Followers

Tuesday, April 2, 2013

Alamak! Lagi-Lagi Dia : Bab 6


PANDANGANNYA dilontar ke luar dari dalam kereta Mercedez Benz yang dipandu lelaki berkopiah bulat itu. Lelaki berusia dalam lingkungan 40an itu cuba mengajaknya berbual, tapi dia hanya membalas hendak tak hendak. Bukan dia tidak mahu berbual dengan pemandu keluarganya Pak Amid, tapi dia terlalu penat. Letih kerana baru sahaja berjalan jauh.

“Encik Idham hendak minum di mana-mana?” Tanya Pak Amid seraya merenungnya dari cermin hadapan.

Dia tersenyum, lantas menggeleng. “Kita pulang sahaja Pak Amid. Saya penat sangat. Lagipun saya dah tak sabar nak jumpa mama.”

Orang tua itu mengangguk, tanda mengerti. Perjalanan diteruskan dan pergerakan kereta itu lebih laju dari tadi. Barangkali Pak Amid mengerti betapa lelaki di belakang tempat duduk itu sangat merindui ibunya.

Sepanjang perjalanan, Idham termenung jauh. Wajahnya seperti membendung sesuatu yang berat. Dia pulang ke tanahair ada tujuannya. Semuanya bermula dari panggilan telefon ibunya. Jika tidak, dia masih ingin berada di Amerika dan bekerja di arena Wall Street. Broker sepertinya perlukan tempat yang realistik dan idealistik untuk membina empayar sendiri.

 “Am masih ingat dengan Cika?”

“Cika?” Wajahnya berkerut. Sengaja melakukannya meskipun dia kenal benar siapa yang dimaksudkan ibunya.

            “Syafika, anak kawan mama Auntie Bahyah. Dulu mama pernah bawa Am ke rumahnya.” Ujar ibunya.

            Dia terdiam di dalam telefon. Ingatanya menerjah ke suatu wajah. Serentak laungan teman-temannya mengejek dan menghina muncul mendadak. Loser! Loser! Loser!

            “Kenapa dengan dia?”

            “Mama ada bincang dengan Auntie Bahyah. Am masih single, Cika juga belum berteman. Apa kata Am balik ke mari dan jumpa Cika. Kenal-kenal dengan dia, manalah tau kalian ada jodoh.” Ujar ibunya berterus-terang.

            Dia terkedu mendengarnya. What? Serius ke ni?

            “Mama dah kirimkan gambar terbaru Cika ke apartmen Am. Nanti Am tengok dan  hubungi mama semula ya. Mama memang berkenan sungguh dengan Cika tu. Dia sesuai dengan Am.”  Promo ibunya.

            Gambar itu sampai kurang dari satu minggu ke pangkuannya. Di beranda apartmennya dia melihat gambar terbaru gadis itu. Cika The Loser ternyata bukan lagi seperti dahulu. Kata-kata ibunya langsung tidak salah sama sekali. Cika kelihatan cantik. Budak yang selalu menjadi mangsa usikannya kini bertukar menjadi seorang yang anggun, menarik dan menawan.

Sweet! Itu bisikan hatinya tatkala pertama kali bertentang mata dengan gadis di dalam potret tersebut. Dan aneh sekali! Hanya dengan sekeping gambar, hatinya bergetar. Naluri lelakinya membisikkan sesuatu. Cika! Cika! Cika! Nama itu terus dibisikkan seperti dia sedang mabuk kepayang, meskipun dia sendiri tidak tahu apakah dia boleh menelan kembali kata-katanya pada Cika suatu ketika dahulu.

*  *  *  *

PANG! Tamparan itu masih menyengat kulit pipinya. Sakitnya hanya Tuhan yang tahu. Lebih sakit apabila peristiwa itu ditonton oleh kebanyakan teman-teman sekolahnya. 

            “Awak ingat ini baik-baik. Saya takkan maafkan awak sampai bila-bila pun. I hate you.” Itu yang diucapkan gadis itu. Serentak dia melihat ada titisan air jernih di pelupuk mata Cika, membuatkan mulutnya yang ringan mahu memarahi gadis itu akhirnya terkedu. Sesuatu yang tidak pernah dilakukannya selama ini.

            Tiba-tiba sesuatu menyimbah tubuh dan wajah Cika. Masing-masing yang berada di situ terpanar. Dia sendiri terkejut. Seorang gadis rakan sekolahnya meluru ke hadapan seraya memegang gelas yang kosong.

            “Berani kau datang ke sini dan malukan Idham? Kau ingat kau tu siapa? Loser!” Ejek gadis teman sekolahnya itu. Sebaik perkataan ‘loser’ itu diucapkan, ia seolah-olah seperti satu sumpahan yang menjangkitkannya kepada semua orang.

            Dia memandang ke arah Cika. Wajah Cika pucat lesi dikelilingi oleh teman-temannya. Ada yang menolak gadis itu, ada yang menunjal-nunjal tubuh gadis itu. Sejak kejadian surat itu, Cika sudah sinonim sebagai maskot buli di sekolah. Dan dialah pencetus revolusi itu. Dialah putera di sekolah di mana semua orang mahu berkawan dengannya. Semua orang akan mematuhi apa sahaja yang dikatakannya bagaikan sekumpulan tentera yang mematuhi arahan jeneral.

            Anehnya dahulu dia gembira melihat Cika menjadi mangsa kawan-kawannya. Tapi hari ini entah kenapa dia merasa tidak gembira. Dia tidak lagi berseronok dengan semua ini. Tidak lagi terhibur dengan semua permainan ini.

            Melihat seorang lagi kawannya menarik rambut Cika sehingga gadis itu mengaduh kesakitan, dia seakan-akan tersedar. Situasi itu harus diatasi sebelum ia menjadi semakin di luar kawalan. Cepat-cepat dia menarik tubuh salah seorang temannya dan meleraikan pergaduhan yang baru hendak bemula. Tangan Cika ditarik lalu dibawa pergi dari kelompok orang ramai yang memenuhi majlis perpisahan di rumahnya. Ketika itu ibunya dan ibu Cika seperti sudah sepakat meninggalkan Cika di majlis itu dan kedua-duanya pergi menaiki kereta entah ke mana.

            Cika meronta-ronta dari pegangannya. Dia melepaskan Cika di muka pintu. Memandang sebentar wajah gadis itu dengan perasaan bercampur aduk.

            “Baik kau balik sahaja. Mereka semua alergik tengok kau kat sini. Kalau ibu kau tanya, jangan mengada-ngada nak beritahu apa yang sudah berlaku kat sini. Kalau mama aku tanya, aku akan kata kau balik awal kerana sakit kepala.” Ujarnya.

            Gadis itu memandangnya tajam seperti mahu membaham dirinya. Namun Cika tidak berkata apa-apa lalu terus melangkah ke suatu arah. Dia masih memerhatikan gadis itu. Nalurinya membentak keliru. Dia membenci gadis itu, tapi kenapa pada masa yang sama dia juga mengasihani Cika? Kenapa?

 “Encik Idham, kita dah sampai.” Kata-kata Pak Amid mematikan lamunan panjangnya. Dia terkiai-kiai membetulkan posisi duduknya. Kereta yang dipandu Pak Amid sudah pun memasuki perkarangan rumah.

Dari dalam rumah, dua wanita meluru keluar. Dia keluar dari perut kereta lalu melemparkan senyuman pada ibunya yang sudah pun menerpa dan memeluknya.

“Alhamdulillah, sampai juga anak mama ni.” Ujar ibunya.

“Mama sihat?”

Puan Jamilah tersenyum lalu mengangguk. “Mama akan sihat kalau anak mama ni duduk dengan mama kat rumah ni.” Ujar Puan Jamilah seraya melepaskan rangkulannya. Wajah Idham ditatap risau. Anak itu kelihatan lebih kurus berbanding kali terakhir Idham pulang berhari raya dua tahun  lepas.

Idham hanya tersenyum. Kata-kata ibunya tidak berbalas. Matanya tertarik memerhatikan seorang wanita lain yang tercegat di belakang ibunya. Wajah yang sedang tersenyum manis ke arahnya itu seperti redup di fikiran. Dia tertanya-tanya siapakah gerangan wanita itu.

“Ini Auntie Bahyah, kawan mama. Ibu Cika. Am tak ingat?”

Idham tergaman. Cika! Baru sebentar dia terkenangkan gadis itu sepanjang perjalanannya dari airport. Kini si ibu gadis itu pula yang alih-alih muncul di hadapannya. Dunia ini memang sempit, tapi hatinya sudah tidak sempit seperti dahulu. Keinginannya untuk bertemu Cika begitu meluap-luap.

No comments:

DEDALU DI HATI - STOK TERHAD!!

DEDALU DI HATI  - STOK TERHAD!!

PESANAN NOVEL DEDALU DI HATI SEDANG DIBUKA SEKARANG!!!

Harga = RM25.90
Kos Pos = RM7 (pos laju)
Total = RM32.90

Emailkan nama dan butiran diri ke arr_nita@yahoo.com.
Pesanan sehingga stok ke 3 ini kehabisan..

NANTIKAN VENOM SURIA DI PESTA BUKU ANTARABANGSA PWTC MULAI 27 APRIL, TERBITAN BUKU PRIMA (RM25.90)

NANTIKAN VENOM SURIA DI PESTA BUKU ANTARABANGSA  PWTC MULAI 27 APRIL, TERBITAN BUKU PRIMA (RM25.90)
Suria gadis ceria dan periang, namun miliki sejarah hitam dalam kelahiran. Yang membuatkan dia diburu dan dijejaki untuk meleraikan sebuah kisah sumpahan, lalu mempertemukan dia dengan dua lelaki berbeza sifat. Izwan jenis yang dingin dan panas baran. Cakapnya harus dipatuhi atau dia akan meletup! Nazrul sentiasa cool tapi punya rahsia terpendam yang menyiksa jiwa. Seorang lelaki ditakdirkan menjadi penyelamat. Seorang lagi ditakdirkan membunuhnya. Kedua-duanya muncul tak diundang, tetapi meninggalkan kesan mendalam. Lalu bermulalah permainan cat and mouse antara mereka sehingga game over!