Followers

Wednesday, March 31, 2010

Sayangku Casper : Bab 23

Ketika Tia membuka pintu, matanya segera terpandang beberapa susuk tubuh tak dikenali di ruang tamu. Sedang bercakap-cakap dengan nada suara tinggi. Dia memang perasan ada sebuah kereta besar menjalar di hadapan pintu pagar rumahnya tadi. Tapi sejak azali dia tidak berminat mahu ambil tahu tentang tetamu-tetamu ayah atau ibu tirinya.

“Ha itu pun dia dah balik.” Dia terdengar suara ibu tirinya. Tia segera mempercepatkan langkah, tapi Halijah terlebih dahulu memanggil. Mahu tak mahu dia terpaksa membalikkan tubuh. Mengadap ke arah tetamu-tetamu Halijah dengan senyuman yang sengaja dibuat-buat.

“Tia, mari ke mari sayang?” Panggil Halijah dengan suara lembut mendayu, membuatkan Tia hampir tercekik. Lain macam saja panggilan Halijah padanya kali ini. Sayang? Eiii geli geleman dia dibuatnya.

Meskipun berasa hairan, namun dia memaksa dirinya melangkah ke arah Halijah yang sedang duduk berhadapan dengan seorang wanita separuh umur yang berpakaian menyilau-yilau pandangan. Lengkap dengan make-up style mak andam zaman 70an. Sesekali hendak ketawa pula dia melihat rupa wanita itu. Macam nak pergi menyanyi pentas orang kahwin!

“Tia, kenalkan ini Datin Amra, kawan mak. Suami Datin Amra ni kawan baik ayah kamu.” Ujar Halijah seraya memperkenalkan anak gadis itu dengan Datin Amra yang tak sudah-sudah merenung Tia dari atas ke bawah sehingga nak tersembul biji matanya.

“Jadi inilah Tia yang selalu Dato’ ceritakan tu? Cantik budaknya.” Datin Amra tersenyum simpul.

Halijah yang mendengar pujian wanita itu mencebik tanpa disedari. Dia benar-benar tidak senang dengan pujian wanita itu. Tapi apakan daya, tetamu vogue seperti Datin Amra harus dilayan dengan sebaik mungkin. Mahu tak mahu dia turut tersengih seraya memeluk bahu Tia di sampingnya. Bahu anak gadis itu diramas kuat-kuat.

“Tia, salam dengan datin.” Suruh Halijah.

Tia akur. Huluran tangan wanita itu disambut lalu disalami. Ketika dia mengalihkan matanya, dia baru perasan ada seorang lelaki muda yang tidak dikenali duduk tidak jauh dari Datin Amra. Lelaki muda itu tersenyum-senyum memandangnya seperti orang sinting. Tia sedikit pun tidak berniat mahu berbalas senyuman. Tak kuasa!

“Lupa pulak nak kenalkan. Tia, ini anak makcik. Saiful namanya. Dia baru aje tamat belajar kat oversea, bidang accounting. Kamu dulu masa kecil-kecil pernah jumpa waktu makcik dan pakcik datang berkunjung ke mari. Kamu dah lupa?” Datin Amra menanya.

Dia menggaru kepala tidak gatal. Mana nak ingat, waktu kecil dulu dia lebih berminat dengan alat-alat permainannya yang bersepah dari menyimpan wajah kanak-kanak lelaki yang seiras Saiful. Siapa lak mamat ni? Tak ingat pun! Wajahnya terus blur. Malas mahu ambil peduli sebenarnya.

Halijah yang melihat anak gadis itu kelihatan bingung segera ketawa besar. “Alah budak-budak datin, mana nak ingat lagi. Lagipun si Tia ni memang lembab sikit kalau dibandingkan dengan kakaknya Karin.” Ujar Halijah.

Tia tersenyum simpul mendengar kata-kata Halijah. Aku lebih lembab dari Karin? Habis siapa yang selalu siapkan assingment-assingment Karin sejak dari tahun pertama lagi kalau bukan dia? Siapa yang selalu cover line kalau kedatangan Karin ke kolej boleh dihitung dengan jari?

“Puan Halijah ada anak perempuan lain ke selain Tia?” Datin Amra bertanya. Hairan sekaligus ingin tahu.

Halijah cepat-cepat mengangguk. Dia seakan boleh mencium niat kedatangan Datin Amra hari itu.

“Anak saya Karin ni kakak kepada Tia. Orangnya comel, pandai memasak, pandai buat kerja rumah, belajar pun pandai.” Halijah tanpa malu mencanang kelebihan Karin, membuatkan Tia tersenyum-senyum. Hehe..tipulah lagi makcik datin tu! Memang Karin pandai memasak pun, tapi masak air dengan masak maggie je. Kerja rumah pun dia pandai buat sehinggakan tak tahu membezakan bulu ayam dengan bulu penyapu. Tia hendak tergelak.

“Inilah Karin datin. Comel kan?” Halijah terus mencapai potret gambar Karin di atas sudut almari lalu menunjukkannya pada Datin Amra.

Datin Amra telan liur. Saiful yang tertoleh-toleh ke arah potret di tangan Halijah terus gugup. Wajah gadis gempal yang sedang memakan lollipop di dada potret itu trauma untuk terus dipandang.

“Ya memang comel budaknya.” Datin Amra mengangguk sambil tersenyum masam manis. Dia menjeling Saiful yang asyik menunjuk-nunjuk ke arah Tia. Sesekali dia menjeling Tia yang hanya membatu seperti patung. Seperti Saiful, dia lebih rela memilih Tia yang bisu sebagai bakal menantu dari Karin yang obesiti. Ampun!

4 comments:

agent_sesat said...

aiyaaaa....

cepatlah..cepatlah next chapter...

rosse - violet said...

walaupun sy bru ikut blog nie...tp sy selalu baca e-novel kt sini....will always waiting for the others n3

aqilah said...

aduh............part ni yg tak tahan niiiiiiiiiiii.....ni yang lagi tak sabar ni, nita!!!!

Anonymous said...

haha...lucu pla..suka cite nie...

DEDALU DI HATI - STOK TERHAD!!

DEDALU DI HATI  - STOK TERHAD!!

PESANAN NOVEL DEDALU DI HATI SEDANG DIBUKA SEKARANG!!!

Harga = RM25.90
Kos Pos = RM7 (pos laju)
Total = RM32.90

Emailkan nama dan butiran diri ke arr_nita@yahoo.com.
Pesanan sehingga stok ke 3 ini kehabisan..

NANTIKAN VENOM SURIA DI PESTA BUKU ANTARABANGSA PWTC MULAI 27 APRIL, TERBITAN BUKU PRIMA (RM25.90)

NANTIKAN VENOM SURIA DI PESTA BUKU ANTARABANGSA  PWTC MULAI 27 APRIL, TERBITAN BUKU PRIMA (RM25.90)
Suria gadis ceria dan periang, namun miliki sejarah hitam dalam kelahiran. Yang membuatkan dia diburu dan dijejaki untuk meleraikan sebuah kisah sumpahan, lalu mempertemukan dia dengan dua lelaki berbeza sifat. Izwan jenis yang dingin dan panas baran. Cakapnya harus dipatuhi atau dia akan meletup! Nazrul sentiasa cool tapi punya rahsia terpendam yang menyiksa jiwa. Seorang lelaki ditakdirkan menjadi penyelamat. Seorang lagi ditakdirkan membunuhnya. Kedua-duanya muncul tak diundang, tetapi meninggalkan kesan mendalam. Lalu bermulalah permainan cat and mouse antara mereka sehingga game over!