Followers

Wednesday, April 3, 2013

Alamak! Lagi-Lagi Dia Bab : 11


GOOD MORNING Cik Syafika” Ucap staf-staf G-Properties sebaik terpandang kelibat Cika melangkah masuk ke dalam pejabat.

            “Hmmm..morning.” Balas Cika lemah.

            “Aik macam tak semangat aje pagi ni kenapa?” Tegur Gina yang kebetulan  baru keluar dari biliknya dan berpapasan dengan Cika di muka pintu.

            Cuba kalau pagi-pagi buta lagi kau kena leter dengan mak kau, apa kau rasa?” Keluhnya seraya meluru masuk ke biliknya. Gina mengekori Cika sambil melempiaskan tawanya.

            “Selagi kau tak carikan dia calon menantu, hari-harilah kau kena tahan telinga tu nampaknya. Susah-susah sangat kau pilih ajelah Datuk Fakhri tu, habis cerita. Orang tua tu pun bukan main mengenyam lagi kalau nampak kau.” Usul Gina.

            “Haha..not funny Gina. Tak selera langsung aku tengok datuk yang kerepot tu.” Cebik Cika. Bukan niat nak menghina, tapi itulah kenyataannya. Dasar orang tua tak sedar diri. Kut-kut ya pun dah jadi duda, tapi ingat-ingatlah sikit kat kubur kata mari.

            “Tak pun kau pilih Fitzerald. Dia pun handsome, romantik lagi.”

            “Dan kau nak suruh aku dengar ayat-ayat romantik dia tu tiap-tiap hari? Bernanah telinga aku ni nanti.” Sahut Cika sambil menggelengkan kepala. Dua-dua tak boleh pakai.

            “Kau ni kan banyak songeh tau. Yang tua kerepot tapi kaya tak mahu, yang muda dan handsome pun tak mahu. Habis siapa yang kau mahu?”

            “Josh Duhamel?” Cika tersengih-sengih membayangkan pelakon Hollywood pujaan hatinya. Oh Josh, I love you!

            In your dream, takde maknanya Josh Duhamel tu nak pandang kau.” Cebik Gina. Huh angan-angan tinggi melangit.

            “Aku cakap aje. Aku tahulah Josh Duhamel tu dengan aku macam langit dengan bumi. Tapi tak salah berangan-angan kan?” Sekali lagi Cika tersengih.

            “Oh ya, macamana dengan date kau kelmarin? Handsome tak?” Gina bertanya, teruja mahu tahu.

            “Bolehlah, jenis yang umi aku suka.”

            “Habis umi kau cakap apa?”

            “Entahlah, dia belum sempat soal siasat aku. Pagi ni dia baru balik dari Nilai. Dalam dua tiga hari ni rasanya aku kena elakkan diri dari dia.” Cika tersengih lebar.

            “Kau tu yang degil. Memilih sangat, sebab tu dia buat macam tu. Cuba lah kau buka hati kau tu besar-besar kat makhluk yang namanya lelaki. Manalah tau ada salah seorang dari mereka yang betul-betul sesuai dengan kau.” Gina memberi usul.

            “Gina, kau ingat nak cari suami ni macam pilih ikan kat pasar ke? Pilih ikan mana yang gemuk, yang mana yang segar, terus bayar duit bawa balik ke rumah? Macam tu? Aku tak nak lelaki yang sukakan aku semata-mata sebab kerjaya aku, rupa aku atau macam-macam sebab lagi. Aku tak mahu semua tu.”

            “Habis kalau semua lelaki yang datang, kau anggap mereka tu cuma sukakan status dan duit kau, habis siapa yang layak?” Bahas Gina.

            Cika terdiam. Cerewet sangat ke dia ni? Tapi dia juga ada hak untuk memilih siapa yang disukainya. Tidak semestinya kerana dia belum kahwin sehingga sekarang, maka dia harus memilih siapa sahaja yang datang. Come on, dia juga manusia biasa. Dia juga perlukan cinta. Sekurang-kurangnya dia mahu mengahwini seseorang yang dicintainya. Yang boleh menerima dirinya seadanya. Bukan main cekup sahaja mana yang ada.

            Melihat Cika diam sahaja, Gina mahu menyambung kata-katanya. Tapi ketukan di pintu bilik membuatkan Gina tidak jadi membuka mulutnya. Dia dan Cika serentak menoleh ke suatu arah lalu terpandang Darren, salah seorang staf mereka yang agak lembut.

            Sorry girls, Datuk Fakhri datang. Dia nak jumpa Cik Cika. Ada kat bilik meeting sekarang.” Beritahu Darren.

            Cika tersentak. What? Now?

            “Hehehe..ulat bulu tu dah datang. Rindu agaknya sebab dah seminggu tak jumpa kau Cika.” Usik Gina sambil tergelak besar.

            “Alamak macamana ni? Apa aku nak buat?” Cika sudah kelam-kabut serba tidak kena. Dia benar-benar alergik dengan Datuk Fakhri. Rasanya dia lebih rela terjun bangunan dari bertemu dengan orang tua yang berlagak muda seperti lelaki itu.

            “Nak buat apa lagi, pergilah jumpa dia. Dia dah sampai pun office kita ni. Lagipun kau nak lari ke mana? Ingat sikit pintu keluar masuk pejabat kita ni betul-betul sebelah bilik meeting tu. Takkan kau nak panjat tingkap beranda ke bangunan sebelah pulak.” Gina tersengih.

            Cika terdiam. Panjat? Bagus jugak idea tu. Dengan sepantas kilat, Cika sudah membuka jendela biliknya luas-luas. Gina dan Darren tercengang!

            “Cika, apa yang kau buat ni? Kau dah gila ke?” Gina hampir terjerit. Terkejut melihat gadis itu sudah memanjat palang tingkap. Juga tidak menyangka idea main-mainnya melekat di kepala otak Cika.

            “Syy… jangan bising. Darren, kau uruskan orang tua tu. Cakap apa sahaja asalkan dia percaya yang aku tak ada kat office ni.” Arah Cika. Kakinya sudah memijak beranda tingkap. Berita baiknya, mujurlah ada beranda sempit di luar laluan bangunan 15 belas tingkat itu. Berita buruknya pula? Alahai dia sekarang berada di tingkat 13.

            Terketar-ketar dia memandang ke bawah. Sayup-sayup dia melihat manusia-manusia dan kereta-kereta di bawah yang hanya sebesar kotak mancis. Ni kalau jatuh ni sah-sah mati terus! Sempat lagi dia mengguman begitu. Ya ALLAH, jangan bagi aku jatuh. Aku cuma nak elakkan diri sekejap aje dari orang tua itu. That’s all!

            “Cika cepat masuk balik. Jangan nak buat perangai bodoh macam ni!” Marah Gina. Geram dia melihat tindak-tanduk anak gadis itu. Nama aje lulusan universiti, tapi sikap serupa macam orang tak sekolah, rungut Gina kecut perut.

            “Cik Gina, macamana ni?” Darren turut resah melihat betapa nekadnya Cika ketika ini. Kalau perempuan ni jatuh, gaji aku siapa nak bayar? Itu sahaja yang Darren kisahkan sebenarnya.

            “Cika, masuk sekarang jugak. Kau dah nak mati sangat ke?” Gumam Gina benar-benar geram dengan telatah Cika yang tak masuk akal.

            Tanpa mempedulikan Gina, Cika segera meluruskan badannya lalu bergerak sedikit demi sedikit ke arah bangunan pejabat guaman bersebelahan dengan pejabatnya.

            Tapi ketika dia semakin mendekati pejabat guaman itu, matanya segera terpandang kelibat seorang lelaki tua sedang berdiri di beranda itu sama seperti dirinya. Mata lelaki itu mencerun ke bawah. Cika segera mengerutkan dahinya. Siapa pulak ni? Nak main sembunyi-sembunyi macam aku jugak ke?

            Sejurus telinganya menangkap beberapa suara sedang menjerit-jerit di suatu arah. Dia berpaling ke arah sebuah tingkap, lalu terpandang beberapa buah kepala menjenguk keluar dari tingkap tersebut.

            “Encik Mat, sabar. Masuk dulu. Apa-apa hal kita boleh bawa bincang.”

            Dahi Cika berkerut lagi. Apa halnya tu?

            “Kamu semua penipu. Dah tak ada apa yang nak dibincangkan lagi. Aku dah hilang segala-galanya. Aku hilang kerja, aku hilang anak isteri, aku hilang semua harta aku. Nak bincang apa lagi?” Jerit lelaki yang sedang berdiri di balkoni pejabat itu.

            Cika tersentak mendengar kata-kata lelaki itu. Dia mula menyedari yang kehadirannya tidak kena pada masanya. Alamak! Dia menjeling ke arah palang jendela bangunan pejabatnya yang sudah agak jauh ditinggalkan. Nak patah balik, makan masa jugak sedangkan tingkap yang paling dekat adalah tingkap di pejabat guaman itu. Apa aku nak buat ni?

            “Encik Mat, kalau Encik Mat buat macam ni pun apa yang Encik Mat dapat? Jangan macam ni, masuk dulu. Kita bincang baik-baik. Kami akan bantu Encik Mat cari jalan penyelesaian.” Pujuk satu suara.

            “Aku dah kata tak ada apa yang nak dibincangkan lagi. Jangan dekat! Kalau kamu semua dekat, aku terjun bangunan ni karang.” Tempik lelaki itu berang.

            Cika yang mendengar butir bicara itu satu persatu hanya mampu menarik nafas panjang. Bila nak sudah drama ni? Tak sudah rasanya kalau dia tersangkut di sini semata-mata kerana lelaki itu cuba bunuh diri, keluh Cika.

            Perlahan-lahan dia bergerak lagi ke arah lelaki itu. Walaupun berdebar-debar, namun dia sudah nekad tidak mahu terus berdiri di situ sehingga ke petang. Kehadirannya mencuri tumpuan orang-orang yang berada di tingkap, termasuklah lelaki yang dipanggil Mat itu. Menyedari dirinya dipandang sebegitu, Cika hanya mampu tersengih.

            “Maaf, saya tak ada niat nak campur tangan. Saya cuma nak tumpang lalu aje.” Dia meminta izin dengan mukadimah yang paling sopan.

            “Kamu ni siapa pulak?” Mat merenung tajam ke arah perempuan yang berada di balkoni sempit itu. Gerak-geri perempuan itu diperhatikan dengan curiga. Polis ke? Biasanya di televisyen ada adegan polis yang memujuk orang yang hendak membunuh diri. Fikiran Mat saling berlegar dan tertanya-tanya.

            “Err..saya bekerja kat bangunan sebelah, syarikat G-Properties, syarikat agen hartanah. Kalau pakcik nak beli rumah ke, beli tanah ke, boleh contact kami. Ini nombor saya.” Dia sempat menyeluk saku seluarnya dan mengeluarkan sekeping kad nama. Malah sempat mempromosikan syarikatnya. Apa kena dengan kau ni Cika?

            “Saya nak tumpang lalu aje. Lepas tu pakcik continue la apa-apa yang patut, saya takkan kacau daun.” Cika tersengih. Dia bergerak merapati lelaki itu.

            “Jangan dekat!” Lelaki itu berteriak lagi.

            Cika terpegun. Alamak dia ni!

            “Pakcik tepilah sikit, bagi saya tumpang lalu. Lepas tu suka hati pakciklah nak terjun bangunan  ke, nak lompat ke, no hal.” Ujar Cika tanpa berfikir panjang.

            Mata lelaki itu terbeliak memandangnya. “Mana kamu tahu aku nak terjun bangunan ni? Kamu pun tipu aku kan? Kamu ni suku sakat peguam-peguam bedebah tu!” Tuduh Mat dengan penuh syak wasangka.

            “Eh bukan pakcik, saya dah kata saya ni kerja kat pejabat sebelah. Yang pakcik ni susah sangat nak percaya kenapa? Pakcik ingat pakcik sorang aje ke dalam dunia ni yang ada masalah? Semua orang ada masalah masing-masing. Tapi yang penting kita kena berani hadapi masalah kita tu.” Getus Cika, sedikit bengang kerana terpaksa membuang masa di situ kerana lelaki itu.

            “Mana kamu tahu fasal masalah orang lain? Kamu tahu ke perasaan ditinggalkan isteri sebab kamu tak ada kerja? Kamu tahu ke perasaan duit kamu habis melayang kerana ditipu kawan sendiri? Aku dah rasa semua tu. Sekarang aku dah hilang semuanya. Dah tak ada apa-apa lagi dah yang tinggal pada aku.” Keluh lelaki itu seraya menjenguk ke bawah. Bunyi siren kecemasan menarik minatnya. Cika juga turut menjenguk ke bawah. Hmm..polis dah sampai dah!

            “Habis, pakcik dah nekad ke nak terjun bangunan ni? Pakcik tak takut dosa? Bunuh diri tu berdosa pakcik.” Cika mengingatkan.

            Lelaki itu mencerlung tajam ke arahnya. “Kamu ni memang penyibuk betul. Suka hati akulah, dosa aku bukannya aku kongsi dengan kamu.” Getus lelaki itu berang.

            “Yalah, memanglah saya tahu itu. Tapi sebagai saudara seagama, saya wajib ingatkan pakcik yang membunuh diri tu dosa besar di sisi tuhan. Tak cium syurga bila pakcik mati nanti. Pakcik dahlah sengsara kat dunia, takkan kat akhirat pun nak sengsara jugak.” Pujuk Cika. Tak fasal-fasal hari ni dia jadi kaunselor tak bertauliah pula.

            Lelaki itu terdiam. Kata-kata Cika mencelah sedikit demi sedikit ke dalam fikirannya. Dia mengerutkan dahinya memandang perempuan di sampingnya yang kelihatan pelik. Sudahlah muncul tiba-tiba entah dari mana, tiba-tiba dia disyarah pula fasal dosa dan pahala.

            “Beginilah pakcik, senang cerita kalau pakcik betul tak ada kerja, apa kata kalau pakcik kerja aje kat syarikat saya. Syarikat saya tengah mencari pengawal keselamatan sekarang ni. Kalau sanggup, esok pakcik datang bawa resume ke apa ke yang patut. Kita bincang baik-baik. Tapi sekarang ni saya minta pakcik jangan buat kerja bodoh ni.”

            Lelaki itu terkelip-kelip memandangnya. Kata aku buat kerja bodoh pulak! Yang kau tu apa yang kau buat kat serambi ni? Fikir lelaki itu seraya memandang Cika yang asyik memerhatikan ke arah deretan kereta polis yang sudah memenuhi bawah bangunan itu.

            “Awak nak bagi saya kerja?”

            Cika mengangguk. Tak percaya pulak! Aku sekeh kang!

            “Sekarang kita masuk dalam ya pakcik?” Pujuknya dengan harapan, minta-mintalah lelaki itu bersetuju. Dia sudah gayat bercampur kejang kaki jika masih berlama-lama di situ.

            Lelaki itu mengangguk, lalu membalikkan tubuh. Beberapa orang yang berada di tingkap segera memberi laluan, lalu menarik orang tua itu ke dalam. Cika pula mengekori dari belakang. Tapi belum sempat dia mahu memanjat masuk, suatu suara muncul di gegendang telinganya.

            “Cika dear!

            Cika meluruskan pandangan. Dari tepi tingkap dia melihat kelibat Datuk Fakhri dan Gina meluru masuk ke dalam ruang pejabat guaman itu. Akibat terkejut melihat orang tua itu, Cika tidak dapat menyeimbangkan tubuh lalu tergelincir. Tubuhnya terdorong ke belakang. Gina yang menyedari bahaya yang datang segera menjerit lantang.

            Cika sudah tidak mampu berbuat apa-apa. Di kepalanya hanya terfikir tentang mati sahaja. Apakah ajalnya sudah sampai? Dia memejamkan mata. Hanya mampu berserah. Orang lain yang nak bunuh diri, aku pula yang mati?

            Tiba-tiba dia merasakan pergelangan tangannya dipaut lalu ditarik ke dalam. Cika meluruskan pandangan. Di hadapannya berdiri seorang lelaki, memakai jaket kulit berwarna hitam, sedang merenung tajam ke arahnya. Untuk seketika. Cika bungkam. Otaknya tepu, langsung tidak mampu berfikir apa-apa. Tapi wajah itu, renungan itu..masih kekal di fikirannya. Kenapa dia ada di sini?

            Perlahan-lahan dia ditarik ke dalam. Dia hanya membiarkan sambil matanya tidak berganjak dari wajah orang yang menyelamatkannya.

            Semua orang menerpa ke arah Cika. Gina yang panik segera mendekati gadis itu yang sudah ditarik masuk dari tingkap. Datuk Fakhri juga! Cika yang diterkam mula mencari wajah yang menyelamatkannya tadi, tapi lelaki itu menghilang entah ke mana. Anak matanya meliar, tapi masih gagal mnemui lelaki itu. Dalam kekecohan suara ramai itu, dia merasa alam di sekelilingnya seakan sunyi sepi.

3 comments:

Anonymous said...

geotorelxzp credit card interest
credit card debt

Unknown said...

Best la citer ni..dari bab 1 sampai bab ni..mmg kelakar dan tetuja..sape yg cika nsk pilih..mcm nadim je..

Madam Lola said...

alamak... x sabar nak baca....

DEDALU DI HATI - STOK TERHAD!!

DEDALU DI HATI  - STOK TERHAD!!

PESANAN NOVEL DEDALU DI HATI SEDANG DIBUKA SEKARANG!!!

Harga = RM25.90
Kos Pos = RM7 (pos laju)
Total = RM32.90

Emailkan nama dan butiran diri ke arr_nita@yahoo.com.
Pesanan sehingga stok ke 3 ini kehabisan..

NANTIKAN VENOM SURIA DI PESTA BUKU ANTARABANGSA PWTC MULAI 27 APRIL, TERBITAN BUKU PRIMA (RM25.90)

NANTIKAN VENOM SURIA DI PESTA BUKU ANTARABANGSA  PWTC MULAI 27 APRIL, TERBITAN BUKU PRIMA (RM25.90)
Suria gadis ceria dan periang, namun miliki sejarah hitam dalam kelahiran. Yang membuatkan dia diburu dan dijejaki untuk meleraikan sebuah kisah sumpahan, lalu mempertemukan dia dengan dua lelaki berbeza sifat. Izwan jenis yang dingin dan panas baran. Cakapnya harus dipatuhi atau dia akan meletup! Nazrul sentiasa cool tapi punya rahsia terpendam yang menyiksa jiwa. Seorang lelaki ditakdirkan menjadi penyelamat. Seorang lagi ditakdirkan membunuhnya. Kedua-duanya muncul tak diundang, tetapi meninggalkan kesan mendalam. Lalu bermulalah permainan cat and mouse antara mereka sehingga game over!