Followers

Sunday, July 11, 2010

Dedalu Di Hati : Bab 22

“MACAMANA? Jumpa Zahid?” Soal Hazril sebalik melihat Ikram muncul di biliknya. Lelaki itu mengeluh lalu duduk di hadapan Hazril. Wajahnya muram dan letih lesu.

“Dah seminggu. Tak ada khabar berita langsung. Aku dah kerahkan orang-orang kita mencarinya di serata tempat, termasuklah rumah keluarganya di kampung. Kalau ada berita, mereka akan hubungi kita.” Ujar Ikram.

Hazril bingkas berdiri. Dia berjalan mundar-mandir di hadapan Ikram. Otaknya ligat memikirkan sesuatu. Dia amat pasti, dalam hal ini bukan hanya Zahid seorang yang terlibat. Pasti ada dalangnya!

“Ram, dah berapa lama Zahid kerja dengan kita?” Soal Hazril.

“Hmmm, lebih kurang dua tahun. Kenapa?”

“Siapa yang bawa masuk dia dulu?”

Ikram terdiam. Dia merenung Hazril dalam-dalam. “Pak Ngah kau yang bawa masuk Zahid kalau aku tak silap.”

Hazril tergaman. Dia termenung panjang mendengar kata-kata Zahid. Mungkinkah lelaki itu terlibat?

“Kau fikir Pak Ngah kau terlibat sama?” Soal Ikram, bagaikan tahu apa yang sedang difikirkan oleh Hazril.

“Entahlah, aku tak mahu tuduh melulu. Lebih baik kita siasat dulu perkara ni masak-masak. Oh ya, buat sementara ni suruh Airin ambil alih tugas Zahid.” sela Hazril.

“Okey,” balas Ikram tanpa banyak soal.

* * * *

Pangg! Bunyi kaca terhempas ke lantai mengejutkan Ikram yang baru hendak berjumpa Airin di biliknya. Dia tidak jadi melangkah, sebaliknya menuju ke arah bilik rehat. Bunyi yang didengarnya datang dari arah bilik rehat. Bilik itu dijengah, namun dilihatnya Julia sedang sibuk mengutip sisa-sisa kaca. Kopi berwarna hitam pekat melimpah mengotorkan lantai.

Lama dia memerhatikan Julia dari balik pintu tapi tidak pula dia berniat mahu membantu gadis itu. Melihat gerak-geri Julia yang terbongkok-bongkok, ketawa Ikram tiba-tiba meletus. Julia menoleh. Melihat kehadiran Ikram di situ, wajahnya serta-merta mencuka.

“Kenapa ni? Dah tak pandai pegang mug tu betul-betul?” Sindir Ikram sambil berpura-pura mencapai mug yang tersusun di atas meja. Sisa kopi yang masih tinggal separuh di dalam jug bulat itu dituangkan ke dalam mugnya. Sambil menghirup kopinya, dia masih mengadap ke arah Julia.

Julia buat endah tak endah dengan sindiran Ikram. Sakit hatinya melihat senyuman lelaki itu. Cepat-cepat dikutipnya sisa-sisa kaca yang masih di atas lantai.

“Aduh!” Julia tiba-tiba menarik tangannya. Wajahnya berkerut.

Ikram tergaman melihat Julia memegang tangannya. Ada darah menitis dari luka di ibu jari gadis itu. Dia segera tunduk menghampiri Julia. Dengan selamba tangan gadis itu diraih lalu diperiksa. Ada liang luka bergaris di situ dan masih menitiskan darah segar. Julia agak terperanjat dengan tindakan Ikram, namun entah mengapa dibiarkan sahaja.

“Dalam juga luka kau ni. Tunggu sini sekejap.” Pesan Ikram sebelum bergegas keluar. Tak lama kemudian dia muncul semula dengan sekotak First Aid di tangan. Tanpa membuang masa, Ikram mencuci luka gadis itu sebelum menyapunya dengan ubat antiseptik. Selepas itu dia mengambil sekeping plaster lalu segera ditampal pada luka di jari Julia.

“Itulah lain kali hati-hatilah sikit. Ini tak, menjeling aku macam nak makan.” Perli Ikram tak sudah-sudah. Wajahnya bersahaja tanpa memandang ke arah Julia.

Julia diam sahaja. Kata-kata Ikram langsung tidak dibalas seperti selalu. Matanya asyik menatap ke arah lelaki di hadapannya yang selama ini sering dibuat musuh. Tak sangka dalam keadaan begini, Ikram masih sudi menghulurkan bantuan.

“Ikram.” Dia memanggil lelaki itu dengan nada serius.

Ikram mendongak, lalu bertemu dengan sepasang mata yang redup bersinar.

“Thanks.” Ucap Julia ringkas sebelum menghilang dari balik pintu. Ikram terkedu. Ucapan terima kasih gadis itu membuatkan dia terlongo seketika.

Melihat sisa-sisa kaca masih terhampar di atas lantai, Ikram mengeluh kecil. Dia segera membersihkan sisa-sisa kaca itu. Kalau dibiarkan nanti menyusahkan orang lain pula. Beberapa orang kakitangan perempuan yang hendak masuk ke dalam bilik rehat itu, tergaman apabila melihat Ikram berada di situ. Tergelak-tergelak mereka melihat Ikram terbongkok-bongkok membersihkan lantai ruang rehat itu.

“Hai Encik Ikram, sibuk nampak.” Tegur salah seorang darinya.

Ikram tergaman. Dia pantas berdiri lalu tersenyum meleret pada gadis-gadis itu. Alamak kantoi! Apabila dibetulkan kedudukan tubuhnya, matanya terpandang susuk tubuh Irina berdiri di belakang gadis-gadis itu. Memandangnya sambil tersenyum.

* * * *

“Ini fail tentang rancangan-rancangan baru Pelangi Raya dalam tempoh tiga bulan akan datang.” Sebuah fail berwarna biru muda diletakkan di atas meja. Irina melabuhkan diri di atas kerusi di hadapan Hazril.

Hazril tersenyum menatap gadis di hadapannya. Wajah itu kelihatan dingin. Dia tidak tahu sehingga bila kemarahan Irina akan mereda. Hazril menumpukan perhatiannya pada fail biru yang diserahkan gadis itu. Satu demi satu helaian fail tersebut diselak.

“Pelancaran Malaysia’s Week?” Dia membaca penuh minat.

“Ya, kita nak terbitkan majalah baru, edisi khas untuk memaparkan berita-berita yang pernah tersiar di dada akhbar. Berita-berita itu kita akan buat secara follow-up memandangkan masyarakat di Malaysia ni selalu ketinggalan mengikuti perkembangan berita-berita semasa. Mungkin pelajar-pelajar di universiti sendiri boleh menggunakan Malaysia’s Week sebagai sumber rujukan mereka,” jelas Irina panjang lebar mengenai konsep majalah baru yang akan dikeluarkan oleh Pelangi Raya.

“Hmm bagus tu. Bila pelancarannya akan dibuat?”

“Keluaran pertama akan siap dicetak dua minggu lagi. Nanti bila dah siap, satu salinan akan dihantar pada Ril. Majlis pelancarannya belum ditentukan sebab Rina kena tahu bila waktunya Ril tak sibuk.”

Hazril tersenyum menatap wajah Irina yang tetap serius. Entah kenapa kata-kata Irina seperti menyindirnya sahaja. Dia pantas menekan punat telefon di mejanya.

“Ya boleh saya bantu bos?” Terdengar suara Hana di hujung talian.

“Hana, semak schedule saya untuk bulan depan bermula minggu pertama. Ada masa saya yang free tak?” Tanya Hazril sambil matanya tak putus-putus menatap Irina yang acuh tak acuh memandangnya.

“Kalau awal bulan tak ada, tapi minggu ketiga dalam dua puluh haribulan ada. Kenapa bos? Bos nak buat apa-apa appointment ke masa tu?”

Hazril terdiam. Dia memandang Irina meminta persetujuan.

“It’s up to you. You’re the boss.” Gadis itu bersuara.

“Hana, appointment saya dengan Dato’ Hisyam tu enam belas haribulan kan?”

“Ya, setiausahanya dah confirmkan hari tu.”

“Boleh you call balik, cancelkan appointnment tu. Tunda pada tarikh lain. Katakan pada setiausaha Dato’ Hisyam, Pelangi Raya akan mengadakan satu pelancaran produk baru pada enam belas haribulan depan dan kad jemputan akan dikirimkan ke A&H Enterprise.”

“Okey bos.” Sahut Hana melalui interkom.

Hazril kembali memandang ke arah Irina. “Enam belas haribulan bulan depan. Is it okay with you?” Tanya Hazril.

Irina mengangguk. “Kami dah mulakan persiapan. Don’t worry.”

“Kita lunch sama-sama hari ni?” pelawa Hazril. Irina memandangnya sekilas sebelum mencapai handbagnya.

“Thanks but no thanks.. Rina masih ada meeting sekejap lagi. I have to go, bye.” Gadis itu terus berlalu pergi tanpa menoleh. Di muka pintu, Irina berpapasan dengan Ikram yang kebetulan mahu masuk. Sejuring senyuman dihadiahkan buat Ikram sebelum dia beredar pergi.

“Apa hal tu?” Ikram tersengih di muka pintu. Apabila dilihatnya raut wajah Hazril muram, Ikram mengerutkan dahinya. Problem?

Hazril mengeluh. Sampai bila agaknya Irina mahu bersikap dingin dengannya?

No comments:

DEDALU DI HATI - STOK TERHAD!!

DEDALU DI HATI  - STOK TERHAD!!

PESANAN NOVEL DEDALU DI HATI SEDANG DIBUKA SEKARANG!!!

Harga = RM25.90
Kos Pos = RM7 (pos laju)
Total = RM32.90

Emailkan nama dan butiran diri ke arr_nita@yahoo.com.
Pesanan sehingga stok ke 3 ini kehabisan..

NANTIKAN VENOM SURIA DI PESTA BUKU ANTARABANGSA PWTC MULAI 27 APRIL, TERBITAN BUKU PRIMA (RM25.90)

NANTIKAN VENOM SURIA DI PESTA BUKU ANTARABANGSA  PWTC MULAI 27 APRIL, TERBITAN BUKU PRIMA (RM25.90)
Suria gadis ceria dan periang, namun miliki sejarah hitam dalam kelahiran. Yang membuatkan dia diburu dan dijejaki untuk meleraikan sebuah kisah sumpahan, lalu mempertemukan dia dengan dua lelaki berbeza sifat. Izwan jenis yang dingin dan panas baran. Cakapnya harus dipatuhi atau dia akan meletup! Nazrul sentiasa cool tapi punya rahsia terpendam yang menyiksa jiwa. Seorang lelaki ditakdirkan menjadi penyelamat. Seorang lagi ditakdirkan membunuhnya. Kedua-duanya muncul tak diundang, tetapi meninggalkan kesan mendalam. Lalu bermulalah permainan cat and mouse antara mereka sehingga game over!