mungkin untuk segala-galanya. Tidak mungkin untuk selama-lamanya. Kerana itu Diaz menahan diri. Dan bila Johan hadir di antara mereka, segala-galanya yang tidak mungkin itu bukan lagi satu halangan. Diaz nekad mahu membetulkan segala-galanya. Tapi rahsia yang disimpannya selama 15 tahun itu hanya akan melukakan hati ramai orang. Bolehlah dia menjaga hati ramai orang dan membiarkan hatinya sendiri dilukai? Mampukah lagi dia menyimpan rahsia ini dari pengetahuan Dina Azura sedangkan gadis itulah yang paling mahu dilindunginya?


Abang jangan judge orang dengan hanya memandang luaran sahaja. Sekurang-kurangnya
Johan sanggup pertahankan maruah adiknya dari lelaki-lelaki tak guna tu. Dia seorang abang yang baik – DINA AZURA

Johan baik? Jadi abang lelaki jahat? – DIAZ HAFIZI

Saya cuma nak awak pilih antara saya dan Diaz. Dan berhenti menyakiti hati saya seperti ini Dina – JOHAN


Friday, March 11, 2011

Mitos Cinta Suria : Bab 41

SURIA memandang cermin besar di dalam biliknya. Renungannya jatuh lama pada wajahnya sendiri. Ada sesuatu yang aneh sedang berlaku pada dirinya. Dia dapat merasakannya. Dan apa yang berlaku bukan sekadar berpunca dari kes Masyitah yang disiasatnya. Malah dia dapat merasakan dirinya sentiasa diawasi saban waktu. Diekori setiap saat. Wanita itu! Siapa dia? Kenapa dia muncul dan sering mengangguku siang dan malam?
Mahira! Nama itu tidak pernah didengarnya selama ini. Wanita itu orang atau hantu? Suria meraup wajah. Ada kegelisahan bercambah di dalam dirinya. Bunyi keriutan pada daun pintu membuatkan dia menoleh. Wajah ayahnya Baharom keruh memandangnya dari sebalik muka pintu. Tanpa sebarang suara, lelaki itu melangkah masuk lalu melabuhkan punggung di birai katil.
            “Ayah? Kenapa ni?” Suria bertanya. Tingkahlaku lelaki itu kelihatan aneh. Perlahan-lahan dia mendekati ayahnya lalu duduk di samping lelaki itu. Baharom berpaling.
            “Sepatutnya ayah yang tanya Suria begitu.” Ujar Baharom. Suria terpegun. Apa maksud ayahnya?
            “Suria tidak pernah pengsan begini selama ini. Ada sesuatu yang berlaku yang ayah tak tahu?” Baharom cuba merisik cerita sebenar. Dia ingin anak itu berterus terang padanya.
            “Semalam, waktu ayah balik lambat dan Suria keseorangan, apa yang berlaku sebenarnya? Ayah nak Suria cakap terus terang dengan ayah. Kalau ayah boleh bantu, ayah akan bantu Suria.” Desak Baharom.
            Suria terdiam. Perkara yang berlaku padanya terlalu mustahil untuk dinyatakannya. Paling-paling kurang lelaki itu akan ketawa mendengar ceritanya. Dan silap haribulan juga ayahnya akan menuduh dia berbohong!
            “Suria, please sayang. Cakap dengan ayah.” Rayu Baharom. Suria mendongak wajah memandang lelaki itu. Nafasnya dihela perlahan.
“Suria mimpi agaknya ayah….” Ujarnya tidak yakin.
            “Mimpi?”
            “Sejak akhir-akhir ni, Suria selalu mimpikan perempuan tu.” Keluh Suria bingung.
            “Perempuan?” Baharom tersentak. Apa maksud anak gadisnya?
            “Suria sendiri tidak tahu siapa dia ayah. Dia muncul tiba-tiba di bilik Suria. Entahlah..Suria bingung. Nak kata mimpi, macam betul-betul berlaku.” Anak gadis itu meraup wajah dengan kedua tapak tangannya.
            “Perempuan tu…Suria pernah jumpa dia dulu?” Nada suara Baharom menekan.
            Suria mengangguk lesu. “Suria pernah nampak dia masa majlis pengebumian Masyitah di Kampung Pendang tempohari. Orangnya cantik. Bibirnya merah. Kulitnya putih langsat. Tinggi lampai.” Suria mendeskripsikan wajah wanita itu satu persatu. Baharom tercengang. Dia kelihatan gelisah mendengar bicara anak gadisnya. Wajah Suria diraut dalam-dalam.
“Dia ada beritahu Suria siapa dia?”
            Mata Suria lekas menyusuri wajah ayahnya. Fikirannya menerawang teringatkan wanita itu.
“Mahira. Namanya Mahira.” Bisiknya perlahan antara dengar dengan tidak. Meskipun ungkapan itu perlahan, namun cukup jelas di telinga Baharom. Serta-merta wajah Baharom bergetar hebat. Dia menekup dadanya tiba-tiba. Kesakitan tiba-tiba menyerang. Menikam-nikam isi dadanya yang rapuh.
            “Ayah, kenapa ni ayah?” Suria naik cemas melihat keadaan ayahnya. Wajah lelaki itu berkerut seolah menahan sakit.
            “Ayah..ayah tak apa-apa Suria.” Baharom tercungap-cungap, cuba bertahan. Dia cuba melangkah ke arah pintu. Serentak pandangannya mula kabur dan berbalam-balam. Kali ini Baharom sudah tidak berdaya. Tubuhnya akhirnya rebah mencium lantai. Suria yang memandang ayahnya terus terpaku. “Ayah!” Jerit Suria terkejut.

1 comment:

pipvz devil said...

asl pendek..dah lme tunggu cite ni..aduhhhh..hrp2 n3 lps ni pnjng mcm biase..xpn pnjng y luar biase..hehe..

DEDALU DI HATI - STOK TERHAD!!

DEDALU DI HATI  - STOK TERHAD!!

PESANAN NOVEL DEDALU DI HATI SEDANG DIBUKA SEKARANG!!!

Harga = RM25.90
Kos Pos = RM7 (pos laju)
Total = RM32.90

Emailkan nama dan butiran diri ke arr_nita@yahoo.com.
Pesanan sehingga stok ke 3 ini kehabisan..

NANTIKAN VENOM SURIA DI PESTA BUKU ANTARABANGSA PWTC MULAI 27 APRIL, TERBITAN BUKU PRIMA (RM25.90)

NANTIKAN VENOM SURIA DI PESTA BUKU ANTARABANGSA  PWTC MULAI 27 APRIL, TERBITAN BUKU PRIMA (RM25.90)
Suria gadis ceria dan periang, namun miliki sejarah hitam dalam kelahiran. Yang membuatkan dia diburu dan dijejaki untuk meleraikan sebuah kisah sumpahan, lalu mempertemukan dia dengan dua lelaki berbeza sifat. Izwan jenis yang dingin dan panas baran. Cakapnya harus dipatuhi atau dia akan meletup! Nazrul sentiasa cool tapi punya rahsia terpendam yang menyiksa jiwa. Seorang lelaki ditakdirkan menjadi penyelamat. Seorang lagi ditakdirkan membunuhnya. Kedua-duanya muncul tak diundang, tetapi meninggalkan kesan mendalam. Lalu bermulalah permainan cat and mouse antara mereka sehingga game over!