Followers

Thursday, October 21, 2010

Sayangku Casper : Bab 30

PINTU rumah sewanya dikuak perlahan sebelum dia melangkah masuk. Kot yang dipakainya sekadar dilontar malas ke arah meja. Dia melangkah lemah ke arah sofa lalu menghumbankan dirinya di situ. Jarum jam sudah menunjukkan pukul 6 pagi. Cukup lewat untuk kembali tidur kerana dia masih ada tugas penting sepanjang pagi itu.

Ingatannya tumpah pada Tia. Hampir dia tidak percaya yang dia menanti gadis itu sepanjang malam. Tepat pukul 4 pagi, baru gadis itu keluar dari bangunan butik itu lalu menaiki teksi yang seolah-olah sengaja menunggunya. Malah Rafique sempat meneliliti nombor pendaftaran teksi yang membawa Tia. Dia amat pasti teksi itu adalah teksi yang sama mengambil dan menghantar gadis itu pulang.

Sebenarnya ada apa dengan gadis itu? Rafique semakin tertarik untuk mengenali Tia dengan lebih dekat. Sikap Tia yang polos dan keanak-anakan, kadangkala lurus tapi berterus-terang tidak sama dengan gadis-gadis lain yang pernah mendampinginya. Tapi kerana sikap itulah dia merasakan ada sesuatu pada gadis itu yang meninggalkan kesan mendalam padanya. Tia bagaikan gadis yang memiliki banyak rahsia. Dan entah kenapa, dia sudah tidak sabar-sabar mahu membongkar rahsia Tia Adila. Apa agaknya ya! Kalau Tia Adila bukan Adelie yang dicarinya, siapa pula gadis itu? Anak Ahmad Faruk dengan isteri barunyakah?

Panggilan telefon yang diterimanya mengejutkannya dari lamunan. Dia segera menyeluk saku seluar lalu meneliti monitor telefon bimbit di genggamannya. Melihat nama Monique terpapar pada skrin, keluhannya meletus perlahan. Gagang telefon segera diletakkan di corong telinga dengan gaya malas.

“Bonjour monsieur.” Suara Monique riang menyapanya di talian.

“Bonjour.” Jawab Rafique. “Ada apa Monique?” Sambung Rafique.

“Bila Tuan mahu balik ke mari?” Tanya Monique dengan bahasa melayu pelatnya. Wanita Perancis berusia 30an itu adalah pembantu yang ditugaskan oleh Madame Marianne untuknya di Fleur de Casper.

“Kenapa? Ada masalah apa di sana?” Tanya Rafique mulai bimbang.

“Bukan tuan. Cuma designer-designer kita dah merungut-rungut sebab tuan tak berada di pejabat. Lagipun tuan kena casting model-model busana kita.” Ujar Monique.

“Awak boleh pilih sendiri model-model busana tu Monique. Lagipun saya belum boleh balik ke sana. Urusan saya di sini masih belum selesai. Tapi saya janji saya akan balik sebelum fashion show tu nanti. Semua kerja-kerja akhir, saya nak awak uruskan boleh?”

Kedengaran Monique mengeluh panjang. Rafique tersenyum simpul. Perempuan ni memang sengaja nak dera aku!

“Monique, please..” Rafique memujuk dengan nada suara lembut. Dia yakin Monique seperti biasa akan cair dengan teknik pujukannya. Lagipun dia masih ingin meneruskan pencariannya di sini. Mencari Adelie, atau sekurang-kurangnya membuktikan bahawa gadis itu benar-benar sudah mati!

“I’ll see what I can do.” Sahut Monique akhirnya. Rafique menggulum senyuman. Yes! Dia melompat-lompat kegembiraan tanpa sedar.

“Madame Marianne apa khabar Monique? Dia sihat?” Tanya Rafique. Tiba-tiba-tiba sahaja dia terkenangkan wanita itu.

“Madame baik-baik sahaja. Malam ini dia dapat jemputan dari Christian Lecroix ke Hotel Le Bellechasse untuk satu fashion show di sana.” Ujar Monique.

“Dia ke sana dengan siapa?”

“Mr. Louis agaknya.”

“Helena?” Terpacul nama itu dari bibir Rafique. Selalunya Helena yang akan menemani granny ke sebarang pertunjukan fesyen.

“Tuan tak tahu? Mademoiselle Helena ada di Kuala Lumpur sekarang.” Beritahu Monique.

Rafique terdiam. Hilang sudah keceriaan di wajahnya berganti dengan kerut muram. Berita yang dibawa oleh Monique kali ini berupaya membuatkan dia gelisah entah kenapa.

“Dengan daddy saya?” Soal Rafique.

Monique mengiyakan dengan hanya sepatah kata.

“Au revoir Monique.” Rafique mengakhiri perbualan dengan ucapan selamat tinggal. Talian diputuskan sebelum sempat Monique membalas ucapannya.

Buat beberapa ketika, tubuh Rafique jadi kaku. Sehingga kini nama Helena memberi impak yang cukup besar untuknya. Dia masih belum boleh melupakan wanita itu, meskipun sudah dua tahun Halena sah menjadi isteri ayahnya. Cinta itu benar-benar menyakitkan bila orang yang benar-benar dicintainya tidak mahu membalas cintanya.

Rafique beredar ke biliknya. Dia mahu mandi dan bersiap-siap untuk keluar. Soal tentang Helena mahu terus dilupakannya dari pelupuk minda agar tidak menyaratkan fikirannya yang sudah sedia terbeban.

Ketika dia memasuki bilik sederhana besar itu, matanya segera terpandang katilnya yang kosong. Rafique terpempan. Davian! Tiba-tiba sahaja dia teringatkan Davian yang menelefonnya semalam. Mana dia pergi pulak ni? Rafique menggaru kepala. Hairan! Bukankah lelaki itu bermalam di rumah itu semalam?

Dia mengeluarkan telefonnya lalu mula mendail nombor Davian. Selang beberapa ketika, telinganya menangkap satu bunyi. Rafique berpaling. Melihat telefon bimbit berjenama Motorola terdampar di atas lantai, dia terkejut. Telefon bimbit itu segera dikutip.

“Eh ini bukan ke telefon Davian? Apasal pulak boleh ada atas lantai ni?” Rafique mengguman sendiri. Hairan! Mana Davian pergi ni? Takkan kena culik kut!

“…Raf, cepatlah balik. Aku takutlah duduk sorang-sorang kat rumah ni. Aku rasa rumah kau ni berhantu la.” Tiba-tiba suara Davian yang merayu melalui panggilan yang dibuat padanya malam semalam menjengah dalam ingatan.

Rafique menggaru kepala. Takkan hantu culik Davian kut? Dia memandang sekeliling rumahnya yang nampak menyeramkan walaupun hari sudah siang. Bulu romanya tiba-tiba meremang. Isk mengarutlah! Kalau betul sekalipun Davian diculik hantu, memang sah hantu tu tak pakai otak. Tak ada kerja agaknya nak menculik Davian yang tak mendatangkan keuntungan tu, rungut Rafique seraya menyelak langsir jendela yang sudah berhabuk.

Agaknya Davian balik tidur di rumah, fikir Rafique. Dia sudah malas mahu mengambil tahu hal Davian. Lantak kaulah Davian. Mujur kunci kereta kau ada lagi kat aku! Lepas ni bolehlah aku keluar! Rafique tersenyum kecil lalu mencapai tuala. Dia menyanyi-nyanyi kecil di dalam bilik air yang sempit dan berlumut.

* * * *

Melihat wajah Davian yang pucat lesi, Rafique ketawa kecil. Kelakar pula dia mendengar cerita Davian yang cabut lari dari rumahnya dengan berkaki ayam.

“Taubat aku tak nak dah jejakkan kaki aku kat situ. Sikit lagi jantung aku ni nak gugur. Perempuan tu memang seram beb. Dia punya stail mengilai sebiji macam dalam cerita-cerita horror.” Keluh Davian.

“Habis kau tak tanya dia siapa?”

Davian tercengang.

“Lain kali tanya dia manusia ke hantu? Dia mati kat mana? Tahun bila? Macamana dia mati? Tertelan putik kapas ke atau tertelan biji rambutan?” Rafique sengaja mahu mengusik Davian. Wajah Davian yang makin mencuka seronok ditatap.

“Amboi mulut kau! Sedap aje suruh aku pergi tanya hantu tu. Kalau kau berani sangat, apasal tak kau aje yang tanyakan dia? Malam ni kau jangan minta aku temankan kau tidur kat situ lagi. Aku tak mahu! Aku sayang nyawa aku lagi! Jantung aku ni nak pakai lama tau tak!” Gumam Davian separuh merungut.

Rafique ketawa besar mendengarnya. Tak sangka penakut juga si Davian ni. Tapi hendak salahkan Davian seratus peratus pun tak guna. Jangan katakan Davian, dia sendiri seram sejuk tinggal di rumah itu. Gadis berbaju merah? Heiii..bunyinya saja sudah horror, inikan pula melihatnya sendiri seperti Davian.

“Lepas breakfast ni kau nak ke mana?” Tanya Davian ingin tahu. Nasi lemak yang dimakannya, disuap bertalu-talu ke mulutnya.

“Aku ingat nak ke kampus, jumpa Tia.”

“Belum sudah-sudah lagi ke kau dengan dia? Kau masih percaya dia Adelie yang kita cari?” Keluh Davian.

Rafique hanya diam. Percaya atau tidak, itu bukan soalnya. Soalnya sekarang, dia mahukan kepastian dan setakat ini, kepastian yang dimahukannya masih jauh.

No comments:

DEDALU DI HATI - STOK TERHAD!!

DEDALU DI HATI  - STOK TERHAD!!

PESANAN NOVEL DEDALU DI HATI SEDANG DIBUKA SEKARANG!!!

Harga = RM25.90
Kos Pos = RM7 (pos laju)
Total = RM32.90

Emailkan nama dan butiran diri ke arr_nita@yahoo.com.
Pesanan sehingga stok ke 3 ini kehabisan..

NANTIKAN VENOM SURIA DI PESTA BUKU ANTARABANGSA PWTC MULAI 27 APRIL, TERBITAN BUKU PRIMA (RM25.90)

NANTIKAN VENOM SURIA DI PESTA BUKU ANTARABANGSA  PWTC MULAI 27 APRIL, TERBITAN BUKU PRIMA (RM25.90)
Suria gadis ceria dan periang, namun miliki sejarah hitam dalam kelahiran. Yang membuatkan dia diburu dan dijejaki untuk meleraikan sebuah kisah sumpahan, lalu mempertemukan dia dengan dua lelaki berbeza sifat. Izwan jenis yang dingin dan panas baran. Cakapnya harus dipatuhi atau dia akan meletup! Nazrul sentiasa cool tapi punya rahsia terpendam yang menyiksa jiwa. Seorang lelaki ditakdirkan menjadi penyelamat. Seorang lagi ditakdirkan membunuhnya. Kedua-duanya muncul tak diundang, tetapi meninggalkan kesan mendalam. Lalu bermulalah permainan cat and mouse antara mereka sehingga game over!