Followers

Wednesday, December 19, 2018

Spy Hati Dari Chantilly (Bab 6)

SURI Imani keluar dari bilik itu dengan wajah muram. Sesi temuramahnya berjalan lancar namun dia tidak yakin mampu mendapatkan posisi sebagai eksekutif di syarikat itu. Sudahlah dia terlambat datang, walhal namanya sudah dipanggil sejak awal-awal lagi. Mujurlah orang yang menguruskan sesi temuramahnya bermurah hati memanggilnya semula.
Cabaran di luar selesai, di dalam satu hal. Ketiga-tiga penemuduganya jelas masing-masing sangat tegas dan serius airmukanya. Berbagai soalan diajukan padanya malah ada yang mempersoalkan ketepatan dia datang ke sesi temuduga itu. Itu yang membuatkan dia putus asa.
Ini semua lelaki itu punya fasal! Gumam Suri Imani, tiba-tiba teringatkan lelaki yang menjadi jiran sebelah rumahnya. Dia amat pasti lelaki itu tidak nampak wajahnya sebentar tadi. Malah dia sengaja berlambat-lambat ketika mahu keluar kerana tidak mahu lelaki itu mengecam dirinya. Sebaik lelaki itu beredar barulah dia menerpa ke arah pintu lift. Tapi entah apa silapnya, butang yang ditekan langsung tidak bergerak-gerak. Barulah dia sedar lift di tingkat itu rosak rupanya.
Mahu tak mahu dia terpaksa berlari menuruni anak tangga. Berpeluh-peluh juga dia mahu sampai ke bawah dari apartmen 7 tingkat  itu. Sudahlah begitu, teksi pula tiba-tiba sukar didapati. Setengah jam dia menunggu barulah sebuah teksi kelihatan. Itupun dia tersekat dengan traffic jam pula. Macam-macam hal berlaku padanya hari ini, entah kenapa!
Dia melepaskan keluhan berat. Kesukaran yang mendatang sepanjang perjalanannya ke Nusa Jaya itu seolah-olah mahu memberitahunya sesuatu. Sorry, you are not suitable for this position. Itu yang tertera di kepalanya sejak tadi. Dia pemegang ijazah dalam bidang Perakaunan tetapi jawatan yang dipohonnya di Nusa Jaya itu hanya sebagai eksekutif pemasaran. Sudah enam bulan berlalu sejak dia menghadiri hari graduasinya di Universiti Kebangsaan Malaysia. Sejak itu dia menganggur sehinggalah sekarang.
Dia melangkah lemah melalui sekumpulan anak-anak gadis yang berpakaian kemas, sedang berbual sesama sendiri. Ketika dia memasuki lift itu, gadis-gadis itu juga ikut masuk sehingga dia terpaksa ke belakang. Namun gelak tawa riang gadis-gadis pekerja itu langsung tidak mampu menghiburkan hati laranya. Fail resumenya dipeluk erat ke dada seraya dia bermuram durja di suatu sudut.
Tidak jauh dari Suri Imani, berdiri pula Mikey Mikhail. Sepasang matanya asyik memerhatikan gelagat gadis itu. Mereka berdua sama-sama terperosok ke belakang lift, tetapi gadis itu seakan-akan tidak menyedari kehadirannya. Termenung bagaikan tidak terkesan dengan suara riuh rendah yang sedang bercakap-cakap. Entah kenapa dia langsung tidak mampu mengalihkan pandangan matanya dari gadis itu.

SELESAI mengambil barang-barang peribadinya di kaunter di bahagian penyambut tetamu, dia segera melangkah ke arah pintu keluar bangunan pejabat Nusa Jaya itu. Ketika itulah matanya terpandang sesuatu. Nun di hadapannya, muncul seraut wajah yang berjalan beriringan bersama beberapa orang lelaki. Masing-masing segak bergaya lagak ahli korporat.
Nafas Suri Imani berderu kencang. Seboleh-bolehnya dia tidak mahu lelaki itu menyedari kehadirannya. Bukan sekarang! Dia masih belum bersedia! Suri Imani lekas-lekas berpaling. Tetapi entah dari mana datangnya, wajahnya segera tersembam di dada seseorang. Dia terkejut lantas mendongak.
Matanya bertemu pandang dengan seraut wajah yang kelihatan kaget. Dia terkedu. Aduh! Jiran 6D rupanya! Lelaki pemabuk yang menyusahkan hidupnya malam semalam.
Melihat renungan lelaki itu bertamu di wajahnya, Suri Imani menelan liur. Gugup! Aduh lain macam sungguh lelaki itu memandangnya. Jangan-jangan lelaki itu sudah mengecam dirinya!
Do I know you?” Pertanyaan lelaki itu meletus.
Suri Imani terpempan. Pertanyaan spontan itu mengulit perasaan hairan. Jadi lelaki itu tidak ingat siapa dia? Barulah lega sedikit hatinya. Dia menggeleng seraya memandang lelaki itu agak berani.
No, I don’t think so.”
But your face, seems very familiar.”
Suri Imani buat-buat tidak dengar. Dia asyik tertoleh-toleh ke belakang.
Menyedari raut wajah itu seakan gelisah, Mikey Mikhail mengerutkan dahinya. Ada sesuatu yang membuatkan gadis itu gelisah. Apa dia? Dia turut memandang ke belakang Suri Imani, namun gagal mengesan apa-apa yang aneh di situ.
“Awak boleh tolong saya tak?” Tanya Suri Imani cemas. Nekad sebenarnya!
“And what is that?” Mikey Mikhail tertarik.
Saya kena keluar dari tempat ni. Awak nampak tak lelaki kat belakang saya? Yang berjambang tu?”
Mikey menumpukan perhatian seraya mencari-cari lelaki yang dimaksudkan. Sejurus dia nampak lelaki separuh umur itu sedang bercakap-cakap dengan lelaki-lelaki yang mengiringinya. Matanya kembali mencerun mencari wajah Suri Imani.
And what is it with that man? Your lover?” Mikey Mikhail tersenyum-senyum.
Suri Imani tercengang-cengang mendengarnya. Apa?
“Jadi taste you orang tua? Hmm..interesting choice.” Komen Mikey Mikhail.
Suri Imani mengetap bibirnya. Terasa geram pula mendengar kata-kata tak makan saman lelaki itu. Dia sudah malas mahu melayan lelaki itu. Lebih baik dia menyorok dulu sebelum tertangkap. Tapi belum sempat dia mahu beredar, lengannya tiba-tiba dipaut. Dia tercengang-cengang saat melihat sepasang tangan lelaki itu sudah mengeluarkan sepasang cermin mata hitam dari dalam saku jaketnya lalu dipakaikan ke wajahnya.
Tangan lelaki itu turut mendarat di bahunya, meletakkan dia dalam keadaan serba salah. Dari kaca mata hitam yang dipakainya dia melihat sejuring senyuman bertebar di bibir lelaki itu, sedang ralit memerhatikan wajahnya.
“Duduk diam-diam, don’t’ move. Sugar daddy you dah dekat sangat,” bisik lelaki itu.
Beberapa saat berlalu tanpa suara. Suri Imani terpaku seperti patung. Dia amat pasti posisi mereka pasti menarik perhatian orang-orang yang berlegar di situ. Bodoh! Pertolongan apakah ini? Dia mahukan status yang senyap-senyap sahaja, tetapi lelaki itu bahkan membuatkan dia jadi perhatian.
Tapi sebaik dia menoleh, kelibat lelaki berjambang itu sudah tidak kelihatan.
See? Selesai kan masalah you. He’s leaving now,” ujar lelaki itu.
Suri Imani mengeluh lega. Mujurlah!
“So what’s next?”
Suri Imani tercengang-cengang. Apa maksud lelaki itu?
I did help you right, so you should do me a favor too.” Tagih Mikey Mikhail.
Maksud awak?” Suri Imani kehairanan melihat lelaki itu asyik tersenyum-senyum.

DAMN it! Inikah agenda tersembunyi itu? Dia sendiri tidak tahu kenapa dia sanggup menerima pelawaan lelaki pemabuk sebelah rumahnya itu untuk makan tengahari bersama. Dah gilakah aku ni? Suri Imani, something is going wrong with your brain honey! Bisik hati kecilnya.
“Mikey Mikhail,” ujar lelaki itu sebaik mereka menempati salah sebuah meja di situ.
Suri Imani terpinga-pinga. Mikey what? Mickey mouse? Dia ketawa kecil mendengar lelaki itu menyebut namanya.
What so funny about?” Tanya Mikey Mikhail dengan mata menyelidik. Tercengang-cengang melihat si gadis sedang ketawa.
Suri Imani berhenti ketawa tetapi dia masih menyimpul senyuman.
“Suri. Suri Imani,” ujarnya pula.
“Hmm..Suri? Macam Mahsuri, puteri yang berdarah putih tu?” Giliran Mikey Mikhail pula mempersendakan nama gadis di hadapannya.
Suri Imani terdiam. Okey..faham!
“Nak makan apa?” soal Mikey Mikhail sambil asyik menilik menu di tangannya. Dia bukan lapar sangat cuma nak habiskan masa merawat hatinya yang sedang kecewa dengan datuknya. Kebetulan gadis itu muncul pada saat dia memerlukan teman untuk makan tengahari.
“Apa-apa sahaja,” ujar Suri Imani acuh tak acuh.
Mata Mikey Mikhail membulat. Apa sahaja?
Well I don’t think that ‘apa-apa aje’ would be listed in this menu.”
Suri Imani mengeluh panjang. Hendak tak hendak dia mengambil menu di hadapannya lalu dibelek-belek.
“Nasi goreng USA dan air tembikai.” Pesan Suri Imani pada pelayan yang sejak tadi menanti.
Mikey Mikhail tersenyum. Dia menoleh ke arah pelayan di sampingnya.
“Bagi I fish and chip dengan fresh orange.” Pesan Mikey Mikhail.
Selepas pelayan itu beredar, mata Mikey Mikhail langsung bergerak ke wajah Suri Imani. Gadis itu nampak kekok berada bersamanya. Walaupun jelas kelihatan Suri Imani mahu berlagak selamba, tetapi dia tahu gadis itu tidak selesa.
Are you sure we haven’t met before?” Sekali lagi Mikey Mikhail mahu memastikan.
Suri Imani telan liur. Aduh! Lagi-lagi itu yang mahu ditanya si Mickey Mouse ni. Macam tak ada soalan lain lagikah? Tapi sungguh pun begitu naik risau juga hatinya takut Mikey Mikhail mula mengecam dirinya. Dahlah dia bedal hampir separuh makanan dari dalam kabinet dapur dan peti ais lelaki itu.
 “You buat apa kat Nusa Jaya tadi? You kerja kat situ?” Tanya Mikey Mikhail ingin tahu.
Suri Imani mengeluh. Kalaulah dia bernasib baik!
“Saya ada interview kerja.”
Interview?” Mikey Mikhail mengerutkan dahinya.
Suri Imani mengangguk. Malas mahu mengulas lebih lanjut perihal temuduganya dengan lelaki yang dia langsung tidak kenal.
“You rasa you boleh dapat kerja tu?”
Suri Imani mengangkat bahunya. Sejujurnya dia tidak yakin.
“Lelaki berjambang tu? Sugar daddy you tu, apa masalah you dengan dia?” Tanya Mikey Mikhail lagi.
Can you please stop it? Jangan asyik sebut macam tu. Saya tak suka.” Herdik Suri Imani. Sudah bosan asyik disalahtanggap oleh lelaki itu.
Okay, I’m so sorry.  Tak suka tak apa. But you shouldn’t get angry like this. You marah-marah macam ni, you makin nampak ‘hot’,” Sengih Mikey Mikhail lagi. Sengaja mahu mengusik.
Suri Imani tercengang-cengang dibuatnya. Hot? Now what? Lelaki itu nak menggodanya pula dengan kata-kata manis?
 “Awak melayu?” Tanya Suri Imani pula. Entah kenapa dia teringin mahu tahu siapa lelaki itu. Bukan sebab dia berminat sangat ingin tahu. Tapi sekurang-kurangnya dia mahu tahu dengan siapa dia berjiran.
What kind of question is that?” Balas Mikey Mikhail. Dahinya berkerut.
“Awak orang melayu kan?” Tanya Suri Imani lagi.
Yes, definitely.” Angguk Mikey Mikhail.
Suri Imani terdiam.
So apa sebenarnya yang you nak tanya?  Kalau I bukan melayu, respon you macamana pulak?” Mikey Mikhail mengerutkan dahinya.
Suri Imani tetap membisu. Tetapi hatinya sudah menjawab pertanyaan itu. Mungkin kalau Mikey Mikhail bukan melayu, dia takkan memandang rendah lelaki itu. Apa pun, dia tetap berterima kasih kepada lelaki itu kerana telah membantunya mengelakkan diri dari lelaki berjambang yang ditemuinya di Nusa Jaya tadi. Lelaki yang Mikey Mikhail anggap sugar daddynya, walhal lelaki itu sebenarnya adalah ayahnya, Tuan Megat Hasanuddin. Sudah tiga bulan lamanya dia tidak bertemu lelaki itu. Tiga bulan ayah! Suri minta maaf untuk segala-galanya! I’m so sorry! Hatinya sebak.
“You tak jawab lagi pertanyaan I.” Getus Mikey Mikhail.
Lamunan Suri Imani terhenti begitu sahaja. Dia menentang renungan lelaki di hadapannya dengan wajah selamba. Perlukah dia berterus-terang sahaja?
“Awak tak nampak macam melayu,” ujar Suri Imani.
Mikey Mikhail terdiam sejenak. Lama dia memandang wajah Suri Imani tidak berkelip.
“Habis? Nak kena pakai baju melayu, pakai songkok baru nampak melayu?”
“Tak adalah macam tu. Penampilan awak tak menunjukkan awak orang melayu.” Balas Suri Imani tidak mahu mengalah. Geram juga dia kerana disindir begitu.
“Ibu I mat saleh, ayah I orang melayu. Itu dapat menjawab pertanyaan you?” Renung Mikey Mikhail.

Suri Imani sekadar menjungkit bahunya. Pura-pura tertarik pada kehadiran seorang pelayan yang mula membawa hidangan mereka. Di dalam kepalanya, dia hanya mahu cepat-cepat menghabiskan makanan dan terus beredar dari tempat itu. Lelaki seperti Mikey Mikhail ialah jenis lelaki yang mahu dielakkannya. Itu sudah pasti!

No comments:

DEDALU DI HATI - STOK TERHAD!!

DEDALU DI HATI  - STOK TERHAD!!

PESANAN NOVEL DEDALU DI HATI SEDANG DIBUKA SEKARANG!!!

Harga = RM25.90
Kos Pos = RM7 (pos laju)
Total = RM32.90

Emailkan nama dan butiran diri ke arr_nita@yahoo.com.
Pesanan sehingga stok ke 3 ini kehabisan..

NANTIKAN VENOM SURIA DI PESTA BUKU ANTARABANGSA PWTC MULAI 27 APRIL, TERBITAN BUKU PRIMA (RM25.90)

NANTIKAN VENOM SURIA DI PESTA BUKU ANTARABANGSA  PWTC MULAI 27 APRIL, TERBITAN BUKU PRIMA (RM25.90)
Suria gadis ceria dan periang, namun miliki sejarah hitam dalam kelahiran. Yang membuatkan dia diburu dan dijejaki untuk meleraikan sebuah kisah sumpahan, lalu mempertemukan dia dengan dua lelaki berbeza sifat. Izwan jenis yang dingin dan panas baran. Cakapnya harus dipatuhi atau dia akan meletup! Nazrul sentiasa cool tapi punya rahsia terpendam yang menyiksa jiwa. Seorang lelaki ditakdirkan menjadi penyelamat. Seorang lagi ditakdirkan membunuhnya. Kedua-duanya muncul tak diundang, tetapi meninggalkan kesan mendalam. Lalu bermulalah permainan cat and mouse antara mereka sehingga game over!