TIPS
diberi pada seorang
penjaga pintu. Setelah dipastikan tidak ada sesiapa pun yang mengekorinya, dia
segera melangkah masuk ke dalam sebuah pusat karaoke. Lagaknya seperti
mencari-cari sesuatu.
Sebaik sampai di sebuah bilik, dia
terus menolak pintu tersebut. Terdapat kelibat seseorang di dalamnya yang
sedang menyanyi. Gadis yang sedang menyanyi itu menoleh, lantas terjerit
gembira sebaik melihatnya.
“Dah lama kau tunggu?” Tanya Orked pada temannya.
“Tak lama
sangat. Lepas kelas aku
terus berkejar ke mari.”
“Ada kau bawa?” Orked sudah
malas mahu mendengar celoteh Mira. Dia hanya mahukan benda yang dipesannya dari
gadis itu.
Mira
tersenyum lalu menghulurkan sebuah beg sederhana besar ke arah Orked. Gadis itu
menyambutnya dengan wajah berseri-seri.
“Kau
ni dah nekad ke tak nak balik rumah? Habis pelajaran kau macamana?” Mira
bertanya ingin tahu. Terkejut juga dia apabila Orked menelefonnya dan
memintanya membawa semua pakaiannya ke pusat karaoke itu. Tanpa berlengah dia segera
mengemaskan pakaian-pakaian Orked yang berada di bilik asramanya. Itupun kerana
Orked kerap bermalam di bilik asramanya dari pulang ke rumah sendiri.
“Lantaklah.
Diaorang pun bukan suka sangat aku balik rumah tu. Buat masa ni, aku
cuma nak tenangkan fikiran aku. Aku nak pergi jauh Mira.” Ujar Orked dengan wajah muram.
“Gila kau Orked. Kau tahu tak, pihak
dekan dah tahu dah fasal kau kena tahan dekat lokap tu. Kelmarin aku terserempak ayah kau bercakap-cakap
dengan Dekan fakulti kita.” Ujar Mira.
Dahi
Orked berkerut mendengar kata-kata temannya itu. Kenapa ayahnya datang menemui Dekan di tempatnya belajar?
Bukankah selama ini ayahnya sering mengatakan tidak akan mengambil tahu
sebarang urusan mengenainya lagi?
“Habis
apa kata Dekan?” Tiba-tiba dia teringin mahu tahu. Barangkali dia sudah
disingkirkan dari kolej agaknya.
“Entah,
manalah aku tahu. Waktu aku tiba kat pejabat Dekan tu, ayah kau dan Dekan tu baru
keluar dari bilik. Mereka nampak okey je. Aku rasa tak ada
apa-apa kut. Tak usah bimbanglah. Kau pun satu, kenapa sampai kena tangkap
pulak?” keluh Mira.
Orked
terdiam. Dia memandang ke arah pakaiannya. Bau arak begitu kuat menusuk ke
hidung. Dia mengeluh panjang sebaik teringatkan kekecohan malam itu.
Segalanya bermula dari seorang lelaki
yang cuba
menganggunya ketika itu. Puas dia menolak tapi lelaki itu bagaikan tidak tahu
malu. Entah macamana ketika dia cuba
menepis tangan lelaki itu, gelas arak di tangan lelaki itu terus tercurah ke
bajunya. Akibatnya sepanjang malam itu dia berbau arak.
Tak
cukup dengan itu, teman wanita lelaki itu pula datang menyerangnya. Dan
terjadilah perang mulut yang akhirnya berakhir dengan pukul memukul. Itulah juga
sebab kenapa dia ditahan selama dua hari di lokap. Sebenarnya ini bukanlah kali
pertama dia bermalam di lokap. Beberapa bulan yang lalu dia turut diangkut ke
lokap apabila pihak polis menyerbu kelab malam yang dijelajahinya hampir setiap
malam.
Waktu
itu ayahnya benar-benar marah. Lelaki itu memang panas baran, tidak seperti
arwah uminya yang lebih lembut dan tenang. Mungkin itu juga sebabnya lelaki itu
tidak mahu lagi menjaminnya.
“Kau
tunggu sini sekejap, aku nak salin pakaian kat toilet.” Arah Orked lalu terburu-buru meninggalkan Mira yang
terpisat-pisat memerhatikannya.
Tanpa
berfikir panjang, dia terus meluru masuk. Matanya segera terpandang kelibat
Idlan Riyaz sedang membelasah beberapa orang lelaki muda di dalam bilik karaoke
itu. Orked terpanar. Dia mengerling ke suatu sudut. Mira terjelepuk di situ
sambil menangis. Antara hendak meleraikan Idlan dan memujuk Mira, akhirnya dia
memilih menghampiri Mira.
“Mira, kenapa ni?” Soal Orked cemas.
“Diaorang semua
datang kacau aku. Nasib baik ada encik tu.” Jelas Mira sambil teresak-esak.
Orked berpaling. Kata-kata Mira membuatkan
dia berpaling ke arah Idlan yang sedang termengah-mengah. Melihat hampir
separuh lunyai lelaki-lelaki itu dikerjakan Idlan, Orked segera meluru ke arah
Idlan. Lengan lelaki itu ditarik kasar.
“Kau
dah gila ke? Nanti mati diaorang tu semua.” Jerit Orked.
Idlan
terdiam, tidak jadi meneruskan niatnya. Orked segera mengalihkan pandangan ke
arah lelaki-lelaki yang terjelepuk kesakitan dengan wajah bengkak-bengkil.
Melihat keadaan lelaki-lelaki itu, dia menarik nafas panjang. Kuat juga mamat
ni! Desis hati kecilnya.
Bunyi
riuh-rendah kedengaran di telinganya. Orked mengeluh panjang. Masalah dah
sampai! Cepat-cepat dia mencapai beg sandangnya lalu segera meluru ke arah Mira
dan menarik tangan gadis itu. Di muka pintu, dia menoleh ke arah Idlan. “Kalau
kau tak nak masuk lokap macam aku, cepat tinggalkan tempat ni sebelum diaorang report polis!” Getus Orked sebelum melarikan
diri.
Idlan
terkesima. Mahu tak mahu dia segera mengekori kedua-dua gadis itu meninggalkan pusat
karaoke itu.
*
* * *
KERETA
yang dipandunya berhenti
di hadapan sebuah kolej kediaman. Mira melangkah turun. Orked ikut turun dari perut kereta.
“Kau tak
apa-apa kan?” Tanya Orked, simpati dengan apa yang berlaku pada Mira hari ini.
Wajah gadis itu masih kelihatan pucat. Mira
memang agak penakut, tidak seperti Arida yang lebih berani dan lantang
mengeluarkan pendapat. Tapi jika dia mahukan ketenangan, hanya Mira yang akan
menemaninya. Hinggakan jika diajak ke kelab malam pun, Mira akan sanggup
mengikutnya. Arida sahaja yang sering membangkang kata-katanya.
Mira
berpaling. Dengan senyuman hambar gadis itu menggeleng.
“Aku tak
apa-apa. Kau tetap nak pergi ke? Tak nak tidur kat bilik aku?”
Orked mengerling sebentar ke arah
Idlan yang berada di tempat duduk pemandu, sebelum mengalihkan pandangan ke
arah Mira. Tanpa menjawab kata-kata Mira, dia segera merangkul tubuh gadis itu.
“Aku cuma nak tenangkan fikiran. Jangan risaukan aku ya.” Bisik Orked di
cuping telinga gadis itu.
“Betul ke
dia tu abang kau?” Tiba-tiba Mira bertanya seraya mengerling ke arah lelaki yang
sabar menanti mereka di dalam perut kereta.
Orked segera melepaskan
rangkulannya. Matanya
melirik tajam ke arah Mira. “Abang tiri okey.” Ujarnya membetulkan kata-kata Mira.
“Abang
tiri pun tetap abang. Aku tengok dia okey apa. Handsome pulak tu.” Mira tersenyum-senyum sambil mencuri pandang ke
arah Idlan.
Serta-merta satu cubitan singgah di
kulit lengan Mira. Gadis itu mengaduh kesakitan.
“Kau
ni kan memang
pantang tengok lelaki handsome. Baru
kena kacau sikit dah nak nangis, ini dah start
ada hati pulak kat mamat tu. Memang tak tahu serik,” rungut Orked.
Mira
sekadar tertawa. “Alah apa salahnya, lagipun mata aku ni kan hak aku. Suka
hati akulah kalau aku suka tengok abang Idlan tu.” Balas Mira.
“Pulak dah! Sejak bila pulak dia jadi
abang kau?” Hujah Orked
seraya menggelengkan kepalanya.
“Dahlah
tu, malas nak layan kau lagi. Aku minta diri dululah. Malam ni jangan kau
mengigau yang bukan-bukan pulak. Macam budak kecil! Kena sergah sikit dah nangis.” Cebik
Orked, sengaja mahu menyakat Mira yang hanya tersenyum sumbing memandangnya.
Orked
segera memasuki perut kereta yang tidak dimatikan enjinnya. Idlan segera
menggerakkan keretanya meninggalkan perkarangan kolej kediaman lalu menyusur
keluar dari kawasan universiti.
“Kita balik ya?” Pujuk Idlan tiba-tiba bersuara.
Orked
membuang pandang ke luar tingkap. “Tak payah. Jalan terus, pergi Bukit Bintang.”
Getus Orked selamba.
“Orked
nak ke mana ni?” keluh Idlan. Sudah mati kutu dia mahu memujuk anak gadis itu
untuk pulang bersamanya. Sangkanya dengan kejadian yang baru berlaku di pusat karaoke
itu, Orked akan serik. Tapi ternyata dia silap menduga.
“Suka
hati akulah nak ke mana pun. Kalau kau tak nak hantar, berhenti aje kat sini.
Aku boleh naik teksi.” Balas Orked seraya mendengus kasar.
Idlan
menjeling. “Tengok tu, asyik ber aku kau aje dari tadi. Orked
sepatutnya panggil abang ni abang Idlan. Barulah lembut sikit lidah tu.” Ujar
Idlan selamba. Orked merenung lelaki di sampingnya dengan
wajah menyinga. Sakit hatinya mendengar kata-kata Idlan yang dirasakannya
seperti menyindirnya sahaja.
“Yang
kau sibuk-sibuk fasal hal aku ni kenapa? Macamana kau boleh ada kat sana tadi? Kau ekori aku
ya?” Wajah Idlan dicerlung tajam.
Idlan
terdiam. Memang dia sengaja mengekori Orked dari balai polis kerana bimbangkan
keselamatan gadis itu. Apabila dia nampak Orked memasuki pusat karaoke itu,
hatinya mula gundah-gulana.
Melihat lelaki itu diam sahaja, Orked
hanya mampu menarik nafas panjang. Memang betullah seperti apa yang disangka.
Lelaki itu memang sengaja mengekorinya. Ini mesti ayah yang suruh! Getus hati
Orked mula tidak senang.
“Berhenti kat sini!” Dia menyuruh.
Idlan berpaling. Dahinya berkerut
seribu.
“Jangan nak buat gila Orked. Sekarang
kan hari dah lewat malam. Kalau abang berhentikan Orked kat sini, entah siapa
nanti akan berhentikan kereta dan kutip Orked kat sini. Kalau orang baik tak apalah jugak, tapi
kalau kena orang jahat? Makan pun tak habis nanti!” Rungut Idlan dengan suara
sengaja ditinggikan.
Orked
tergaman. Amboi mamat ni! Sesedap mulut aje mengata aku. Baru balik ke sini dah
berlagak macam abang aku!
“Sekarang Orked cakap kat abang, Orked
sebenarnya nak ke mana?” Soal Idlan lembut.
“Aku tak mahu balik rumah.” Putus Orked
tegas.
“Itu abang dah tahu. Kalau Orked
betul-betul tak nak balik rumah, bagitahu abang Orked nak ke mana. Abang akan
bawa Orked ke mana-mana sahaja yang Orked mahu. Itu lebih baik dari abang
biarkan Orked sendirian.” Tukas Idlan nekad.
Mendengar kata-kata Idlan, Orked tersenyum
sinis. Betulkah lelaki itu akan sanggup membawanya ke mana sahaja? Janji apakah
itu?
Dia melirik ke arah Idlan. Diam-diam
wajah lelaki itu ditelus sepasang matanya. Wajah itu langsung tidak mirip
dengan ibu tirinya Maria. Wanita itu berkulit hitam manis, manakala Idlan
berkulit cerah. Bibirnya merah tanda tidak merokok. Rambutnya pendek dan dipotong
kemas. Warna rambutnya hitam dan tidak perang seperti warna rambut kawan-kawan
lelakinya yang suka mengikut peredaran zaman. Dan mata itu? Aneh, mata lelaki
itu cukup indah dan mendamaikan pada kali pertama dia memandang lelaki itu di
kamar polis petang tadi.
“Orked belum bagitahu abang lagi Orked
nak ke mana.” Idlan tiba-tiba menoleh.
Dia terkesima. Tatapan mata Idlan
membuatkan dia gugup sebentar. Damn it!
Lain kali nak toleh, tolong inform dulu
boleh tak! Keluh Orked seraya melarikan anak matanya.
“Mana-mana saja.” Balasnya acuh tak
acuh.
“Mana-mana tu kat mana?” Idlan
mengembalikan pertanyaan.
“Zouk.” Jawab Orked sepatah.
Mata Idlan terbeliak. Zouk? Biar betul
anak dara ni!
“Itu kelab malam kan ? Orked nak buat apa ke sana ?”
Ketawa Orked meletus. Idlan
terpisat-pisat memandangnya. “Hmm..not
bad untuk seseorang yang baru balik ke Malaysia . Kau tahu jugak fasal
Zouk. Aku kagum.” Ujar Orked sinis.
“Orked belum jawab pertanyaan abang.
Orked nak buat apa kat tempat macam tu?” Idlan mengulangi pertanyaan.
“Nak buat
apa lagi? Aku nak mabuk-mabuk la. Menari puas-puas. Kalau kau nak join pun
takde hal. Aku belanja, macamana?” Provok Orked, sengaja mahu menaikkan darah
lelaki itu.
Idlan
menarik nafas panjang. Dia termenung sendiri mendengar kata-kata anak gadis
itu. Zouk! Nama kelab malam itu agak gah bagi anak-anak muda kota. Dan tempat
seperti itu biasanya penuh dengan muda-mudi yang bebas pergaulannya. Tak
mungkin dia akan benarkan Orked ke tempat seperti itu.
“Kalau kau tak suka, kau tak perlu
ikut. Berhentikan saja kereta ni habis cerita. Aku buat hal aku, kau buat hal
kau sendiri cukuplah. End of the story.” Ujar Orked selamba.
Dari riak wajah Idlan, dia tahu umpannya mengena. Idlan tak mungkin akan
sanggup mengikutnya ke Zouk.
“Stop
the car right now.” Suruh Orked.
Idlan hanya berdiam diri. Suruhan Orked
hanya dibuat endah tak endah sahaja. Dia masih memikirkan sesuatu sebenarnya.
“Aku kata berhenti, berhentilah. Kau tak faham bahasa
ke?” Getus Orked dengan bahasa yang agak biadab.
Idlan menoleh dengan wajah serius.
Gadis itu benar-benar mencabar kesabarannya. Dia juga tahu Orked sengaja mahu
memprovoknya agar meninggalkannya bersendirian. Tapi dia takkan membiarkan
hasrat gadis itu kesampaian.
“Okey, abang akan ikut Orked masuk Zouk malam
ni. Orked enjoylah puas-puas. Apa sahaja Orked nak buat, Orked buatlah. Tapi
esok, Orked kena ikut cakap abang pulak. Setuju?” Matanya dikalihkan ke arah
anak gadis itu.
Orked terkedu mendengar kata-kata itu.
Lain yang diharapkan, lain pula yang berlaku. Idlan seperti tahu apa sebenarnya
yang bermain di fikirannya.
“Kalau tak, sekarang jugak abang bawa
Orked balik ke rumah.” Ugut Idlan.
Orked mendengus kasar. Terasa berang
dengan kata-kata Idlan. “Suka hati kaulah. Sekarang bawa aku pergi Zouk.”
Getusnya mengalah.
Idlan tersenyum kecil. Dia sudah nekad
untuk menurut apa sahaja kehendak Orked malam ini. Kerana esok, Orked akan
menjadi miliknya sepenuhnya.
*
* * *
MARIA mundar-mandir di hujung katil sedari tadi. Kelibat isterinya
singgah di penjuru mata Hamdan. Dia menutup buku seraya meletakkannya di tepi
katil. Wajah isterinya ditelus agak lama.
“Tak usahlah bimbang Mar,
kejap lagi baliklah budak-budak tu.” Pujuk
Hamdan , cuba
meleraikan keresahan isterinya. Bosan juga dia asyik terganggu oleh gerak-geri Maria
yang serba tidak kena sepanjang petang tadi.
Maria berpaling. Dahinya berkerut menatap wajah sang suami. “Saya risaukan Idlan.” Bisiknya.
Maria berpaling. Dahinya berkerut menatap wajah sang suami. “Saya risaukan Idlan.” Bisiknya.
“Kejap lagi baliklah tu. Itulah sebab kenapa saya larang
Idlan tu pergi ikat jamin si Orked, tapi awak tak nak dengar cakap saya.
Sekarang awak juga yang susah hati sampai saya pun tak senang duduk. Percuma
sahaja nak ikat jamin budak macam tu.” Rungut Hamdan.
Maria sekadar merenung
wajah suaminya dengan tatapan mata gusar.
“Abang, Orked tu anak awak, perempuan pulak tu. Kenapa awak berdegil sangat tak nak ikat jamin budak tu? Awak tak kasihan ke dia duduk dalam lokap berhari-hari macam tu?” Maria benar-benar tidak bersetuju dengan tindakan suaminya. Meskipun Orked tidak pernah menganggapnya sebagai seorang ibu, tapi dia masih ada hati perut. Masih ada rasa simpati di hatinya untuk Orked Harlina, anak gadis suaminya.
“Budak tu cuma menyusahkan saya aje. Tak habis-habis buat masalah dari dulu sampai sekarang. Sama aje perangai macam mak dia.” Rungut Hamdan.
“Abang, Orked tu anak awak, perempuan pulak tu. Kenapa awak berdegil sangat tak nak ikat jamin budak tu? Awak tak kasihan ke dia duduk dalam lokap berhari-hari macam tu?” Maria benar-benar tidak bersetuju dengan tindakan suaminya. Meskipun Orked tidak pernah menganggapnya sebagai seorang ibu, tapi dia masih ada hati perut. Masih ada rasa simpati di hatinya untuk Orked Harlina, anak gadis suaminya.
“Budak tu cuma menyusahkan saya aje. Tak habis-habis buat masalah dari dulu sampai sekarang. Sama aje perangai macam mak dia.” Rungut Hamdan.
Maria terdiam. Renungannya singgah lama pada wajah Hamdan
yang merah padam. Rahang lelaki itu bergerak-gerak, menandakan kemarahannya
sedang menular dari dalam.
“Apa sebenarnya salah Hazila pada awak? Kenapa awak selalu
buruk-burukkan orang yang dah meninggal?” Soal Maria ingin tahu.
Hamdan terpanar. Pandangannya dilontar keruh ke arah
isterinya, namun tidak ada kata-kata yang terluah. Jawapan yang diinginkan
Maria tidak pernah mampu dilontar keluar dari bibirnya. Dengan wajah berang,
dia beredar dari bilik itu tanpa menjelaskan apa-apa.
Bunyi pintu dihempas kuat
membuatkan Maria tersentak. Dia hanya mampu menggelengkan kepala. Lelaki itu
tidak pernah berubah sejak mereka mula-mula kenal dahulu sehinggalah sekarang.
Kadangkala dia keliru, apakah keputusannya menerima lamaran Hamdan benar-benar
satu keputusan yang tepat dalam hidupnya setelah dia kehilangan Ikhmal?
Melihat Hamdan melayan Orked dengan hambar dalam tempoh
setahun ini membuatkan dia ragu-ragu. Apakah Hamdan mampu menerima Idlan
seperti anaknya sendiri? Tapi sejak Idlan baru balik dari luar negara beberapa
hari yang lalu, lelaki itu kelihatan mesra pula dengan Idlan. Layanan Hamdan
pada Idlan tak ubah seperti anak sendiri, berbeza sekali dengan layanan lelaki
itu pada Orked yang sentiasa dimarah dan dijerkah. Kadangkala perangai Hamdan
itu membuatkan dia diterpa pelbagai sangkaan buruk. Apakah Orked bukan anak
kandung Hamdan dan Hazila?
“Tuan Hamdan memang macam tu puan. Garang tak bertempat dengan Cik Orked. Kadangkala Yam pun takut kalau tengok angin tuan tu.” Cerita pembantu rumahnya sering membuatkan dia sering tertanya-tanya.
“Tuan Hamdan memang macam tu puan. Garang tak bertempat dengan Cik Orked. Kadangkala Yam pun takut kalau tengok angin tuan tu.” Cerita pembantu rumahnya sering membuatkan dia sering tertanya-tanya.
“Arwah Hazila tu dulu macamana orangnya Yam?”
“Baik sangat orangnya puan. Lemah lembut
orangnya. Tapi maaflah Yam cakap macam ni. Dulu tuan tak hargai langsung
kebaikan hati arwah. Sampaikan masa arwah kemalangan, tuan langsung tak
menjenguk arwah. Bayangkan arwah meninggal kat hospital, tuan tak jenguk pun mayat
arwah. Sebaliknya
tuan suruh pihak hospital hantar mayat tu ke kampung.” Cerita Maryam
benar-benar mengejutkannya.
“Sejak Puan Hazila meninggal, tuan langsung tak beri
perhatian pada Cik Orked atau sekurang-kurangnya tanyakan makan minumnya. Tuan
nampak benci betul pada Cik Orked.”
Maria menarik nafas
panjang. Entah kenapa, cerita Maryam terhimbau-himbau dalam ingatannya. Dia
sebenarnya kasihankan Orked. Ketika dia mula-mula sampai ke rumah itu setahun
yang lalu, berbagai usaha dilakukannya untuk mengambil hati anak gadis itu.
Tapi entah kenapa, Orked benar-benar tidak menyukainya sehinggakan dia sudah
kehabisan ikhtiar. Sudahnya dia terpaksa membiarkan Orked sendirian di rumah
itu seperti tidak pernah wujud.
Memang dia benar-benar risau
bila Idlan menawarkan diri mahu mengikat jamin Orked dari lokap. Sebenarnya dia
bimbang jika Idlan menganggap Hamdan sengaja mengabaikan Orked. Tapi anaknya
itu langsung tidak berkata apa-apa sebaik mengetahui situasi Orked, sebaliknya Idlan
bertegas mahu membantu mengeluarkan gadis itu.
Dia juga risau dengan
layanan Orked terhadap Idlan. Mereka tidak pernah bertemu sebelum ini. Mahukah
Orked mengikut Idlan yang tak pernah dikenalinya selama ini? Jangan anak gadis
itu melarikan diri sudahlah! Entah mengapa Maria benar-benar tidak senang duduk
dibuatnya!
1 comment:
nape lah en hamdan nie xsuka dgn orked cian kt orked..
Post a Comment