Followers

Thursday, January 6, 2011

Sayangku Casper : Bab 37

“Maaf Raff, aku bukan sengaja bocorkan tentang tempat tinggal kau ni pada daddy kau. Tadi waktu aku dalam perjalanan nak ke pusara Adelie di Tanah Perkuburan Jalan Ampang, aku terserempak dengan orang-orang ayah kau. Mereka terus tangkap aku dan bawa aku jumpa dengan ayah kau. Nak tak nak aku terpaksa beritahu dia di mana kau berada.” Jelas Davian serba-salah.

Rafique memandang Davian yang kelihatan gelisah. Kasihan pula dia melihat Davian yang benar-benar rasa bersalah padanya.

“Aku faham dah perangai daddy aku tu Davian. Kalau kau berdegil, macam-macam benda dia boleh buat kat kau. Tak apalah, aku tak marah pun. Cuma aku nak tahu, betulkah kubur tu kubur Adelie?”

Pusing kiri kanan, soal Adelie juga masih dipentingkannya! Keluh Davian. Dia memandang Rafique yang sedang mengemaskan beg pakaiannya.

“Aku tak sempat nak tengok pusara tu, aku dah kena ciluk dengan ayah kau. Tapi masa aku kena tangkap tu, aku ada dengar bodyguard-bodyguard ayah kau berbual-bual sesama sendiri. Aku confirm, Adelie memang dah meninggal Raff.” Ujar Davian.

Rafique terduduk lemah. Kata-kata Davian membuatkan dia terkenangkan Tia Adila entah kenapa. Saat dia meninggalkan Tia di hadapan rumah gadis itu petang tadi, hatinya sebenarnya rasa berat mahu berpisah. Pelik! Kenapa aku begini? Rafique cepat-cepat menggelengkan kepalanya. Enggan terus membiarkan dirinya memikirkan soal gadis itu. Lagipun mungkin selepas ini dia takkan bertemu lagi dengan gadis manis itu. Mungkin untuk selama-lamanya.

“Betul kau nak ikut daddy kau balik malam esok?” Tanya Davian lagi.

Rafique tidak menjawab. Dahinya berkerut lebar.

“Aku bimbang Davian.” Ujarnya tiba-tiba. Davian terpegun. Bimbang? Apa maksud Rafique?

“Aku tak tahu bagaimana nak beritahu granny fasal Adelie. Harapan granny besar untuk menemui Adelie. Aku tak sanggup nak tengok dia kecewa. Lagipun aku bimbang ayah aku akan gunakan hal ni untuk menekan granny.” Keluh Rafique.

“Tapi lambat laun dia akan tahu jugak.” Davian menyatakan rasional.

“Aku takut dia tak boleh terima berita ni. Lagipun sejak akhir-akhir ini, granny kurang sihat.” Tutur Rafique resah.

“Apa nak buat. Ajal dan maut itu di tangan tuhan.” Selar Davian.

Rafique mengangguk. Dia setuju dengan kata-kata Davian. Ajal dan maut akan dihadapi oleh setiap insan yang bergelar makhluk tuhan. Sudah begitu nasib Adelie. Siapa dia yang mampu menghalang semua itu dari tersurat? Suka atau tidak, dia harus memberi khabar duka ini pada granny.

“Oh ya, rumah ni masih boleh didiami kalau sesekali kau nak berehat di sini. Aku boleh tinggalkan kunci untuk kau.” Pelawa Rafique.

“Opss tak..tak payahlah.” Davian tiba-tiba tergagap-gagap pula.

Rafique tersengih. Dia tahu Davian sudah serik. Ini semua gara-gara hantu berpakaian merah menyala yang menyakat Davian tempohari. Belum sempat dia mahu mengusik Davian lagi, bunyi ketukan bertalu-talu singgah di muka pintu. Kedua-duanya serentak berpaling. Rafique mengeluh panjang.

“Nak apa lagi diaorang ni? Menyusahkan aku betul!” Rungut Rafique merujuk kepada orang-orang ayahnya yang diperintahkan mengawasinya di situ.

“Biar aku pergi tengok.” Davian bingkas bangun lalu menuju ke muka pintu. Rafique mengalihkan perhatian ke arah pakaian-pakaiannya yang sedang dikemaskan.

“Davian siapa tu?” Tanya Rafique tanpa mengalihkan pandangan.

“Raff…..aku..aa…”

“Suruh dia tunggu sekejap, aku nak kemaskan beg aku dulu.” Pintas Rafique sambil memasukkan pakaiannya ke dalam beg.

Gedegum! Bunyi benda jatuh yang agak kuat mengejutkan Rafique. Dia segera berpaling. Namun melihat Davian tersungkur di hadapan pintu, Rafique terkedu. Dia memandang tiga susuk lembaga di hadapan muka pintu yang tersengih-sengih memandangnya. Mulut Rafique segera melopong.

* * * *

Davian terpisat-pisat apabila direnjis dengan air masak. Dia cuba membuka matanya perlahan-lahan. Sebalik kelopak matanya terbuka, beberapa wajah yang tak dikenali muncul di hadapannya. Namun wajah pertama yang dilihatnya membuatkan dia terpempan. Apatah lagi senyuman itu masih diingatinya. Warna merah itu masih meninggalkan trauma di fikirannya.

“H..hannnn..hantuuuuu!” Jerit Davian seraya mahu lari. Namun sepasang tangan sejuk dan kaku lebih pantas mencapai pangkal kakinya. Davian menjerit-jerit sambil memejamkan matanya. Takut melihat lembaga-lembaga tak dikenali yang duduk mengelilinginya.

“Teruk sungguh kawan kamu ni. Pak Mud rasa kita kena bawa dia pergi jumpa bomoh ni. Entah hantu manalah yang sedang merasuk dia.” Suara seorang lelaki kedengaran.

“Takpe Pak Mud, bawak aje. Saya izinkan.” Muncul pula suara Rafique.

Davian berhenti menjerit. Dia memasang telinga. Namun untuk membuka matanya dia tidak berani. Takut terserempak dengan taring panjang, rambut mengerbang atau lidah yang terjulur keluar. Nauzubillah! Tak mahu!

“Lemah semangat sungguh budak ni. Boleh pulak pengsan bila nampak kami. Ingat kami ni hantu ke?” Suara lelaki itu kedengaran lagi. Davian mengerutkan dahinya. Bukan hantu ke?

Dia memberanikan diri membuka matanya. Di hadapannya muncul seorang lelaki tua sedang tersenyum ke arahnya. Di samping lelaki itu terdapat beberapa wajah yang tidak dikenalinya. Tapi dia jadi fobia sebaik matanya terpandang kelibat gadis berbaju merah itu. Lagi-lagi gadis itu tersengih memandangnya. Tubuh Davian menggeletar seram sejuk. Dia mengalihkan wajahnya. Namun kelibat Rafique yang sedang ralit menjamah makanan dalam tupperware besar beraneka jenis di atas meja makan itu diberi perhatian. Apa Rafique buat tu?

“Davian, sudah-sudahlah tu. Tak ada apa pun yang nak ditakutkan, yang kau pengsan tu kenapa? Jom join aku makan gulai kari ayam kampung ni. Best Makcik Timah ni masak.” Pelawa Rafique tanpa menoleh ke arahnya.

Davian tercengang. Dia segera beredar ke meja makan lalu duduk di hadapan Rafique. Wajah lelaki itu dicari.

“Diaorang ni siapa Rafique?” Soal Davian hairan.

“Itu Pak Mud. Yang itu isterinya makcik Timah. Yang dua orang lagi tu anak diaorang. Kemat dan Lily.” Jelas Rafique acuh tak acuh.

“Sorrylah kalau kamu takut. Anak-anak Pak Mud ni memang macam ni, suka sangat menyakat orang yang tinggal kat sini.” Jelas lelaki tua itu.

“Maaflah bang, gurau aje. Gurauan April Fool.” Kemat tersengih-sengih tanpa rasa bersalah.

Davian mengeluh panjang. April Fool otak kau. Ini bulan Jun la bodoh! Gumam Davian separuh geram kerana berjaya dipermain-mainkan kedua-dua anak Pak Mud. Ingatkan betul-betul hantu, rupa-rupanya orang! Aku juga yang bodoh! Keluh Davian.

Rafique tersengih sendiri. Lucu mengenangkan salah faham yang berlaku. Kemat yang berada di hadapan pintu rumahnya pada malam dia berpindah disangkakannya hantu. Malah wanita tua yang menyapu di beranda rumahnya juga disangkakan hantu. Patutlah wanita itu asyik berdiam diri ketika dia menegur. Rupa-rupanya Makcik Timah tu pekak. Tapi pekak pun masak sedap sehingga menjilat jari. Rafique memerhatikan lauk dalam bekas tupperware yang hanya tinggal separuh setelah dibedalnya. Nampaknya tak ada rezeki kau nak merasa Davian!

“Awak marah ke?” Lily bertanya apabila dilihatnya wajah Davian masam manis memandang mereka semua.

Davian pura-pura tersenyum. “Tak, marah sebab apa pulak? Saya pun selalu buat gurau-gurau April Fool ni. Tak ada masalah. No problem punya.” Ujar Davian. Hati di dalam seperti mahu meletup-letup walapun bibir berkata manis.

“Maaflah awak, saya dan adik saya bergurau aje. Lagipun dulu Tia selalu bawa budak-budak kolej yang nak menyewa rumah kat sini. Kami selalu sambut diaorang dengan cara macam ni. Usik-mengusik tu kan dapat mengeratkan tali siratulrahim. Tapi tak sangka awak penakut sampai jatuh pengsan.” Lily ketawa kecil disambut deraian tawa ahli keluarganya yang lain. Davian terkulat-kulat. Malu ada, segan pun ada. Matanya menjamah wajah Lily yang kelihatan manis bila ketawa. Tidak ada pulak hilaian yang menakutkan keluar dari mulut gadis itu seperti beberapa malam yang lepas. Sah! Dia memang dah terkena!

No comments:

DEDALU DI HATI - STOK TERHAD!!

DEDALU DI HATI  - STOK TERHAD!!

PESANAN NOVEL DEDALU DI HATI SEDANG DIBUKA SEKARANG!!!

Harga = RM25.90
Kos Pos = RM7 (pos laju)
Total = RM32.90

Emailkan nama dan butiran diri ke arr_nita@yahoo.com.
Pesanan sehingga stok ke 3 ini kehabisan..

NANTIKAN VENOM SURIA DI PESTA BUKU ANTARABANGSA PWTC MULAI 27 APRIL, TERBITAN BUKU PRIMA (RM25.90)

NANTIKAN VENOM SURIA DI PESTA BUKU ANTARABANGSA  PWTC MULAI 27 APRIL, TERBITAN BUKU PRIMA (RM25.90)
Suria gadis ceria dan periang, namun miliki sejarah hitam dalam kelahiran. Yang membuatkan dia diburu dan dijejaki untuk meleraikan sebuah kisah sumpahan, lalu mempertemukan dia dengan dua lelaki berbeza sifat. Izwan jenis yang dingin dan panas baran. Cakapnya harus dipatuhi atau dia akan meletup! Nazrul sentiasa cool tapi punya rahsia terpendam yang menyiksa jiwa. Seorang lelaki ditakdirkan menjadi penyelamat. Seorang lagi ditakdirkan membunuhnya. Kedua-duanya muncul tak diundang, tetapi meninggalkan kesan mendalam. Lalu bermulalah permainan cat and mouse antara mereka sehingga game over!